Home

iSu KaLiMaH 'Allah' : SoaL-JaWaB

Assalamu'alaykum..

Soalan:

Kenapa mahu marah-marah Kristian pakai kalimah Allah? Kenapa perlu berebut? Yang penting kita tahu Allah itu siapa sudahlah.

Jawapan:

Isu 'Allah' ini bukan isu perebutan nama. Ia adalah isu akidah, isu falsafah, isu maqasid di sebalik nama itu.

Kita tidak marah kalau Kristian mahu menisbahkan Allah kepada Tuhan yg sebenar. Tiada masalah. Tapi kita tidak setuju kalau dikatakan Allah itu adalah Roh Kudus dan Jesus atau sebaliknya atas sebab Trinity yang mereka pegang. Bukankah di dalam Bible menyebut "Aku dan 'Bapa' adalah satu"?

Soalan:

Tetapi musyrikin Makkah dan Arab pada zaman Nabi pun pakai nama Allah. Bapa Nabi pun bernama Abdullah. Apa masalahnya?

Jawapan:

Memang musyrikin Arab memakai kalimah 'Allah' bila mereka merujuk kepada Tuhan. Betul. Tapi menjadikan alasan itu bagi menghalalkan penggunaan 'Allah oleh Kristian Trinity adalah tidak kena. Kerana musyrikin zaman itu memahami 'Allah' itu sebagai Tuhan yang sebenar. Mereka tidak menisbahkan 'Allah' itu sebagai Latta dan Uzza dan berhala-berhala yang mereka sembah. Sebab itu mereka digelar 'musyrikin'.

Soalan:

Tapi Allah ada sebut “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (al-Ankabut:63).

Kan kita disuruh mengucap Alhamdulillah bila non-muslim mengaku Allah itu Tuhan. Jadi, kenapa anda hendak halang?

Jawapan:

Sebab itulah pentingnya sebelum mengambil apa-apa dalil mesti kita faham asbabun nuzul dan tujuan ayat itu turun. Sama seperti ayat 'La ikraha fiddin'. Ia ditujukan kepada mereka yang memaksa bukan Islam masuk Islam bukan sebaliknya. Sebab itu adanya golongan Islam Liberal yang menggunakan ayat ini secara umum bagi menghalalkan murtad.

Hakikatnya ayat ini ditujukan kepada Musyrikin Arab yang berada di sekitar Nabi saat itu. Bukan kepada seluruh 'bukan Islam'. Sebab itulah Islam tidak membantah. Sebab itu jugalah Nabi disuruh mengucapkan syukur. Sebab musyrikin itu masih kenal dan tahu siapa Allah yang sebenar walaupun disyirikkan dengan menyembah berhala.

Maka bersyukurnya Nabi pada hal itu adalah benar.

Bukannya untuk Kristian yang mengatakan Allah dan Jesus itu adalah satu. Yang mengatakan Allah itu Jesus dan Jesus itu Allah. Yang mengatakan Jesus itu diri Allah yang boleh disentuh, didengar, diam bersama, dirasa etc.

Munasabahkah kita bersyukur apabila Kristian mengatakan Allah Jesus yg menurunkan hujan dari langit?

Maka kesyukuran kita itu adalah pada hal yg batil.

Soalan:

Tapi bukankah Allah ada sebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

Jadi yang penting konsep. Bukan nama. Setuju?

Jawapan:

Ayat ini secara jelas membantah penggunaan kalimah 'Allah' untuk dinisbahkan kepada Jesus dan Roh Kudus. Inilah yang mereka mahu buat pada hari ini. Ini yang kita bangun membantah. Inilah isu yang mendasarinya. Ini bukan soal istilah saja.

Kalau mereka menisbahkan Allah itu kepada Tuhan yang sebenar dan bukan kepada yang lain seperti yg dibuat musyrikin pada zaman nabi, kita pun tak mahu nak halang. Qulilhamdulillah!

Soalan:

Bukankah Quran mengakui bahawa adanya tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam Surah al-Hajj ayat 40. Jadi apa masalahnya kalau gereja Katolik mahu menggunakan nama Allah? Mereka berhak.

Jawapan:

Memanggil 'nama Allah' dan 'Allah' adalah 2 hal yg berbeza. Tolong bezakan.

Sudah berzaman penganut agama Tauhid memanggil Tuhan yang sebenar dengan bahasa mereka atau bahasa kitab mereka. Bani Israel mungkin memanggilnya Eloh, orang Nusantara mungkin memanggil-Nya Dewata Mulia Raya, orang Parsi mungkin memanggil-Nya Ahura Mazda. Dan bila mereka sebut nama-nama itu, memang mereka merujuk kepada Tuhan yang sebenar iaitu Allah

Sama apabila kita menyebut Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Malik, maka kita merujuk kepada Allah, Tuhan yang sebenar. Bukan kepada yang lain.

Jadi andaikata mereka mahu meminta hak sekalipun, yang mereka boleh minta adalah kalimah yang ada dalam kitab mereka. Eloh, Elohim, Yahweh. Bukan 'Allah'.

Soalan:

Tetapi bukankah Kristian Arab juga memakai kalimah 'Allah' di dalam Bible mereka? Tidak pula kerajaan Arab menghalang.

Jawapan:

Kebanyakan Kristian Arab yang memakai kalimah 'Allah' dalam terjemahan Bible (dipanggil Kitabul Muqaddas) adalah Kristian Unitarian. Yang percaya Allah itu Esa. Katolik Malaysia Unitarian kah? Tentulah tidak. Mereka adalah Kristian Trinitirian. Kristian Trinitirian mengkafirkan Kristian Unitarian

Soalan:

Tetapi Kristian Indonesia juga memakai kalimah 'Allah' di dalam Bible. Bukankah mereka Trinitirian juga? Dan Indonesia masih lagi kekal sebagai negara Islam terbesar di dunia. Tidak ada masalahpun. Kita ni mahu ditertawakan Indonesiakah?

Jawapan:

Tahukah anda disebabkan liberalnya agama di Indonesia maka ada premis pada hari Jumaat menjadi masjid, pada hari Sabtu menjadi kuil dan pada hari Ahad pula bertukar menjadi gereja?

Mahu Masjid Putrajaya menjadi Gereja St Thomas pada hari Ahad? Mungkin tidak hari ini. Tapi 50 tahun lagi?

Soalan:

Kita mesti menjaga akidah dengan ilmu. Maka didiklah generasi muda kita. Mesti mereka tak akan salah faham kalau Kristian gunakan 'Allah' sekalipun. Tak perlu larang pun.

Jawapan:

Ini bukan masalah keliru sahaja. Ia juga masalah falsafah dan maqasid yang ada disebalik kalimah Allah. Syariat Islam turun dan memurnikan kalimah 'Allah' itu selama 1400 tahun. Hari ni awak sanggup membiarkan kalimah itu tercemar?

Dakwah dan mendidik satu hal. Preventif satu hal. Dua-dua kena ada. Tuhan tak suruh Iqra' sahaja. Tuhan suruh laksana Hudud Qisas juga. Tuhan suruh "Az-zaniyatu waz-zaani fadzlidu kulla wahidim-minhuma miata jaldah". Ini apa? Preventiflah.

Jika tak perlu preventif, rombaklah Kanun jenayah negara. Berikan pendidikan saja, nescaya rasuah, mencuri, rompak, rogol tidak akan berlaku.

Berani jamin?

