Home

SeTiaP BLoG aDa HaK CiPTaNYa

Assalamu'alaykum..

Saya sedikit terganggu belakangan ini berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir. Bukan saja kepada situasi negara tetapi juga situasi saya dan blog. Kali ini biarlah saya bercakap sedikit tentang laman ini yang sudah lebih setahun saya curahkan idea dan perkongsian ilmu di dalamnya.

Sebenarnya masalah yang saya hadapi ini sudah lama. Sengaja saya pendamkan agar tidak timbul salah faham di kalangan pengunjung. Ianya berkait dengan hak cipta, originality dan kredit kepada blog. Sebelum ini seorang teman saya, Rizal Hamdan pernah menulis dalam blognya, berkenaan bagaimana seorang lulusan Master mengambil tulisan dia dan dijadikan 'hak milik sendiri' dalam laman IKIM.

Ya, siapa yang tidak terkilan bilamana jerit payah, sengkang mata, usaha sendiri tiba-tiba 'dicuri' oleh orang lain?

Saya juga mengalami masalah serupa. Dari dulu hingga sekarang. Bermula tajuk Afghanistan ke angkasa 19 tahun lalu, Jawapan untuk Anwarisme, SaYa BeRuMuR 129 TaHuN SaYa MaSiH HiDuP DaN SaYa BoLeH MeNGuNDi , 10 SeBaB MeNoLaK BN, hinggalah kepada yang terbaru HeBaT BeNaR MeNTeRi KiTa! dan EuRoCoPTeR: BRaZiL BeLi RM83j, MaLaYSia BeLi RM193j, ada sahabat-sahabat blogger yang mengambil tulisan saya dan diletakkan blog mereka. Ada lagi tajuk yang lain, tapi itu sekadar contoh.

Saya tidak marah, malah saya ucap ribuan terima kasih kerana gema suara saya di sambung oleh rakan-rakan lain. Cuma yang menjadi kilan bagi saya bilamana ada segelintir (bukan semua) yang menjadikan tulisan saya sebagai 'hak milik sendiri'. Memberikan kredit tentu jauh sekali.

Perkara ini bukan terjadi pada laman blog saja. Saya masih ingat, contoh, satu tulisan saya iaitu Jawapan untuk Anwarisme, diambil sebahagiannya oleh sebuah laman web rasmi suara parti oposisi dan dijadikan 'hak milik sendiri' sang penulis.

Saya ingin tegaskan, memberikan kredit kepada penulis asal bukan soal mempromosikan blog. Ia menunjukkan rasa hormat pada ilmu dan tanda aras moral blogger yang menyalin tampal tulisan itu. Kalau sekadar mahukan hits yang tinggi, nah.. banyak caranya. Buat saja satu video di Youtube dengan 'gambar panas' dan 'tajuk panas', kemudian sertakan link blog sendiri. Mau 6 juta hits sehari. Tak perlulah saya huraikan maksud 'panas' itu.

Lagi pula, katalah saya mengambil satu artikel daripada saudara Rizal. Kemudian saya letakkan link http://syeikhryz.blogspot.com/ , agak-agak berapa ramai yang nak klik link ini? Buat apa nak klik lagi sebab artikel Rizal itu sudah ada dalam blog saya?

Tapi sebagai rasa hormat pada budaya ilmu, saya tetap akan linkkan. Ini menunjukkan saya bukan penulis asal dan mengelakkan kekeliruan di kemudian hari.

Begitu juga dalam blog ini. Setiap kali blog ini menulis, akan dilinkkan sekali sumbernya dari mana. Kalau Suara Keadilan, maka Suara Keadilanlah. Kalau Harakah maka Harakahlah akan tetap dilinkkan.

Paling tidak jika tiada kredit sekalipun, janganlah sampai nama iBNuZaCK: yang selalu saya tulis di setiap penghujung artikel juga di edit dengan nama lain.

