Home

JaWaPaN uNTuK aNWaRiSMe.BLoGSPoT..

Assalamu'alaykum

Sejujurnya,artikel yang tuan-tuan akan baca selepas ini sudah dihantar ke ruangan komen Anwarisme.blogspot.com sebanyak 3 kali.Saya menunggu selama 3 hari agar blog Anwarisme melulus siarkan komen saya diruangan blog mereka,tetapi tiada apa-apa perubahan.Jesteru,saya ambil kaedah untuk menyiarkannya di dalam blog sendiri.

Saya cadangkan sebelum tuan-tuan membaca artikel ini,baca dahulu tuduhan mereka di: Blog Anwarisme

Ini adalah jawapan untuk Anwarisme.blogspot berdasarkan pandangan saya:

Penurunan harga minyak.

Anwarisme mengatakan adalah mustahil untuk menurunkan harga minyak kerana harga minyak sedang meningkat naik diperingkat global.

Saya katakan:

Untuk soalan seperti ini kita patut tanyakan terlebih dahulu.Adakah kerajaan sebenarnya tidak mampu menanggung subsidi?

Berdasarkan laporan Belanjawan 2006 mukasurat 10 dan 15,jumlah kutipan kerajaan drpd Petronas adalah RM39.924b.Jika ditolak subsidi yang ketika itu berjumlah RM 12b,maka lebihan hasil kerajaan daripada Petronas adalah RM27.924b.Ini adalah kenaikan dana RM12.82b berbanding tahun 2005.Harus diingat,anggaran ini dibuat akhir tahun 2005 sebelum subsidi minyak dikurangkan pada Feb 2006 sebanyak RM4b dan keuntungan Petronas mencecah RM76b.Jadi pertambahan dana tersebut pasti lebih tinggi.

Pernah sekali dipersoalkan ke mana RM500b duit keuntungan Petronas hilang.Buat pengetahuan semua Audit Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen dan Petronas hanya bertanggungjawab pada PM.Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi.Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most sustainable And Ethical Companies'.Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant,syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol.Dalam kajian itu,Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%.

Sekitar 1986,terdapat satu Tabung dipanggil Tabung Warisan Petronas.Tujuan tabung ini adalah bagi membantu kerajaan andai kita menjadi pengimport minyak satu hari nanti.Setiap tahun,sebahagian keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini.Soalnya,berapakah jumlah kutipan tabung ini sekarang dan mengapa ianya tidak pernah didedahkan?

Minyak Malaysia antara yang paling berkualiti di dunia.Harga setong minyak Malaysia adalah 1-2 dolar lebih tinggi dr harga pasaran dunia.Contoh,katalah harga minyak dunia sekarang USD100 setong.Tapi harga minyak Malaysia yang dijual ke luar negara adalah USD102 setong.Lebihan 2 dollar setong ini sudah menghasilkan keuntungan USD438j @ RM1.49b setahun.

Minyak yang diimport masuk ke Malaysia sebenarnya minyak bermutu rendah.Dengan kata lain,kita ada minyak mahal pegi jual.Lepas tu bagi kat rakyat minyak tak elok.Kitaran penjualan ini menyebabkan peredaran wang USD yang sangat besar.ini menyebabkan jika sedikit masalah berlaku pada matawang US,kita terjejas sama.

Semoleknya,minyak digunakan ke dalam negara dan lebihannya barulah dieksport.Penggunaan NGV sbg bahan bakar mesti dipertingkatkan bagi mengelakkan tumbuh guna petrol yang terlalu besar dalam negara.Dengan cara itu,minyak kita tidak akan bergantung pada harga ekonomi dunia lagi.Sementelah lagi,Pak Lah pernah menyatakan bahawa penggunaan minyak di Malaysia hanyalah 575000 tong sehari,kurang daripada pengeluaran minyak Malaysia sebanyak 650 000 sehari.Taktik ini dipraktikkan di Arab Saudi.Sebab itu,walaupun harga minyak dunia naik,Arab Saudi mampu turunkan harga minyak tempatan.0.35 riyal satu liter.

Kalau kita tengok Qatar,Qatar harga minyaknya RM0.87 seliter @ 80 dirham.Qatar macam kita,pengeksport minyak.Dan kalau kita check Singapura,harga minyaknya RM4.15.Namun pendapatan warganya 3 kali lebih besar daripada warga kita.Di Indonesia pada 2006,harga minyaknya berada pada paras 4500 rupiah.Ini bersamaan RM1.84.Sila ambil perhatian:Indonesia adalah pengimport minyak.Keluaran minyaknya tidak mencukupi utk menampung keperluan dalam negara.Malaysia pengeksport minyak.Keluaran minyaknya melebihi keperluan tempatan.

Sudahlah harga petrolnya lebih murah,keretanya pula murah.Toyota Avanza di sana harganya RM40 000.Di sini harganya kira2 RM70000.