Soalan:

Bukankah dengan penggunaan kalimah 'Allah' akan menyebabkan mereka akan lebih memahami Islam dan kita boleh mengambil peluang ini untuk berdakwah kepada mereka? Malah mungkin mereka juga akan terkeliru dengan konsep Triniti sebab 'anak Allah adalah Allah". Ini kelebihan kepada umat Islam!

Jawapan:

Bagaimana untuk mereka lebih memahami Islam dengan cara begitu? Mereka bukannya baca kalimah 'Allah'. Sebab kalimah itu cuma ada dalam Bible bahasa Melayu atau akhbar Herald bahasa Melayu. Mereka baca dalam Bible berbahasa Inggeris. Yang ada cuma 'God'. Jadi, untuk siapa Bible Melayu ini ditujukan?

Kalau mahu ditujukan kepada Kristian Malaysia Timur, kaum Iban dan Kadazan contohnya, maka gunalah bahasa mereka. Kalau mahu standard di dalam bahasa Melayu, maka gunalah 'Tuhan'. Itukan bahasa Melayu? Kalimah 'Allah' bukan berasal dari bahasa Melayu, apatah lagi Iban atau Kadazan atau Murut.

Jika anda boleh mengatakan Kristian akan terkeliru maka kenapa anda tidak mengatakan orang Islam juga boleh terkeliru? Maka tak perlulah pakai. Dua-dua tidak akan terkeliru. Akidah orang Kristian terjaga, akidah orang Islam pun terjaga. Cari penyakit buat apa?


*Ini adalah antara soal-jawab saya dan rakan-rakan di pelbagai ruangan komen di Facebook. Ada editing dilakukan bagi memudahkan pemahaman.

iBNuZaCK: Allahua'lam..

Assalamu'alaykum..

MeNJaWaB GoLoNGaN MuRTaD: PenGHiNaaN aTaS RaSuL DaN aGaMa

Assalamu'alaykum

Baru-baru ini saya bertemu dengan beberapa persoalan tentang Quran dan Hadis di dalam sebuah forum yang telah dimanipulasi oleh golongan murtad. Saya kompilasikan soalan mereka dan jawapan saya berkenaan masalah ini. Semoga beroleh manfaat untuk semua:

Soalan:

Salah satu sebab kenapa Al-Quran tidak diturunkan secara sekaligus ialah kerana Muhammad sendiri yang menciptakannya supaya sesuai dengan hukum dan undang-undang yang dimahukannya. Ini jelas terbukti semasa ramai para sahabat beliau mengacau isterinya maka beliau menetapkan bahwa tiada siapapun yang boleh mendekati dan menikahi isteri-isteri beliau (Al-Ahzab ayat 6 dan 53) kerana beliau menyamakan isteri-isteri beliau sebagai ibu orang-orang mukmin. Lalu tiada seorangpun yang boleh menikahi mereka setelah beliau mengambil mereka sebagai isteri.

Jawapan:

Adalah satu perkara yang tidak tepat dengan mengatakan 'semasa ramai para sahabat beliau mengacau isterinya', sedangkan hanya ada satu sahabat ( Ibnu Ubaidillah semaklum saya )yang berhasrat mengahwini isteri Rasul hanya setelah Rasul wafat. Term 'ramai' tidak kena kerana 'ramai' dan 'satu' itu berbeza.

Begitu juga dengan 'isteri'. Isteri merujuk masih bersuami. Jika suami meninggal dikira 'balu'. Tidak dikira kacau isteri orang jika hanya berhasrat mengahwini mereka apabila mereka sudah tidak terikat.

Jelas, teknikaliti ayat telah disumbangkan agar kesalahfahaman yang dibuat oleh kenyataan ini supaya nampak 'macam benar sahabat kacau isteri Rasul'.

Ada pendapat mengatakan, antara hikmah dilarang mengahwini BALU (Balu bukan isteri) Rasul adalah untuk memelihara kedudukan dan kemuliaan isteri Rasul itu sendiri.

Contoh paling mudah, Permaisuri A adalah bekas isteri kepada Sultan B. Semasa dia bersama Sultan, kedudukannya adalah permaisuri. Kemudian, selepas bergelar balu dia dikahwini Dato C. Maka kedudukan Permaisuri A sudah jatuh dari Permaisuri kepada Datin sahaja. Ini perbandingan mudah yang berlaku sekitar kita.

Wallahua'lam

Soalan:

Muhammad itu bukanlah bapak dari seseorang di antara kamu (Surah Al-Ahzab ayat 40

Justru ayat ini cukup untuk menghalalkan pernikahannya dengan janda anak angkatnya iaitu Zaid. Oleh kerana Muhammad itu bukan bapa orang-orang muslim maka beliau bebas untuk menikahi perempuan manapun. Tetapi Muhammad menetapkan bahawa isteri-isterinya itu adalah ibu orang-orang muslim (Al-Ahzab ayat 6), jadi mereka tidak boleh berkahwin dengan sesiapapun selepas Muhammad menceraikan ataupun selepas Muhammad wafat. Ini adalah salah satu hukum yang diciptakan Muhammad untuk memuaskan hawa nafsunya.


Jawapan:

Antara cara ayat Al Quran sendiri diturunkan adalah berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Ini dipanggil Asbabun Nuzul (Sebab-sebab Turun). Antara hikmahnya adalah supaya sahabat mudah ingat.

Berkenaan Ayat 40 Suratul Ahzab. Benar ia turun kerana peristiwa Rasul mengahwini bekas isteri Zaid. Namun harus difaham, tidak pernah setahu saya dalam mana-mana syariat Nabi terdahulu sekalipun, Allah mengharamkan perkahwinan bapa angkat- bekas isteri anak angkat.

Masalah pada kali itu adalah orang Arab Quraisy menganggap bahawa Nabi mengahwini isteri anaknya sendiri. Maka ayat itu turun, antaranya membuktikan bahawa Rasulullah tidak berhubungan darah (bapa sebenar) kepada Zaid. Maka sudah tentu boleh dikahwini.

Penyoal tersalah faham pada kalimat 'Abaaaa' (bapa) Surah Ahzab :40 dan 'Ummahatuhum' (ibu-ibu mereka-org mukmin) pada Surah Ahzab ayat 6. Dalam ilmu Quran, kalimat Quran terbahagi kepada 2. Satu, makna hakikat. Dua, makna majaz (kiasan).

'Abaaa' pada Surah Ahzab ayat 40 membawa makna hakikat iaitu Bapa kandung, bapa sebenar. Iaitu rasul bukan bapa sebenar kepada Zaid.

Namun "ummahatuhum -UMM" pada ayat 6 Surah Ahzab adalah makna majaz iaitu kiasan. Ia tidak membawa maksud isteri Nabi adalah ibu sebenar/ibu darah orang beriman tetapi menunjukkan kehormatan/kedudukan yang tinggi diberi kepada mereka.

Contoh. Hurairah membawa makna anak kucing. Nabi menggelarkan seorang sahabatnya sebagai Abu Hurairah yakni 'bapa kepada anak kucing'. Ia tidak membawa maksud segala anak kucing dalam dunia ni berasal dari benih Abu Hurairah tetapi 'Abu' disitu membawa maksud majaz (kiasan) bahawa sahabat Nabi seorang ni sangat sayang kepada haiwan itu seperti bapa menyayangi anaknya.

