Home

BiLa MaSa PAS SoKoNG MaHKaMaH?

Assalamu'alaykum

Sudah baca Kenyataan Media PAS berkenaan Kalimah Allah?
Ada tulis "sokong" keputusan Mahkamah?

Suka suka sahaja media menambah cerita.

Baca balik kenyataan itu.

_________________________________________________________

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud:

Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

______________________________________________________________


Janganlah media pandai pandai menambah perkataan "sokong" seperti mana yang pernah dilakukan oleh TV Selangor , MSTAR dan juga beberapa media lain. Menambah perisa pada cerita pula.

PAS mengatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan islam sebagaimana yang dikatakan dalam Al Quran, namun penggunaannya mestilah BETUL.

Tak boleh kata "Kalimah Allah hanya untuk umat Islam" kerana ia tidak betul.

Anda mahu sertai puak yang masa satu, suka hati kamulah.

A. Puak kalimah Allah mesti digunakan dengan betul oleh semua orang, Jangan keruhkan suasana

atau

B. Puak kalimah Allah milik umat Islam, demo sana demo sini.

atau

C. Puak menerangan implikasi buruk akibat penggunaan "Allah" oleh Herald.

atau

D. Puak kufur, menyokong Herald menggunakan kalimah Allah walaupun salah maksud.

Ramai orang menyempitkan pemikirannya seolah-olah di Malaysia terbahagi kepada 2 kelompok sahaja.

Yang menyokong keputusan mahkamah yang menentang keputusan mahkamah.

Berdasarkan 4 pecahan puak di atas, anda dalam kumpulan mana?

Perkara yang penting ialah penggunaan dengan maksud yang betul tak kira oleh orang islam ataupun bukan islam.

Maka, apa yang Datuk Haron Din kata itu tidaklah bercanggah dengan Nik Aziz, Ustaz Zaharuddin, MAZA, Nasrudin Hassan dan lain-lain.

Kebanyakkan Ulama dan ustaz-ustaz, menceritakan tentang penggunaan kalimah Allah yang betul sebagai sesuatu yang penting, akan tetapi tidak pula dijadikan tajuk berita.

Yang media tahu ialah sokong atau tak sokong keputusan mahkamah. Siapa yang kata bukan islam boleh menggunakan kalimah Allah, dianggap sokong oleh media itu.

Maka CELAKA lah media yang mengatakan Nik Aziz, PAS menyokong keputusan Mahkamah.

Dan CELAKA lah media yang melaga-lagakan para ustaz yang ada, kononnya ada yang sokong, ada yang tak sokong.

Sumber: Hasbullah Pit

Sumber Berkaitan: MSO

Komentar:

Sedar atau tidak, isu ini sebenarnya terlalu sensitif. Dan sedikit provokasi daripada golongan oppoturnis mampu mencetuskan perbalahan kaum sepertimana yang berlaku lebih 40 tahun lalu.

Saya masih ingat kenyataan Us Nasharudin Mat Isa yang dimanipulasi pihak Utusan Malaysia untuk menonjolkan seolah-olah beliau menyokong UMNO dalam hal ini. Keluh kekecewaan beliau tentang keadaan ini diluahkan kepada kami dalam satu pertemuan di Bangi 4 hari yang lalu. Media tersebut lebih berminat mengambil kenyataan yang menguntungkan survival politik pemerintah tanpa melihat kepada kebahayaan situasi yang mendesak.

Tanggungjawab media bukan sekadar melaporkan berita, tetapi juga menenangkan perasaan rakyat, bukan mengelirukan rakyat demi keuntungan politik ataupun kepopularan akhbar; tidak kiralah dari pihak manapun. Media wajar menunjukkan kesatuan fikrah ulama' yang sebenarnya memang wujud dalam isu ini (membantah penggunaan kalimah dengan cara yang salah) daripada menekankan perbezaan pandangan atau pendekatan yang bersifat titik bengik.

Allahua'lam

Rujuk penerangan Presiden tentang isu ini

Rujuk penerangan peribadi saya tentang isu ini.

iBNuZaCK : benci 'pelacur' media.

Assalamu'alaykum

iSu KaLiMaH 'Allah' : SoaL-JaWaB

Assalamu'alaykum..

Soalan:

Kenapa mahu marah-marah Kristian pakai kalimah Allah? Kenapa perlu berebut? Yang penting kita tahu Allah itu siapa sudahlah.

Jawapan:

Isu 'Allah' ini bukan isu perebutan nama. Ia adalah isu akidah, isu falsafah, isu maqasid di sebalik nama itu.

Kita tidak marah kalau Kristian mahu menisbahkan Allah kepada Tuhan yg sebenar. Tiada masalah. Tapi kita tidak setuju kalau dikatakan Allah itu adalah Roh Kudus dan Jesus atau sebaliknya atas sebab Trinity yang mereka pegang. Bukankah di dalam Bible menyebut "Aku dan 'Bapa' adalah satu"?

Soalan:

Tetapi musyrikin Makkah dan Arab pada zaman Nabi pun pakai nama Allah. Bapa Nabi pun bernama Abdullah. Apa masalahnya?

Jawapan:

Memang musyrikin Arab memakai kalimah 'Allah' bila mereka merujuk kepada Tuhan. Betul. Tapi menjadikan alasan itu bagi menghalalkan penggunaan 'Allah oleh Kristian Trinity adalah tidak kena. Kerana musyrikin zaman itu memahami 'Allah' itu sebagai Tuhan yang sebenar. Mereka tidak menisbahkan 'Allah' itu sebagai Latta dan Uzza dan berhala-berhala yang mereka sembah. Sebab itu mereka digelar 'musyrikin'.

Soalan:

Tapi Allah ada sebut “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (al-Ankabut:63).

Kan kita disuruh mengucap Alhamdulillah bila non-muslim mengaku Allah itu Tuhan. Jadi, kenapa anda hendak halang?

Jawapan:

Sebab itulah pentingnya sebelum mengambil apa-apa dalil mesti kita faham asbabun nuzul dan tujuan ayat itu turun. Sama seperti ayat 'La ikraha fiddin'. Ia ditujukan kepada mereka yang memaksa bukan Islam masuk Islam bukan sebaliknya. Sebab itu adanya golongan Islam Liberal yang menggunakan ayat ini secara umum bagi menghalalkan murtad.

Hakikatnya ayat ini ditujukan kepada Musyrikin Arab yang berada di sekitar Nabi saat itu. Bukan kepada seluruh 'bukan Islam'. Sebab itulah Islam tidak membantah. Sebab itu jugalah Nabi disuruh mengucapkan syukur. Sebab musyrikin itu masih kenal dan tahu siapa Allah yang sebenar walaupun disyirikkan dengan menyembah berhala.

Maka bersyukurnya Nabi pada hal itu adalah benar.

Bukannya untuk Kristian yang mengatakan Allah dan Jesus itu adalah satu. Yang mengatakan Allah itu Jesus dan Jesus itu Allah. Yang mengatakan Jesus itu diri Allah yang boleh disentuh, didengar, diam bersama, dirasa etc.

Munasabahkah kita bersyukur apabila Kristian mengatakan Allah Jesus yg menurunkan hujan dari langit?

Maka kesyukuran kita itu adalah pada hal yg batil.

Soalan:

Tapi bukankah Allah ada sebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

Jadi yang penting konsep. Bukan nama. Setuju?

Jawapan:

Ayat ini secara jelas membantah penggunaan kalimah 'Allah' untuk dinisbahkan kepada Jesus dan Roh Kudus. Inilah yang mereka mahu buat pada hari ini. Ini yang kita bangun membantah. Inilah isu yang mendasarinya. Ini bukan soal istilah saja.

Kalau mereka menisbahkan Allah itu kepada Tuhan yang sebenar dan bukan kepada yang lain seperti yg dibuat musyrikin pada zaman nabi, kita pun tak mahu nak halang. Qulilhamdulillah!

Soalan:

Bukankah Quran mengakui bahawa adanya tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam Surah al-Hajj ayat 40. Jadi apa masalahnya kalau gereja Katolik mahu menggunakan nama Allah? Mereka berhak.

Jawapan:

Memanggil 'nama Allah' dan 'Allah' adalah 2 hal yg berbeza. Tolong bezakan.

