Home

KeRaJaaN PeRPaDuaN: SiaPa CeLaRu?

Assalamu'alaykum..

Kalaulah mahu dihitung kezaliman BN kepada seluruh rakyat Malaysia, barangkali tidak ada kalkulator yang mampu menjumlahkannya. Semua orang sedar hakikat itu. Seorang saudara saya mengalami sakit jiwa apabila bapanya dimasukkan ke dalam tahanan tanpa bicara atas sebab yang tidak pernah dibuktikan hingga ke saat ini. Duit yang sepatutnya diguna untuk membangunkan negeri saya, dirampas atas nama ehsan dan tidak pernah dipulang hingga ke hari ini. Kesan kekasaran FRU pula mengekalkan kesan di badan saya selama beberapa hari.

Pendek kata, cukup banyak.

Jesteru itu memang saya membenci BN. Parti ini berada di tempat ke 3 selepas Zionis dan Amerika pada kebencian saya. Jesteru, jangan ada sesiapa yang gatal mulut menyebut tentang perpaduan dengan mereka ini. Jangan ada sesiapa yang cuba menjadi najis dan memperdekatkan kita dan mereka ini. Mereka tidak layak diperdekat, dan mereka tidak layak disalami sedang tangan mereka masih berbau darah Memali.

Namun apabila Tuhan menyebut "Wa ta'a wanuu 'alal birri wat taqwaa" iaitu "Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa" dan "Wala Yajrimannakum syana aanu Qaumin 'alaa alla ta'dilu" bermaksud "Janganlah kerana kebencian kamu kepada sesuatu kaum, menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka" (Al-Maidah), maka tolong bagitahu saya bagaimana saya nak melawan Tuhan dalam perkara ini? Saya tidak reti dan tidak diajar bagaimana. Saya bertalaqqi beberapa kitab dan membaca beberapa yang lainnya, bermula Fiqh Awlawiyyat dan berakhir Mafahim Yajibu An-Tusohhah (belum habis), saya tidak jumpa satu mukasuratpun untuk bagaimana saya boleh melawan Tuhan dan Tuhan redha akan perbuatan saya itu. Saya tidak jumpa.

Disebabkan saya tidak reti melawan itulah barangkali Dewan Muslimat tidak mendesak JAKIM untuk menyiasat dan mengharamkan saya jika terbukti bersalah sepertimana yang diusul mereka kepada sebuah pertubuhan feminis-liberal. Ya, barangkalilah..

Apa yang membezakan ahli jemaah Islam dan jemaah biasa adalah kita tidak pernah diajar untuk meletakkan emosi kita mengatasi iman dan fikiran kita dan akhirnya memandu perbuatan kita. Kita diajar untuk menjadikan iman menguasai fikiran dan fikiran itu menguasai perbuatan kita. Meletakkan emosi dan amarah hanya mengakibatkan wujudnya ketidak rasionalan dalam pendapat dan tindakan kita.

Benar mereka pernah zalim kepada kita ketika mereka kuat. Mereka pernah enggan berunding dengan kita tatkala kita lemah dan tiada daya. Tetapi jika kita yang kuat pada hari ini enggan berunding dan menyelamatkan mereka yang sudah lemah daripada terus hanyut dengan dunia mereka dan kemudiannya akan memusnahkan negara, maka kita bukan sudah sama dengan mereka.... tapi kita adalah mereka!

Ada orang menulis menolak 'unity government' ini dengan kejadian 1977 dan dalil 'Orang mukmin itu tidak akan dipatuk ular 2 kali di lubang yang sama'. Namun, unity government terlalu berbeza dengan coalition government yang dibentuk 35 tahun lalu. Ia diperjelaskan sendiri oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di blognya dan ditambah syarat-syarat pembentukannya oleh Tuan Guru beberapa detik tadi.


Antara Kerajaan Perpaduan dan Projek 16 September

Lantas pastinya sesetengah akan mempersoalkan, mengapa terlalu lambat mengeluarkan syarat dan kenyataan? Mengapa ditunggu sehingga retak jemaah baru membetulkan keadaan?

Saya masih merasai gegaran 16 September tahun lepas. Sepertimana Unity Government, 16 September juga berkongsi matlamat serupa; membetul dan memandu negara ke arah yang sempurna.

Saat itu pernahkah kita didedahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan strategi pembentukannya, syarat-syarat (tawaran) kemasukan ahli lompatnya, kedudukan ahli lompat dalam kabinetnya hatta siapakah Timbalannya?!. Tidak ada.

Kenapa?

Kerana politik adalah seni serba mungkin. Politik adalah seni menggoda. Politik juga adalah seni perang. Tidak ada jeneral yang memberitahu strateginya kepada para tentera tatkala telinga musuh tertadah di sebelah. Itu jeneral tak mumayyiz namanya.

Apabila DSAI mengumumkan 16 September, tidak ada seorang pun antara kita yang menganggap itu cubaannya yang mahukan kuasa walaupun umum tahu dia akan jadi PM jika PR memerintah. Tetapi apabila Tuan Guru Presiden menggagaskan 'Unity Government' kita anggap dia nyanyuk dan gila kuasa padahal kita tak tahupun kalau jadi pelan itu Tuan Guru akan jadi siapa.

Apabila DSAI berahsia tentang strategi 16 Septembernya, kita anggap itu taktik dan tindakan politik matang. Apabila Tuan Guru berahsia tentang strateginya, kita anggap dia pembohong, lembap dan patut diludah mukanya.

Begitu juga apabila tarikh itu berlalu, DSAI semakin tidak menyebut tentang 16 September. Dan kita mentaatinya dengan tidak berbicara lagi tentangnya kerana kita tahu itu bisa menggugat perpaduan antara parti komponen dalam PR. Kita sanggup bertindak lebih jauh dengan membelasah siapa juga yang cuba mempertikaikan kejayaan 16 september walaupun semua orang tahu tokoh itu betul dalam tekaan politiknya. Tetapi apabila Dato Mustafa Ali meminta kita jangan mempolemikkan 'Unity Government' kkerana ia mengocak keamanan dalam parti, kita anggap dia cuba menutup pelan busuknya. Walhal rayuan tokoh ini selari dengan kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah di blog suaminya.

Kenapa kita husnuzzon (sangka baik) pada tokoh luar dan syirruzzon (sangka buruk) pada tokoh sendiri?

Saya tidak marah atau tersinggung bilamana kita semua mentaati dan menyanjung DSAI sebegitu rupa; kerana saya adalah salah seorang dari kelompok itu juga. Saya mengkaguminya sebermula gelaran TPM melekat di dadanya.

Tetapi saya pelik dan jijik bilamana kita sanggup menumpahkan taat setia seorang pemimpin yang berada di luar jemaah tetapi dalam masa yang sama kita memijak dan menyepak kepala pemimpin jemaah kita sendiri sampai lunyai!

Saya tidak harap kita mampu jadi seperti sahabat Nabi, yang mana mereka tidak mempersoalkan tindakan baginda sebaliknya sentiasa menyebutkan "Allah dan Rasulnya lebih tahu". Saya tidak mampu harap ketaaatan sebegitu. Mimpi sahaja. Kerana Rasulullah jauh lebih indah daripada Tuan Guru dan kita jauh lebih hina dari tapak kaki para sahabat. Tetapi bukankah Allah menyebutkan; "Laqod kaana fi qososihim 'ibratun li ulil albab"? (Sesungguhnya dalam kisah-kisah mereka itu ada pengajaran bagi orang yang berakal).

Tidak adakah sedikitpun pelajaran daripada kisah itu kepada kita yang dikurniakan akal ini?

Percayalah bahawa Islam itu tertegak melalui jemaah. Jemaah itu tidak boleh wujud tanpa bai'ah (sumpah setia). Bai'ah tidak ada nilai tanpa wala' (ketaatan). Wala' tidak boleh terbina tanpa thiqah (kepercayaan). Dan thiqah tidak boleh hidup tanpa sabar.

Yaa ayyuhal laziina aamanusta'iinu bissobri wassolah.

(Wahai orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu)


Hati-Hati dengan 'Akhbar Online'

Saya sempat hadir dalam Muktamar Tahunan PAS pada 2 hari terakhir. Hari pertama (Jumaat), saya tidak hadir atas sebab tugas.

Dalam ucapan dasar Presiden no 8, jelas disebutkan bahawa agenda PAS adalah memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan seterusnya PAS mempunyai sikap terbuka untuk bertemu sesiapa sahaja demi kepentingan Islam dan rakyat negara ini. Pendirian yang sama diulang lagi dalam ucapan penutup. Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa kemudiannya mempertegaskan pula pendirian itu dengan kenyataan bahawa 'tidak ada niat untuk membawa PAS bersama UMNO'.

Saya fikir kenyataan ini sudah jelas. Saya tidak kisah bilamana ada media perdana masih dungu melaporkan 'Hadi mahu bergabung dengan UMNO'. Sebab itu memang kerja mereka. Tetapi apabila media alternatif memainkan isu serupa maka saya cukup kilan.

Kerana media ini dipercayai oleh teman-teman kita. Akhirnya wujudlah statement kebudak-budakan seperti "PAS mahu main kahwin-kahwin dengan UMNO" atau "PAS seperti anak dara yang merelakan diri dirogol mat-mat rempit bernama UMNO". Peliknya apabila PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR demi kebaikan dan keadilan, tidak pula wujud statement "PAS seperti anak dara yang menyerahkan daranya kepada anak teruna" atau apabila ABIM cuba menyatukan PAS dan UMNO pada zaman Almarhum Us Fadhil Noor dahulu, tidak juga dikata "ABIM umpama bapak ayam yang cuba menjual anak dara kepada mat rempit!"

Ini sedang berlaku. Dan bayangkan jika amarah dan emosi yang dijana hasil laporan songsang media yang selama ini kita anggap kawan merebak, bukankah saat itu pecah belah bahtera yang kita layari sekarang?

Begitu juga apabila media sama melaporkan kononnya 3 naib Presiden menolak cadangan Presiden. Sedangkan hakikatnya Tuan Ibrahim cukup terbuka dan bersama Presiden dalam hal ini.

Hal sama juga berlaku bilamana mereka 'tiba-tiba' menjadi condong kepada Datuk Paduka Husam Musa dengan mempertikaikan perlantikan Ustaz Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden dengan alasan beliau tiada sokongan majoriti (Lebih 50%). Tetapi apabila 52% tidak turun mengundi di Penanti, tidak ada pula yang gatal-gatal mengandaikan 52% itu bersama BN memboikot PRK.

Bukankah sama dengan perangai Utusan Malaysia yang 'tiba-tiba' condong kepada Us Nasharuddin?

Jesteru kenapa hal ini berlaku?

Ahh.. jika wujud kerja-kerja bodoh dalam PAS, tidak mustahil kerja-kerja bodoh tidak wujud dalam pihak lain.

Saya tidak mengatakan kita harus boikot akhbar-akhbar ini. Tapi saya kira kita wajar menganalisis dan merasionalkan pemikiran dengan mengambil kira sepenuhnya sumber parti yang asas (Harakah) agar tidak mudah musuh memecah belahkan kita. Seimbangkan pembacaan dan teguhkan konsep tarbiyyah yang kita terima.

Kerana perjuangan ini penuh liku dan sukar. Tidak ada kesenangan. Percayalah kerana Nabi sendiri menyebutkan bahawa 'Akan datang suatu zaman di mana umatku memegang agamanya sepertimana dia memegang bara api'

Rabbanaftah bainana wa baina qaumina bil haq. Wa anta khairul Faatihiiin.

Ya Allah Tuhan kami, bukakan antara kami dan antara kaum kami dengan kebenaran. Kerana Engkau sebaik-baik pembuka.

Ameen


iBNuZaCK: Dan Allah Maha Mengetahui.

Assalamu'alaykum..

JaNGaN BoiKoT iSRaeL!

Assalamu'alaykum..

Pernah sekali saya terbaca satu tulisan seorang 'ulama' tanah arab (bukan tulisan tapi transkrip kaset).

Katanya, kita boleh membeli barangan Israel selagi mana barangan itu halal. Alasannya,jangan kita haramkan apa yang Allah telah halalkan dan sebaliknya. Hujahnya adalah Nabi saw juga pernah berjual beli dengan Yahudi Madinah.