Kilan saya bukan apa. Saya cuma terasa bilamana ada yang bertanya adakah saya ambil tulisan sekian-sekian dari laman web sekian-sekian? Walhal, laman itu yang ambil daripada saya. Tapi sebab tiada kredit atau artikel diubah sedikit, maka keraguan ini timbul.

Saya tegaskan bahawa semua tulisan dalam blog ini adalah pendapat peribadi saya MELAINKAN saya nyatakan sebaliknya. Blog ini juga berusaha untuk mencari keaslian. Dengan kata lain, jika sekiranya blog ini mempunyai pandangan sama dengan laman-laman terkenal yang lain, tulisan berkenaannya tidak akan dipublish. Contoh artikel berkenaan DEB tidak saya publish hingga kini sebab ketika saya menulis, saya dapati Harakah sudah publish artikel yang hampir sama. Itu puncanya kepada mereka yang selalu bertanya, 'Awat lambat sangat update nih?"

Tapi saya tidak nafikan adanya persamaan idea dengan blog lain ketika menulis. Contoh, artikel FDi USD 1 TRiLLioN : TeGuRaN BuaT HaRaKaHDaiLy mempunyai persamaan yang ketara dengan tulisan saudara Hasbullah di Hembusan ditipu Harakah. Walhal, saya hanya kenal saudara Hasbullah dan blognya bilamana dia sendiri yang bagitahu persamaan itu dalam ruangan komen blog ini.

Setiap blog ada hak ciptanya. Jika mahu ambil sebarang tulisan dalam blog ini, sangat dialu-alukan malah saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sahabat-sahabat tidak perlu minta atau tunggu keizinan saya dahulu. Saya bukannya setiap hari mengadap blog ini. Hanya, sertakan kredit @ link blog atau paling koman jangan hilangkan nama iBNUZaCK: daripada artikel.

Silapnya mungkin pada saya juga. Saya tidak terus-terang. Saya kurang ambil peduli tentang hal ini dahulu. Mungkin saya terlalu husnuzzan dan naif. Selalu memikirkan bahawa sikap semua blogger seperti saya. Harapannya, biarlah tulisan ini menunjukkan pendirian saya, merungkai beberapa persoalan pengunjung dan jadi yang pertama dan terakhir dalam soal ini.

iBNuZaCK: Nak register blog dengan SIRIM. lol :D

Assalamu'alaykum..

DiaRi 10 aPRiL 2008

Assalamu'alaykum..

Kali terakhir saya menulis adalah 27 Februari lalu.Menjadikan 6 minggu blog ini bersifat pasif;tanpa sebarang isu baru yang diketengahkan.Diakui 6 minggu yang lalu adalah minggu-minggu yang menyaksikan minat mendadak rakyat Malaysia tentang situasi politik,bermula kejayaan barisan pembangkang (Pakatan Rakyat) menafi majoriti 2/3 dinasti Barisan Nasional,isu DEB dan kedudukan Melayu,pergelutan pembentukan kerajaan negeri,penghinaan kepada institusi beraja, pemilihan UMNO dan akhirnya isu Babi.

Sedikit menyedihkan buat blog ini apabila gagal mengambil bahagian dalam memberikan pendapat untuk isu-isu seperti ini.Rugi..

Ramai teman merungut apabila blog ini terlalu lama tidak diupdate.Paling lama sebelum inipun hanyalah 2 minggu.Saya pohon maaf.Sebenarnya awal bulan 3 dahulu,talian telefon rumah telah dipotong;menjadikan jalinan internet tidak berfungsi.

Saya ucapkan terima kasih pada pengunjung setia blog.Tanpa update selama sebulan setengah,blog ini terus dikunjungi purata 30 pengunjung sehari.Terima kasih.

Ada kemungkinan blog ini terpaksa berehat panjang lagi selepas kehadiran entri ini selagimana proses membuat akaun baru Streamyx dan talian TM belum selesai.Cubaan teman-teman serumah mencuba Maxis Broadband mengecewakan.Lajunya selaju dial-up internet.Haha..