Sudah berzaman penganut agama Tauhid memanggil Tuhan yang sebenar dengan bahasa mereka atau bahasa kitab mereka. Bani Israel mungkin memanggilnya Eloh, orang Nusantara mungkin memanggil-Nya Dewata Mulia Raya, orang Parsi mungkin memanggil-Nya Ahura Mazda. Dan bila mereka sebut nama-nama itu, memang mereka merujuk kepada Tuhan yang sebenar iaitu Allah

Sama apabila kita menyebut Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Malik, maka kita merujuk kepada Allah, Tuhan yang sebenar. Bukan kepada yang lain.

Jadi andaikata mereka mahu meminta hak sekalipun, yang mereka boleh minta adalah kalimah yang ada dalam kitab mereka. Eloh, Elohim, Yahweh. Bukan 'Allah'.

Soalan:

Tetapi bukankah Kristian Arab juga memakai kalimah 'Allah' di dalam Bible mereka? Tidak pula kerajaan Arab menghalang.

Jawapan:

Kebanyakan Kristian Arab yang memakai kalimah 'Allah' dalam terjemahan Bible (dipanggil Kitabul Muqaddas) adalah Kristian Unitarian. Yang percaya Allah itu Esa. Katolik Malaysia Unitarian kah? Tentulah tidak. Mereka adalah Kristian Trinitirian. Kristian Trinitirian mengkafirkan Kristian Unitarian

Soalan:

Tetapi Kristian Indonesia juga memakai kalimah 'Allah' di dalam Bible. Bukankah mereka Trinitirian juga? Dan Indonesia masih lagi kekal sebagai negara Islam terbesar di dunia. Tidak ada masalahpun. Kita ni mahu ditertawakan Indonesiakah?

Jawapan:

Tahukah anda disebabkan liberalnya agama di Indonesia maka ada premis pada hari Jumaat menjadi masjid, pada hari Sabtu menjadi kuil dan pada hari Ahad pula bertukar menjadi gereja?

Mahu Masjid Putrajaya menjadi Gereja St Thomas pada hari Ahad? Mungkin tidak hari ini. Tapi 50 tahun lagi?

Soalan:

Kita mesti menjaga akidah dengan ilmu. Maka didiklah generasi muda kita. Mesti mereka tak akan salah faham kalau Kristian gunakan 'Allah' sekalipun. Tak perlu larang pun.

Jawapan:

Ini bukan masalah keliru sahaja. Ia juga masalah falsafah dan maqasid yang ada disebalik kalimah Allah. Syariat Islam turun dan memurnikan kalimah 'Allah' itu selama 1400 tahun. Hari ni awak sanggup membiarkan kalimah itu tercemar?

Dakwah dan mendidik satu hal. Preventif satu hal. Dua-dua kena ada. Tuhan tak suruh Iqra' sahaja. Tuhan suruh laksana Hudud Qisas juga. Tuhan suruh "Az-zaniyatu waz-zaani fadzlidu kulla wahidim-minhuma miata jaldah". Ini apa? Preventiflah.

Jika tak perlu preventif, rombaklah Kanun jenayah negara. Berikan pendidikan saja, nescaya rasuah, mencuri, rompak, rogol tidak akan berlaku.

Berani jamin?

Soalan:

Bukankah dengan penggunaan kalimah 'Allah' akan menyebabkan mereka akan lebih memahami Islam dan kita boleh mengambil peluang ini untuk berdakwah kepada mereka? Malah mungkin mereka juga akan terkeliru dengan konsep Triniti sebab 'anak Allah adalah Allah". Ini kelebihan kepada umat Islam!

Jawapan:

Bagaimana untuk mereka lebih memahami Islam dengan cara begitu? Mereka bukannya baca kalimah 'Allah'. Sebab kalimah itu cuma ada dalam Bible bahasa Melayu atau akhbar Herald bahasa Melayu. Mereka baca dalam Bible berbahasa Inggeris. Yang ada cuma 'God'. Jadi, untuk siapa Bible Melayu ini ditujukan?

Kalau mahu ditujukan kepada Kristian Malaysia Timur, kaum Iban dan Kadazan contohnya, maka gunalah bahasa mereka. Kalau mahu standard di dalam bahasa Melayu, maka gunalah 'Tuhan'. Itukan bahasa Melayu? Kalimah 'Allah' bukan berasal dari bahasa Melayu, apatah lagi Iban atau Kadazan atau Murut.

Jika anda boleh mengatakan Kristian akan terkeliru maka kenapa anda tidak mengatakan orang Islam juga boleh terkeliru? Maka tak perlulah pakai. Dua-dua tidak akan terkeliru. Akidah orang Kristian terjaga, akidah orang Islam pun terjaga. Cari penyakit buat apa?


*Ini adalah antara soal-jawab saya dan rakan-rakan di pelbagai ruangan komen di Facebook. Ada editing dilakukan bagi memudahkan pemahaman.

iBNuZaCK: Allahua'lam..

Assalamu'alaykum..

KeRaJaaN PeRPaDuaN: SiaPa CeLaRu?

Assalamu'alaykum..

Kalaulah mahu dihitung kezaliman BN kepada seluruh rakyat Malaysia, barangkali tidak ada kalkulator yang mampu menjumlahkannya. Semua orang sedar hakikat itu. Seorang saudara saya mengalami sakit jiwa apabila bapanya dimasukkan ke dalam tahanan tanpa bicara atas sebab yang tidak pernah dibuktikan hingga ke saat ini. Duit yang sepatutnya diguna untuk membangunkan negeri saya, dirampas atas nama ehsan dan tidak pernah dipulang hingga ke hari ini. Kesan kekasaran FRU pula mengekalkan kesan di badan saya selama beberapa hari.

Pendek kata, cukup banyak.

Jesteru itu memang saya membenci BN. Parti ini berada di tempat ke 3 selepas Zionis dan Amerika pada kebencian saya. Jesteru, jangan ada sesiapa yang gatal mulut menyebut tentang perpaduan dengan mereka ini. Jangan ada sesiapa yang cuba menjadi najis dan memperdekatkan kita dan mereka ini. Mereka tidak layak diperdekat, dan mereka tidak layak disalami sedang tangan mereka masih berbau darah Memali.

Namun apabila Tuhan menyebut "Wa ta'a wanuu 'alal birri wat taqwaa" iaitu "Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa" dan "Wala Yajrimannakum syana aanu Qaumin 'alaa alla ta'dilu" bermaksud "Janganlah kerana kebencian kamu kepada sesuatu kaum, menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka" (Al-Maidah), maka tolong bagitahu saya bagaimana saya nak melawan Tuhan dalam perkara ini? Saya tidak reti dan tidak diajar bagaimana. Saya bertalaqqi beberapa kitab dan membaca beberapa yang lainnya, bermula Fiqh Awlawiyyat dan berakhir Mafahim Yajibu An-Tusohhah (belum habis), saya tidak jumpa satu mukasuratpun untuk bagaimana saya boleh melawan Tuhan dan Tuhan redha akan perbuatan saya itu. Saya tidak jumpa.

Disebabkan saya tidak reti melawan itulah barangkali Dewan Muslimat tidak mendesak JAKIM untuk menyiasat dan mengharamkan saya jika terbukti bersalah sepertimana yang diusul mereka kepada sebuah pertubuhan feminis-liberal. Ya, barangkalilah..

Apa yang membezakan ahli jemaah Islam dan jemaah biasa adalah kita tidak pernah diajar untuk meletakkan emosi kita mengatasi iman dan fikiran kita dan akhirnya memandu perbuatan kita. Kita diajar untuk menjadikan iman menguasai fikiran dan fikiran itu menguasai perbuatan kita. Meletakkan emosi dan amarah hanya mengakibatkan wujudnya ketidak rasionalan dalam pendapat dan tindakan kita.

Benar mereka pernah zalim kepada kita ketika mereka kuat. Mereka pernah enggan berunding dengan kita tatkala kita lemah dan tiada daya. Tetapi jika kita yang kuat pada hari ini enggan berunding dan menyelamatkan mereka yang sudah lemah daripada terus hanyut dengan dunia mereka dan kemudiannya akan memusnahkan negara, maka kita bukan sudah sama dengan mereka.... tapi kita adalah mereka!