Saya tak tahulah Bagaimana 'ulama' ini mengaji sirah. Yahudi yang Nabi berjual beli itu adalah Yahudi Madinah yang ada perjanjian sekutu dengan orang Islam. Yahudi ini hidup di Madinah dan berhak kepada perlindungan daripada pemerintahan Islam. Sedangkan Yahudi Zionis yang disebut sebagai 'wajib boikot' ini adalah Yahudi yang menaklukkan tanah-tanah Islam, yang membunuh warga Islam. Dan berdagang dengan mereka hanya akan menguatkan kekuasaan mereka ke atas Baitul Maqdis dan menjerut leher warga Palestin.

Bukankah situasinya terlalu berbeza?

Jikalah dikatakan boikot itu mengharamkan apa yang halal, maka adakah ahlul Madinah sendiri pernah mengharamkan apa yang halal apabila mereka memboikot Telaga Ruumah yang dimiliki Yahudi dan kedai-kedai Yahudi di Pasar Madinah kerana penjual Yahudi menipu dalam jual beli?

Kalaulah memboikot sang penipu dibolehkan, apakah memboikot si pembunuh diharamkan?

Kita tidak boikot Yahudi kerana agama mereka Yahudi. Kita tidak boikot Zionis kerana nama dia Zionis. Tapi kita boikot dia kerana dia serang dan dera saudara kita.

Begitu juga ada yang cuba merendahkan boikot. Mengatakan bahawa boikot ini tidak ada kesannya. Kalau ada pun sedikit. Lebih kurang begitulah.

Saya rasa cukup ganjil dan aneh. Apakah Allah Taala itu lebih memandang hasil daripada usaha? Jika benar, maka apakah darjat syahid syuhada yang gugur di medan Badar dan Uhud juga berbeza sebab hasil peperangannya (Badar menang dan Uhud kalah) berbeza?

Allah Taala memandang usaha kita. Dipandangnya kesungguhan dan taqwa kita. Soal hasil itu adalah ketentuan Dia. Dia boleh mengekalkan Israel di bumi ini sampai tempoh yang Dia mahu walaupun satu dunia tembak nuklear atas tanah Palestin yang terjajah itu, walaupun satu dunia memboikot dan menghalang perdagangan dengan tanah Palestin yang terjajah itu. Seperti mana dia mengekalkan kerajaan Islam Mameluk Mesir di bawah pimpinan Al Malik Muzaffar Saifuddin Qutuz (Ashairah) walaupun satu dunia (Empayar Monggol dan Kristian) menentang mereka.

Begitu juga Dia boleh menghancurkan Israel itu dengan sekecil-kecil sebab. Walaupun dengan hanya satu dua orang boikot tak makan McD. Sepertimana Dia boleh menghancurkan kerajaan besar Namrud yang dimulai dengan sekecil-kecil sebab; seekor nyamuk memasuki rongga hidung sang raja.

Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairul Makiriin

Sesungguhnya manusia merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang

Had kita untuk membantu Palestin dengan kadar ini ada 5. Doa, boikot, sebaran maklumat, demonstrasi dan derma. Boikot adalah 'serangan' kita kepada Zionis. Derma adalah 'pertahanan' kita kepada rakyat Palestin. Demo sebagai tanda suara kebencian kita untuk didengar. Sebaran maklumat untuk jalinan dakwah itu tidak akan putus.

Ada juga golongan yang menolak demonstrasi. Alasannya tiada dalil hadis dan Al Quran maka ia menjadi haram.

Sebelum jawab saya nak tanya, apa dalil kita jual naskhah Quran? Apa dalil kita jual naskhah sahih hadis? Apa dalil kita jual khat ayat Quran kemudian buat kain gantung dekat Kaabah? Apa dalil kita makan dulu lepas sendawa baru bayar sedangkan kita diajar utk bayar dulu baru pakai barang/makan kita beli? Apa dalil kita bayar zakat fitrah pakai duit (thaman bi al-nuqud al-Mithli) sedangkan jelas disebut segantang makanan ruji bukan duit? Apa dalil kita azan 2 kali sembahyang jumaat sedangkan Nabi buat sekali saja?

Kenapa bila sampai tahap sebegini baru tiba-tiba kita nak cakap, "oh itu sebab masoleh mursalah, sebab uruf, sebab istihsan, sebab istishab, sebab pendapat sahabat, sebab ijtihad etc etc"?

Kenapa?

Kalaulah boikot tak boleh, demonstrasi tak boleh. Apa jalan yang lebih berkesan menentang Zionis dengan tahap kita?

Bila ditanya begini, diam pula. Mengkritik tahu, memberi penyelesaian tidak sama sekali.

Maka benarlah kata bijak pandai:

Setiap pengkritik itu bodoh melainkan dia memberikan penyelesaian atas apa yang dikritiknya

iBNuZaCK: Suka orang cerdik..

Assalamu'alaykum..

MaJoRiTi RaKYaT MaHu ISA?

Assalamu'alaykum

Saya membaca penuh minat wawancara antara Dato Syed Hamid Albar dan laman Mstar berkenaan isu ISA. Dalam wawancara tersebut, Syed Hamid mengatakan:

"Jika demikian (keadaan), anda lakukannya ketika itu. Tetapi pada masa ini, kami merasakan bahawa majoriti rakyat merasakan masih wujud keperluan mempunyai satu undang-undang preventif," kata beliau dalam temu bual dengan mStar Online dan Star Online di sini.

Sungguh saya ingin bertanya kepada Syed Hamid, mana fakta, kajian atau survey yang membuktikan rakyat Malaysia menyokong akta tiada perikemanusiaan ini? Bagaimana Syed Hamid boleh tahu perasaan dan pemikiran rakyat seluruhnya hanya berdasarkan andaian dhaif yang didasari usaha menutup kelemahan sendiri?

Cukup sekian banyak petisyen, himpunan, ceramah yang disertai puluhan ribu rakyat membantah penggunaan ISA, di mana pula suara rakyat yang 'mendesak' agar kerajaan mengekalkan kegunaan ISA? Di mana petisyen rakyat yang 'menyokong' ISA hingga Syed Hamid boleh membuat justifikasi sedemikian?

Dan jika sekiranya benar sekalipun, apakah pandangan majoriti rakyat boleh mengatasi hukum Tuhan dalam soal ini? Walhal langkah penggunaan ISA itu sendiri telah banyak menceroboh ketetapan Tuhan dalam prinsip asas perundangan Islam:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(An-Nisa': 58)

Begitu juga dengan pandangan cendikiawan Islam lainnya:

The Muslims Professionals Forum said the authorities should counter any anti-islam arguments, and only "in the extreme, the authorities may take someone to the Syariah court". The use of the ISA is excessive, inhumane and runs counter to islam's principle of justice" it said.

Perlis Mufti Asri Zainul Abidin criticized the arrest of Raja Petra, Teresa Kok and Tan Hoon Cheng. "Disallowing a person the opportunity to defend himself is wrong" (The Star)

Keadilan dalam Islam tidak mengenal ideologi, fikrah politik, status, agama, bangsa atau kekayaan seseorang. Tidak ada yang lebih atas dari orang lain dalam undang-undang Islam. Keadilan dalam ISA pula melayan seseorang berdasarkan status kedudukannya. Seseorang yang menggunakan isu perkauman tidak akan dihukum ISA jika dia rapat dengan pemerintah. Seseorang lain yang melaporkan isu perkauman akan di hukum ISA jika laporannya itu menyusahkan pemerintah.

Begitu keadilan yang dijunjung ISA.

Saya sama sekali tidak menolak undang-undang pencegahan (preventif). Soalnya, ISA bukan lagi undang-undang pencegahan apabila ia diguna untuk kepentingan politik parti pemerintah. Suara rakyat ditutup, disekat dengan ugutan bernama ISA. Rakyat menjadi takut, cuak untuk menegur kesilapan pemerintah. Takut membetulkan pemerintah malah lebih jauh, jika ketakutan kepada pemerintah mengatasi ketakutan kepada Allah s.w.t.

Dari Abu Sa’id Al Khudri ra dari Nabi SAW, baginda bersabda:

Afdhalul Jihaad, Kalimatu Haqqin 'Inda Sultanin Jairin.

Sebaik-baik jihad adalah berkata benar di hadapan pemerintah zalim.

Masalah besar ISA adalah tempoh tahanannya yang tiada had. Menteri boleh melanjutkan tahanan hanya dengan satu tandatangan ringkas. Sudah tentu ia satu penganiayaan sebab kesalahan tak dapat dibuktikan.

Jesteru itu, ISA wajar dihapus dan diganti dengan undang-undang pencegahan lain yang memperuntukkan tahanan reman yang lebih panjang (30 hari contohnya). Saya percaya, dengan kecekapan PDRM yang sering disebut 'golongan sana' sebagai 'antara yang terbaik di dunia', 30 hari adalah masa yang terlalu panjang untuk mereka mencari bukti khusus buat membawa si penjenayah ke muka pengadilan.

iBNuZaCK: Nak tau suka ke tidak, masuklah ISA dulu 2-3 tahun Syed Hamid..

Assalamu'alaykum

SeTiaP BLoG aDa HaK CiPTaNYa

Assalamu'alaykum..

Saya sedikit terganggu belakangan ini berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir. Bukan saja kepada situasi negara tetapi juga situasi saya dan blog. Kali ini biarlah saya bercakap sedikit tentang laman ini yang sudah lebih setahun saya curahkan idea dan perkongsian ilmu di dalamnya.

Sebenarnya masalah yang saya hadapi ini sudah lama. Sengaja saya pendamkan agar tidak timbul salah faham di kalangan pengunjung. Ianya berkait dengan hak cipta, originality dan kredit kepada blog. Sebelum ini seorang teman saya, Rizal Hamdan pernah menulis dalam blognya, berkenaan bagaimana seorang lulusan Master mengambil tulisan dia dan dijadikan 'hak milik sendiri' dalam laman IKIM.

Ya, siapa yang tidak terkilan bilamana jerit payah, sengkang mata, usaha sendiri tiba-tiba 'dicuri' oleh orang lain?

Saya juga mengalami masalah serupa. Dari dulu hingga sekarang. Bermula tajuk Afghanistan ke angkasa 19 tahun lalu, Jawapan untuk Anwarisme, SaYa BeRuMuR 129 TaHuN SaYa MaSiH HiDuP DaN SaYa BoLeH MeNGuNDi , 10 SeBaB MeNoLaK BN, hinggalah kepada yang terbaru HeBaT BeNaR MeNTeRi KiTa! dan EuRoCoPTeR: BRaZiL BeLi RM83j, MaLaYSia BeLi RM193j, ada sahabat-sahabat blogger yang mengambil tulisan saya dan diletakkan blog mereka. Ada lagi tajuk yang lain, tapi itu sekadar contoh.

Saya tidak marah, malah saya ucap ribuan terima kasih kerana gema suara saya di sambung oleh rakan-rakan lain. Cuma yang menjadi kilan bagi saya bilamana ada segelintir (bukan semua) yang menjadikan tulisan saya sebagai 'hak milik sendiri'. Memberikan kredit tentu jauh sekali.

Perkara ini bukan terjadi pada laman blog saja. Saya masih ingat, contoh, satu tulisan saya iaitu Jawapan untuk Anwarisme, diambil sebahagiannya oleh sebuah laman web rasmi suara parti oposisi dan dijadikan 'hak milik sendiri' sang penulis.

Saya ingin tegaskan, memberikan kredit kepada penulis asal bukan soal mempromosikan blog. Ia menunjukkan rasa hormat pada ilmu dan tanda aras moral blogger yang menyalin tampal tulisan itu. Kalau sekadar mahukan hits yang tinggi, nah.. banyak caranya. Buat saja satu video di Youtube dengan 'gambar panas' dan 'tajuk panas', kemudian sertakan link blog sendiri. Mau 6 juta hits sehari. Tak perlulah saya huraikan maksud 'panas' itu.

Lagi pula, katalah saya mengambil satu artikel daripada saudara Rizal. Kemudian saya letakkan link http://syeikhryz.blogspot.com/ , agak-agak berapa ramai yang nak klik link ini? Buat apa nak klik lagi sebab artikel Rizal itu sudah ada dalam blog saya?