Sebagai perbandingan,harga LPG di Malaysia adalah RM1.75 satu kg.Di Thailand RM1.65 satu kg.(Anda boleh rujuk kenyataan media JPM pada 27 Feb 2006).Untuk rekod,Thailand bukan pengeksport LPG.Kita?LPG belambak kat Sarawak nun.

Penipuan yang kerajaan buat tentang hal kenaikan amat jelas.Kerajaan kata subsidi kena hapus perlahan-lahan sebab nanti tak lama lagi rizab minyak akan habis.Jadi rakyat kena berlatih hidup tanpa subsidi.Tapi berdasarkan jawapan bertulis Perdana Menteri di Dewan Rakyat November 2005,rizab minyak negara adalah 5.29b tong yang boleh kekal sehingga 2024.Ini belum termasuk penemuan telaga baru seperti telaga Pisagan 1A dan rizab gas lainnya terutama di laut Sabah.Bohong tak bohong.

Ingat,jangkaan habis petrol pada 2024 ini dibuat mengambil kira rizab pada tahun 2005 sahaja dan pengeluaran sehari secara purata 750 000 tong.Untuk rekod,pengeluaran sekarang adalah 650 000 tong.

Dan jika diikutkan,kenaikan harga minyak mentah dunia sebenarnya memberikan rahmat besar buat Malaysia.Menurut laporan Asian Development Bank,dalam buku laporan tahun 2007 menyatakan bahawa setiap kenaikan sebanyak USD1 bagi pasaran dunia untuk minyak mentah,kerajaan Malaysia mendapat keuntungan tambahan USD 62juta bersamaan RM210.8 juta.Pada saat minyak kali terakhir dinaikkan RM0.30 satu liter Awal 2006,harga minyak mentah dunia adalah USD70 setong.Kini harganya kira-kira USD96 setong.Bermakna penambahan keuntungan buat kerajaan Malaysia sebanyak USD 1.612 bilion.

Sekarang ayuh kita fikirkan pula mengapa subsidi diturunkan dan keuntungan kerajaan meningkat,masalah kewangan tetap berlaku.Dikatakan duit penjimatan RM4.4b itu pergi kepada pengangkutan awam.Pergi kpd pengangkutan awam atau pergi pada siapa?

Anda kenal Scomi?Scomi Group Berhad adalah milik Kamaluddin bin Abdullah bin Ahmad Badawi.Berdasarkan The Star Online Bizweek 18 Mac 2006,Scomi telah memasuki tawaran untuk Syarikat Prasarana Negara (PNSB) sebanyak RM120 juta bagi membina 400 badan bas dan kontrak RM50j utk pembaikan 1500 gerabak dan landasan KTM.

Ini yang keluar suratkhabar.Yang tak keluar?Skandal PKFZ tu macammana?

Sekarang tuan-tuan nampak duit jimat subsidi itu pergi mana?

Pembailoutan syarikat2 individu seperti MISC dan Scomi milik anak PM dengan jumlah mencecah RM4b selain pembinaan projek2 mega yang tidak menguntungkan adalah antara punca utama kelemahan kewangan kerajaan.Pemberian subsidi bahan api berjumlah RM14b pula terlalu banyak menguntungkan Penjana Tenaga Bebas(IPP) seprti YTL,Genting Sanyen dan Powertec milik Ananda Krishnan,Lim Goh Tong dan Yeoh Tiong Lai.Syarikat-syarikat IPP ini pula telah menandatangani perjanjian berat sebelah dengan TNB yang menghasilkan kerugian sejumlah RM30b kepada syarikat GLC ini.

Najib kata berjimatlah.Dia duk baiki umah rasmi dia RM5juta.Projek tu dapat kat adik dia tanpa kelulusan JKR.Berjimat apebendanya?

Kata-kata Najib baru-baru ini amat mengelirukan.Negara akan bangkrap jika minyak diturunkan harga.Negara tidak akan bangkrap Najib.Yang bankrap mungkin saudara.

Kesimpulannya,ketelusan,kebijaksanaan menandatangani perjanjian,tadbir urus wang yang baik serta dasar 'tidak pada bail out' dan pembatalan projek mega yang bodoh akan membolehkan harga minyak diturunkan.

Hapuskan yuran Pengajian Tinggi:

Dasar Pengkorporatan Universiti ini sebenarnya dibuat bersandarkan kepada sitruasi semasa krisis kewangan 1997 yang membebankan kerajaan.