Kehadiran Blog Baru

THe MuSLiM KNiGHT

Saya tidak begitu pasti semenjak bila teman saya ini membuka blog.Cuma pernah beliau utarakan hasrat membuka blog 2 hari selepas pilihanraya.Katanya,usaha untuk PRU 2013 perlu bermula sekarang.Ya,mood rakyat perlu dikekalkan.Kita tidak boleh sealpa 2004.

Untuk pengetahuan semua,beliau adalah penulis bersama Entri 10 SeBaB MeNoLaK BN yang kemudiannya dimasukkan ke dalam risalah KEMPEN SIRI 4 yang diterbitkan PAS Pusat selain turut diforward rakan-rakan lain di alam Friendster dan email berantai.

Teruskan layari blog baru ini di THe MuSLiM KNiGHT.

Assalamu'alaykum..

10 NoVeMBeR -DiaRi SeoRaNG RakYaT Di MaSJiD JaMeK

Assalamu'alaykum..





Laporan Al-Jazeera Yang Membuatkan ZaM 'kepanasan'

10 Pagi,itu masa yang ditetapkan oleh teman-teman untuk kami menaiki LRT dari Sungai Besi menuju ke Masjid Jamek;salah satu tempat bermulanya perhimpunan anjuran gabungan NGO;Bersih.Perjalanan menaiki tren tidak sunyi daripada pemandangan polis-polis dan FRU yang siap bersedia dan berkawal hampir di setiap hentian,terutamanya yang berdekatan dengan kawasan perhimpunan.Memang serius Pak Lah kali ini,membuatkan hati penulis benar-benar ragu apa angka 100 ribu bisa menjadi kenyataan.Apatah lagi maklumat dari teman-teman mengatakan sekurang-kurangnya 4-5 buah bas dari Terengganu sahaja telah diarahkan pulang oleh Polis selain kawalan ketat di setiap pintu masuk lebuh raya sejak beberapa hari yang lalu.Itu belum lagi dicampur sekatan di bahagian Selatan dan 7 bas di perlis yang turut 'digendalakan'.Hati penulis terdetik."Ahh andai sekadar 10 ribu yang hadir,maka sudah ajaib".

10:30pagi penulis tiba di LRT Masjid Jamek.Ramai anggota keselamatan mula berkawal.Trak-trak FRU mula ditempatkan di kawasan yang strategik,menjadikan laluan lalu lintas mula terganggu.Team penulis mula berpecah kerana bukan sesuatu yang bijak untuk bergerak beramai-ramai dalam keadaan sebegini.Ramai SB mula dilihat berlegar-legar;ahh bukan sukar meneka identiti mereka lantaran sikap dan gaya mereka yang sudah ada patternnya yang tersendiri.




Sekitar waktu Zohor,penulis memasuki Masjid India.Rancangan awal adalah penulis solat di Masjid Jame',tetapi arahan-arahan yang berlainan seringkali diberikan hinggalah akhirnya masjid India diputuskan sebagai tempat penulis dan sebahagian yang lain berkumpul.Cukup ramai yang berada di masjid tersebut.Sangat ramai.Penulis anggarkan di Masjid India sahaja jumlahnya kira-kira 2000 orang.Dewan solat tingkat bawah yang dilihat sengaja dikunci menyebabkan ramai jemaah terpaksa menunggu giliran untuk solat.Seolah-olah sebagai satu usaha untuk menggagalkan perhimpunan.Penulis solat jama' di situ atas keadaan yang memerlukan.Manalah tahu bilakah penulis seterusnya akan berpeluang solat lagi.

Pukul 2 lebih,ramai mula berkumpul.Penulis dan para sahabat di Masjid India mula bergabung dan membentuk barisan di Masjid jamek bersama peserta yang telah sedia menunggu di situ.Unit Amal PAS mula tiba memberikan bantuan dan kawalan keselamatan.penulis anggarkan jumlah mereka kira2 200 orang,jumlah peserta 3000-4000 orang sementara FRU dan pasukan keselamatan 300-400 orang.