Tapi sebagai rasa hormat pada budaya ilmu, saya tetap akan linkkan. Ini menunjukkan saya bukan penulis asal dan mengelakkan kekeliruan di kemudian hari.

Begitu juga dalam blog ini. Setiap kali blog ini menulis, akan dilinkkan sekali sumbernya dari mana. Kalau Suara Keadilan, maka Suara Keadilanlah. Kalau Harakah maka Harakahlah akan tetap dilinkkan.

Paling tidak jika tiada kredit sekalipun, janganlah sampai nama iBNuZaCK: yang selalu saya tulis di setiap penghujung artikel juga di edit dengan nama lain.

Kilan saya bukan apa. Saya cuma terasa bilamana ada yang bertanya adakah saya ambil tulisan sekian-sekian dari laman web sekian-sekian? Walhal, laman itu yang ambil daripada saya. Tapi sebab tiada kredit atau artikel diubah sedikit, maka keraguan ini timbul.

Saya tegaskan bahawa semua tulisan dalam blog ini adalah pendapat peribadi saya MELAINKAN saya nyatakan sebaliknya. Blog ini juga berusaha untuk mencari keaslian. Dengan kata lain, jika sekiranya blog ini mempunyai pandangan sama dengan laman-laman terkenal yang lain, tulisan berkenaannya tidak akan dipublish. Contoh artikel berkenaan DEB tidak saya publish hingga kini sebab ketika saya menulis, saya dapati Harakah sudah publish artikel yang hampir sama. Itu puncanya kepada mereka yang selalu bertanya, 'Awat lambat sangat update nih?"

Tapi saya tidak nafikan adanya persamaan idea dengan blog lain ketika menulis. Contoh, artikel FDi USD 1 TRiLLioN : TeGuRaN BuaT HaRaKaHDaiLy mempunyai persamaan yang ketara dengan tulisan saudara Hasbullah di Hembusan ditipu Harakah. Walhal, saya hanya kenal saudara Hasbullah dan blognya bilamana dia sendiri yang bagitahu persamaan itu dalam ruangan komen blog ini.

Setiap blog ada hak ciptanya. Jika mahu ambil sebarang tulisan dalam blog ini, sangat dialu-alukan malah saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sahabat-sahabat tidak perlu minta atau tunggu keizinan saya dahulu. Saya bukannya setiap hari mengadap blog ini. Hanya, sertakan kredit @ link blog atau paling koman jangan hilangkan nama iBNUZaCK: daripada artikel.

Silapnya mungkin pada saya juga. Saya tidak terus-terang. Saya kurang ambil peduli tentang hal ini dahulu. Mungkin saya terlalu husnuzzan dan naif. Selalu memikirkan bahawa sikap semua blogger seperti saya. Harapannya, biarlah tulisan ini menunjukkan pendirian saya, merungkai beberapa persoalan pengunjung dan jadi yang pertama dan terakhir dalam soal ini.

iBNuZaCK: Nak register blog dengan SIRIM. lol :D

Assalamu'alaykum..

HeBaT BeNaR MeNTeRi KiTa!

Assalamu'alaykum..

Baru-baru ini saya ada terbaca kenyataan Menteri Kewangan II Malaysia, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, bahawa Ekonomi Malaysia diyakini tidak meleset.

Saya terpaksa akui, bahawa antara saya dan dia, pengetahuan ekonominya lebih tinggi. Saya hanya mempelajari ekonomi sebagai subjek minor di universiti sedangkan dia adalah pemegang Sarjana Ekonomi dalam Pentadbiran Perniagaan daripada Catholic University di Belgium.

Sebagai seorang yang tiada pendidikan tinggi dalam ekonomi juga, saya tidak tahu untuk merugikan duit negara saya, sepertimana yang dia lakukan pada dekad 90an lalu dalam tragedi yang dinamakan sebagai illegal foreign exchange speculations sehingga negara menanggung kerugian mencecah RM30 bilion.

Begitulah jauh beza saya dan Tan Sri Nor Mohamed.

Tetapi bilamana dia mengatakan bahawa ekonomi Malaysia tidak akan meleset pada tahun hadapan, saya merasa cukup kagum dan teruja. Inilah satu-satunya Menteri Kewangan di dunia setahu saya yang begitu yakin tentang keadaan ekonomi negaranya di saat seluruh dunia dilanda krisis yang begitu dahsyat.

Begitulah hebatnya Tan Sri Nor Mohamed.

Saya ingin jelaskan, andaikata kekukuhan ekonomi mahu di ukur, apa yang patut di ambil berat adalah jumlah kemasukan pelaburan asing ke dalam negara dan jumlah pelaburan asing yang di angkut keluar dari negara ini.

Berdasarkan laporan United Nation Conference On Trade And Development yang dikeluarkan pada 11.00 pagi, 24 September 2008 menyebutkan bahawa aliran dana asing yang keluar dari negara adalah sebanyak USD10.989b dan dana asing yang memasuki Malaysia pula adalah USD8.403b. Perbezaan adalah sebanyak -USD2.586b (-RM8.9b). Ini adalah merupakan KALI PERTAMA dalam sejarah Malaysia, FDI keluar mengatasi FDI masuk .



Data Keluar Masuk FDI Malaysia (Klik untuk Besarkan)

Apa maksudnya? Maksudnya berlaku kesusutan pelaburan dalam negara. Maksudnya berlaku ketidak yakinan pelabur asing hingga menyebabkan mereka mengangkut keluar sebegitu besar jumlah pelaburan mereka ke negara lain. Maksudnya tak perlu tunggu tahun depan, ekonomi kita sudahpun meleset sekarang!

Mari kita rujuk apa yang berlaku di seluruh dunia. Di rantau ini, Thailand memperoleh FDI masuk setinggi USD 9.575b dan aliran FDI keluar sebanyak USD 1.756b. Perbezaan setinggi USD7.819. Perkara sama berlaku di Vietnam, Kemboja dan data keseluruhan ASEAN. FDI masuk mengatasi FDI keluar.


Aliran Keluar Masuk FDI Thailand, Kemboja , Vietnam dan ASEAN (Klik untuk Besarkan)

Mesir, yang mana kapasiti simpanan minyaknya 30% lebih kecil dari Malaysia memperoleh aliran masuk FDI sebanyak USD11.578b sementara aliran keluar FDInya adalah USD665j. Perbezaan positif setinggi USD10.913b.

Begitu juga di peringkat Asia, negara-negara membangun dan dunia, secara keseluruhannya menunjukkan peningkatan pelaburan masuk berbanding keluar.


Aliran Keluar Masuk FDI Mesir dan Afrika (Klik untuk Besarkan)

Sungguh mengejutkan, di saat negara-negara yang mengalami pertambahan pelaburan menyatakan kebimbangan pada ketidak stabilan ekonomi dunia, Malaysia yang mengalami pengucupan pelaburan masih berani mengatakan kita tidak akan menuju kemelesetan.

Dan dalam keadaan sebegitu juga, kita masih berani membeli Bank Internasional Indonesia dan Eurocopter yang mengakibatkan kerugian bilion ringgit wang rakyat.

Hebat benar menteri kita!

iBNuZaCK: Ba Wau Nga Wau Kaf!

Assalamu'alaykum..

FDi USD 1 TRiLLioN : TeGuRaN BuaT HaRaKaHDaiLy

Assalamu'alaykum..

Panjang kerut dahi saya bilamana membaca kupasan akhbar HarakahDaily berkenaan Rasional PR mentadbir negara. Kekeliruan saya menjurus kepada kenyataan Harakah bahawa Anwar akan membawa masuk pelaburan setinggi USD1 Trilion andaikata peralihan kuasa berlaku.

"Dalam sidang akhbarnya semalam, Anwar turut mengumumkan bahawa lebih USD1 trillion pelaburan asing menanti untuk memasuki pasaran negara jika politik, kehakiman negara, media, polis, peraturan Bank Negara diperbaiki. "

"Jika Pakatan Rakyat memerintah, kemasukan USD1 trillion pelaburan asing akan menjana aktiviti ekonomi yang aktif dalam negara, sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi negara yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat"

Hakikat yang perlu diketahui adalah, TIDAK ADA satupun negara di dunia ini yang mempunyai FDI ( Foreign Direct Investment ) melebihi USD 100b pada 2007. China, negara yang menerima FDI terbesar di dunia, nilai pelaburan langsung asingnya hanya USD 92b. Vietnam, negara Asia Tenggara yang paling menarik perhatian pelabur (Sumber: Asian Business Council), menerima FDI sejumlah USD40b ; 4 kali ganda lebih besar daripada Malaysia.

Saya percaya akan berlaku perubahan drastik terhadap perkembangan ekonomi nasional andai berlaku peralihan kuasa, tetapi USD 1 Trilion?.. . Aiii, Magic apa yang Anwar akan pakai untuk meningkatkan nilai FDI Malaysia 100 kali ganda daripada apa yang kita perolehi sekarang ( USD10b )?

Saya membaca pula kenyataan media Anwar berkenaan hal tersebut. Begini bunyinya:

"Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara."

Tidak ada satu patahpun menyebutkan bahawa Anwar mengatakan 'akan berlakunya kemasukan USD 1 Trilion pelaburan asing' sepertimana yang dimaklumkan wartawan harakah.

Juga adalah mustahil pengurus dana di rantau ini yang mempunyai jumlah aset USD 1 Trilion akan menggunakan semua aset mereka untuk memasuki pasaran pelaburan negara kita.

Kesilapan teknikal dalam menulis laporan oleh pihak wartawan HarakahDaily sememangnya mengeliru dan mengecewakan banyak pihak. Jauh maksud artikel tersebut berbanding kenyataan media asal. Saya bimbang, soal ini akan menjadi 'bola tanggung kem seberang' dan akan menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Harakah selaku sumber berita alternatif utama negara.

Saya mengharapkan agar satu pembetulan dapat dibuat pihak Harakah dalam menjernihkan kekeliruan ini.

Jangan diulangi kesilapan Suara Keadilan yang silap melaporkan kisah Musa Hassan!

Oh ya, dan saya tiada masalah dengan pendapat lain dalam artikel tersebut.

iBNuZaCK: Tegur kerana sayang..

Assalamu'alaykum..

16 SePT: DaTo MuSTaFa TiDaK WaJaR?

Assalamu'alaykum..

Saya terpanggil untuk membuat ulasan selepas beberapa ulasan teman-teman berkenaan isu perbezaan pandangan antara Tuan Guru dan Dato Mustafa dalam kisah 16 September.

Saya percaya dan yakin bahawa kenyataan yang dibuat Dato Mustafa ada sebab dan alasan yang tersendiri. Ketidak yakinan beliau pada perubahan 16 September pastinya bersandar pada ketiadaan maklumat yang beliau perolehi. Sama seperti Ustaz Harun Taib yang mengatakan 'tidak pasti untuk pertukaran kerajaan' pada 2 hari lepas.

Sungguh benar, bukan dia atau Ustaz Harun yang 'mengejar' ahli-ahli parlimen di Taiwan.Bukan saya juga atau tuan-tuan. Jesteru tidak ada antara kita yang boleh mengatakan sahih akan kewujudan proses pertukaran kerajaan pada hari ini.

Tetapi itu tidak memberikan hak buat Dato Mustafa untuk menafikan atau memperkecilkan usaha menukar kerajaan yang diusahakan gabungan PR. Mungkin Datuk Mustafa cuba mengambil jalan selamat andaikata 16 September gagal, tetapi tidak bolehkah ditunggu dahulu hingga berakhir hari ini untuk membuat kenyataan?

Kenyataan yang ada asas tapi pada masa yang sangat tidak kena.

Sama seperti tindakan Tan Sri Khalid ketika mengulas isu keengganan untuk turun awal ke Kapar atau isu UiTM. Ada benar tetapi masanya tidak kena. Tetapi riwayat Tan Sri dalam politik baru dua tahun. Dato sudah puluhan tahun. Jesteru, perlu ada perbezaan kematangan strategi yang luas antara keduanya.

Jesteru,saya memahami kekecewaan yang dilontar Tuan Guru Mursyidul Am. Bukan kerana dia benci atau meluat. Tetapi dia terasa apabila rancangan susah payah oleh gabungan oposisi seolah 'dipandang sinis' orang kanan partinya sendiri.