Wallahua'lam

Soalan:

Islam diasaskan untuk membawa dunia kepada peperangan. Semua orang kafir patut diperangi dan dibunuh jika tidak mau masuk Islam. Tetapi di dalam Al-Quran hanya ada satu ayat sahaja yang mengajak perdamaian:

“Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang diantara kamu dengan orang-orang yang pernah kamu musuhi di antara mereka.” (Surah Al-Mumtahanah 7)


Jawapan:

Bohong sangatlah bila dikatakan hanya ada satu ayat yang mengajak dan menganjur perdamaian dalam Quran.

Dalam Surah Al Anfal ayat 7, disebutkan bahawa," Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah .... "

Begitu juga dengan Surah An-Nisa' ayat 114 dan Surah At Taubah ayat 4. Ini yang sempat saya rujuk. Mungkin ada lagi.

Soalan:

Islam lebih teruk dari agama Yahudi kerana menganggap manusia selain muslim itu adalah NAJIS, BINATANG TERNAK, KERA dan BABI, sebagaimana firman Allah:

1. “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu adalah NAJIS” (Surah Al-Taubah 28)

2. “Sesungguhnya BINATANG yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah orang-orang kafir” (Surah Al-Anfal 55)

3. “Katakanlah Muhammad, apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk pembalasannya daripada orang fasiq di sisi Allah? Diantara mereka ada yang dijadikan KERA dan BABI” (Surah Al-Maidah 60)

Jawapan:

1. 'Najasun' dalam Surah Al-Taubah 28 tidak membawa makna mutlak/hakikat, najis (tahi) seperti difahami kita dan orang2 yang baca terjemahan Quran tanpa ilmu.

Kalau baca Tafsir, disebutkan Najasun di situ bermakna, "jiwa musyrikin itu dianggap kotor, karena menyekutukan Allah"

Ia juga mesti dibaca sampai habis. "maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam". Bermaksud di situ, mereka yang tidak beriman tidak boleh memasuki masjidil haram.

2. Dalam ayat Quran juga banyak disebutkan tentang binatang (haiwan). Al An'am membawa maksud haiwan ternak. As Soid membawa maksud binatang buruan (Al Maidah:95). Satu-satunya perkataan Bahasa Arab yang membawa mutlak 'binatang' semaklum saya adalah 'Al-Hayawan'.

'Ad-Dawaab' dalam bahasa Arab secara directnya memberi maksud 'binatang yang bergerak'. Ini adalah makna pertamanya. Makna ini ada disebutkan dalam Suratul Hajj ayat 18.

Namun, konteks ayat ini (Surah Al-Anfal 55) memberi pengertian yang berbeza. 'Ad-Dawaab' di sini sebenarnya membawa maksud "Makhluk Bergerak yang bernyawa". Terjemahan seperti ini ada disebutkan dalam Terjemahan Quran dari pihak JAKIM (Terbitan Pustaka Darul Iman).

Bukti bahawa 'Ad Dawaab' tidak saja membawa maksud binatang adalah pada Surah Huud ayat 6. Iaitu "Tidak ada satupun makhluk Allah yang bernyawa melainkan diberikan rezeki olehNya".

Satu bukti lain adalah dalam Surah yang sama ayat 56. "Tidak ada satu pun makhluk Allah yang bernyawa melainkan Dia memegang ubunnya (menguasai sepenuhnya mereka)".

Contoh lafaz yang mempunyai maksud berbeza adalah 'Ad-Diin'. Ad-din membawa maksud direct 'agama'. Namun, dalam Surah Al-Fatihah, ada ayat "Malikiyaumiddin". Berasal dari 3 perkataan: Malik (Raja/penguasa), Al Yaum (Hari) dan Ad-Din (Agama).

Tapi 'Ad din' di situ tidak membawa maksud agama, tetapi membawa maksud Hari Pembalasan/kiamat (Gabungan dengan Al Yaum).Maka terjemahan sebenar ayat itu adalah 'Yang menguasai di Hari Pembalasan'.

Ayat itu (Surah Al-Anfal 55) juga MESTI dibaca sekali dengan ayat 56 surah yang sama. Baru boleh faham. Iaitu "Seburuk-buruk makhluk Allah adalah mereka yang kufur (ayat 55)dan mengingkari pula perjanjian dengan umat Islam (ayat 56).

3. Ayat ini (Surah Al-Maidah 60) adalah berkaitan dengan ayat 65 Surah Al Baqarah.

Mereka yang menjadi kera dan babi itu bukan orang kafir seluruhnya tetapi Yahudi yang melanggar perintah Allah dengan tetap bekerja pada hari sabtu.

Bukti dari pihak Yahudi sendiri adalah keengganan mereka membantu/perang bersama Pasukan tentera kafir Ahzab pada hari sabtu bila diminta oleh Abu Sufyan dengan alasan, "Kami tidak bekerja pada hari sabat (hari sabtu) dan ada orang yang terdahulu telah mendapat laknat kerana melanggarnya".

Wallahua'lam..

iBNuZaCK: Anti-Murtad

Assalamu'alaykum

MaJoRiTi RaKYaT MaHu ISA?

Assalamu'alaykum

Saya membaca penuh minat wawancara antara Dato Syed Hamid Albar dan laman Mstar berkenaan isu ISA. Dalam wawancara tersebut, Syed Hamid mengatakan:

"Jika demikian (keadaan), anda lakukannya ketika itu. Tetapi pada masa ini, kami merasakan bahawa majoriti rakyat merasakan masih wujud keperluan mempunyai satu undang-undang preventif," kata beliau dalam temu bual dengan mStar Online dan Star Online di sini.

Sungguh saya ingin bertanya kepada Syed Hamid, mana fakta, kajian atau survey yang membuktikan rakyat Malaysia menyokong akta tiada perikemanusiaan ini? Bagaimana Syed Hamid boleh tahu perasaan dan pemikiran rakyat seluruhnya hanya berdasarkan andaian dhaif yang didasari usaha menutup kelemahan sendiri?

Cukup sekian banyak petisyen, himpunan, ceramah yang disertai puluhan ribu rakyat membantah penggunaan ISA, di mana pula suara rakyat yang 'mendesak' agar kerajaan mengekalkan kegunaan ISA? Di mana petisyen rakyat yang 'menyokong' ISA hingga Syed Hamid boleh membuat justifikasi sedemikian?

Dan jika sekiranya benar sekalipun, apakah pandangan majoriti rakyat boleh mengatasi hukum Tuhan dalam soal ini? Walhal langkah penggunaan ISA itu sendiri telah banyak menceroboh ketetapan Tuhan dalam prinsip asas perundangan Islam:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(An-Nisa': 58)

Begitu juga dengan pandangan cendikiawan Islam lainnya:

The Muslims Professionals Forum said the authorities should counter any anti-islam arguments, and only "in the extreme, the authorities may take someone to the Syariah court". The use of the ISA is excessive, inhumane and runs counter to islam's principle of justice" it said.

Perlis Mufti Asri Zainul Abidin criticized the arrest of Raja Petra, Teresa Kok and Tan Hoon Cheng. "Disallowing a person the opportunity to defend himself is wrong" (The Star)

Keadilan dalam Islam tidak mengenal ideologi, fikrah politik, status, agama, bangsa atau kekayaan seseorang. Tidak ada yang lebih atas dari orang lain dalam undang-undang Islam. Keadilan dalam ISA pula melayan seseorang berdasarkan status kedudukannya. Seseorang yang menggunakan isu perkauman tidak akan dihukum ISA jika dia rapat dengan pemerintah. Seseorang lain yang melaporkan isu perkauman akan di hukum ISA jika laporannya itu menyusahkan pemerintah.