Ada orang menulis menolak 'unity government' ini dengan kejadian 1977 dan dalil 'Orang mukmin itu tidak akan dipatuk ular 2 kali di lubang yang sama'. Namun, unity government terlalu berbeza dengan coalition government yang dibentuk 35 tahun lalu. Ia diperjelaskan sendiri oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di blognya dan ditambah syarat-syarat pembentukannya oleh Tuan Guru beberapa detik tadi.


Antara Kerajaan Perpaduan dan Projek 16 September

Lantas pastinya sesetengah akan mempersoalkan, mengapa terlalu lambat mengeluarkan syarat dan kenyataan? Mengapa ditunggu sehingga retak jemaah baru membetulkan keadaan?

Saya masih merasai gegaran 16 September tahun lepas. Sepertimana Unity Government, 16 September juga berkongsi matlamat serupa; membetul dan memandu negara ke arah yang sempurna.

Saat itu pernahkah kita didedahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan strategi pembentukannya, syarat-syarat (tawaran) kemasukan ahli lompatnya, kedudukan ahli lompat dalam kabinetnya hatta siapakah Timbalannya?!. Tidak ada.

Kenapa?

Kerana politik adalah seni serba mungkin. Politik adalah seni menggoda. Politik juga adalah seni perang. Tidak ada jeneral yang memberitahu strateginya kepada para tentera tatkala telinga musuh tertadah di sebelah. Itu jeneral tak mumayyiz namanya.

Apabila DSAI mengumumkan 16 September, tidak ada seorang pun antara kita yang menganggap itu cubaannya yang mahukan kuasa walaupun umum tahu dia akan jadi PM jika PR memerintah. Tetapi apabila Tuan Guru Presiden menggagaskan 'Unity Government' kita anggap dia nyanyuk dan gila kuasa padahal kita tak tahupun kalau jadi pelan itu Tuan Guru akan jadi siapa.

Apabila DSAI berahsia tentang strategi 16 Septembernya, kita anggap itu taktik dan tindakan politik matang. Apabila Tuan Guru berahsia tentang strateginya, kita anggap dia pembohong, lembap dan patut diludah mukanya.

Begitu juga apabila tarikh itu berlalu, DSAI semakin tidak menyebut tentang 16 September. Dan kita mentaatinya dengan tidak berbicara lagi tentangnya kerana kita tahu itu bisa menggugat perpaduan antara parti komponen dalam PR. Kita sanggup bertindak lebih jauh dengan membelasah siapa juga yang cuba mempertikaikan kejayaan 16 september walaupun semua orang tahu tokoh itu betul dalam tekaan politiknya. Tetapi apabila Dato Mustafa Ali meminta kita jangan mempolemikkan 'Unity Government' kkerana ia mengocak keamanan dalam parti, kita anggap dia cuba menutup pelan busuknya. Walhal rayuan tokoh ini selari dengan kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah di blog suaminya.

Kenapa kita husnuzzon (sangka baik) pada tokoh luar dan syirruzzon (sangka buruk) pada tokoh sendiri?

Saya tidak marah atau tersinggung bilamana kita semua mentaati dan menyanjung DSAI sebegitu rupa; kerana saya adalah salah seorang dari kelompok itu juga. Saya mengkaguminya sebermula gelaran TPM melekat di dadanya.

Tetapi saya pelik dan jijik bilamana kita sanggup menumpahkan taat setia seorang pemimpin yang berada di luar jemaah tetapi dalam masa yang sama kita memijak dan menyepak kepala pemimpin jemaah kita sendiri sampai lunyai!

Saya tidak harap kita mampu jadi seperti sahabat Nabi, yang mana mereka tidak mempersoalkan tindakan baginda sebaliknya sentiasa menyebutkan "Allah dan Rasulnya lebih tahu". Saya tidak mampu harap ketaaatan sebegitu. Mimpi sahaja. Kerana Rasulullah jauh lebih indah daripada Tuan Guru dan kita jauh lebih hina dari tapak kaki para sahabat. Tetapi bukankah Allah menyebutkan; "Laqod kaana fi qososihim 'ibratun li ulil albab"? (Sesungguhnya dalam kisah-kisah mereka itu ada pengajaran bagi orang yang berakal).

Tidak adakah sedikitpun pelajaran daripada kisah itu kepada kita yang dikurniakan akal ini?

Percayalah bahawa Islam itu tertegak melalui jemaah. Jemaah itu tidak boleh wujud tanpa bai'ah (sumpah setia). Bai'ah tidak ada nilai tanpa wala' (ketaatan). Wala' tidak boleh terbina tanpa thiqah (kepercayaan). Dan thiqah tidak boleh hidup tanpa sabar.

Yaa ayyuhal laziina aamanusta'iinu bissobri wassolah.

(Wahai orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu)


Hati-Hati dengan 'Akhbar Online'

Saya sempat hadir dalam Muktamar Tahunan PAS pada 2 hari terakhir. Hari pertama (Jumaat), saya tidak hadir atas sebab tugas.

Dalam ucapan dasar Presiden no 8, jelas disebutkan bahawa agenda PAS adalah memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan seterusnya PAS mempunyai sikap terbuka untuk bertemu sesiapa sahaja demi kepentingan Islam dan rakyat negara ini. Pendirian yang sama diulang lagi dalam ucapan penutup. Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa kemudiannya mempertegaskan pula pendirian itu dengan kenyataan bahawa 'tidak ada niat untuk membawa PAS bersama UMNO'.

Saya fikir kenyataan ini sudah jelas. Saya tidak kisah bilamana ada media perdana masih dungu melaporkan 'Hadi mahu bergabung dengan UMNO'. Sebab itu memang kerja mereka. Tetapi apabila media alternatif memainkan isu serupa maka saya cukup kilan.

Kerana media ini dipercayai oleh teman-teman kita. Akhirnya wujudlah statement kebudak-budakan seperti "PAS mahu main kahwin-kahwin dengan UMNO" atau "PAS seperti anak dara yang merelakan diri dirogol mat-mat rempit bernama UMNO". Peliknya apabila PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR demi kebaikan dan keadilan, tidak pula wujud statement "PAS seperti anak dara yang menyerahkan daranya kepada anak teruna" atau apabila ABIM cuba menyatukan PAS dan UMNO pada zaman Almarhum Us Fadhil Noor dahulu, tidak juga dikata "ABIM umpama bapak ayam yang cuba menjual anak dara kepada mat rempit!"

Ini sedang berlaku. Dan bayangkan jika amarah dan emosi yang dijana hasil laporan songsang media yang selama ini kita anggap kawan merebak, bukankah saat itu pecah belah bahtera yang kita layari sekarang?

Begitu juga apabila media sama melaporkan kononnya 3 naib Presiden menolak cadangan Presiden. Sedangkan hakikatnya Tuan Ibrahim cukup terbuka dan bersama Presiden dalam hal ini.

Hal sama juga berlaku bilamana mereka 'tiba-tiba' menjadi condong kepada Datuk Paduka Husam Musa dengan mempertikaikan perlantikan Ustaz Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden dengan alasan beliau tiada sokongan majoriti (Lebih 50%). Tetapi apabila 52% tidak turun mengundi di Penanti, tidak ada pula yang gatal-gatal mengandaikan 52% itu bersama BN memboikot PRK.

Bukankah sama dengan perangai Utusan Malaysia yang 'tiba-tiba' condong kepada Us Nasharuddin?

Jesteru kenapa hal ini berlaku?

Ahh.. jika wujud kerja-kerja bodoh dalam PAS, tidak mustahil kerja-kerja bodoh tidak wujud dalam pihak lain.

Saya tidak mengatakan kita harus boikot akhbar-akhbar ini. Tapi saya kira kita wajar menganalisis dan merasionalkan pemikiran dengan mengambil kira sepenuhnya sumber parti yang asas (Harakah) agar tidak mudah musuh memecah belahkan kita. Seimbangkan pembacaan dan teguhkan konsep tarbiyyah yang kita terima.