Dato Mustafa bukan ketua cawangan. Dia bukan tukang gantung poster atau tukang jual air masa Muktamar. Dia Pesuruhjaya Negeri dan Pengarah pilihanraya. Sedikit sebanyak, kenyataan yang dibuat olehnya atas kapasiti jawatan beliau akan meregangkan hubungan PAS dalam gabungan.

Lainlah kalau saya tersilap buat kenyataan. Apa jawatan pun tak ada. Silap menulis pun orang tak peduli mana.

Bagaimana Jika Mustafa Benar?

Ya,bagaimana? Bagaimana jika pandangannya tentang tiada pertukaran kerajaan hari ini benar? Gagalkah 16 September?

Pandangan saya tidak. 16 September tidaklah gagal sepenuhnya. Saya beri perbandingan.

Dalam himpunan BERSIH 10 November lalu, matlamatnya ada 4. Penggunaan dakwat, akses pada media,pembersihan daftar dan penghapusan undi pos. Mana satu tuntutan yang berjaya? Tak ada pun. Yang isu dakwat itu pun dibatalkan saat akhir dengan alasan bodoh.

Maka gagalkah BERSIH? Sia-siakah saya dan sahabat sekalian disembur dan digempur 'tentera bergajah'? Sudah tentu tidak. BERSIH berjaya dalam ertikata menyedarkan rakyat marhaen tentang kebobrokan politik pemerintah dan mematangkan rakyat dalam memahami krisis kepimpinan di Malaysia.

Kesannya,kejayaan luar biasa dalam PRU ke 12.Tak payahlah saya sebut apa yang luar biasanya.

Begitu juga dengan 16 September. Katalah....katalah tak ada seorang pun ahli Parlimen BN yang mahu menyeberang. Katalah Anwar memang berbohong daripada awal tentang kewujudan sokongan daripada 32 ahli Parlimen BN untuk menyertai kerajaan persekutuan PR.Katalah.. Namun, 16 September tetap tidak gagal.

Kerana 16 September telah menunjukkan kepada rakyat betapa kemaruknya regim pemerintah untuk terus bertaut pada tali kuasa. 'Lawatan besar-besaran ke luar negara', penggunaan ISA ke atas Teresa serta hentaman tidak henti-henti media telah memberikan satu kelebihan dari sudut politik buat PR untuk PRU 13.

Pakatan Rakyat sebenarnya mendapat 'kelebihan' dalam 'kekurangan'.

Dalam membaca tulisan teman-teman dalam isu ini,saya juga tidak dapat mengelak daripada merasa tersinggung apabila dikatakan Dato Mustafa melakukan semua ini demi memanjangkan hayat politiknya yang hampir padam. Senang cakap, gila kuasa.

Bagi saya,andai benarlah Dato Mustafa gila kuasa,barang tentu dia sudah meninggalkan jemaah Islam dan terus menyertai BN sebagai Timbalan Menteri zaman Tun Hussein Onn dahulu. Dan andainya dia sanggup gadai prinsipnya hari itu, pastinya jawatannya kini sekurang-kurangnya Menteri Kanan atau mungkin bakal pengganti Pak Lah pada 2010.

Tetapi dia menjual jawatannya demi Islam. Munasabahkah orang sebegini gila kuasa?

Cuma silapnya, kenyataannya patut dibuat dalam parti dan bukan dihebah ke luar. Itu sahaja. Kerana itu pasti mengundang umpan mudah buat kawan kita di kem seberang.

Buat teman-teman, saya juga pernah mengkritik PAS Terengganu secara hati-hati saat hampir pilihanraya dahulu. Tetapi,saya hentikan serta merta teguran itu menjelang pilihanraya memandangkan masanya tidak kena. TKO juga begitu. Laman forumnya terbuka. Tetapi saat pilihanraya, segala kritikan dibuang kerana masanya tidak kena.

Kritikan pada pimpinan itu memang wajar. Tetapi ia tidak wajar jika masa dan caranya tidak betul.

Anak kancil sesat di kota,
Anak belatuk berduka lara,
Bukan kecil harapan kita,
Harapan untuk agama dan negara

iBNuZaCK: Sidang Media Khas oleh DSAI di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Tropicana, Damansara hari ini berkenaan '16 September'.

Assalamu'alaykum..

BN KeKaL-MiNYaK NaiK FeBRuaRi 2009?

Assalamu'alaykum..

Dalam majalah Fortune yang saya baca baru-baru ini,2 calon Presiden Amerika Syarikat,Barack Hussein Obama dan John Mc Cain telah ditanya dengan satu soalan."Apakah ancaman jangka panjang paling serius kepada ekonomi Amerika Syarikat?".Barack yang berketurunan Muslim-Kenya menjawab,"Polisi tenaga kita".John Mc Cain,veteran perang Vietnam pula memberi jawapan,"Ancaman radikal extremis Islam".

Jadi apa kaitannya dengan minyak naik 2009?

Baru tadi saya terbaca pula kenyataan Datuk Shahrir berkenaan mekanisma penurunan harga minyak dalam Berita Harian Online.Ada 2 perenggan tertulis:

Beliau berkata harga siling itu akan dikaji semula selepas 31 Disember ini, bergantung kepada paras harga minyak semasa dunia.

“Jika harga minyak naik melambung (tahun ini), pengguna tidak perlu menanggung kos kerana ia akan ditanggung kerajaan"

Bermakna,jawapan beliau hanyalah jaminan bahawa harga maksimum tahun ini adalah RM2.70 tetapi harga tahun hadapan mungkin lebih tinggi.Itu akan bergantung pada harga komoditi ini di pasaran dunia.

Apa yang akan berlaku pada Februari 2009?

Pada 20 Januari 2009, Presiden US yang baru akan mengangkat sumpah.Mengikut undian Newsweek yang diadakan baru-baru ini,Obama sedang mendahului Mc Cain dengan margin yang agak besar,51%-36%.Jika situasi ini diterjemah dalam bentuk undi,kebarangkalian serangan ke atas Iran yang mengeluarkan 1.4 bilion tong minyak setahun amat kecil bersandarkan pandangan Obama bahawa Iran bukan ancaman serius kepada US.Pandangan ini sudah tentunya dibidas Mc Cain.

Namun harus diingat.Pada Julai 2004,majalah yang sama juga pernah menjalankan undi ke atas calon Demokrat,Senator John Kerry dan Presiden Bush.Kerry mendahului dengan 51%-45%.Sudahnya,Bush menang lebih selesa berbanding tahun 2000 dimana kemenangannya terpaksa diisytihar di mahkamah.

Jika trend ini berterusan dan Mc Cain menang,pastinya Februari 2009 akan menyaksikan ketidaktentuan harga bahan api kerana kempen di Afghanistan dan Iraq akan diperpanjangkan dan kempen baru ke atas negara lain dijangka bermula.

Jika Obama menang,watak lembutnya tidak memberi jaminan yang selesa.Bush pada 2000 juga dipilih penduduk Muslim US apabila dilihat 'lembut' berbanding Al Gore.Anda tahu apa yang si 'lembut' ini buat..

Dan jika kedua-duanya tiba-tiba menjadi 'baik hati',ramalan ramai penganalisis seperti bekas Menteri Luar Jerman,Joschka Fischer bahawa Israel akan merancang serangan ke atas Iran dalam masa terdekat perlu di ambil kira.

Shahrir mungkin tahu hal ini.Mungkin sebab itu dia tidak berani berjanji harga maksimum RM2.70 akan dikekalkan untuk 2009.Jika dia tidak tahu,pasti dia boleh berjanji manis pada rakyat.

Tapi saya tak tahu berapa ramai akan percaya pada janji dia.Dia pernah berjanji harga minyak dinaik pada Ogos.Tetapi dia 'menunaikan janjinya' 2 bulan lebih awal.

Mungkin ramai yang tidak tahu.Dengan harga pasaran dunia sekitar USD 116/tong sekarang,harga seliter petrol tanpa subsidi adalah sekitar RM2.35-2.40 seliter.TANPA SUBSIDI.Tapi kita membeli petrol dengan harga RM2.70 seliter.Lebihan 30 sen yang kita bayar itu adalah subsidi kita kepada kerajaan.

Belum pernah berlaku,rakyat memberi subsidi pada kerajaan yang sepatutnya menjaga mereka.Tunggang terbalik dunia.

Jadi bagaimana mengelakkan risiko ini?

Kemenangan Anwar di PRK Permatang Pauh adalah jawapan.Janjinya bahawa minyak akan diturunkan sebanyak 70 sen sebaik memerintah akan membolehkan saya dan anda berehat daripada runsing melihat graf harga minyak global.Biarkan sahaja Anwar yang runsing.Kasi 'padan muka dia'.

Jadi,saya serahkan keputusan ini buat 54000 sahabat di Permatang Pauh Selasa ini.Tolong hentikan kerunsingan saya.Kerana amat tidak logik kita terpaksa menanggung beban harga setinggi ini sedangkan rakyat Mesir menikmati harga petrol 2 kali ganda lebih murah dari kita walhal kapasiti simpanan petrol mereka adalah kurang 70% daripada simpanan kita.

Saya pernah menulis perihal ketidaklogikan ini beberapa minggu sebelum PRU 12.

Saya memang tidak pintar ekonomi.Tetapi selepas PRU 12,saya hanya menjangkakan kenaikan maksimum 30 sen satu liter berdasar situasi ketika itu.Tetapi siapa tahu Pak Lah menaikkannya sebanyak 78 sen.Hari ini saya menjangkakan kenaikan harga bahan api ini bermula Februari 2009,tetapi siapa tahu....ahhh anda sambung sendirilah.

iBNuZaCK: Siapa tahu full tank motor Kriss berapa?Sebab hari tu isi RM10 tak penuh.Macam Kancil pulak.

Assalamu'alaykum..

UiTM - MeNCeDuK SeJaRaH SiLaM

Assalamu'alaykum..

154 tahun lalu,seorang komander Amerika Syarikat bernama Matthew Perry telah memaksa kerajaan feudal Shogun Tokugawa untuk membuka pasaran ekonominya kepada kuasa Barat.Cukup ramai wira perang samurai yang memberontak; menghasilkan Perang Boshin yang menggugurkan kerajaan feudal Shogun daripada kuasa.Kira-kira 14 tahun kemudiannya,berlakulah Pemulihan Meiji yang membuka Jepun pada dunia luar.Kesan pada Pemulihan Meiji ini,maka Jepun yang merupakan negara yang sangat lemah dan miskin sebelumnya berjaya menewaskan Rusia,China dan Korea selain menjadi kuasa dominan di Asia Pasifik pra Perang Dunia ke 2.

Begitu juga dengan China dan Vietnam.Apabila dasar tertutup China yang diamalkan kerajaan Komunis dihapus,ekonomi China berkembang pesat pada kadar 8% setahun.Sektor barangan elektrik dan elektronik mula mengalih pelaburan kepada China berbanding sebelum ini di Asean lantas memberi kesan buruk terutama pada Malaysia yang pernah menjadi pengeksport semikonduktor terbesar dunia pada zaman Tun Hussein Onn.Vietnam yang diperintah juga oleh Komunis dan baru 33 tahun pulih dari trauma perang,kini menduduki tangga ke 3 sebagai negara Asia yang paling menarik perhatian pelabur (Sumber:Asian Business Council)

Dasar terbuka itu telah menjadikan negara-negara ini kuat dan hebat.Negara-negara yang mengamalkan dasar tertutup atau terpaksa mengamalkan dasar tertutup akibat pemencilan antarabangsa seperti Myanmar dan Korea Utara semakin ketinggalan berbanding negara jiran.

Tetapi ada juga dasar terbuka yang membawa keburukan.Apabila selesai Perang Candu Pertama antara China dan Inggeris,ekonomi China hampir lumpuh akibat lambakan barang murah buatan kilang Britain.Kesannya,pemerintahan dinasti menjadi sejarah di negara Middle Kingdom ini.

Apabila Tan Sri Khalid spontan mencadangkan agar UiTM menghapuskan 'dasar pintu tertutup kepada kaum bukan bumiputera' saat disoal wartawan sebagai salah satu cara meningkatkan kualiti UiTM,tidak sedikit suara dari 'sebelah sana' yang membantah.Walhal,suara-suara ini juga yang berdiam tak kurang juga memuji saat kerajaan membuka 10% kuota MRSM dan 45% kuota biasiswa JPA pada bukan Melayu.