Begitu keadilan yang dijunjung ISA.

Saya sama sekali tidak menolak undang-undang pencegahan (preventif). Soalnya, ISA bukan lagi undang-undang pencegahan apabila ia diguna untuk kepentingan politik parti pemerintah. Suara rakyat ditutup, disekat dengan ugutan bernama ISA. Rakyat menjadi takut, cuak untuk menegur kesilapan pemerintah. Takut membetulkan pemerintah malah lebih jauh, jika ketakutan kepada pemerintah mengatasi ketakutan kepada Allah s.w.t.

Dari Abu Sa’id Al Khudri ra dari Nabi SAW, baginda bersabda:

Afdhalul Jihaad, Kalimatu Haqqin 'Inda Sultanin Jairin.

Sebaik-baik jihad adalah berkata benar di hadapan pemerintah zalim.

Masalah besar ISA adalah tempoh tahanannya yang tiada had. Menteri boleh melanjutkan tahanan hanya dengan satu tandatangan ringkas. Sudah tentu ia satu penganiayaan sebab kesalahan tak dapat dibuktikan.

Jesteru itu, ISA wajar dihapus dan diganti dengan undang-undang pencegahan lain yang memperuntukkan tahanan reman yang lebih panjang (30 hari contohnya). Saya percaya, dengan kecekapan PDRM yang sering disebut 'golongan sana' sebagai 'antara yang terbaik di dunia', 30 hari adalah masa yang terlalu panjang untuk mereka mencari bukti khusus buat membawa si penjenayah ke muka pengadilan.

iBNuZaCK: Nak tau suka ke tidak, masuklah ISA dulu 2-3 tahun Syed Hamid..

Assalamu'alaykum

JeMaaH iSLaM,CiRi-CiRi DaN KeWaJiPaN MeNYeRTaiNYa

Assalamu’alaykum.

Penulis sebenarnya merancang untuk menyiarkan artikel ini selepas cuti Hari Raya Aidil Fitri.Namun,memandangkan terdapat pelbagai masalah dan kekeliruan dikalangan beberapa sahabat penulis berkenaan jemaah itu sendiri,dan keengganan sesetengah daripada klita untuk menyertai atau melibatkan diri dalam jemaah,penulis memutuskan untuk menyiarkannya lebih awal,moga dengan itu berkuranganlah salah faham dan bertambahlah keyakinan untuk sahabat-sahabat dan pengunjung-pengunjung laman kerdil ini untuk menyertai jemaah yang benar-benar mematuhi kehendak Islam.

Pengunjung yang dihormati.

Islam meletakkan kepentingan jemaah sebagai antara yang perkara yang wajar diberi keutamaan oleh para penganutnya.Kepentingan menyertai jemaah ini dilakarkan melalui hadis Nabi s.a.w:

Dari Umar Al-Khattab r.a,bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda,

”Barangsiapa di antara kamu yang menginginkan syurga,hendaklah dia melazimkan diri (menyertai) jemaah,kerana syaitan selalunya suka dengan orang perseorangan,dan selalu menjauhkan diri dari kumpulan orang berdua ke atas”

Terdapat sekurang-kurangnya 4 versi hadis ini yang mempunyai lafaz berbeza tetapi maknanya tetap sama.

Firman Allah:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


Dan hendaklah ada di antara kamu satu kumpulan yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya.


(Ali-Imran : 104)

Akhirnya,akan timbul persoalan.Apakah yang dimaksudkan dengan jemaah?Dan apakah jenis jemaah yang wajar disertai oleh umat Islam dan yang haram disertai?.Maklum dalam dunia yang serba luas ini,pelbagai jenis jemaah telah wujud dan mempunyai motif tersendiri.Jadi sudah tentu satu panduan atau guide line perlu diketahui umat Islam agar mereka tidak tersasar dari garisan syariat Islam lantaran tersilap memilih jemaah.

Jemaah adalah perkumpulan atau golongan.Berasal dari kata akar (masdar) ‘jamak’ yang bermakna ramai.Dalam menilai jemaah yang ingin disertai, Sheikh Mustafa Mashyur, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin telah mengeluarkan 20 ciri jemaah Islam yang sepatutnya disertai.Penulis senaraikan seperti di bawah:

1- Menggunakan Al Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan, dan menjaga jemaah agar ia tidak tunduk melutut dibawah kehendak orang tertentu, kerajaan ataupun apa sahaja, sekiranya ia memberi kesan buruk kepada kepada gerakan dakwah.

2- Jemaah ditubuhkan kerana Allah,demi keredhaannya bukan mencari kemasyhuran dan keduniaan.Jemaah juga mesti menjauhi kegiatan assabiyyah (perkauman) atau nasionalisme kerana faktor ini adalah punca kegagalan jemaah untuk berkembang dan berjaya.Contoh,jemaah Melayu yang ditubuhkan untuk menolong Melayu semata-mata,dan meminggirkan kaum lain.

3- Tujuan jemaah atau pertubuhan yang dibina adalah demi menegakkan Islam dan mendirikan daulah Islamiyyah.Caranya adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan syariat.Jemaah juga mesti bersifat universal,tidak terkongkong pada sesetengah bidang sahaja seperti politik,ekonomi ataupun ibadat.

4-Kefahaman jemaah ini terhadap Islam hendaklah menyeluruh dan pendekatan dakwah yang digunakan juga adalah bersifat menyeluruh (syamil). Kefahaman Islam, cara dan mesej dakwah yang dibawa mesti bertepatan dengan Quran dan Sunnah Rasulullah (saw),dan bersih dari sebarang kesamaran, penyelewengan dan perbezaan pendapat yang boleh memecah-belahkan orang-orang Islam.

5- Jemaah ini mestilah bersifat universal dan tidak terhad pada batas-batas negeri dan suku bangsa, kerana dakwah Islam adalah ditujukan kepada sekelian alam. Jemaah ini juga menekankan bahawa orang-orang Islam semuanya adalah umat yang satu (wahdatul ummah) dan sentiasa bergerak kearah kesatuan ummah. Dengan sifat alamiyyahnya, jemaah ini berjuang untuk menegakkan Negara Islam Alamiyyah dengan menggunakan Kaedah Sulbah, bukan Negara Islam Geografi sahaja.

6-Jemaah ini mestilah mengikut kaedah perjuangan yang digunakan oleh Rasulullah saw ketika baginda mendirikan Negara Islam. Kaedah yang digunakan oleh Rasulullah (saw) adalah berperingkat (marhalah),beransur-ansur (tadarruj), kejelasan risalah dakwah, kemampuan ahli, melaksanakan hikmah dan kewaspadaan dalam setiap langkah, serta mengambil kira faktor persekitaran (waqi'). Baginda mementingkan perkara-perkara seperti kemantapan aqidah, iman dan ibadah,mengutamakan kekuatan persaudaraan dan penyatuan umat Islam, mengambil kira prinsip jihad dan ketenteraan, tarbiyyah, dan lain-lain lagi. Jemaah ini mesti menekankan Kaedah Sulbah yakni, membina individu Islam, keluarga Islam, masyarakat Islam, negara Islam dan baharulah Dunia Islam. Perlu ditegaskan bahawa penggunaan kekuatan senjata sebelum aqidah, tarbiyyah dan penyatuan umat Islam akan membawa kepada perpecahan umat Islam dan kemudharatan yang besar. Sesungguhnya, pembinaan yang membesar secara tabii (Kaedah Sulbah) itu bermula dari dasar (individu) dan bukan dari puncak (negara).