Kerana perjuangan ini penuh liku dan sukar. Tidak ada kesenangan. Percayalah kerana Nabi sendiri menyebutkan bahawa 'Akan datang suatu zaman di mana umatku memegang agamanya sepertimana dia memegang bara api'

Rabbanaftah bainana wa baina qaumina bil haq. Wa anta khairul Faatihiiin.

Ya Allah Tuhan kami, bukakan antara kami dan antara kaum kami dengan kebenaran. Kerana Engkau sebaik-baik pembuka.

Ameen


iBNuZaCK: Dan Allah Maha Mengetahui.

Assalamu'alaykum..

JaNGaN BoiKoT iSRaeL!

Assalamu'alaykum..

Pernah sekali saya terbaca satu tulisan seorang 'ulama' tanah arab (bukan tulisan tapi transkrip kaset).

Katanya, kita boleh membeli barangan Israel selagi mana barangan itu halal. Alasannya,jangan kita haramkan apa yang Allah telah halalkan dan sebaliknya. Hujahnya adalah Nabi saw juga pernah berjual beli dengan Yahudi Madinah.

Saya tak tahulah Bagaimana 'ulama' ini mengaji sirah. Yahudi yang Nabi berjual beli itu adalah Yahudi Madinah yang ada perjanjian sekutu dengan orang Islam. Yahudi ini hidup di Madinah dan berhak kepada perlindungan daripada pemerintahan Islam. Sedangkan Yahudi Zionis yang disebut sebagai 'wajib boikot' ini adalah Yahudi yang menaklukkan tanah-tanah Islam, yang membunuh warga Islam. Dan berdagang dengan mereka hanya akan menguatkan kekuasaan mereka ke atas Baitul Maqdis dan menjerut leher warga Palestin.

Bukankah situasinya terlalu berbeza?

Jikalah dikatakan boikot itu mengharamkan apa yang halal, maka adakah ahlul Madinah sendiri pernah mengharamkan apa yang halal apabila mereka memboikot Telaga Ruumah yang dimiliki Yahudi dan kedai-kedai Yahudi di Pasar Madinah kerana penjual Yahudi menipu dalam jual beli?

Kalaulah memboikot sang penipu dibolehkan, apakah memboikot si pembunuh diharamkan?

Kita tidak boikot Yahudi kerana agama mereka Yahudi. Kita tidak boikot Zionis kerana nama dia Zionis. Tapi kita boikot dia kerana dia serang dan dera saudara kita.

Begitu juga ada yang cuba merendahkan boikot. Mengatakan bahawa boikot ini tidak ada kesannya. Kalau ada pun sedikit. Lebih kurang begitulah.

Saya rasa cukup ganjil dan aneh. Apakah Allah Taala itu lebih memandang hasil daripada usaha? Jika benar, maka apakah darjat syahid syuhada yang gugur di medan Badar dan Uhud juga berbeza sebab hasil peperangannya (Badar menang dan Uhud kalah) berbeza?

Allah Taala memandang usaha kita. Dipandangnya kesungguhan dan taqwa kita. Soal hasil itu adalah ketentuan Dia. Dia boleh mengekalkan Israel di bumi ini sampai tempoh yang Dia mahu walaupun satu dunia tembak nuklear atas tanah Palestin yang terjajah itu, walaupun satu dunia memboikot dan menghalang perdagangan dengan tanah Palestin yang terjajah itu. Seperti mana dia mengekalkan kerajaan Islam Mameluk Mesir di bawah pimpinan Al Malik Muzaffar Saifuddin Qutuz (Ashairah) walaupun satu dunia (Empayar Monggol dan Kristian) menentang mereka.

Begitu juga Dia boleh menghancurkan Israel itu dengan sekecil-kecil sebab. Walaupun dengan hanya satu dua orang boikot tak makan McD. Sepertimana Dia boleh menghancurkan kerajaan besar Namrud yang dimulai dengan sekecil-kecil sebab; seekor nyamuk memasuki rongga hidung sang raja.

Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairul Makiriin

Sesungguhnya manusia merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang

Had kita untuk membantu Palestin dengan kadar ini ada 5. Doa, boikot, sebaran maklumat, demonstrasi dan derma. Boikot adalah 'serangan' kita kepada Zionis. Derma adalah 'pertahanan' kita kepada rakyat Palestin. Demo sebagai tanda suara kebencian kita untuk didengar. Sebaran maklumat untuk jalinan dakwah itu tidak akan putus.

Ada juga golongan yang menolak demonstrasi. Alasannya tiada dalil hadis dan Al Quran maka ia menjadi haram.

Sebelum jawab saya nak tanya, apa dalil kita jual naskhah Quran? Apa dalil kita jual naskhah sahih hadis? Apa dalil kita jual khat ayat Quran kemudian buat kain gantung dekat Kaabah? Apa dalil kita makan dulu lepas sendawa baru bayar sedangkan kita diajar utk bayar dulu baru pakai barang/makan kita beli? Apa dalil kita bayar zakat fitrah pakai duit (thaman bi al-nuqud al-Mithli) sedangkan jelas disebut segantang makanan ruji bukan duit? Apa dalil kita azan 2 kali sembahyang jumaat sedangkan Nabi buat sekali saja?

Kenapa bila sampai tahap sebegini baru tiba-tiba kita nak cakap, "oh itu sebab masoleh mursalah, sebab uruf, sebab istihsan, sebab istishab, sebab pendapat sahabat, sebab ijtihad etc etc"?

Kenapa?

Kalaulah boikot tak boleh, demonstrasi tak boleh. Apa jalan yang lebih berkesan menentang Zionis dengan tahap kita?

Bila ditanya begini, diam pula. Mengkritik tahu, memberi penyelesaian tidak sama sekali.

Maka benarlah kata bijak pandai:

Setiap pengkritik itu bodoh melainkan dia memberikan penyelesaian atas apa yang dikritiknya

iBNuZaCK: Suka orang cerdik..

Assalamu'alaykum..

iSRaeL MaSSaCRe: THiS NeeD To Be SToPPeD!

Klik link di bawah untuk download video. Video ini di remove mungkin kerana kandungannya mengerikan.

Sumber 1
Sumber 2
Sumber 3

HuSNi MuBaRaK atau HuZNi MuBaNGSaT?

Assalamu'alaykum..

Kalimat 'Hasan' di dalam Bahasa Arab membawa maksud 'baik'. Dari kalimat itu lahirlah perkataan 'Husni' yang membawa maksud 'Kebaikanku'. 'Barak' di dalam bahasa yang sama membawa maksud 'berkat'. Dari kata masdar (akar) itu pula lahirlah perkataan 'Mubarak' yang membawa maksud 'Pembawa Keberkatan". Maka jika ada manusia bernama Husni Mubarak, maksud namanya adalah 'Kebaikanku Pembawa Keberkatan'.

Namun seorang manusia tua di Utara Afrika tidak layak di panggil 'Pembawa Keberkatan' walaupun namanya memang begitu. Dia lebih sesuai digelar Huzni Mubangsat atas kebiadapannya menutup pintu sempadan Gaza di Rafah hingga menyebabkan begitu banyak bantuan kemanusiaan untuk mangsa regim apartheid Zionis tersangkut di pintu sempadan.

'Huzni' dalam bahasa Arab membawa maksud 'Kesedihanku'. Kalimat 'Mubangsat' pula berasal dari 2 perkataan bahasa Melayu dan biasa digunakan oleh budak-budak kampung bila kena ejek lepas kalah main bola. Tak perlulah ada yang mahu saya hurai maksudnya pula.

Secara politiknya, 'Mubangsat' memang membenci gerakan Hamas. Kemenangan Hamas dalam Pilihanraya Palestin hingga dilaporkan mendapat sokongan 62% pengundi sebenarnya memberi impak kepada gerakan politik Islam di wilayah Mesir sendiri. Ikhwanul Muslimin, parti politik Islam yang bertindak sebagai pembangkang di Parlimen Mesir adalah pihak yang bertanggungjwab melahirkan gerakan Hamas di negara jiran mereka. Makanya, sebarang populariti yang diraih Hamas akan turut dirasa bersama gerakan Islam ini.

Maka kebangkitan politik Islam ini perlu dibendung agar tidak mengganggu gugat kuasa dominon puak sekular yang telah lama merajai Mesir.