Jika Khalid khianat kerana mencadangkan,tentulah Mahathir lebih khianat dengan melaksanakan.Dan terlebih khianat buat Nazri Aziz yang menutup MRSM-YT di Besut dan Dungun sehingga memaksa anak bangsa sendiri berpindah randah ke MRSM negeri lain!

Saya sebenarnya cukup keliru dengan isu ini terutama jika dikatakan Khalid mencadangkan sedemikian bagi menarik undi bukan Melayu untuk bosnya di Permatang Pauh.Sukar nak percaya.Sebab belakangan ini saya tidak mendengar adanya desakan kaum lain agar UiTM dibuka.Pelik juga.Kalau ada,pasti DAP,MCA,MIC dan Gerakan akan menjadi juara.

Sebab setahu saya,bukan Melayu tak berapa hendak masuk UiTM.IPTS terlalu banyak.Ada UTAR yang dibina MCA dan AIMST yang dipunyai MIC.

Kata Khalid,"Niat saya hanya mahu menaikkan mutu graduan UitM"

Ada kebenarannya.Kerana saingan yang akan mendesak seseorang untuk memperbaiki diri.

Bayangkan kalau Usain Bolt berlari sorang-sorang,tak akan mampu dia mencatat rekod dunia 9.69s pada acara 100m Olimpik.Dia boleh mencatat rekod Olimpik kerana Richard Thompson dan Walter Dix bersaing dengannya di kiri kanan.

Memang benar,UiTM bukanlah terlalu 'low standard' seperti yang digambarkan sesetengah pihak.Walaupun tidak tersenarai dalam Times-QS World University Ranking 2007 sepertimana 5 universiti Malaysia yang lain,UiTM yang mempunyai sekitar 140 000 mahasiswa dengan sasaran 200 000 menjelang 2015 juga berjaya melahirkan orang-orang hebat seperti Datuk Pardas,Ir Mohd Zain Mohamed (Menteri Kerjaraya) dan Khalid sendiri.

Tetapi jika dihitung jumlah mahasiswanya yang hampir 10 kali ganda lebih besar daripada mana-mana IPTA lainnya,maka kelahiran tokoh-tokoh yang sama banyak dengan IPTa lain tentulah bukan kejayaan yang membanggakan.Paling tidak graduan UiTM sepatutnya menguasai 10% pasaran tenaga profesional dalam negara berdasarkan jumlah alumninya.

Jikalah dikatakan graduan UiTM mudah dapat kerja walaupun mengamalkan 'dasar pintu tertutup',lihatlah dahulu yang mudah dapat kerja dari kursus mana.Kalau kursus kritikal seperti perubatan dan kejuruteraan,situasi itu memang sama di mana-mana.Statistik UNITEN sendiri menunjukkan 97%-100% graduannya memperoleh kerja sebelum konvokesyen berlangsung.Walhal usia UNITEN baru 10 tahun.Yang tak dapat kerja Saiful Bukhari ja.Dia bukan graduan UNITEN,dia grasumpah!

UiTM sepatutnya berhenti menjadi 'benteng terakhir orang Melayu'.UiTM sepatutnya menjadi benteng pertama orang Melayu.

UiTM tidak boleh menjadi tempat orang Melayu yang tak dapat mana-mana universiti untuk belajar.UiTM patut menjadi universiti yang mana orang-orang Melayu berebut tempat mahu belajar.

Saya tidak tahu sama ada itu harapan Khalid.Tapi itu harapan saya.Apalagi adik saya juga di UiTM.

Soalnya bagaimana?

Dasar tertutup dan terbuka ini tak boleh dipaksa-paksa.Ia hanya boleh dilaksana apabila orang yang terlibat bersedia.Sama seperti China.Dasar Terbukanya yang pertama menghancurkan negara mereka kerana dasar itu dipaksa Inggeris untuk dilaksanakan selepas kekalahan China dalam Perang Candu.Tetapi dasar terbuka yang mutakhir berjaya kerana Kerajaan dan rakyatnya bersedia.

Mungkin ada yang kata tak sama,kerana itu ekonomi dan kita bicara soal pendidikan.Soalnya,konsepnya sama.Kerana kedua-duanya akan menghasilkan persaingan.Yang lembap akan tertinggal dibelakang.

Sama dengan UiTM.Mereka perlu bersedia sebelum 'pintu' dibuka.Jika mereka belum sedia,mahasiswa ini akan kalah dan punah dengan saingan yang tiba.

Soalnya bila mereka akan bersedia?

Bagaimana mereka akan bersedia?

Atau mereka memang tidak mahu bersedia?

iBNuZaCK: Tengok Abu Syah,teringat Datuk K..Eheh..

Assalamu'alaykum.

aPaBiLa SeMuaNYa KeBeTulaN..

Assalamu'alaykum..

“Kalaupun DNA menjadi satu isu dalam kes berkenaan, itu satu kebetulan,” katanya kepada pemberita.

Begitu petikan kata-kata Abang Lah saat mengulas isu Akta DNA di Parlimen.Katanya,memang dah lama nak bawa ke Dewan Rakyat.Kebetulan saja masanya bertembung dengan isu liwat dan PRK Permatang Pauh.

Saya teringat kata-kata Saiful Bukhari Azlan selepas beliau melafazkan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan.Katanya:

“Secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan, saya pun tak tahu Anwar akan bertanding. Saya buat laporan pada 28 Jun lalu. Saya pun tak tahu bila dia akan bertanding.

Masa saya masih muda,remaja,belia dan bergetah dahulu,satu cerita yang sangat saya minat adalah Senario Lagi.Salah satu babak yang masih saya ingat adalah apabila hampir semua watak utama berkumpul selepas masing-masing membuat laporan polis.Dalam satu dialog yang saya ingat:

Kamala: Eh,awak pun kerja kat Hotel tu?
Umie Aida: Ya,kebetulan malam ni shift saya.
Kamala: Eh,kebetulan malam ni shift saya juga.
Umie Aida: Wow,malam ni semuanya asyik kebetulan saje ye?
Azlee: Yelah, dari pagi tadi semuanya asyik kebetulan je.
Syanie: Macam tak logikkk je cerite ni..
Semua(pandang kamera) : Hmmmmmm...



iBNuZaCK
: Hmmmmm... :D

Assalamu'alaykum..

10 SeBaB MeNoLaK BN

Assalamu'alaykum

1. Harga petrol makin naik. Sebab kos pengangkutan naik, maka harga barang turut naik. BN kata dah terlalu banyak subsidi, tapi masalah ini boleh selesai jika pengurusan ekonomi lebih bagus (kurangkan projek mega yang hanya menguntungkan kroni). BN kata projek mega beri manfaat pada rakyat, tapi tanyalah diri anda, rasa untung tak? Harga barang tetap naik.

2. Politik makin kotor. Bila orang sebut politik, secara automatik orang akan cakap "eleh politik kotor". Sebenarnya politik tak kotor, cara orang berpolitik tu kotor. Apa yang kotor kalau orang nak kuasa untuk tolong orang? Apa yang kotor kalau nak kuasa untuk turunkan harga barang? Nak politik bersih, peribadi pemimpin mesti bersih. Kalau undi BN, dapatlah MP macam Nazri Abdul Aziz yang panggil orang bodoh, atau MP Kinabatangan yang cakap pasal bende "bocor". Nak lagi best, sila Google MP Gombak. Dapat la orang mcm Dr Rahman Ismail (skandal dengan isteri orang), Chua Soi Lek (skandal dalam hotel) atau Rahim Tamby Chik (kes rogol budak bawah umur). Pemimpin menjadi ikutan rakyat. Bila perangai pemimpin tak bagus, perangai rakyat pun tak bagus lah. Bila kite undi orang yang tak diketahui peribadi dia, dan dia buat skandal bila naik, jangan pelik la bila muda mudi kita buat video pelik-pelik.

3. Jenayah makin menjadi-jadi. Sejak BN dapat mandat 91% dan Pak Lah jadi PM tahun 2004, jenayah telah meningkat sebanyak 43%. Menurut laporan Ketua Polis Negara, dah mencecah lebih 420000 kes (2006). Lepas Nurin, Sharlinie pulak. Lepas ni anak siapa? Sebabnya rasuah menjadi-jadi. Rasuah banyak = polis jadi tak cekap. Polis sibuk main saham & buat bisnes dari jaga keamanan negara. Kesannya, anak2 kite tak leh keluar rumah nak bermain-main sebab bahaya penculik dan perogol.

4. Tol naik. Siapa suka bayar tol angkat tangan. Eh silap, hulur tangan. Keluar duit lagi. Lepas tu komplen sara hidup terlalu tinggi. Tapi undi BN jugak. Kutipan TOL hingga hujung tahun 2006 adalah RM 23.656 billion, tidak termasuk subsidi atau pampasan kerajaan sebanyak RM 38.5 billion.Bermakna bayaran terhadap pemilik Lebuh Raya adalah RM62.156b. Kos pembinaan kesemua lebuh raya bertol adalah RM 18.930 billion. Ini bermakna,keuntungan yang diperolehi sudah mencecah RM43.226b setakat 2006. Dah untung dah le... tutup le tol tu. Baik ikut cadangan Shahrir Samad, beli semua lebuhraya, tutup konsesi tol. Takda konsesi = takda tol. Takda tol = hidup senang. Undi BN = Tol naik.Kemudian ramai yang pening,pasal apa kerajaan kita duk bodoh sangat tandatangani perjanjian tidak adil dengan konsesi?Sampai perjanjian tol duk pegi letak bawah OSA.Sebabnya adalah ada kroni mempunyai saham dalam UEM (Pemilik PLUS) melalui Renong dan Fleet Holdings.Sekarang tau bagaimana UMNO tiap-tiap kali kempen mewah gila-gila?

5. Banyak skandal rasuah.Siapa sudah lupa skandal PKFZ (Port Klang Free Zone)?Bagaimana Kerajaan yang sepatutnya boleh beli tanah PKFZ tu sebanyak RM10/kaki tetapi memilih untuk beli RM25/kaki.RM3bilion duit hangus kerana nak kenyangkan tembolok pemimpin MCA yang berselindung di sebalik syarikat yang jual tanah tu pada kerajaan.Jangan lupa dengan skandal komisen hampir RM1bilion untuk kapal selam scorpene dan jet sukhoi.Punyalah korup sampai pakai orang tengah dalam Malaysia(Kerabat dia jugak).Padahal orang tengah tu tak perlu.

6. Membazir.Jangan lupa cara Pak Lah beli jet peribadi RM200juta.Padahal jet-jet PM lama tersadai dekat sg Besi.Jangan lupa bangunan Matrade.Sebab lembap,kos naik RM120j.Jangan lupa projek keretapi ke Thailand.Sebab bodoh kos dari RM8b naik kepada RM12b.RM4b hangus.Jangan lupa beli MV Augusta RM500juta tapi jual 1 euro.Jangan lupa jambatan bengkok yang dibatal sampai kena bayar pampasan hampir RM300juta.

7. Kroni kenyang rakyat lapar.Masih ingat kisah bail-out syarikat MISC dan UEM ketika krisis kewangan 1997?Masih ingat bagaimana Petronas diguna utk bail-out syarikat Scomi RM2b apabila syarikat milik anak Pak Lah tu terjebak dengan skandal nuklear Libya?Masih ingat dengan Skandal Oil For Food Pak Lah yang sampai Tun Mahathir minta siasat?Apa cerita pula rakyat?Macammana kemiskinan tegar?.Sabah no 1 (32400 orang).Terengganu no 2 (8300 orang).Perak no 3 (5700 orang).Sarawak no 4 (5200 org).Kedah no 5 (5000 orang).Kelantan yang dikatakan mundur di bawah ulamak tu pun no 6 (3600 org).Ini tradisi membela rakyat?