7-Jemaah ini hendaklah menjaga amalannya dari mencari propaganda dan menunjuk-nunjuk, kerana ini boleh menghilangkan sifat keikhlasan dan ganjaran pahala. Setiap anggota jemaah itu hendaklah mengutamakan dirinya untuk terus berdakwah dan bekerja untuk Islam dan menghindarkan dirinya dari sebarang sifat tercela (mazmumah), perdebatan, prasangka, menabur fitnah dan 'tajassus' dan apa sahaja yang boleh menimbulkan perselisihan dan kurang daya produktif dalam berdakwah. Firman Allah swt,

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu merendah-rendahkan kaum lain kerana mungkin kaum lain itu adalah lebih baik... jauhilah prasangka... janganlah kamu mencari-cari kesalahan atau mengunjing orang lain; sukakah kamu memakan daging saudaramu yang telah mati? Hai manusia, Allah telah mencipta kamu lelaki dan perempuan, bangsa-bangsa, suku-suku supaya kamu saling berbaik. Sesungguhnya, orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu"

(Surah Hujurat:11-13)

8- Jemaah ini bekerja mengikut perancangan yang sempurna dan realistik. Segala tindakan yang diambil bukan lah secara spontan ataupun hanya reaksi yang tidak dikaji terlebih dahulu kerana ini boleh mengakibatkan risiko atau natijah yang buruk. Membangunkan individu, keluarga, dan masyarakat dalam semua lapisan umat Islam dilakukan atas dasar taqwa sebagai persediaan sebelum mendirikan Negara Islam.

9- Jemaah ini mengambil berat tentang semua aspek pendidikan dan pekerjaan yang dikehendaki, yakni aspek rohani, jasmani, mental, dan ilmu. Dari segi politik, jemaah ini hendaklah melahirkan suara Islam dengan jalan kesedaran politik, dan tidak semestinya dengan cara berparti dan jauh sekali dari mengamalkan putar-belit ataupun kemelut parti sekular. Dari segi komunikasi, jemaah ini mementingkan peranan sebaran am, akhbar, penulisan serta apa jua cara yang dapat menyebarkan kan dakwah serta menolak kekeliruan yang boleh timbul dari fitnah musuh atau sesiapa sahaja.

10- Jemaah tidak sekali-kali meninggi diri serta sentiasa membuat perbandingan dengan jemaah-jemaah Islam yang lain dan tidak menganggap jemaahnya sahaja yang sempurna dan benar, sementara jemaah lain adalah sesat. Jangan memperkecil-kecilkan usaha jemaah-jemaah lain atau melihat jemaah lain sebagai saingan atau lawan, tetapi sebaliknya carilah ruang-ruang untuk bekerja sama. Hendaklah dia sentiasa berusaha kearah penyatuan (wahdatul ummah) dengan jemaah-jemaah lain dan sentiasa bersabar, berlapang dada dan menerima segala kritikan dengan baik. Dengan izin Allah swt, kita semua mengharapkan akan tiba masanya, hilanglah semua nama-nama, gelaran dan perbezaan teknikal antara semua jemaah yang ada sekarang dan akan digantikan dengan satu Jemaah Muslimun.

11-Jemaah ini hendaklah bercampur-gaul dengan semua orang dari segenap lapisan tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa ataupun pangkat, demi mematuhi konsep alamiyyah yang disarankan. Mereka adalah ladang dakwah dan tapak semaian yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum mendirikan Negara Islam.

12- Jemaah ini mempunyai peraturan yang kemas serta organisasi (tanzim) yang tersusun, yang menentukan tujuan kerja dan cara-cara berdakwah. Anggota jemaah adalah terdiri daripada mereka yang telah dididik (tarbiyyah) sepenuhnya, membentuk barisan-barisan yang terpilih dan berkeperibadian Islam, dan tidak dicampuri anasir-anasir yang tidak sihat, demi menjamin penerusan serta mesej dakwah yang dibawanya.

13-Konsep syura hendaklah diamalkan dalam setiap peringkat dan menggalakkan ahlinya supaya terus berbincang dan mengeluarkan pendapat serta kritikan yang membina kepada orang-orang yang memegang tanggungjawab tertentu atau pimpinan. (muhasabah) Konsep ketaatan dan kepatuhan dalam perkara yang bukan maksiat sentiasa ditekankan.

14- Jemaah ini sentiasa bersifat sederhana dan tidak melampau, samada dalam aspek pemikiran seperti isu kafir-mangkafir dan isu perbezaan jemaah-jemaah Islam; atau dalam aspek gerakan seperti menggunakan kekerasan dalam tindakan, mengeluarkan kecaman-kecaman, dan fitnah dengan sewenang-wenangnya, yang mana boleh membuatkan orang Islam lari ataupun benci kepada Islam. Segala tindakan yang diambil hendaklah berteraskan kasih sayang (mahabbah), waqii (persekitaran) semasa,tawazun (keseimbangan), hazar (waspada) dan tasawwur (prospek) amal yang jelas. Dari segi aqidah dan ibadah, jemaah ini tidak bertolak-ansur sedikitpun..

15-Sentiasa memeriksa tanggungjawab serta mengikuti isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia dan sama-sama member sumbangan sekadar mampu. Sentiasa menyeru orang-orang Islam agar sama-sama memberi sumbangan bagi tujuan menghidupkan semangat perpaduan serta sama-sama merasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada umat Islam keseluruhannya.

16-Jemaah ini sentiasa berwaspada dengan tipu-helah musuh Islam,sentiasa bersabar, tetap bekerja, berkorban dan banyak bermunajat kepada Allah apabila menanggung penderitaan dan kecaman semasa berdakwah.

17- Jemaah ini sentiasa menekankan kepentingan dakwah dan penegakan Negara Islam Alamiyyah kepada anggotanya. Kegiatan dakwah yang dilakukan adalah sebagai saham yang berharga kepada generasi akan datang. Ganjaran daripada Allah akan datang kepada mereka yang beriman dan bersabar, didunia ini dan juga diakhirat sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Hadid: 28:

"Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya, nescaya Allah akan memberi rahmatNya kepada kamu dua bahagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan, dan Allah akan mengampunimu".

18-Jemaah ini sentiasa memikirkan langkah-langkah masa depan serta bergerak (muharriq) untuk menyediakan kemahiran dalam berbagai bidang seperti pendidikan,ekonomi,perundangan, dakwah, kesihatan,ketenteraan, sosial dan lain-lain lagi.

19- Jemaah ini hendaklah mengambil kesempatan dalam setiap penerokaan baru samada dalam bidang pemikiran, pengalaman-pengalaman dakwah,ataupun kajian sains selagi ia tidak menyalahi prinsip Islam.

20)-Jemaah ini terus beribadat kepada Allah dengan tidak mempersekutukanNya dengan apa sekalipun. Dan ingatlah,sesiapa yang kufur atau engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka".

Seperti kata-kata Saidina Ali (r.a):

"Janganlah kamu kenali sesuatu kebenaran itu kerana orangnya, sebaliknya kenalilah kebenaran tersebut dahulu, nanti kamu akan kenali orangnya".

Samalah dengan jemaah,kenalilah dan fahami terlebih dahulu cirri-ciri jemaah sebelum menyertai jemaah tersebut.

Dr. Yusuf Al-Qardawi pernah meyebut dalam kitabnya, Wajibu syabab' islami, terdapat 4 kewajiban remaja islam iaitu:

1-Berilmu
2-Beramal
3-Berjemaah
4-Melaksanakan.