Jika tindakan Jeneral Gamal Abdul Nasir menggantung syahid Syed Qutb dibuat bagi melemahkan pengaruh Ikhwan, maka kejahatan Huzni Mubangsat menutup pintu sempadan dan menghalang bantuan kemanusiaan sampai kepada penduduk Gaza boleh ditafsir sebagai satu amaran buat rakyat Mesir agar tidak menyokong gerakan Islam jika tidak mahu menerima nasib sama.

Pakatan Mesir- Zionis- Fatah dalam serangan Gaza ini terserlah dari awal. Di satu pihak, pemimpinnya menghalang bantuan kemanusiaan sampai kepada mangsa perang agar moral pejuang Hamas menurun dan rakyat Gaza boleh mati beramai-ramai. Di satu pihak, pemimpinnya menghancurleburkan infranstruktur Gaza agar 'proses pembersihan' dapat dibuat. Di satu pihak lagi, pemimpinnya sudah bersedia membentuk satu 'kabinet bayangan' untuk menguasai Gaza bilamana Hamas digulingkan.

Jadi serangan Gaza bukan untuk membela penduduk Yahudi. Ia kerana politik. Ia kerana kuasa. Ia kerana dendam lama.

Tindakan Presiden sebuah negara kafir menghalau duta Israel keluar dari negaranya adalah satu tindakan yang mengagumkan. Tapi tindakan ini tiada makna di hati pemimpin Arab. Mereka yang 'perasan Sunnah' ini lebih gemar berjoget daripada berbicara membela nasib saudara seagama .

Maka benar sekali kata Ibnu Batuttah bila dia selesai mengelilingi dunia.

"Aku melihat di luar sana Islam itu di mana-mana. Tetapi orang Islam itu tiada. Di sini aku melihat orang Islam itu di mana-mana. Tetapi Islam itu tiada"

Nama saja pemimpin Islam. Roh Islam letak di mana? Sudahlah tidak membantu tapi menyusahkan pula?

Maka salahkah dipanggil Huzni Mubangsat?

iBNuZaCK: Terkenang Sultan Saifuddin Qutuz, pemerintah Mameluk Mesir yang mengalahkan tentera kuffar Monggol Di Ain Jalut, Palestin.

Assalamu'alaykum..

BeRSaTuKaH MeLaYu?

Assalamu'alaykum..

Semalam Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) telah menganjurkan satu seminar perpaduan Melayu.Khabarnya perhimpunan ini dihadiri 3000 cendikiawan Melayu bagi membincangkan soal perpaduan Melayu yang dikatakan longgar dan telah memberikan ancaman pada kuasa politik dan ekonomi kaum itu.Saya kurang berminat untuk mengulas hasil persidangan tetapi lebih terarah untuk membincangkan soal perpaduan itu sendiri.

Soal perpaduan ini sebenarnya isu lama yang diulang-ulang,terutamanya apabila parti pemerintah gagal mengekalkan kesinambungan kuasa.Pada 1999,isu ini dilaung oleh bekas PM,Tun Mahathir pabila menyaksikan 63% kaum Melayu memberikan undi kepada parti lawan.Tawaran penyatuan dihulur buat PAS dan disambut Allahyarham Presiden,Ustaz Fadzil Noor dengan beberapa syarat seperti keadilan perbicaraan buat Anwar serta pengembalian royalti minyak Terengganu yang dirampas.Tuntutan mudah ini ditolak,dan kedua-dua parti terus kekal atas landasan politik masing-masing.Saya masih ingat ketika itu,sebuah stesyen telivisyen begitu berani berimaginasi dengan menggabungkan bendera UMNO dan PAS menjadi satu bendera.

Hakikatnya isu ini akan terus timbul dan ditimbulkan.Jika ditanya pada mana-mana pendukung fanatik UMNO (fanatisme sebenarnya wujud dalam semua parti),jawapan mereka,Melayu berpecah dua sebaik PAS ditubuhkan.Kesalahan perpecahan akan dibebankan ke bahu PAS selama-lamanya;selagi mana UMNO masih bernyawa.Itu pemikiran mereka.Biarlah sekorup manapun parti sanjungan,biarlah setidur mana pun pemimpin yang memimpin,parti tetap satu dan tunggal.Keluar daripada parti kerana Islam dianggap derhaka dan menyertai parti lain untuk membetulkan negara adalah pemecah belah.

Tuan-tuan,

Membicarakan soal perpaduan tanpa diisikan dengan soal keadilan dan kesaksamaan adalah umpama rumah tanpa tiang;perpaduan itu akan bersifat sementara dan akan runtuh bila-bila masa.

Adalah ganjil,selepas kamu membunuh rakan-rakan kami di Memali,kamu hulur tangan dan berkata,"Bersatulah dengan kami"
Adalah ganjil,selepas kamu rampas hak royalti negeri kami,kamu hulur tangan dan berkata,"Bersatulah dengan kami"
Adalah ganjil,selepas kamu sumbat pimpinan kami ke penjara tanpa bicara,kamu hulur tangan dan berkata,"Bersatulah dengan kami"
Adalah ganjil,selepas kamu fitnah gerakan kami di media boneka,kamu hulur tangan dan berkata,"Bersatulah dengan kami"
Adalah ganjil,selepas kamu nafikan hak pembangunan kami,kamu hulur tangan dan berkata,"Bersatulah dengan kami"

Tangan kamu dilumurkan dengan segala dosa dan darah dan minta kami ciumi?

Gila..

Umpama Firaun menzalimi Bani Israel dan meminta taat setia.

Adalah tidak sukar meminta perpaduan jika keadilan sanggup diberikan.Kembalikan hak rakyat yang kamu telah nafikan.Asingkan kembali kuasa eksekutif yang terlalu besar selepas kisah pengurangan kuasa raja hampir 20 tahun lalu.Jika perlu hukum pimpinan lama yang bersalah,maka lakukan.

Tetapi jika memohon maaf pada Tun salleh Abbas atas Tragedi Kehakiman 1988 pun sudah liat,apa yang rakyat boleh harapkan?

Dan bukan selama-lamanya kita enggan bersatu.Dalam hal yang benar,kita tetap bersama pemerintah.contoh,dalam isu Bosnia,Tuan Guru Haji Hadi sendiri menyokong usul yang dibawa Tun Mahathir di parlimen pada 1997 yang kemudiannya mendapat ucapan terima kasih TDM.JUga apabila usul Akta Rasuah 1997 dibawa ke Parlimen oleh Anwar,yang membolehkan BPR mudah menyiasat rasuah menteri,berapa banyak mulut MP Pembangkang yang membantah?.

Dalam hal yang benar,pasti tidak sukar meminta perpaduan.Dalam hal yang salah,jangan harap.Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a katanya:

"Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan. Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu. Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu ? . Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu ? . Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu ? . Rasulullah menjawab dengan bersabda:Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka . Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin ? . Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian"

Menyalahkan PAS sebagai sebab pecah belah adalah sesuatu yang tidak munasabah.Jika anda mengatakan memperjuangkan Islam itu pecah belah,maka sikap anda sama seperti musyrikin Mekah yang mengatakan tindakan Rasul membawa Islam sebagai pemecah belah kaum Quraisy.
Benarkah?

UMNOlah yang sepatutnya keluar daripada kepompong rasisme dan cuba melihat kaum lain daripada kaca mata Islam itu.

Bolehkah?

Dan kadang-kadang saya berfikir,Adakah perpaduan itu hanya akan wujud selepas UMNO hancur?.

Yakah?

iBNuZaCK: Bersatu kita bersatu...lol

Assalamu'alaykum..

aDuHai MelaYu...BiLa Mau SeDaR?