Cadangan untuk mengkorporatkan institusi pengajian tinggi awam juga dibuat bagi mengurangkan tanggungan kewangan pihak kerajaan terhadap kos membiayai operasi universiti.Walaupun sumber kewangan yang ‘tetap’ dari pihak kerajaan sudah berkurangan, institusi pengajian tinggi awam dibolehkan untuk mencari dan mengurus sumber dananya sendiri. Ini bermakna selaras dengan pengkorporatan, institusi pengajian tinggi awam akan mempunyai autonomi kewangan. Berautonomi kewangan bermaksud " sesebuah badan atau institusi berkenaan mempunyai kuasa undang-undang untuk menubuhkan dana sendiri, untuk menambah kewangan dalam dana yang berasaskan sumber-sumber yang dibenarkan serta mempunyai kuasa untuk mengendalikan tabung itu mengikut keperluan yang ditentukan oleh badan atau institusi tersebut". Sebelum IPTA dikorporatkan, semua dana yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam Perbendaharaan. Tetapi selepas pengkorporatannya nanti, pihak pentadbir dibolehkan untuk menyimpan dan mengurus dananya sendiri. Secara tersirat, pengkorporatan akan menjadikan para pentadbir institusi pengajian tinggi awam mengamalkan perbelanjaan berhemah dan pengurusan yang cekap dan berkesan terutamanya dalam hal-hal kewangan setelah mereka memahami bagaimana susahnya untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membiayai perjalanan kos operasi universiti tersebut.

Dasar ini kemudiannya dibatalkan memikirkan impak kepada mahasiswa yang berkemungkinan akan menanggung beban yuran setinggi RM7000 setahun.Isu yang paling menarik perhatian dalam dasar ini adalah isu 'McDonald di UM'.

Dasar ini sebenarnya disokong kerajaan.Soalnya,jika dasar ini benar-benar bangang,maka kenapakah UMNO menyokong ketika itu?Bukankah ini bermakna UMNO ikut bangang sekali?

Benar,Anwar membenarkan kadar faedah dinaikkan.Tetapi bermula Disember 1997, Anwar telah membatalkan kebenarannya itu dengan harapan untuk menyemak kadar kemerosotan dan juga mengambil langkah-langkah yang memperketatkan kecairan,dan dengan itu memburukkan lagi tekanan kemelesetan.Beliau juga telah menentang kadar-kadar faedah yang lebih tinggi yang disyorkan oleh IMF. Apabila ekonomi mula menjadi lembab pada 1998, beliau cuba merombak semula beberapa dasar tersebut pada sukuan kedua 1998.Antara langkah yang diambilnya adalah dengan mengumumkan pertambahan dalam perbelanjaan kerajaan dan usaha-usaha lain dalam menambahkan kadar kecairan dan mengurangkan kadar-kadar faedah.Pengumuman ini dilaksanakan ketika beliau merasmikan Perhimpunan Pergerakan Pemuda Umno.Soalnya,perkara-perkara pembetulan yang dilakukan Anwar ini langsung tidak diambil port oleh Anwarisme?

Benar Anwar mewarisi fundamental ekonomi drpd Tun Daim zainuddin.Namun harus diingat,Tun Daim juga antara punca kemelesetan ekonomi 1986,antara sebabnya adalah tindakan beliau menghentikan usaha-usaha Tengku Razaleigh meneruskan dasar menentang kitaran (ekonomi).

Mengatakan sumbangan Tun Daim adalah punca kegemilangan ekonomi negara pada era 1990-1997 juga tidak tepat kerana pada waktu itu Indonesia dan Thailand juga mengalami pertumbuhan yang cepat,malah lebih cepat daripada Malaysia dalam tempoh beberapa tahun berbanding sebelum 1998.Rantau ini sedang berkembang pada waktu itu kerana peningkatan pelaburan Jepun.Harus diingat pembuangan Aziz Taha sbg gabenor BNM sehingga membolehkan 'beberapa manusia' bermain spekulasi di pasaran antarabangsa sehingga keranapan September 1992 di mana BNM rugi besar juga berlaku pada zaman Daim.Skandal koperasi-koperasi pengambilan deposit juga berlaku pada zaman Daim.

Mengatakan Anwar tidak bijak mengatur ekonomi juga strategi tidak cerdik Anwarisme.Anwar dilantik oleh Mahathir.Dan dasar ekonominya banyak terpaksa mendapat kelulusan Mahathir.Jika dasarnya tidak bijak,maka anda turut sama mengatakan Mahathir tidak bijak.

Anwarisme banyak bercakap menggunakan fakta.Tapi Anwarisme terlebih banyak menyembunyikan fakta yang berkaitan.

Jika Anwar tidak layak kerana kesalahan lamanya ketika dalam UMNO.Maka adakah Umar Al-Khattab tidak layak menjadi khalifah kerana kesalahan lamanya semasa jahiliah membunuh anak perempuannya sendiri?

Berbeza dengan kami.Kami terima Anwar selepas dia bersih daripada semua itu.Kami pegang tiang yang sudah bersih daripada taik.Kamu pegang tiang yang masih bersalut taik.Dah la pegang,kamu jilat pulak.Itu beza antara kami dan kamu.