Saat itu,laungan takbir dan Lailahaillallah semakin kuat sehinggalah pasukan FRU melakukan tindakan luar batasan dengan menyebur cecair pemedih mata ke arah peserta.Penulis tidak pasti apa yang berlaku pada Dr Hatta (ketua perhimpunan di Masjid Jamek),dia punya guard sendiri yang mengawal walaupun tempiasnya pasti lebih teruk dari penulis.Yang pastinya semburan berkali-kali itu (penulis anggarkan 5-6 kali) membuatkan tengkak penulis perit,hidung berair dan mata sukar dibuka dan kemerah-merahan.Aduhh,andai begini kesan yang diterima penulis yang hanya terkena bias airnya,bagaimana pula agaknya pejuang-pejuang agama yang berada di barisan hadapan?Patutlah ada antara mereka meraung,menangis terutama kalangan muslimat.

Akhirnya kumpulan ini berjaya melepaskan diri dengan berpecah dua.Penulis mengikut kumpulan yang bergerak merentasi bazar masjid India.Suasana perniagaan dan keadaan yang sempit tidak memungkinkan pasukan FRU memasuki kawasan tersebut dengan jentera angkuhnya.Kami tiba kembali di jalan besar.Saat itu,FRU melakukan tindakan tahap kedua;menembak peluru gas pemedih mata ke arah peserta.Penulis anggarkan jumlahnya sekitar 10 biji.Salah satu daripadanya betul-betul jatuh di hadapan penulis,memberikan impak maksima kepada peserta-peserta berhampiran.Nafas semakin sukar,mata sukar dibuka.Pendek kata kesannya lebih teruk daripada apa yang enulis alami di Masjid Jamek.Maklum,di sana hanya bias.Di sini.direct.Saat itu,penulis mula terpisah dengan rakan-rakan.Yang pasti,setiap peserta hanya fikirkan lari menyelamatkan diri masing-masing.Penulis memasuki bangunan berhampiran,mendapatkan perlindungan.Anak-anak kecil mula menangis-nangis,sakit dan pedih dengan gas yang dilepaskan.Sungguh,gas yang dilepaskan kali ini lebih pedih daripada biasa.Ini diakui sendiri oleh seorang otai reformasi yang penulis temui dalam perjalanan pulang nanti.Katanya,sebelum ini,jika gas dilepaskan,peserta masih mampu bertahan.Kali ini berbeza.Apa mungkin kandungan asid di dalam gas kali ini melebihi sukatan biasa?

Penulis bergerak kembali,kali ini dengan rakan-rakan lama penulis yang kebetulan turut sama ada berlindung di bangunan itu.Sungguh rahmat dan pertolongan Allah itu tidak putus.Apabila FRU melepaskan gas dan menyembur cecair,Allah turunkan hujan lebat bagi mengurangkan kesakitan dan keperitan yang ditanggung peserta.Apabila penulis putus hubungan dengan rakan-rakan,Allah temukan pula dengan rakan-rakan penulis yang jumlahnya lebih ramai.Maha Suci Allah.Terima Kasih Allah!

Selepas itu kami mula bergabung dengan satu kumpulan yang lain yang penulis yakini bergerak dari SOGO.Seorang tua dan rakannya yang turut sama berlindung bersama penulis berkata,"Awak pergilah.Awak masih muda.Pak cik tak larat".Penulis bergerak dengan kumpulan baru,meninggalkan pak cik tua yang semangatnya turut bersama kami.Sepanjang perjalanan ke Istana Negara melalui Masjid Negara,tiada tindakan provokasi Polis lagi.Jalan sesak.ramai pemandu kereta,lori dan penunggang motor membunyikan hon,mengangkat tangan,bertakbir memberikan semangat kepada peserta.Kami balas dengan takbir dan lambaian,kerana kami yakin mereka juga akan turut sama di dalam barisan jika tidak kerana risiko-risiko yang tidak sanggup mereka ambil.