Assalamu'alaykum

Rasa janggal pula setelah lama tidak menulis di dalam blog ini.Rasanya hampir 2 minggu (Entri Pendirian PAS tidak dikira kerana itu bersifat copy paste).Tidak banyak sebenarnya isu yang benar-benar menggoncangkan Malaysia kebelakangan ini melainkan isu Hindraf yang belum selesai dan digunakan untuk memburuk-burukkan keperibadian Datuk Seri Anwar (sila baca pendirian Anwar terhadap Hindraf).Isu terkini yang berlaku selain isu Amy Search mendekati gerakan islam PAS adalah penangkapan Mohd sabu,Naib Presiden PAS dan khabarnya juga Tian Chua atas perhimpunan BERSIH 10 November.Mungkin sahaja tangkapan dibuat bagi mengendurkan cadangan Perhimpunan BERSIH ke 2 pada 11 haribulan ini wal hal sudah dinyatakan ia tidak bersifat besar-besaran seperti bulan lalu.Seperti biasa,perhimpunan sekecilmanapun sedah cukup menggetarkan lutut mereka yang berada di ambang kuasa.

Tetapi bukan itu yang penulis mahu ulas.

Penulis sebenarnya baru selesai membaca Bulletin Online.Untuk lebih jelas,arkib beritanya.Tajuknya adalah “Saya akan kempen untuk PAS habis-habisan”-Ketua Wanita UMNO Paloh .Sila klik sini untuk berita lanjut.Membaca berita ini sebenarnya membenarkan kata-kata seorang sahabat dahulu,Melayu ini bangsa yang diam.Hanya melenting bila dirinya diganggu.Dalam kes ini,kesedaran untuk pemimpin wanita peringkat cawangan ini untuk berubah hanya apabila kedainya dirobohkan.Dia tidak berubah dan mungkin tidak terkesan langsung dengan perobohan rumah-rumah rakyat di Bujal dan Berembang (bukan setakat kedai lagi,ni tempat berlindung terus).Dia tidak berubah atau benci pada pimpinan negeri apabila Masjid Allah di Bujal dan surau di Kampung Jawa diruntuhkan manusia yang biadap terhadap rumah Tuhan.Jika di India,umat Islam bangkit apabila Masjid Babri diganggu,maka apa tindakan umat manusia yang syahadahnya sama dengan di India apabila Masjid Bujal menerima nasib yang serupa?



Dalam keadaan ini,penulis terpaksa salute pada 20000 kaum India yang berhimpun antara lain kerana marahkan kuil-kuil mereka dirobohkan.Ingat,tidak bermakna penulis menyokong perhimpunan itu.Cuma penulis terkesan dengan semangat yang mereka tunjukkan untuk membela rumah ibadat mereka.Melayu bagaimana?Berapa ramai yang sanggup turun memprotes apabila masjid menerima nasib yang sama?Yang turun hanyalah penduduk setempat.Di luar bagaimana?Paling tinggi sekadar membebel,"Natang Mat said..(Ahmad said,EXCO Terengganu yang bertanggungjawab)".Masuk Pilihanraya,dapat kain batik,angkat Ahmad Said balik.Apemende ni?Senangnya lupa..

Apabila diminta berubah,memberikan peluang kepada pihak lain untuk memerintah,alasan yang sering dipakai adalah,"Apakah kita mahu menjadi seperti Iraq?" atau "Apakah kita mahu mempertaruhkan keamanan dan kemajuan yang telah kita perolehi selama 50 tahun ini?".Jangan gelak mendengar alasan pertama.Bergelumang dalam dunia internet dan perbincangan dengan rakan-rakan siber yang pro-UMNO sering menghasilkan alasan seperti itu.Alasan pertama itu kita tinggalkan,segan rasanya untuk mengulas juga.

Kita lihat alasan kedua.Tidak mahu berubah kerana tidak mahu hilang keamanan dan kemajuan yang dikecapi hari ini.Rasa mahu tergelak juga ada.Keamanan apa?Dengan indeks kes jenayah yang yang menjangkau 420 000 kes (termasuk 198 622 kes jenayah kekerasan dan harta benda),maka keamanankah ini?Walhal kira-kira RM6.22b diperuntukkan untuk Kementerian dalam negeri dalam tempoh itu.Wang mengalir,hasil tarak.Apabila diminta melaksanakan Hukum Islam maka ditolak.Degil!

Begitu juga dalam sudut kemajuan.soalnya kemajuan untuk siapa?Apakah dikira kemajuan jika Monsoon Cup dibuat,Michael yeoh dapat berkelah dan rakyat ternganga?Kemajuan dan kemakmuran sewajarnya diukur berdasarkan pendapatan isi rumah.Media malaysia bangga dan sering menggembar-gemburkan rakyat kita maju,makmur,kemiskinan dikurangkan,DEB berjaya.Itu yang sering dimomokkan.Namun dalam satu jawapan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman di Parlimen baru-baru ini berkenaan pendapatan kaum di Malaysia,ianya bertentangan.

Pendapatan kaum India lebih tinggi daripada bumiputera

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Pendapatan isi rumah kasar bulanan kaum India sebanyak RM3,456 adalah jauh lebih tinggi daripada kaum bumiputera iaitu RM2,711, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, mengikut laporan Jabatan Perangkaan 2004, pendapatan isi rumah kaum India itu mencatatkan peningkatan berbanding RM2,702 pada tahun 1999.Menjawab soalan Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh (BN-Gerik), beliau berkata, pendapatan bulanan kaum Cina pula ialah RM4,437.

“Peratus kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar bagi tahun 2004 ialah bumiputera sebanyak 8.3 peratus, kaum India 2.9 peratus, manakala kaum Cina 0.6 peratus,” katanya.

Zainal menggesa pihak tertentu berpegang kepada fakta dan tidak membiarkan emosi mempengaruhi mereka kerana jumlah pendapatan dan kadar kemiskinan kaum India itu jauh lebih baik berbanding kaum Melayu dan bumiputera yang masih ketinggalan.

Katanya, kerajaan telah mensasarkan matlamat mengurangkan kadar kemiskinan negara dari 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 2.85 peratus pada tahun 2010 serta menghapuskan kemiskinan tegar sepenuhnya menjelang 2010.

Berita sepenuhnya di sini

Agak pelik juga membaca laporan ini.Sekali baca memang seolah-olah satu bukti kerajaan tidak pilih bulu.Tapi 2 kali baca seolah-olah membuka pekung kesilapan kerajaan.Menjadi bukti kegagalan prinsip ekonomi kerajaan.Rupa-rupanya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dicanang mampu meningkatkan ekonomi bumiputera dan telah dilanjutkan selama 17 tahun dari tarikh asal pelupusannya (1990),masih menempatkan golongan bumiputera di takuk lama.Jesteru mengapa dasar yang terbukti gagal dan hanya menguntungkan segelintir golongan kapitalis elit ini tetap diteruskan?

Data purata pendapatan yang disebutkan oleh Datuk Zainal adalah bersifat menyeluruh,bermakna termasuk semua miskin dan kaya di Malaysia.Paling penting adalah kita kena lihat perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin di Malaysia.Pada tahun 2005, Malaysia mencatat perbezaan pendapatan golongan kaya-miskin paling tinggi di Asia Tenggara,malah di belakang Indonesia dan Thailand. Mengikut ukuran nisbah Gini (Gini coefficient), ukuran yang digunakan untuk mengukur ketidaksamaan pendapatan,Malaysia berada pada 0.47.

Menurut Bank Dunia,jurang pendapatan individu di Malaysia adalah kedua paling teruk di antara negara-negara Asia yang mempunyai data untuk kajian. Satu-satunya negara yang lebih corot dari Malaysia adalah Papua New Guinea.

Aneh juga apabila membaca bahawa peratusan kemiskinan dilaporkan turun,sedangkan tanda aras kemiskinan itu sendiri amat rendah.Contohnya tanda aras secara general bagi kemiskinan adalah pendapatan seisi rumah kira-kira RM510.Malangnya ditengah-tengah tekanan kenaikan kos hidup dek kerana kerajaan tidak peka hingga sanggup menaikkan harga komoditi bahan api,tarif elektrik,air dan sebagainya,apakah tanda aras RM510 itu masih relevan?Anda masih ingat tentang kejadian kebakaran yang mengorbankan beberapa ahli keluarga di Keluang Johor?Puncanya adalah api lilin dek kerana keluarga tersebut terpaksa berjimat untuk menanggung perbelanjaan anak mereka di universiti.Walhal pendapatan keluarga ini jauh melebihi aras kemiskinan. Sekarang,soalannya,adakah sebuah keluarga yang tidak mampu memiliki kemudahan asas seperti elektrik dikategorikan sebagai tidak miskin?