8. Agama Tergadai.Apa dipanggil membela agama jika Masjid Bujal dirobohkan?Surau Al-Ijtimaiah di kampung Berembang diruntuhkan?Apa cerita hudud yang dihina dan dihalang kerajaan dan hukum poligami yang dipermainkan menteri wanita?Apa tindakan UMNO bilamana pemimpin Gerakan minta mufti letak jawatan?Masih ingat reaksi Pak Lah berkenaan isu Lina Joy?Apabila cucu ulamak ini sanggup kata "Malaysia does not forbids muslim from converting?".Mana rasa tanggungjawab dia jaga akidah rakyat?Sudah lupakah kata2nya bahawa "Islam does not above constitution" yang memaksa FORKAD mengeluarkan kenyataan meminta Pak Lah mengucap kembali?Itu dipanggil menegakkan agama?

9.Bangsa tergadai.Apa cerita lebih 66000 ekar tanah rezab Melayu akan terjual kepada orang lain melalui projek ECER? (Ruj The Edge Daily 27 Sept 2007).Apa cerita Tanah Rezab Melayu yang asalnya kira-kira 3 juta ekar?Berapa ekar yang tinggal?Apa cerita Tanah Rezab Melayu Gombak yang terjual pada bukan Melayu?Apa disungguh mahu merampas Kelantan sedangkan nasib Melayu di Pulau Pinang makin dipinggir hari demi hari?Apa cerita rumah-rumah Melayu yang diroboh di kampung Berembang dan Kampung Bujal sedangkan penternak-penternak babi di Melaka boleh pula bertoleransi?Itu dipanggil perjuangkan Melayu?

10.Tanah air tergadai.Masih ingatkah peristiwa pembelian Pantai Holdings oleh Parkway sehingga sistem kesihatan swasta kita hampir dikuasai warga asing?Apa cerita WPI (Wilayah Pembangunan Iskandar) yang lemah peraturannya hingga memberikan peluang untuk warga Singapura menguasai kawasan perdagangan Selatan Semenanjung?Apa lemahnya kerajaan hinggakan terpaksa tunduk pada desakan Singapura dalam isu jambatan bengkok hingga kita rugi RM300juta.Apa lemahnya pemimpin hinggakan perjanjian pembelian air mentah 3 sen/1000 gelen masih kekal?Apa lemahnya Pak Lah hingga untuk berjumpa Bush sanggup bayar pelobi Yahudi di washington DC bernama Jack Abramoff melalui Duta Malaysia di washington?Perkara ini kemudiannya terbongkar melalui dokumen siasatan di Kongres Amerika sendiri.Ini dipanggil membela tanah air?

Katakan Tak Nak Tuan-Tuan.Katakan Tak Nak kepada BN!!

Penulis Bersama: Muhammad Husni (Averroes)

Assalamu'alaykum

aNDa BeRuMuR 129 TaHuN?eH,DaTaNGLaH MeNGuNDi!

Assalamu'alaykum

Sebetulnya saya sedikit kurang selesa untuk menyiarkan posting ini di sini.Posting yang sekadar menjawab 'serangan tidak langsung' seorang bekas teman sekampus.Sebolehnya saya mahukan agar blog ini dilihat profesional dengan tiada artikel berbaur emosi.Tetapi memandangkan Buletin Friendster terganggu dan memandangkan sudah lebih 12 jam saya cuba menghantar buletin ini (saya cuba menghantarnya bermula jam 8.00 pagi)ke laman sana tetapi masih gagal,oleh itu saya mengambil keputusan untuk menyiarkannya di sini.

Serangan ini adalah berkaitan entri berjudul SaYa BeRuMuR 129 TaHuN SaYa MaSiH HiDuP DaN SaYa BoLeH MeNGuNDi.Teman baik saya itu saya kiaskan dengan nama 'Si Pembela'.


Si Pembela mengatakan manusia 129 tahun ini mungkin masih hidup atas sebab mereka sengaja claim mereka hidup pada tahun itu.Kita setuju.Mungkin saja.Dengan kata lain 37 warga hebat kita ini adalah manusia yang lebih tua daripada manusia tertua tetapi tidak dapat disahkan lantaran kekurangan dokumen rasmi.Benar itu mungkin.

Tapi mungkin si Pembela tidak tahu.The unverified living supercentenarian yang paling tua adalah Maria Diaz Cortes yg berumur 116 tahun (lahir 4 Januari 1892).Jika 37 warga kita juga dianggap warga tua yang tidak diiktiraf,atas sebab apa mereka tidak disenaraikan dalam senarai yang sama?Terlalu pemalukah kita mengakui kita punya warga yang berumur panjang?

Paling kelakar apabila si pembela mengatakan boleh saja dia claim lahir tahun 1880.Dia boleh claim tahun berapa yang dia suka.Adoi bang,kalau setahun dua tu boleh terima,tapi kalau dah berpuluh tahun berbeza tu apa cerita?

Untuk pengetahuan semua,semaklum saya,kad pengenalan pertama kali diwajibkan selepas 1948 melalui Peraturan-peraturan Dharurat (Kawasan - kawasan Pendaftaran) 1948.Katalah mereka yang mengaku lahir pada 1879 ini mendaftar,maka ketika itu sepatutnya dia sudah berumur 69 tahun.Cuba fikir dalam-dalam apa beza fizikal antara orang berusia 50 tahun (lahir 1898) dan 69 tahun (lahir 1879)?Dan apa faedahnya dia mengaku lebih tua dari asal?Apa masa tu ada elaun warga emas ke?(Biasanya orang selalu mengaku muda,tak tahulah kalau si pembela suka mengaku tua).Tiada orang mengaku tua atas sebab suka-suka.Paling tidak berilah rasional penipuan umur oleh mereka.

Si pembela kemudian berkata,ya kenapa tidak di check sahaja di alamat2 yang diberi.Alahai.Saya bagi contoh satu saja.Nor Aishah Bt. Ahmad (901231090030) tinggal di Kampung Paya Batas Tinggi.Apabila petugas datang ke sana,tiada seorang pun yang kenal siapa itu Nor Aishah Bt. Ahmad.Bukankah aneh,manusia yang setua 117 tahun tetapi tidak dikenali hatta seorang pun di kawasan tempat tinggalnya?.Munasabahkah si pembela?

Jika benar-benar wujud orang sebegini,mengapa tidak saja SPR bawakan seorang sebagai contoh dalam TV untuk mematikan hujah pembangkang?Untuk menunjukkan betapa 'panjang umurnya' warga Malaysia?

Mungkin juga si pembela tidak tahu.Beratus-ratus bantahan telah dikemukakan berkenaan orang yang sudah mati ini.Ada yang dimaklum sudah mati tahun 1987 tetapi masih hidup dalam daftar SPR.Andai betul-betul telus,mengapa tidak digabung atau diconnect saja dengan pengkalan data Jabatan pendaftaran Negara?Bodoh sangatkah teknologi IT kita?Infranstruktur didakwa kelas pertama,mengapa IT kelas ke 86?Mungkin si pembela yang berkelulusan IT dengan CGPA 3.++ ada caranya.

Apa yang menyedihkan hanya negara kita sahaja yang punya masalah pengundi sudah mati tetapi masih hidup di data SPR.Saya belum pernah dengar kisah sama di negara-negara setaraf kita seperti Thailand,India mahupun Pakistan.Mengapa?Di Timor Leste pun tiada.Kita ni negara dunia ke berapa?

Saya bagi contoh di Ijok.Apabila terdapat bas-bas yang datang dari Perlis membawa pengundi-pengundi seperti ini.Apabila ditanya,nak buat apa datang?Maka jawapannya,kami perayu undi dari Perlis.Nak merayu undi apanya kalau dah datang pukul 3.00 petang hari mengundi?Ini perayu undi atau apa?Alasan tak beragak.Menipu tak berfikir!

Mungkin si pembela tidak tahu,adalah satu perkara biasa DPT (Daftar Pemilih Tambahan) yang dikeluarkan selepas adalah amat berbeza dengan Daftar pemilih sukuan terakhir yang dikeluar SPR.Atas sebab itulah maka selalu kita minta agar masa berkempen dipanjangkan seperti zaman sebelum Che Det.Kita akan punya banyak masa untuk sahkan.

Adakah kita tidak periksa di kaunter mengundi?Jawapannya ya.Kita periksa.Contoh di Ijok.Orang umur 107 tahun datang mengundi tapi muka masih muda.Maka kita tanya,apa pasal umur 107 tahun muka masih muda jalan masih tegap?Jawapan pegawai SPR,sekarang sudah ada pembedahan plastik!

Kalau kita terlalu bertegas nanti media sampah propaganda BN akan keluarkan berita,"Petugas PKR halang demokrasi","Penyokong PKR ganas","PKR biadap".Maka kita bantah sekadar termampu ketika itu.

Untuk perkara-perkara macam ini saja,ratusan bantahan sudah dibuat,tapi faham-fahamlah SPR bawah sapa kan?Sedangkan isu nak guna atau tidak kotak undi lutsinar pun berlengah atas alasan menunggu persetujuan kerajaan Pak Lah!

Tapi itu bukan perkara yang utama.Paling penting kenapa SPR begitu bolak balik terhadap penggunaan dakwat kekal?Kalau setakat penggunaannya berbentuk pilihan,baik tak payah buat.Pengundi hantu tak akan pakai dakwat kekal.Kalau betul SPR telus dan mahu atasi pengundi hantu,atas sebab apa guna dakwat kekal tidak diwajibkan?Nak bohong hidup2-hidup rakyat?Masalahnya ada juga rakyat yang suka dibohong hidup-hidup.

Kalau betul SPR itu benar,kenapa takut mengundang BERSIH berbincang di dalam media terbuka?

Itu belum dikira mengenai isu 'peraturan stamping'.Sekejap wajib sekejap tidak hingga membolehkan pencalonan wakil BN di Titiwangsa sah.Belum juga dikira borang pencalonan BN di DUN Chempaka yang tidak bertandatangan tetapi masih diterima SPR.Ini apa?Bukan salah guna kuasa?

Saya sebenarnya bukannya suka sangat 'berperang' dengan warga KMU.Prinsip majoriti mereka sangat lemah.Mereka semua tahu apa penyelewengan KJ dan bapak mertuanya.Buka saja KMU,siapa antara mereka yg tidak tahu kekorupan dalam kerajaan?.Contoh,Isu Pantai Holdings dan Parkway.Tapi bila ditanya,kami sokong UMNO jugak.Eh,yang nak jadi PM ni parti UMNo ke pemimpin korup dalam UMNO?

Allah kata dalam Surah Az-Zukhruf ayat 54:

(Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik (derhaka).

Maknanya,Bani Israel ini dia dah tahu Firaun ini jahat,zalim,tapi mereka sokong jugak.Lalu Allah golongkan mereka dalam golongan kaum yang fasik.

Forumer-forumer (bukan semua) KMU ni?
Kita taknaklah kata terang-terang,tapi ya lah.Hu..aa..iii...gegegege.

Sayang semua...

iBNuZaCK: Setakat ini saya cuma diserang dalam buletin,mesej atau group announcement di Friendster.Belum ada yang berani bertarung di sini.Blog ini bukan seperti Ganulening yang tidak boleh dikomen atau Anwarisme yang belum tentu comment di approve atau KMU yang post sekian banyak teman saya sengaja diedit atau di delete.Mungkin mengambil pengajaran daripada seorang cybertrooper yang gagal menyerang hari itu barangkali.



Assalamu'alaykum

iSu NeGaRa iSLaM-MeMaHaMi SiTuaSi SeMaSa

Assalamu'alaykum..

Semenjak dua menjak ini,blog ini bagaikan sudah menjadi defender kepada Anwar Ibrahim.Bermula isu Hindraf,kemudiannya isu minyak,pendidikan dan kini isu negara Islam.Tidak putus-putus serangan dilakukan ke atas pendirian,prinsip dan peribadi lelaki ini,semuanya bagi menghancurkan kredibiliti beliau atau sekurang-kurangnya meragukan pendukung parti sekutu untuk terus mempercayainya.

Berkenaan isu negara Islam,penulis mulakan dengan video di bawah (perhatikan sehingga minit ke 2.09):





Hakikatnya,penulis bukanlah manusia yang layak menjawab,memandangkan yang lebih layak tentulah empunya badan.Namun,sedikit pandangan penulis ini mungkin bisa menenangkan kembali beberapa keping hati yang kian loggar ikatannya pada tiang perjuangan.InshaAllah.