Di persimpangan jalan menuju ke Istana Negara,penulis terserempak dengan Dr Wan Azizah yang ditemani anaknya.Dia senyum dan melambaikan tangan pada penulis dan rakan-rakan.Kami ambil kesempatan itu untuk mengekorinya betul-betul di belakang kerana jalan pastinya akan di buka untuknya.Jadi lebih mudah untuk penulis ke barisan hadapan.Laungan REFORMASI mula bergema,mengingatkan sejarah perjuangan 9 tahun lalu.Penulis dihentikan Polis di kawasan pagar.Kelihatannya hanya pimpinan yang dibenarkan masuk.Dan daripada cakap-cakap sekeliling,memorandum itu telah selamat diterima oleh pihak istana negara;membuktikan kejayaan perhimpunan kali ini.Kemudian para peserta diberikan arahan oleh Ketua Polis Brickfields untuk bersurai.Peserta bersurai perlahan-lahan dengan aman.Tiada provokasi ke atas polis dilakukan.Semuanya dengan sopan,berbeza dengan perhimpunan membantah perang yang dianjur KJ satu ketika dulu.

Pulang,penulis melihat lautan manusia di bawah semasa menaiki jalan di bahagian atas.Malah jalan yang penulis lalui sendiri,barisan pesertanya tidak dapat dipastikan di mana kepala di mana ekor;membuktikan betapa ramainya yang hadir.HarakahDaily memberikan angka lebih 100 000.Ada yang memberikan angka 40 000.Tapi penulis yakini jumlahnya tidak akan kurang daripada 50 000.Itu hanya yang penulis lihat.Menurut kata teman yang lain,ramai yang tidak dapat sampai ke Istana kerana sekatan polis.Ya sudah tentu,yang tersadai di bangunan tempat perlindungan penulis itu jumlahnya sudah berapa?Di masjid jamek sendiri berapa.Malah,kumpulan Dr Hatta sendiri sampai lambat iaitu ketika semua peserta lain sudah bergerak pulang.

Sewaktu di LRT,penulis ketemu dengan seorang otai reformasi.Selain pendapatnya yang mengatakan kemungkinan asid berlebihan mungkin digunakan,dia turut menceritakan perbezaan perhimpunan zaman reformasi dan sekarang.Katanya dulu,peserta hanya disembur air bersih atau air kuning.Bukan terus disembur dengan cecair berasid seperti sekarang.Jesteru itu masih ramai yang mampu bertahan dan bukan bertempiaran lari seperti sekarang.Katanya lagi,dia kagum dengan golongan muda yang menjadi majoriti dalam perhimpunan ini.Dia bagai tidak menyangka masih ada golongan muda yang prihatin terhadap masalah negara di tengah-tengah lalian hedonisme dan hiburan melampau.Katanya,dia pada awalnya menganggap hanya golongan lama sepertinya sahaja yang sanggup turun.Nyata dia silap.

Penulis pulang dengan selamat.Terima kasih Tuanku As-Sultan kerana perkenannya menerima memorandum rakyat.Daulat Tuanku!

Di bawah adalah gambar-gambar perhimpunan dari masjid negara.Kamera yang sepatutnya digunakan untuk mengambil gambar di Masjid Jamek rosak.Masuk air barangkali.






Sekarang bagaimana?Setuju dengan kata RTM cuma 4000 yang hadir?Ini baru kumpulan dari Masjid Negara.Belum digabung dengan kumpulan lain lagi! Kisah lain boleh diikuti di:

Najwan
SyeikhRyz
Harakahdaily
TVPAs-Peristiwa Di masjid jamek

iBNuZaCK: Pedih mata tak hilang lagi.Indahnya ujian Tuhan! :)

Assalamu'alaykum..

SeLaMat HaRi RaYa..:)

Assalamu'alaykum..