Dan ditengah-tengah tanda aras yang sedikit itupun,kemiskinan bumiputera masih berada pada angka 8.3%.Bayangkan jika tanda aras itu diperbaiki selaras dengan tuntutan kos hidup semasa..

Paling menarik adalah cubaan kerajaan mahu menghapuskan kemiskinan tegar menjelang 2010.Tetapi bagaimana mahu dikurangkan sekiranya kerajaan terus meningkatkan kos hidup dengan menaikkan tarif elektrik,tol,petrol dan sebagainya.Mungkin kerajaan Pusat patut mencontohi kejayaan kerajaan negeri kelantan dalam mengurangkan kemiskinan tegar walaupun kurang hasil,kurang sokongan Pusat,projek-projeknya dihina,diperli dan tidak dipublisitikan (contohnya Depu) dan hasil buminya sanggup di daratkan di Thailand sekaligus menafikan hak anak negeri.Namun walaupun menghadapi masalah dan bias kerajaan Pusat (diakui sendiri oleh Datuk Mustafa Muhammad dalam satu sidang DUN),statistik kemiskinan di Kelantan berjaya meningkat ke tangga ke 6.Meninggalkan Sabah dan Terengganu yang memiliki Masjid Paling Berkristal di dunia di 2 tangga teratas.



Mungkin ganti DEB yang sudah gagal membela nasib bangsa Melayu dan hanya menjadi alat suap segelintir kapitralis elit kroni yang tidak jujur sebenarnya ada di sini:

Agenda Ekonomi Malaysia
Perjanjian PKR UnTuk Rakyat

Tetapi soalnya bila Melayu akan sedar?

iBNuZaCK: Penat dipermainkan.Solusinya:

Assalamu'alaykum

MeNGHiTuNG DeTiK 10 NoVeMBeR

Assalamu'alaykum


BERSIH adalah satu gabungan antara pelbagai parti dan pertubuhan bukan kerajaan yang menuntut sebuah pilihanraya yang bersih dan adil buat semua di dalam sebuah negara yang dicanang sebagai negara demokrasi tulen ini. Perhimpunan ini penting bagi menunjukkan kesungguhan rakyat meminta hak yang dinafikan selama berpuluh-puluh tahun oleh regim pemerintah.Hak untuk menentukan nasib sendiri dibawah satu sistem yang adil,tidak bias dan bebas dari telunjuk mana-mana pihak berkepentingan.

Jesteru itu,10 November ini akan menjadi satu titik tolak kepada kemuncak ketidakpuasan hati rakyat Malaysia terhadap sistem yang telah selama ini menjamin kesinambungan kuasa parti pemerintah.Hari yang ditunggu selama berbulan lamanya bagi menunjukkan betapa rakyat sudah muak diperbodohkan oleh pihak-pihak ini.Sungguh,sampai bila lagi rakyat harus bersabar?

Dan bukan calang-calang juga manusia yang akan ke sana.Di tengah himpitan ancaman pelbagai pihak serta jadual padat peperiksaan di sesetengah universiti,angka 100 000 masih belum terjamin.Ini bukan satu perhimpunan politik UMNO yang pesertanya biasanya akan dijanjikan 3T (T-shirt,Topi dan Tambang) sekiranya hadir.Ini bukan satu perhimpunan yang akan bersih dari kewujudan SB yang bisa melakukan provokasi.Ini satu perhimpunan yang memerlukan semangat dan keazaman tinggi para pesertanya untuk menjadi sebahagian daripada sejarah negara.Tiada elaun akan diberikan,tiada t-shirt akan dihadiahkan(t-shirt pun kena beli hah! :D),tiada pengangkutan akan disediakan.Yang ada hanyalah ukhuwah untuk dijalinkan.Yang ada hanyalah iltizam untuk dikongsi.Yang ada hanyalah jalan yang panjang untuk dilangkah bersama demi hak dan kebenaran.



Yang nyata,penulis benar-benar menunggu seorang 'lelaki tua' di Pulau Melaka untuk mengatakan "Ya,saya akan hadir".Penulis tunggu ayat keramat itu.Penulis tidak mahu memaksa,bukan senang 'lelaki tua' yang sudah berusia 76 tahun itu untuk menyaingi tenaga muda berjalan jauh dari Dataran Merdeka ke Istana Negara;merafak sembah ke bawah Duli Paduka Baginda.Tenaganya hari ini tidak mungkin sama dengan tenaganya waktu dia seusia penulis 55 tahun dahulu.Tetapi hati penulis tegas berpegang,andai lelaki tua ini hadir,ratusan ribu tenaga pelbagai usia akan bergerak dari utara dan selatan bagi menjadi sebahagian daripada perubahan.Kredibiliti unggulnya yang dihormati kawan dan lawan membuktikan betapa kehadirannya bisa membawa perubahan pada angka yang hadir petang itu.Dan pastinya,FRU juga tidak akan menjadi bacul untuk menggunakan water cannon ke atas lelaki tua ini.

Dan kemudiannya penulis pejamkan mata.Dan penulis terbayang satu saat dimana penulis sudah seusia 'lelaki tua' ini.Penulis rehat-rehat di atas kerusi rotan.Ada meja kecil di sebelah penulis.Ada secawan teh tanpa gula dan senaskhah buku lama.Tiba-tiba seorang cucu penulis melompat ke riba.Ditangannya masih ada biskut yang belum dihabiskan.Masih ada bersisa biskut di sekeliling bibirnya.Penulis lap sisa itu dengan tangan.Lantas mulutnya petah bertanya."Tokki..masa ramai orang baju kuning berhimpun di dataran,tokki buat apa".saat itu,penulis mahu tersenyum dan bangga mengatakan,"Tokki adalah sebahagian daripada sejarah itu...".

Sekarang pengunjung pula bayangkan perkara sama,bayangkan dan saat keturunan pengunjung bertanya soalan yang sama,apa jawapan tuan-tuan sekalian?.Harapnya tiada akan menjawab. "Atuk tengah main X Box masa tuuuuu"

Ahhhh...Malu!

iBNuZaCK: Kita Jumpa 10 November! :)

Assalamu'alaykum

JeMaaH iSLaM,CiRi-CiRi DaN KeWaJiPaN MeNYeRTaiNYa

Assalamu’alaykum.

Penulis sebenarnya merancang untuk menyiarkan artikel ini selepas cuti Hari Raya Aidil Fitri.Namun,memandangkan terdapat pelbagai masalah dan kekeliruan dikalangan beberapa sahabat penulis berkenaan jemaah itu sendiri,dan keengganan sesetengah daripada klita untuk menyertai atau melibatkan diri dalam jemaah,penulis memutuskan untuk menyiarkannya lebih awal,moga dengan itu berkuranganlah salah faham dan bertambahlah keyakinan untuk sahabat-sahabat dan pengunjung-pengunjung laman kerdil ini untuk menyertai jemaah yang benar-benar mematuhi kehendak Islam.

Pengunjung yang dihormati.

Islam meletakkan kepentingan jemaah sebagai antara yang perkara yang wajar diberi keutamaan oleh para penganutnya.Kepentingan menyertai jemaah ini dilakarkan melalui hadis Nabi s.a.w:

Dari Umar Al-Khattab r.a,bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda,

”Barangsiapa di antara kamu yang menginginkan syurga,hendaklah dia melazimkan diri (menyertai) jemaah,kerana syaitan selalunya suka dengan orang perseorangan,dan selalu menjauhkan diri dari kumpulan orang berdua ke atas”

Terdapat sekurang-kurangnya 4 versi hadis ini yang mempunyai lafaz berbeza tetapi maknanya tetap sama.

Firman Allah:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


Dan hendaklah ada di antara kamu satu kumpulan yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya.


(Ali-Imran : 104)

Akhirnya,akan timbul persoalan.Apakah yang dimaksudkan dengan jemaah?Dan apakah jenis jemaah yang wajar disertai oleh umat Islam dan yang haram disertai?.Maklum dalam dunia yang serba luas ini,pelbagai jenis jemaah telah wujud dan mempunyai motif tersendiri.Jadi sudah tentu satu panduan atau guide line perlu diketahui umat Islam agar mereka tidak tersasar dari garisan syariat Islam lantaran tersilap memilih jemaah.