Dalam video di atas (penulis percaya dilafazkan dihadapan penyokong India),ayat DSAI berbunyi,"Saya tidak menyokong apa-apa tuntutan Islamic state".

Penulis sebenarnya tidak merasa sedikitpun gundah gulana pada ayat calon Perdana Menteri Barisan Alternatif ini.Apa yang harus pengunjung fahami adalah ayat ini diungkapkan dihadapan ribuan penyokong bukan Islam yang selama ini sudah rosak pemikiran mereka dengan propaganda jahanam UMNO terhadap Islam dan Hudud.Dalam hal ini,pengunjung harus memahami apakah 'tuntutan Islamic state' yang dimaksudkan Anwar.Untuk memahaminya,pengunjung perlu bertanya dahulu kepada rakan bukan Islam,apa yang dimaksud dengan 'Islamic state'?.Apa kefahaman mereka terhadap 'Islamic state' itu sendiri.

Kefahaman dominon yang sering dimiliki bukan Islam terhadap Islamic state itu adalah 'pelaksanaan Hudud'.Makanya,maksud Anwar bahawa beliau tidak menyokong usul Islamic state adalah beliau tidak menyokong pelaksanaan Hudud di negara Malaysia apabila kemenangan dinikmati BA kelak.Itu maksud sebenar beliau.Makanya apakah ini bermakna Anwar menafikan kehendak,matlamat,impian dan target utama PAS yakni menegakkan daulah Islamiyyah di Malaysia?Jawapannya juga tidak.

Penolakan ini dibuat oleh Anwar atas dasar ketidakfahaman atau lebih tepat dipanggil kesalahfahaman bukan Islam terhadap isu negara Islam itu sendiri.Natijah propaganda songsang UMNO terhadap perjuangan PAS dan daulah yang diingininya,bukan Islam memandang negara Islam itu sebagai musuh yang lebih besar daripada ideologi rasis yang dianut sebahagian parti di Malaysia;suatu ideologi yang selama 50 tahun telah meletakkan mereka sebagai warga kelas ke dua di tanah kelahiran sendiri.Andainya Tun Dr Mahathir tidak menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan pada 1993,tidak akan timbul ketidakfahaman ini yang menangguhkan sementara pelaksanaan daulah Islam yang sebenar.

Maka kemudiannya timbul persoalan,atas sebab apakah pula Anwar tidak bertindak menerangkan ideologi sebenar negara Islam kepada para penyokong PKR?Gila kuasakah Anwar?Apa sebab pula PAS tiba-tiba berlembut dengan isu ini lantas mengisytiharkan matlamat negara kebajikan dan bukan lagi negara Islam?

Andaiannya begini,tuan punya seorang anak berusia 6 tahun.Anak tuan ni tak suka makan sayur sebab katanya pahit.Maka apa yang tuan mahu buat agar anak tuan makan sayur?Adakah munasabah untuk tuan-tuan terangkan khasiat sayur secara mendalam kepada anak kecil ini?Apa dia peduli?Apa dia perlu ambil port?Kalau saya,saya akan campurkan sayur itu dengan mayonis yang dia suka.Kemudian bagi dia makan.Dia akan makan sebab dia suka mayonis.Bagaimana dengan sayur?Khasiat sayur yang dimakan tidak akan hilang.Kemudian kita kurangkan mayonis sedikit demi sedikit dan akhirnya si anak akan dapat makan sayur terus.

Konsep ini dipanggil peralihan.Peralihan tidak boleh dibuat secara mengejut andai ia belum difahami oleh orang yang akan mengalaminya.Nanti bisa menimbulkan keadaan yang kurang senang.Macam anak pengunjung,kalau dipaksa-paksa makan sayur,nanti meraunglah dia memberontak.

Sama konsepnya seperti sekarang,benar ada bukan Islam mampu untuk terima hanya dengan penjelasan.Kita dapat melihat perkembangan sihat ini hasil kerja keras Ustaz Mujahid dan rakan-rakan.Tetapi lebih ramai yang masih ragu,tidak peduli dan gerun untuk mengambil risiko.Dan adalah sesuatu yang mustahil untuk pihak PAS menjelajah seluruh negara memahamkan bukan Islam terhadap pemerintahan Islam itu sedangkan jangkaan masa untuk pilihanraya seterusnya sekadar sebulan daripada tarikh hari ini.

Jesteru,pilihan yang ada adalah dengan menerapkan ciri-ciri negara Islam yang boleh diterima umum terlebih dahulu.Antaranya penghapusan rasuah,kebebasan media,ketelusan kerajaan,penjagaan kebajikan rakyat,menghapuskan pembaziran,menamatkan riwayat undang-undang zalim seperti ISA dan OSA serta membebaskan institusi berkecuali seperti kehakiman dan keselamatan daripada belenggu pemerintah.

Sepertimana anak-anak boleh makan sayur yang digaul dengan mayonis,begitu juga bukan Islam akan gembira hidup dalam sebuah negara yang mereka anggap sekular tetapi sebenarnya subur syariat dan pelaksanaan Islam di dalamnya.Penulis sebenarnya amat yakin dengan kaedah penerimaan berperingkat ini.Buktinya jelas di Kelantan apabila calon PAS,Anuar Tan menewaskan calon MCA di DUN Kota Lama;DUN yang mempunyai peratusan penduduk Cina hampir 40% pada pilihanraya 2004. Ia membuktikan penerimaan rakyat Cina Kelantan terhadap pemerintahan Tuan Guru sekarang walaupun pada 1990,rakyat Cinalah yang paling merasa gundah apabila tampuk kerajaan bertukar tangan.

Konsepnya sama dengan Parti Islam AKP di Turki apabila mereka memenangi Pilihanraya umum Turki.AKP bermatlamatkan sebuah negara Islam.Tetapi apabila mereka menang,mereka pantas mengisytiharkan Turki adalah sebuah negara sekular dan akan terus menjadi negara sekular.Lebih kurang begitu.Maka apakah ini dikira menggadaikan tujuan asal?Apakah dikira AKP gadai islam kerana kuasa?

AKP sengaja mengisytiharkan Turki negara sekular atas sebab andainya Turki diisytiharkan negara Islam,maka pihak tentera yang mengakui diri sebagai "Penjaga Sekularisme" akan menggulingkan AKP sepertimana Refah dahulu.Maka bukan sahaja negara Islam itu akan terkubur,nak membetulkan negara,menjalankan syariat pun tidak berbau.

Sama keadaannya seperti sekarang.Andai Anwar dan PAS terlalu berkeras mahukan negara Islam dibuat apabila menang,maka pastilah Cina dan India yang sudah ditembusi dengan propaganda jahanam UMNO terhadap Islam dan Hudud dahulukala akan menolak BA secara total.Ketika itu bukan setakat nak tengok penegakan negara Islam dan syariat,nak hapus ISA,nak hapus rasuah,kronisme,nak senangkan rakyat pun tak berbau.

Penulis kerap mencadangkan,andainya BA benar-benar mampu memerintah,maka PAS diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan syariat secara sepenuhnya di Kelantan dan Terengganu terlebih dahulu;dua buah negeri dengan komposisi 97% muslim.Makanya,bukan Islam akan melihat sendiri bukti fizikal kejayaan pemerintahan Islam yang sebenar di negeri-negeri ini.Kerana naluri manusia itu lebih mempercayai apa yang dilihat daripada teori yang dibaca.

Dalam isu ini,selagi ahli-ahli UMNo tidak insaf dan terus buta tuli taat dan tunduk pada sekularisme tinggalan penjajah British,PAS sebenarnya hanya ada 2 pilihan:

1. Laksanakan berperingkat negara Islam
2. Teruskan niat untuk laksanakan negara Islam secara mengejut dan PAS akan terus jadi pembangkang kerana itu.

Penulis melihat PAS sedang memilih langkah yang pertama sekarang.

Penulis sesungguhnya bimbang,andai ketidakfahaman bukan Islam terhadap pemerintahan Islam yang sebenar itu masih menebal dan kita pula melaksanakannya dalam keadaan begitu,maka dibimbangi akan wujud provokator yang menghasut bukan Islam agar memberontak sekaligus menjadi modal mudah buat gerakan anti Islam menuduh pengamalan Islam sebagai pencetus ketidak amanan di dalam negara.

Tangguh dan Gugur adalah 2 perkara yang berbeza.Dalam perjuangan politik,pemimpin tidak sewajarnya sekadar berpegang pada prinsip,tetapi kebolehannya mengekalkan prinsip dalam berstrategi adalah jauh lebih penting.Dan pemimpin juga perlu tahu bermuslihat.Sepertimana muslihat TG Nik Aziz yang memperdaya Tun Dr Mahathir pada 1999 dengan ayat "Lim Kit Siang pun boleh jadi PM" sehingga menyebabkan Tun tergesa-gesa mengisytiharkan pilihanraya kerana menjangkakan itu modal ampuh bagi menunjukkan kecelaruan fikrah PAS.Walhal hakikatnya,sesiapa sahaja boleh jadi Perdana Menteri jika partinya memenangi kerusi majoriti.Jika orang sealert,setangkas dan sehebat Tun boleh terpedaya dengan muslihat Tuan Guru,apalah sangat Pak Lah yang hebatnya sekadar hebat menutup mata!

Itulah pandangan penulis..

iBNuZaCK: Bukan satu kehairanan apabila bukan Islam menolak negara Islam tetapi lebih ganjil apabila orang Islam sendiri lebih percaya kepada sekularisme daripada agama anutan sendiri!


Assalamu'alaykum..

aNWaR-BoLeHKaH MeNuRuNKaN HaRGa MiNYaK?

Assalamu'alaykum..



Dalam banyak perkara,rakyat sebenarnya sering terkeliru dengan penjelasan kerajaan berkenaan bagaimana harga minyak tidak mungkin akan dapat diturunkan.Katanya,subsidi naik terlalu tinggi,wang Petronas boleh tidak boleh sekadar 'hangus' menjadi subsidi dan perlu dijadikan untuk pembangunan.Kita tidak pernah punya masalah jika benar-benar wang penjimatan subsidi pergi kepada pembangunan.Soalnya,rakyat boleh membandingkan sendiri pembangunan yang dicapai Pak Lah dalam 4 tahun pemerintahannya berbanding pembangunan yang dicipta TUn Dr Mahathir pada 4 tahun terakhir beliau ditampuk kuasa sedangkan ketika itu kesan kemelesetan ekonomi masih tinggi.

Tetapi yang menimbulkan kemarahan adalah bagaimana tadbir urus negara dilakukan secara membazir.Contohnya,komisen kapal selam,sukhoi yang menelan kos RM1bilion,perlumbaan Monsoon Cup yang belum menunjukkan kesan positif sebaliknya memberikan kesan buruk pada sosial Terengganu (menelan belanja RM300j),pembelian jet peribadi berharga RM200juta Pak Lah dan isu pembailoutan dan skandal seperti Scomi dan PKFZ yang jelas membazirkan lebih RM6b khazanah perbendaharaan negara.

Itu belum dikira penghantaran angkasawan RM100juta.Tanyakan pada diri anda,apa sebenarnya kesan yang sudah dicapai selepas 3 bulan Dr Syeikh dihantar ke ISS.Meningkatkah kualiti pendidikan jurusan aeroangkasa di universiti?Bagaimanakah hasil eksperimen yang dilakukan oleh beliau,apa kesannya,hasilnya dan sumbangannya pada sektor perubatan.Rakyat masih tertanya-tanya atau adakah eksperimen itu gagal?Yang kerap saya lihat,Dr Syeikh lebih banyak muncul menjadi motivator di kursus-kursus belia;sesuatu yang sudah dijangka beberapa teman saya.

Dalam hal Petroleum ini,saya kerap menekankan betapa yang perlu diperhalusi adalah kemampuan sebenar negara.Mari kita rujuk kes-kes yang untuk tahun sebelumnya:

Kes 1 :Jika Petronas yang menampung subsidi:

Tahun 2005 untung Petronas adalah RM58.037b
Subsidi tahun 2005 adalah RM16b
Untung-subsidi= RM42.037b

Tahun 2006 untung Petronas adalah RM76.3b
Subsidi tahun 2006 =RM23b
Untung-subsidi=RM53.3b

Ini bermakna kenaikan pendapatan RM11.263b

Kes 2-Jika subsidi ditanggung kerajaan melalui sumbangan Petronas:

Tahun 2005 kutipan Kerajaan pada Petronas = RM31.1b
Subsidi tahun 2005 =RM16b
Baki= RM15.1b

Tahun 2006 kutipan kerajaan pada Petronas = RM41.7b (anggaran asal adalah RM39.924b)
Subsidi pada 2006 = RM23b
Baki=RM 18.7b

Kenaikan pendapatan sebanyak RM3.6bilion.