Berkenaan isu Hindraf,adalah lebih baik anda merujuk sahaja kenyataan Anwar di blog beliau.

iBNuZaCK: Cakap pasal taik ni teringat buku SHIT Shahnon Ahmad.

Nota:Artikel ini kali terakhir cuba dipostkan ke blog Anwarisme pada malam 2 Januari. Saya masih mengharapkan Anwarisme tidak sebacul Laman Ganulening.

Assalamu'alaykum

3 Komentar:

Anonymous said...

tiada kaitan dengan anwar tetapi tentang secebis kecil artikel ini.

terbaca sedikit tentang rujukan saudara tentang umar al khattab. ada rakan saya mengatakan cerita itu tidaklah dapat dipastikan kebenarannya. kerana ada pihak yang mengatakan tentang beberapa sebab yang mengatakan ianya direka untuk memburukkan umar walaupun beliau masih belum memeluk islam.

saya kurang ingat sebab2 tersebut tetapi salah satunya adalah kerana terdapat cerita tentang anak perempuan umar yang sudah dewasa(lupa juga namanya). jika anak perempuan umar dibunuh, masakan wujud cerita tentangnya. tak silap saya, rakan saya mengatakan bahawa cerita tersebut datang dari hadis yang tidak sahih. sorry if i am mistaken

iBNuZaCK said...

Terima kasih Curious_mind.Teruskan menegur.Mmg benar,banyak sirah yg ditulis kadang2 diragui kesahihannya.Mungkin boleh kita tukaran 'Umar membunuh anak perempuannya' kepada 'Umar melakukan kesalahan zaman jahiliah'. :)


Kata Ajab-Pemilik Anwarisme.blogspot di blognya(saya menunggu 8 hari sebelum komen saya diapprove)

Ibnuzack, tolong balik baca semula catatan sejarah bila pengkorporatan Universiti diperkenalkan

Sekali lagi balik baca semula sejarah. Kemelesetan 1985 dan 1986 ialah kemelesetan sedunia/ world recession yang bermula sejak 1984.

Kerajaan mampu menanggung subsidi selagi ia menjadi pengekspot minyak. Masalahnya, jika kerajaan tidak "adjust" harga dan subsidi petrol dari sekarang, apabila malaysia menjadi pengimport minyak nanti.... maka kenaikan harga akan melambung berpuluh kali ganda sekaligus. Ini pastinya bukan pentadbiran yang bijak bukan?


Jawapan saya yang belum diapprove di blognya

Tuan ajab..

Maaf,mmg ia mula timbul sejak 1994 tetapi idea ini diambil serius saat krisis kewangan mula berlaku.Harap faham.Datuk Seri Najib pernah berkata pada 1998 pengkorporatan akan mewujudkan satu peningkatan dalam kaedah pengurusan universiti tempatan di mana mereka diberi autonomi yang lebih untuk bertindak dengan lebih pantas, membuat keputusan sendiri dalam banyak perkara dan mampu mengurus dengan lebih dinamik.

Saya menolak pendekatan mengkorporatkan universiti.Bermakna saya moenolak pendekatan ini,tapi macam yang saya kata,kalau anwar bodoh kerana buat dasar ini,maka najib yang sokong ni bagaimana?

2 kali bodoh la ye?Hahaha..

Ya,tahun 1986 masalah kewangan berlaku secara global.Tetapi,jangkitan ini diburukkan dengan beberapa tindakan salah Tun Daim.Sila ulas berkenaan tindakan salah Tun Daim.

Tuan,bekalan minyak dijangka habis menjelang 2024.Itu jika hanya rizab 2005 diambil kira.Ingat selepas 3 tahun,rizab minyak kita masih bertahan dengan penemuan telaga minyak baru terutama di laut Sabah.

Dan andai habis sekalipun pada 2024,maka kita punya Tabung Warisan Petronas yang boleh back up subsidi ketika itu.Hingga sekarang jumlah kutipan Tabung tu langsung tak tau.

Dan lagi,pada 2024 minyak dunia juga akan habis,dan ketika itu inshaAllah tenaga baru akan diperkenal.Kalau minyak dunia pun habis,macammana harga minyak akan naik sedangkan minyak dah tak ada?

Tolong approve dan terima kasih approve komen saya yang sebelumnya.

Terima kasih.Anda lebih berani dr laman Ganulening.net..

:)

Anonymous said...

ibnuzack, teruskan menulis, saya sudah baca artikel anda tentang harga minyak. Takpelah dia tidak mahu siarkan komen saudara, tapi komen saudara sudah tersebar di internet. Suara saudara dipadamkan di sana, tetapi bergema di di seluruh dunia melalui internet. Semoga berjaya selalu. Insya Allah. Wassalam.