Antara kepentingan menyertai jemaah adalah penambahan ilmu dan sentiasa dapat melakukan perbincangan dengan mereka yang lebih arif.Dengan itu,kekeliruan terhadap sesuatu perkara dapat dihindarkan dan seseorang itu akan dapat membetulkan kembali jalannya,fikrahnya andai ia tersasar.

Bagi mereka yang enggan menyertai jemaah,Rasulullah menyebutkan melalui 2 hadis baginda:

"Tangan (atau pertolongan) Allah itu bersama jemaah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya)".

Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a katanya:

"Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan. Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu. Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu ? . Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu ? . Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu ? . Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka . Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin ? . Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian"

Wallahua’lam.Semoga tulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu umat Islam dalam menilai dan memilih jemaah yang ingin disertai.Maka dengan itu Islam akan kembali gemilang insyaAllah.

Sebarang komentar bermanfaat amat dialu-alukan.

iBNuZaCK: Sudah berjumpa dengan Jemaah Islam.Alhamdulillah.. :)

Assalamu’alaykum..

FaLaK - PeNeNTuaN WaKtu SoLaT

Assalamu'alaykum..


Pada 13-14 Julai baru-baru ini, saya telah menghadiri (sebenarnya lebih kepada dipaksa hadir :P) Seminar Ilmu Falak sempena 20 tahun Persatuan Falak Syari'e Malaysia (PFSM) anjuran bersama PFSM dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).Terdapat kira-kira 23 kertas kerja telah dibentangkan oleh pembentang-pembentang dari Malaysia,Indonesia dan Brunei dan dibahagikan kepada 2 sesi selari (bermakna 2 pembentangan serentak dalam satu masa).Kertas-kertas kerja yang dibentangkan adalah berkenaan asal-usul dan sejarah ilmu falak, kepentingannya, kemajuan (teknologi) ilmu falak kini serta perancangan masa hadapan.


Namun 2 kertas kerja telah menarik perhatian saya untuk sama-sama saya kongsikan bersama para sahabat sekalian.Yakni berkenaan isu dalam perhitungan waktu solat.Menurut para pembentang,waktu solat yang terdapat di dalam takwim yang disediakan oleh JAKIM tidak mempunyai ketepatan yang jitu serta mempunyai ralat.Ralat pada waktu siang berlaku kerana kedudukan altitud matahari dan kecepatan pergerakan matahari iaitu pada kadar 900"/minit (sumber web JPL,NASA,2007).Jesteru matahari memerlukan kira-kira 1 minit bagi melepasi kawasan keraguan.Oleh itu,secara teori waktu Zohor juga mempunyai ralat sebanyak 1 minit.Ralat pada waktu malam pula berlaku kerana sifat langit yang mempunyai kecerahan yang berbeza pada setiap malam.Ianya berlaku dek kerana kewujudan bulan,planet,awan dan objek angkasa lainnya.Oleh itu,menurut kajian USM,ralat antara 4-7 minit telah diperolehi bagi waktu Isya' dan bagi waktu fajar adalah antara 8 hingga 32 minit.

Waktu IKHtiati

Waktu ikhtiati adalah sejumlah masa tertentu yang ditambah atau dikurangkan daripada waktu yang diperolehi (daripada kajian) atau kiraan untuk menambahkan keyakinan.(Saupi,Zakuwa:2007)
Konsep waktu ikhtiati ini diterima oleh semua pihak berkuasa agama negeri.Namun terdapat perbezaan dari segi penggunaannya.Menurut Mufti Pahang dan Johor,penambahan pada waktu kiraan tidak diperlukan kerana ketepatan kiraan astronomi adalah diyakini.Menurut Mufti Terengganu pula, waktu kiraan perlu digenapkan kepada minit besar yang tehampir.Contoh,jika waktu Asar mengikut kiraan adalah 4:32:12,maka waktu yang perlu dijadualkan adalah 4:33 petang.Namun pada waktu syuruk,sebagai langkah keselamatan,waktu ikhtiati dipercepatkan.Contoh: jika waktu syuruk mengikut kiraan adalah 7:02:33,maka waktu yang perlu dijadualkan adalah 7:02 pagi.Secara majoritinya (minit mesyuarat JAKIM,2004),waktu Zohor ditambah 2 minit dan waktu syuruk ditolak 1 minit.Bagi Sabah dan Sarawak,setiap waktu ditambah pada julat 1 dan 2 minit dan waktu syuruk ditolak sebanyak 1 minit.

Kesimpulan

Kesimpulan dari entri pendek ini,para pengunjung dan diri sendiri diingatkan agar tidak melewat-lewatkan waktu solat kerana dibimbangi waktu solat sudahpun luput pada saat solat dikerjakan dan tidak tergopoh-gopoh menunaikan solat sebaik sahaja masuk waktu didalam takwim (kerana mengejar masuk waktu bekerja,kelas dsb).Seelok-eloknya solat dikerjakan selepas selesai azan dikumandangkan.


Wallahua'lam..


Assalamua'laykum..


Rujukan :
1. Beberapa Isu Dalam Perhitungan Waktu solat ,Prof Madya Dr.Abdul Halim Abdul Aziz (USM),2007
2. Waktu Solat Berasaskan Zon Di Malaysia,Mohamad Saupi (UTM) Dan Muhamad Zakuwa (Jakim),2007

aPaBiLa FiLeM MeNGHiNa aGaMa...

Assalamua'alaykum

Sebenarnya saya tidak begitu berminat untuk membicarakan soal hiburan,sementelah saya bukan ahli dalam bidang tersebut.Namun,akhirnya pada hari ini,saya mula tertarik membicarakan hal ini apabila mendapat maklumat dari sahabat saya berkenaan satu lagi filem baru yang diwar-warkan masuk panggung bermula 22 Jun yang lalu (Bermakna sudah hampir 2 minggu).Filem yang saya maksudkan adalah Evan AlMighty hasil garapan Tom Shadyac,pencipta asal filem Bruce Almighty (Filem bodoh yang menggambarkan Jim Carrey memperoleh kuasa Tuhan dan menggunakannya untuk membesarkan XxX teman wanitanya sendiri)


PoSTeR EVan AlMiGHtY

Dalam filem ini,Evan Baxter(Steve Carell) digambarkan sebagai seorang ahli Kongress yang mendapat 'wahyu' dari Tuhan (Morgan Freeman) untuk membina sebuah bahtera memandangkan banjir besar akan melanda dunia.Dia ditertawakan kemudiannya dan dipecat/dibuang dari Kongres kesan dia menyebarkan 'wahyu' tersebut.Lantas,'Tuhan' turun ke dunia sebagai seorang pelayan dan mula menasihati si Evan ni dalam soal pembinaan 'bahtera' tersebut.

Evan (kiri) Bersama Morgan



Hakikat jelas,cerita ini terang-terang menghina Nabi Nuh a.s kerana jalan cerita ini dibuat sebagai komedi.Jesteru,banyak tindakan bodoh yang dibuat oleh 'Nuh Palsu' ini dan kemudiannya menjadi bahan tertawaan penonton.Contohnya,kemunculan janggut pada wajah Evan secara tiba2 dan janggut ini tidak akan hilang walaupun dicukur,seolah-olah itu adalah tanda menerima wahyu.