[1.Subsidi RM35bilion tidak boleh dikira kerana ianya bagi seluruh tahun 2007 dan pendapatan Petronas bagi Mac 2007-Mac 2008 belum diperolehi.

2. Subsidi pada 2006 iaitu RM23bilion adalah sekiranya harga minyak tidak dinaikkan kepada 30 sen.Subsidi sebenar minyak pada tahun tersebut adalah RM19bilion berdasarkan ucapan Belanjawan 2007 Abdullah Ahmad Badawi]

Kita tidak meminta agar petroleum dinikmati rakyat secara percuma.Kita cuma pohon agar harga petroleum adalah munasabah dengan keadaan hidup rakyat.Adalah amat tidak munasabah membandingkan harga minyak Malaysia dengan Singapura yang hampir 2.5 kali lebih mahal dari kita sedangkan umum mengetahui pendapatan purata rakyat Singapura adalah 5 kali lebih tinggi dari rakyat di sini.

Nikmat khazanah Malaysia ini sepatutnya dinikmati semua rakyat.Bukan sekadar dinikmati oleh bekas pemilik MISC atau pemilik Scomi!

iBNuZaCK: Maaf,kegagalan mengupdate blog adalah kerana saya menjalani peperiksaan pada 2 minggu sebelum ini. :)

Assalamu'alaykum..

aDuHai MelaYu...BiLa Mau SeDaR?

Assalamu'alaykum

Rasa janggal pula setelah lama tidak menulis di dalam blog ini.Rasanya hampir 2 minggu (Entri Pendirian PAS tidak dikira kerana itu bersifat copy paste).Tidak banyak sebenarnya isu yang benar-benar menggoncangkan Malaysia kebelakangan ini melainkan isu Hindraf yang belum selesai dan digunakan untuk memburuk-burukkan keperibadian Datuk Seri Anwar (sila baca pendirian Anwar terhadap Hindraf).Isu terkini yang berlaku selain isu Amy Search mendekati gerakan islam PAS adalah penangkapan Mohd sabu,Naib Presiden PAS dan khabarnya juga Tian Chua atas perhimpunan BERSIH 10 November.Mungkin sahaja tangkapan dibuat bagi mengendurkan cadangan Perhimpunan BERSIH ke 2 pada 11 haribulan ini wal hal sudah dinyatakan ia tidak bersifat besar-besaran seperti bulan lalu.Seperti biasa,perhimpunan sekecilmanapun sedah cukup menggetarkan lutut mereka yang berada di ambang kuasa.

Tetapi bukan itu yang penulis mahu ulas.

Penulis sebenarnya baru selesai membaca Bulletin Online.Untuk lebih jelas,arkib beritanya.Tajuknya adalah “Saya akan kempen untuk PAS habis-habisan”-Ketua Wanita UMNO Paloh .Sila klik sini untuk berita lanjut.Membaca berita ini sebenarnya membenarkan kata-kata seorang sahabat dahulu,Melayu ini bangsa yang diam.Hanya melenting bila dirinya diganggu.Dalam kes ini,kesedaran untuk pemimpin wanita peringkat cawangan ini untuk berubah hanya apabila kedainya dirobohkan.Dia tidak berubah dan mungkin tidak terkesan langsung dengan perobohan rumah-rumah rakyat di Bujal dan Berembang (bukan setakat kedai lagi,ni tempat berlindung terus).Dia tidak berubah atau benci pada pimpinan negeri apabila Masjid Allah di Bujal dan surau di Kampung Jawa diruntuhkan manusia yang biadap terhadap rumah Tuhan.Jika di India,umat Islam bangkit apabila Masjid Babri diganggu,maka apa tindakan umat manusia yang syahadahnya sama dengan di India apabila Masjid Bujal menerima nasib yang serupa?



Dalam keadaan ini,penulis terpaksa salute pada 20000 kaum India yang berhimpun antara lain kerana marahkan kuil-kuil mereka dirobohkan.Ingat,tidak bermakna penulis menyokong perhimpunan itu.Cuma penulis terkesan dengan semangat yang mereka tunjukkan untuk membela rumah ibadat mereka.Melayu bagaimana?Berapa ramai yang sanggup turun memprotes apabila masjid menerima nasib yang sama?Yang turun hanyalah penduduk setempat.Di luar bagaimana?Paling tinggi sekadar membebel,"Natang Mat said..(Ahmad said,EXCO Terengganu yang bertanggungjawab)".Masuk Pilihanraya,dapat kain batik,angkat Ahmad Said balik.Apemende ni?Senangnya lupa..

Apabila diminta berubah,memberikan peluang kepada pihak lain untuk memerintah,alasan yang sering dipakai adalah,"Apakah kita mahu menjadi seperti Iraq?" atau "Apakah kita mahu mempertaruhkan keamanan dan kemajuan yang telah kita perolehi selama 50 tahun ini?".Jangan gelak mendengar alasan pertama.Bergelumang dalam dunia internet dan perbincangan dengan rakan-rakan siber yang pro-UMNO sering menghasilkan alasan seperti itu.Alasan pertama itu kita tinggalkan,segan rasanya untuk mengulas juga.

Kita lihat alasan kedua.Tidak mahu berubah kerana tidak mahu hilang keamanan dan kemajuan yang dikecapi hari ini.Rasa mahu tergelak juga ada.Keamanan apa?Dengan indeks kes jenayah yang yang menjangkau 420 000 kes (termasuk 198 622 kes jenayah kekerasan dan harta benda),maka keamanankah ini?Walhal kira-kira RM6.22b diperuntukkan untuk Kementerian dalam negeri dalam tempoh itu.Wang mengalir,hasil tarak.Apabila diminta melaksanakan Hukum Islam maka ditolak.Degil!

Begitu juga dalam sudut kemajuan.soalnya kemajuan untuk siapa?Apakah dikira kemajuan jika Monsoon Cup dibuat,Michael yeoh dapat berkelah dan rakyat ternganga?Kemajuan dan kemakmuran sewajarnya diukur berdasarkan pendapatan isi rumah.Media malaysia bangga dan sering menggembar-gemburkan rakyat kita maju,makmur,kemiskinan dikurangkan,DEB berjaya.Itu yang sering dimomokkan.Namun dalam satu jawapan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman di Parlimen baru-baru ini berkenaan pendapatan kaum di Malaysia,ianya bertentangan.

Pendapatan kaum India lebih tinggi daripada bumiputera

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Pendapatan isi rumah kasar bulanan kaum India sebanyak RM3,456 adalah jauh lebih tinggi daripada kaum bumiputera iaitu RM2,711, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, mengikut laporan Jabatan Perangkaan 2004, pendapatan isi rumah kaum India itu mencatatkan peningkatan berbanding RM2,702 pada tahun 1999.Menjawab soalan Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh (BN-Gerik), beliau berkata, pendapatan bulanan kaum Cina pula ialah RM4,437.

“Peratus kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar bagi tahun 2004 ialah bumiputera sebanyak 8.3 peratus, kaum India 2.9 peratus, manakala kaum Cina 0.6 peratus,” katanya.

Zainal menggesa pihak tertentu berpegang kepada fakta dan tidak membiarkan emosi mempengaruhi mereka kerana jumlah pendapatan dan kadar kemiskinan kaum India itu jauh lebih baik berbanding kaum Melayu dan bumiputera yang masih ketinggalan.

Katanya, kerajaan telah mensasarkan matlamat mengurangkan kadar kemiskinan negara dari 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 2.85 peratus pada tahun 2010 serta menghapuskan kemiskinan tegar sepenuhnya menjelang 2010.

Berita sepenuhnya di sini

Agak pelik juga membaca laporan ini.Sekali baca memang seolah-olah satu bukti kerajaan tidak pilih bulu.Tapi 2 kali baca seolah-olah membuka pekung kesilapan kerajaan.Menjadi bukti kegagalan prinsip ekonomi kerajaan.Rupa-rupanya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dicanang mampu meningkatkan ekonomi bumiputera dan telah dilanjutkan selama 17 tahun dari tarikh asal pelupusannya (1990),masih menempatkan golongan bumiputera di takuk lama.Jesteru mengapa dasar yang terbukti gagal dan hanya menguntungkan segelintir golongan kapitalis elit ini tetap diteruskan?

Data purata pendapatan yang disebutkan oleh Datuk Zainal adalah bersifat menyeluruh,bermakna termasuk semua miskin dan kaya di Malaysia.Paling penting adalah kita kena lihat perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin di Malaysia.Pada tahun 2005, Malaysia mencatat perbezaan pendapatan golongan kaya-miskin paling tinggi di Asia Tenggara,malah di belakang Indonesia dan Thailand. Mengikut ukuran nisbah Gini (Gini coefficient), ukuran yang digunakan untuk mengukur ketidaksamaan pendapatan,Malaysia berada pada 0.47.

Menurut Bank Dunia,jurang pendapatan individu di Malaysia adalah kedua paling teruk di antara negara-negara Asia yang mempunyai data untuk kajian. Satu-satunya negara yang lebih corot dari Malaysia adalah Papua New Guinea.

Aneh juga apabila membaca bahawa peratusan kemiskinan dilaporkan turun,sedangkan tanda aras kemiskinan itu sendiri amat rendah.Contohnya tanda aras secara general bagi kemiskinan adalah pendapatan seisi rumah kira-kira RM510.Malangnya ditengah-tengah tekanan kenaikan kos hidup dek kerana kerajaan tidak peka hingga sanggup menaikkan harga komoditi bahan api,tarif elektrik,air dan sebagainya,apakah tanda aras RM510 itu masih relevan?Anda masih ingat tentang kejadian kebakaran yang mengorbankan beberapa ahli keluarga di Keluang Johor?Puncanya adalah api lilin dek kerana keluarga tersebut terpaksa berjimat untuk menanggung perbelanjaan anak mereka di universiti.Walhal pendapatan keluarga ini jauh melebihi aras kemiskinan. Sekarang,soalannya,adakah sebuah keluarga yang tidak mampu memiliki kemudahan asas seperti elektrik dikategorikan sebagai tidak miskin?

Dan ditengah-tengah tanda aras yang sedikit itupun,kemiskinan bumiputera masih berada pada angka 8.3%.Bayangkan jika tanda aras itu diperbaiki selaras dengan tuntutan kos hidup semasa..

Paling menarik adalah cubaan kerajaan mahu menghapuskan kemiskinan tegar menjelang 2010.Tetapi bagaimana mahu dikurangkan sekiranya kerajaan terus meningkatkan kos hidup dengan menaikkan tarif elektrik,tol,petrol dan sebagainya.Mungkin kerajaan Pusat patut mencontohi kejayaan kerajaan negeri kelantan dalam mengurangkan kemiskinan tegar walaupun kurang hasil,kurang sokongan Pusat,projek-projeknya dihina,diperli dan tidak dipublisitikan (contohnya Depu) dan hasil buminya sanggup di daratkan di Thailand sekaligus menafikan hak anak negeri.Namun walaupun menghadapi masalah dan bias kerajaan Pusat (diakui sendiri oleh Datuk Mustafa Muhammad dalam satu sidang DUN),statistik kemiskinan di Kelantan berjaya meningkat ke tangga ke 6.Meninggalkan Sabah dan Terengganu yang memiliki Masjid Paling Berkristal di dunia di 2 tangga teratas.



Mungkin ganti DEB yang sudah gagal membela nasib bangsa Melayu dan hanya menjadi alat suap segelintir kapitralis elit kroni yang tidak jujur sebenarnya ada di sini:

Agenda Ekonomi Malaysia
Perjanjian PKR UnTuk Rakyat

Tetapi soalnya bila Melayu akan sedar?

iBNuZaCK: Penat dipermainkan.Solusinya:

Assalamu'alaykum