Gambar di atas sebenarnya kiriman seorang teman,Wan Tholaha.Jujur penulis akui,penulis belum pernah menontonnya di TV,hanya sekadar menontonnya melalui blog
Taman Ilmu Islam .Banyak yang menarik tentang kartun ini,salah satunya yang penulis paling ingat adalah sebuatan "Betul..Betul..Betul..Betul..Betul.." yang digunakan wataknya apabila mengiakan sesuatu perkara.Satu dimensi baru untuk dunia animasi Malaysia barangkali.:)InsyaAllah.

Back to business,penulis dengan segala rendah diri di penghujung Ramadhan ini memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung dan pembaca laman kerdil ini andaikata ada posting atau artikel yang penulis bawakan menyinggung atau mengganggu sensitiviti tuan-tuan sekalian.Tidak lain yang penulis harapkan melainkan ada perubahan ke atas negara dan umat tercinta ini ke arah kebaikan.Andai kata terdapat kesilapan dalam penulisan penulis,pohon agar ditegur agar penulis tidak terlanjur berpegang kepada sesuatu benda yang salah.

Selamat Hari Raya penulis ucapkan.Maaf zahir dan Batin.Moga Syawal kali ini mengundang seribu rahmat buat kita semua.InsyaAllah.

Dan jangan dilupakan saudara kita yang nazak digasak kafir laknatullah.Bukan akhlak Islam membiarkan mereka dibelasah musuh Islam hanya kerana mereka dianggap Syiah oleh sesetengah manusia. Teruskan perjuangan saudara-saudaraku sekalian.Sambungkan bantuan kita kepada mereka,sekurang-kurangnya dengan doa.





iBNuZaCK:Dengar je takbir.Jangan ada yang ingat penulis sokong AF pulak.Hehe~

Assalamu'alaykum

21 TaHuN MeRaSai DuNia,BeRGeLaR MaNuSia

Assalamu'alaykum..

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin..Pada hari ini genaplah usia Abdul Rahim Hilmi Zakariya 21 tahun mengikut kalendar Masehi.Tetapi jika diukur melalui kalendar hijrah mulai 11 Muharram 1407,maka usia remaja ini sudahpun menjangkau 21 tahun 7 bulan dan 23 hari.Dalam pada bermuhasabah diri,penulis mula terkenang sejarah silam.Saat Sultan Muhammad Al-Fateh menguasai Konstantinopel,usianya sama dengan penulis;21 tahun.Dan apa yang penulis telah capai dalam jarak waktu yang sama dengan panglima Islam ini?Ahh..kerdil sekali rasanya.

"Ya Allah Rabbul 'Izzati,Engkau menjadikan aku dari asal air yang hina,dan Engkau angkat aku menjadi manusia yang mulia.Muliakanlah aku Ya Allah dalam iman dan janganlah Engkau hinakan aku dengan mematikan aku dalam keadaan kufur padaMu.Muliakanlah aku Ya Allah dalam perjuangan agama Mu dan janganlah Engkau hinakan aku dengan meletakkan aku dalam perkumpulan manusia yang mendurhakaiMu.Tetapkanlah hatiku Ya Allah agar hamba Mu yang kerdil ini bisa terus menyambut perjuangan ulama' silam menegakkan Islam di atas muka bumi ini.Agar hamba Mu ini tabah dengan setiap jua ujian yang Engkau hantar.Agar hamba Mu ini cekal dengan rintangan yang Engkau sediakan.Agar hamba Mu ini teguh dan istiqamah di atas jalan Mu jua.Ya Allah,ku memohon agar dakwahku,akhlaqku,ilmuku,ibadatku,amalanku tetap seiring sejalan dengan usiaku.Ampunkanlah Ya Allah dosa-dosa silamku,dosa kedua ibu bapaku,dosa keluarga ku dan dosa umat Muhammad.Ya Allah selamatkanlah aku,selamatkanlah keluargaku,Selamatkanlah Malaysia dan selamatkanlah dunia dengan Islam.Moga matiku ya Allah dalam husnul khatimah dan di akhirat kutemuiMu di Jannatul Firdaus.Ameen"