Sacha (BoRaT)


Selain itu filem lain yang menghina Islam adalah Borat (Borat dalam filem ini asalnya adalah Muslim),buah tangan seorang Yahudi Zionis bernama Sacha Baron Cohen.Secara terang juga,Sacha cuba menggambarkan warga Kazakhtan (tempat lahir Borat dengan majoriti Islam) sebagai:


1. Anti Yahudi
Digambarkan melalui satu majlis perayaan apabila warga Kazakhtan mengejar dan membelasah sejenis maskot Raksasa yang dipanggil sebagai 'Jew' atau Yahudi.Juga ditonjolkan melalu tindakan Borat dan penerbit rancangannya yang melarikan diri dari rumah milik pasangan Yahudi tua yang ditumpanginya kerana merasakan pasangan Yahudi itu akan membunuh mereka.Natijah kepada propaganda bodoh filem ini adalah masyarakat Yahudi dan dunia melihat rakyat dan penganut Islam sebagai sempit mentalitinya dan mempunyai fahaman salah terhadap dunia.Sedangkan pada hakikatnya,Umat Islam tidak menentang Yahudi.Yang ditentang adalah Zionis.Sebab itu wujud satu golongan Yahudi iaitu Yahudi Anti-Zionis yang menentang kewujudan Israel dan bertindak memberikan bai'ah (taat setia) kepada Kerajaan Hamas.


2. Mundur


Digambarkan melalu pernyataan Borat bahawa ibunya,Asimbala Sagdiyev yang berumur 43 tahun sebagai wanita tertua di Kazakhtan.Secara tersirat,Borat cuba memberitahu dunia bahawa negara Islam ini miskin dan mundur dari segi kesihatan.Juga dari segi perkampungan yang didiami Borat(walhal perkampungan itu sebenarnya berada di Romania!!) Ia ditonjolkan sebagai mundur,kurang kemudahan asas dan kotor.Borat juga apabila melakukan lawatan ke Amerika Syarikat membuang najis dimerata-rata tempat,dan dengan kata lain menunjukkan bukti betapa mundurnya sebuah negara yang diperintah umat Islam.


3. Kehidupan sosial yang buruk


Borat pada awal cerita berbangga mengatakan bahawa kakaknya,Natalya adalah pelacur ke 4 terbaik di Kazaktan selain mengakui memiliki perempuan simpanan,kekasih dan 2 orang isteri dalam masa yang sama.Borat juga memiliki 17 cucu walhal anak sulungnya baru berusia 13 tahun.Selain itu,Borat gemar melakukan onani dan masih melakukannya ditepi jalan raya di Amerika Syarikat .Dengan kata lain filem Borat menggambarkan tiadanya hak kanak-kanak,kebebasan seks dan kemusnahan hubungan sosial dalam sebuah negara Islam,atau sekurang-kurangnya sebuah negara majoriti penduduk islam.


Dan akhir sekali mengenai tindakan Borat yang bertukar agama kepada Kristian,mengahwini pelacur dan kemudiannya pulang ke Kazakhtan dan menukarkan agama penduduk kampungnya dari Islam kepada Kristian.Ianya dilakukan selepas Borat kecewa dengan kekasih impiannya,Pamela Anderson.Ironinya,selepas bertukar agama,Borat dan penduduk kampungnya mula menjalani 'kehidupan sosial yang baik dan bertambah maju'.Anda faham maksud tersirat Yahudi laknat ini bukan?


Jesteru tidak hairanlah apabila Presiden Kazakhtan sendiri mengecam filem ini;menggambarkan filem ini tersasar jauh dari kehidupan Kazakhtan.Ia kemudiannya diharamkan di Russia kerana prejudis keterlaluan kepada penganut Islam dan dilihat cuba menyebarkan dakyah 'bersimpatilah pada Zionis' kepada penduduk dunia.



Poster FiLem 300



Filem terakhir adalah 300.Filem yang paling saya gemar bincangkan daripada ketiga-tiga filem atas faktor ia pernah ditayangkan sendiri di negara ini selain filem ini sebenarnya menghina Islam secara amat halus dek kerana sekali tonton,paling tinggi sekalipun,kita hanya akan memandang ia sebagai satu penghinaan kepada Parsi semata-mata.Filem ini dibintangi Gerard Butler (King Leonidas) dan Rodrigo Santoro (King Xerxes) ini telah mendapat kecaman keras dari Mahmoud Ahmadinejad,Presiden Iran kerana memberi maklumat buruk dan salah tentang sejarah dan bangsa Iran sehingga menyebabkan ia diharamkan di negara tersebut(tetapi tidak di negara ini).Motif filem ini juga jelas iaitu untuk meningkatkan perasaan anti-Iran si dalam hati masyarakat antarabangsa apatah lagi filem ini dilancarkan ditengah-tengah konflik AS-Iran.Tidak perlu saya huraikan sedalamnya,ramai yang sudah tahu betapa filem ini menggambarkan bangsa Parsi sebagai bangsa khianat,gila kuasa,tamak,rasuah dan gila seks.


Namun lebih menjadi tumpuan saya dalam menganalisis filem tersebut adalah apakah agama Xerxes dan bangsa Parsi saat itu?Kebijaksanaan pengarah filem Zack Snyder dan pencipta 300, Frank Miller menutup ruang terhadap bentuk penghinaan agama dalam filem ini berjaya menyebabkan filem ini diterima di sebahagian negara islam,termasuk Malaysia.malah ada sahabat saya sendiri (teman forum dalam myKMU.net) mempertahankan 300 atas alasan bangsa parsi tidak Islam saat itu.Soalnya benarkah?


Jika diikutkan sejarah.Xerxes adalah anak kepada Darius 1;Pemerintah yang membina ibu negara Parsi,Persepolis.Agama Darius tidak diketahui atau dibuktikan secara jelas sama ada Islam atau tidak(walaupun ada ilmuan menyatakan dia adalah Muslim) tetapi ramai pada dasarnya bersetuju bahawa Darius adalah seorang raja yang baik,bijak memakmurkan ekonomi negara,bertoleransi dalam soal agama (seperti membenarkan pembinaan Kuil Yahudi iaitu Temple Of Jerusalem) dan mempunyai hubungan luar yang baik dengan negara luar seperti Carthage.Darius juga menolak perhambaan,semua pekerjanya dibayar gaji (berlainan dengan gambaran 300);langkah yang diwarisi dari pemerintah terdahulu dan diteruskan oleh beberapa pemerintah selepasnya termasuk Xerxes.


Darius 1 ini pula mewarisi pemerintahan Parsi, 7 tahun selepas kematian seorang lagi pemerintah yang dinamakan Kursy Al-Farisi (Darius memerintah dari 522 BC–486 BC sementara Kursy memerintah dari 559 BC-529 BC.Dalam tempoh 7 tahun itu terdapat 1 atau 2 pemerintah,tetapi sejarahnya tidak jelas kerana pemerintahan terlalu singkat).Siapa pula Kursy al-Farisi?Menurut Maulana Abdul Kalam Azad (Menteri Pelajaran India pertama,pemikir Islam dan pengkaji Al-Qur'an) dan seorang lagi ilmuan Islam,Dr.Abdul Halim Abdurrahman Khidhir,Kursy Al-Farisi ini adalah Iskandar Zulkarnain yang sebenar!. Buktinya,pengembaraan Raja Kursy menentang Rom,mengembara ke wilayah Timur dan Utara bersesuaian dengan yang diceritakan dalam Al-Qur'an.Kursy juga dijuluki 'Zulkarnain' atas sebab berjaya menyatukan 2 kerajaan iaitu Ldya dan Midya dan membentuk Empayar Parsi.Selain itu Kursy juga menganut agama Zoroaster,sebuah agama samawi,agama yang mentauhidkan Allah swt sebelum ia dicampuradukkan dengan agama Majusi.Penemuan terbaru ini juga bersandarkan bukti fizikal yang ditemui Maulana Abdul Kalam semasa ekspedisi kajiannya di Iran.Ia sekaligus menafikan 3 lagi teori lain iaitu,Iskandar adalah Alexander (tertolak kerana Alexander ini kafir),Iskandar hidup di zaman Nabi Ibrahim( tiada nas) dan Iskandar adalah raja Himyar( tertolak kerana andaian dan tiada bukti kukuh).SElain itu pendapat Maulana Abdul Kalam ini dikukuhkan lagi melalui kajian lain yang mengatakan kaum Yakjuj dan Makjuj dikurung sekitar tahun 500 BC.Daripada 4 pemerintah itu,hanya Kursy Al Farisi sahaja yang hidup waktu itu.