Terima kasih atas segala mesej ucapan rakan-rakan yang diberikan sama ada melalui email,friendster(walaupun ada yang mengucapkan terlebih awal :P) dan telefon.Terima kasih.Semoga Allah mengembalikan kebaikan jua kepada kalian.Terima kasih atas hadiah-hadiah,tetapi rasanya hadiah yang paling bernilai buat penulis saat menginjakkan kaki ke usia 21 tahun ini adalah perkenalan dengan rakan-rakan yang sentiasa istiqamah dalam perjuangan menentang kebatilan dan kezaliman.Rakan-rakan yang banyak mengajar erti sebuah perjuangan,rakan-rakan yang sentiasa bersama saat susah dan senang.Semoga Allah merahmati dan memuliakan kalian dengan perjuangan agamaNya.

Oh ya,dan tidak lupa juga terima kasih kepada Celcom atas kredit percuma selama 7 hari! :D

iMeJ

Semalam sewaktu menumpang kereta Aiman bersama 3 lagi rakan ke Pejabat Perhubungan PAS Kawasan bagi menonton ceramah Penjelasan Tragedi Batu Buruk,penulis menerima mesej dari rakan lama yang sudah rasanya hampir 3 tahun tak bersua muka.Mengetahui saja penulis sedang berada di dalam Pejabat parti Islam ini,pantas mesej kedua sahabat ini tiba "Laa..mung orang kuat PAS jgk.aku ingatkan orang Ummmno"Hehe,entah apalah kayu ukur yang digunakan oleh sahabat penulis untuk menilai sebegitu rupa.Tetapi penulis mula teringat kepada kata-kata sahabat penulis yang seorang lagi.Katanya "Aku kalau hang tulis dalam blog aku percaya,tapi bila hang cakap depan aku dan aku kena tengok hang,aku susah nak percaya"Haha..gelak penulis dengan sahabat ke dua ini panjang malam tersebut.Benar barangkali,dengan imej penulis yang gemar berseluar jeans,bert-shirt atau berjersi, jarang berkopiah walaupun untuk ke masjid dan sedikit selekeh menjadikan imej penulis sedikit kurang sesuai atau 'ngam' dengan apa yang penulis bawa.Bak kata seorang lagi rakan 'Jangan menilai buku dari kulitnya,tapi kalau kulitnya tak berapa cantik,orang pun tak berapa nak buka.Itu semua strategi pemasaran tuh!"Dan rasanya mungkin masa untuk strategi pemasaran penulis harus bermula sekarang! :D

iBNuZaCK: Teringat soalan Tan Sri Khalid Ibrahim semasa Program ODC Ahad lalu,"Hah,siapa tak register mengundi lagi?Angkat tangan!"Tersengih seorang penulis.Haha~

Assalamu'alaykum..

Cubaan Pertama..

Assalamualaykum..

Sekarang jam adalah pukul 4:39 pagi.3 June 2007.Kali pertama aku menulis dalam blog sendiri.Seronok kerana ini dunia baru yang akan kutempuhi kelak.Yang tak seronok adalah aku sendiri tak tahu apa yang aku nak tulis.lols.
Selama ini aku banyak erforum.Di banyak tempat.Forum dalam Universiti,Forum diluar Universiti,Forum dalam Friendster.Bab yang paling aku suka bincang adalah bab Hukum agama,bab syariah,bab mazhab,bab politik,bab ekonomi.Aku kurang sikit bab chenta ni.Bukan sebab tak hensem.Boleh tahanlah jugak walaupun sampai sekarang takde orang nak,tapi bagi aku berforum dalam hal chenta adalah remeh.Lainlah jika Cinta pada Ilahi.
Ok,this is my first post here.Mungkin aku sorang je yang baca.Mungkin tidak.Tapi ini adalah permulaan.Permulaan pada sesuatu yang baru..InsyaAllah.. :)

Assalamualaykum...