Secara logiknya,pemerintahan Darius dan Kursy hanya berbeza 7 tahun.Apakah dalam tempoh masa sesingkat itu maka Parsi berubah dari sebuah kerajaan yang mendaulatkan Islam total kepada sebuah kerajaan yang mendaulatkan kekufuran total?Paling menarik,Xerxes pula lahir hanya 10 tahun selepas kewafatan Kursy.Harus diingat tidak banyak perubahan dari sudut pentadbiran berlaku antara zaman pemerintahan mereka.Perubahan besar hanya berlaku sekitar 300BC,iaitu selepas serangan Alexander The Great ke atas kerajaan Parsi.



Leonidas dan XerXes



Secara mudah,saya cuba membawakan saudara mengenali filem 300,betapa filem 300 cuba memutar belit fakta dan menghina kedudukan bangsa Parsi yang beragama Islam;atau sekurang-kurangnya sebahagiannya masih Islam.Dengan tujuan lain,300 cuba menggambarkan Islam itu agama yang ganas;atau sekurang-kurangnya penganut Islam itu umat yang ganas dan tidak bertamadun.


Saya tidak berniat untuk mempromosikan filem-filem di atas,kerana kadang-kadang filem ini laku pun atas dasar kontroversi.Saya mahu memberitahu sahabat yang budiman sekalian betapa kita sedang berada dalam kancah perang media yang sangat hebat.Fitnah terhadap akidah dan agama kita bukan sekadar tersebar di BBC atau CNN lagi.Ia sudahpun memasuki era baru.3 filem yang saya bincangkan di atas hanyalah sebahagian kecil sahaja filem yang menghina Islam.Banyak lagi.Jesteru tidak hairanlah apabila ulama' terkemuka (seingat saya Dr Yusuf Qardhawi) pernah menekankan betapa peri pentingnya pembikinan filem yang menonjolkan Islam ,ajaran dan sejarahnya yang sebenar oleh ilmuan dan jutawan Islam.


Namun yang menjadi kekecewaan adalah apabila kerajaan kita turut sama membenarkan penanyangan filem 300 beberapa bulan yang lalu.Jika dahulu,kerajaan kita terlalu bengang dengan penanyangan sebuah filem perang yang memadamkan fakta sumbangan tentera Malaysia dan sebuah lagi filem aksi dibintangi Catherine Zeta Jones (saya lupa tajuknya) yang menonjolkan Kuala Lumpur sebagai bandaraya kotor,lantas kenapa kerajaan kita masih membenarkan tayangan filem yang memutarbelitkan sejarah dan menghina negara Islam lainnya?Dimana letaknya peranan Malaysia selaku peneraju OIC?.


Kesimpulannya,segala bentuk sumbangan terutama dalam pembelian tiket wayang filem2 tersebut harus kita cegah semampu yang boleh.Secara peribadi,saya sendiri menonton 300 dan Borat dek kerana bentuk grafiknya yang menarik dan pujukan rakan2(Saya memperolehinya melalaui kemudahan internet),tetapi memberikan sumbangan tidak sama sekali.Cuma yang saya bimbangkan apabila adik2 kita atau sahabat2 kita yang kurang sedikit ilmunya menonton filem2 ini,mereka akan mudah terjebak pada propaganda jahat ini secara perlahan-lahan.Yang pandai berfikir boleh mengenepi propaganda itu dengan mudah dan mengambilnya atas maksud hiburan,namun yang yang kurang pandai bagaimana?Disini pulalah letaknya peranan saudara-saudaraku sekelian....:)


iBNuZaCK: TuNGGu FiLeM OraNG IsLaM Buat Yang uMPPH PunYa..


Wallahua'lam..


Assalamu'alaykum..

HuKuM BeRNiKaH DeNGaN aNaK SeNDiRi?



GamBaR DiataS AdalaH HiaSaN Semata-Mata

Assalamualaykum..

Asalnya posting ke 2 ini saya khaskan untuk Proton,tapi memandangkan ada seorang sahabat saya yang bertanya pasal ni tadi,saya rasa elok jika saya tulis berkenaan benda ni dulu.

Mungkin ada yang pelik dengan tajuk ni.Sebenarnya penulisan ini adalah menjurus kepada bolehkah seorang bapa bernikah dengan anak perempuannya yang lahir hasil dari penzinaannya sendiri..Menarik? :)


Pada asas persoalan ini,timbulnya pandangan dari pelbagai mazhab.Ada yang menghalalkan,ada yang melarang.Kita lihat siapa mereka:

Imam al-Kasani (Hanafi) telah menyebut didalm kitabnya Badai' Sanai' menyebutkan,walaupun hasil dari yg haram,tetapi syara' tetap memandang ia adalah anaknya juga kerana realiti ia berasal dari air maninya..mka hukumnya sama iaitu haram.

Imam Ibnu Qudamah (Hambali) mengatakan didalam al-Mughni, sudah jelas didalam ayat "diharamkan keatas kalian ibu2 dan ank2 kalian".Walaupun ia hasil dari perbuatan yg tidak diiktiraf syara',ia tetap anknya kerana berasal dari airnya.

Dari mazhab Syafi'e,hukumnya tidak haram.bermakna dibolehkn nikah dgn ank sndri yg hasil dari zina.tetapi syara' memakruhkannya.hukum ini boleh dirujuk pada kitab Mughni Muhtaj dikarang oleh Imam Syarbini dan Imam Ramli ada menyebutkan didalm kitabnya Nihayatul muhtaj.

Walaubagaimanapun,hukum adalah berbeza untuk wanita berkahwin dengan anak zina lelakinya.Ianya adalah Haram dan pandangan ini adalah pandangan ijma' ulama'.

Ramai mungkin mengatakan geli pada apa yang saya nukilkan.Ini bukan soal geli,ini adalah soal boleh atau tidak.Satu kepastian.Namun asas yang paling mudah adalah zina itu haram qatie.

Tapi pada pandangan saya,sebelum bapa itu dinikahkan dengan anak zinanya,hukumlah dia dahulu mengikut apa yang ditetapkan Allah.Jangan sekadar Islam itu diambil separuh dan dibuang separuh yang lain.

Kata Syed Qutb "Ambil Islam semua,atau buang Islam semua"
Kata Omputih "Take it or leave it"

wallahua'lam..

Terima kasih kepada saudara Abu_Zaim yang memberi pandangan berkenaan isu ini. :)

Assalamualaykum...