Jemaah adalah perkumpulan atau golongan.Berasal dari kata akar (masdar) ‘jamak’ yang bermakna ramai.Dalam menilai jemaah yang ingin disertai, Sheikh Mustafa Mashyur, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin telah mengeluarkan 20 ciri jemaah Islam yang sepatutnya disertai.Penulis senaraikan seperti di bawah:

1- Menggunakan Al Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan, dan menjaga jemaah agar ia tidak tunduk melutut dibawah kehendak orang tertentu, kerajaan ataupun apa sahaja, sekiranya ia memberi kesan buruk kepada kepada gerakan dakwah.

2- Jemaah ditubuhkan kerana Allah,demi keredhaannya bukan mencari kemasyhuran dan keduniaan.Jemaah juga mesti menjauhi kegiatan assabiyyah (perkauman) atau nasionalisme kerana faktor ini adalah punca kegagalan jemaah untuk berkembang dan berjaya.Contoh,jemaah Melayu yang ditubuhkan untuk menolong Melayu semata-mata,dan meminggirkan kaum lain.

3- Tujuan jemaah atau pertubuhan yang dibina adalah demi menegakkan Islam dan mendirikan daulah Islamiyyah.Caranya adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan syariat.Jemaah juga mesti bersifat universal,tidak terkongkong pada sesetengah bidang sahaja seperti politik,ekonomi ataupun ibadat.

4-Kefahaman jemaah ini terhadap Islam hendaklah menyeluruh dan pendekatan dakwah yang digunakan juga adalah bersifat menyeluruh (syamil). Kefahaman Islam, cara dan mesej dakwah yang dibawa mesti bertepatan dengan Quran dan Sunnah Rasulullah (saw),dan bersih dari sebarang kesamaran, penyelewengan dan perbezaan pendapat yang boleh memecah-belahkan orang-orang Islam.

5- Jemaah ini mestilah bersifat universal dan tidak terhad pada batas-batas negeri dan suku bangsa, kerana dakwah Islam adalah ditujukan kepada sekelian alam. Jemaah ini juga menekankan bahawa orang-orang Islam semuanya adalah umat yang satu (wahdatul ummah) dan sentiasa bergerak kearah kesatuan ummah. Dengan sifat alamiyyahnya, jemaah ini berjuang untuk menegakkan Negara Islam Alamiyyah dengan menggunakan Kaedah Sulbah, bukan Negara Islam Geografi sahaja.

6-Jemaah ini mestilah mengikut kaedah perjuangan yang digunakan oleh Rasulullah saw ketika baginda mendirikan Negara Islam. Kaedah yang digunakan oleh Rasulullah (saw) adalah berperingkat (marhalah),beransur-ansur (tadarruj), kejelasan risalah dakwah, kemampuan ahli, melaksanakan hikmah dan kewaspadaan dalam setiap langkah, serta mengambil kira faktor persekitaran (waqi'). Baginda mementingkan perkara-perkara seperti kemantapan aqidah, iman dan ibadah,mengutamakan kekuatan persaudaraan dan penyatuan umat Islam, mengambil kira prinsip jihad dan ketenteraan, tarbiyyah, dan lain-lain lagi. Jemaah ini mesti menekankan Kaedah Sulbah yakni, membina individu Islam, keluarga Islam, masyarakat Islam, negara Islam dan baharulah Dunia Islam. Perlu ditegaskan bahawa penggunaan kekuatan senjata sebelum aqidah, tarbiyyah dan penyatuan umat Islam akan membawa kepada perpecahan umat Islam dan kemudharatan yang besar. Sesungguhnya, pembinaan yang membesar secara tabii (Kaedah Sulbah) itu bermula dari dasar (individu) dan bukan dari puncak (negara).

7-Jemaah ini hendaklah menjaga amalannya dari mencari propaganda dan menunjuk-nunjuk, kerana ini boleh menghilangkan sifat keikhlasan dan ganjaran pahala. Setiap anggota jemaah itu hendaklah mengutamakan dirinya untuk terus berdakwah dan bekerja untuk Islam dan menghindarkan dirinya dari sebarang sifat tercela (mazmumah), perdebatan, prasangka, menabur fitnah dan 'tajassus' dan apa sahaja yang boleh menimbulkan perselisihan dan kurang daya produktif dalam berdakwah. Firman Allah swt,

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu merendah-rendahkan kaum lain kerana mungkin kaum lain itu adalah lebih baik... jauhilah prasangka... janganlah kamu mencari-cari kesalahan atau mengunjing orang lain; sukakah kamu memakan daging saudaramu yang telah mati? Hai manusia, Allah telah mencipta kamu lelaki dan perempuan, bangsa-bangsa, suku-suku supaya kamu saling berbaik. Sesungguhnya, orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu"

(Surah Hujurat:11-13)

8- Jemaah ini bekerja mengikut perancangan yang sempurna dan realistik. Segala tindakan yang diambil bukan lah secara spontan ataupun hanya reaksi yang tidak dikaji terlebih dahulu kerana ini boleh mengakibatkan risiko atau natijah yang buruk. Membangunkan individu, keluarga, dan masyarakat dalam semua lapisan umat Islam dilakukan atas dasar taqwa sebagai persediaan sebelum mendirikan Negara Islam.

9- Jemaah ini mengambil berat tentang semua aspek pendidikan dan pekerjaan yang dikehendaki, yakni aspek rohani, jasmani, mental, dan ilmu. Dari segi politik, jemaah ini hendaklah melahirkan suara Islam dengan jalan kesedaran politik, dan tidak semestinya dengan cara berparti dan jauh sekali dari mengamalkan putar-belit ataupun kemelut parti sekular. Dari segi komunikasi, jemaah ini mementingkan peranan sebaran am, akhbar, penulisan serta apa jua cara yang dapat menyebarkan kan dakwah serta menolak kekeliruan yang boleh timbul dari fitnah musuh atau sesiapa sahaja.

10- Jemaah tidak sekali-kali meninggi diri serta sentiasa membuat perbandingan dengan jemaah-jemaah Islam yang lain dan tidak menganggap jemaahnya sahaja yang sempurna dan benar, sementara jemaah lain adalah sesat. Jangan memperkecil-kecilkan usaha jemaah-jemaah lain atau melihat jemaah lain sebagai saingan atau lawan, tetapi sebaliknya carilah ruang-ruang untuk bekerja sama. Hendaklah dia sentiasa berusaha kearah penyatuan (wahdatul ummah) dengan jemaah-jemaah lain dan sentiasa bersabar, berlapang dada dan menerima segala kritikan dengan baik. Dengan izin Allah swt, kita semua mengharapkan akan tiba masanya, hilanglah semua nama-nama, gelaran dan perbezaan teknikal antara semua jemaah yang ada sekarang dan akan digantikan dengan satu Jemaah Muslimun.

11-Jemaah ini hendaklah bercampur-gaul dengan semua orang dari segenap lapisan tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa ataupun pangkat, demi mematuhi konsep alamiyyah yang disarankan. Mereka adalah ladang dakwah dan tapak semaian yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum mendirikan Negara Islam.

12- Jemaah ini mempunyai peraturan yang kemas serta organisasi (tanzim) yang tersusun, yang menentukan tujuan kerja dan cara-cara berdakwah. Anggota jemaah adalah terdiri daripada mereka yang telah dididik (tarbiyyah) sepenuhnya, membentuk barisan-barisan yang terpilih dan berkeperibadian Islam, dan tidak dicampuri anasir-anasir yang tidak sihat, demi menjamin penerusan serta mesej dakwah yang dibawanya.

13-Konsep syura hendaklah diamalkan dalam setiap peringkat dan menggalakkan ahlinya supaya terus berbincang dan mengeluarkan pendapat serta kritikan yang membina kepada orang-orang yang memegang tanggungjawab tertentu atau pimpinan. (muhasabah) Konsep ketaatan dan kepatuhan dalam perkara yang bukan maksiat sentiasa ditekankan.

14- Jemaah ini sentiasa bersifat sederhana dan tidak melampau, samada dalam aspek pemikiran seperti isu kafir-mangkafir dan isu perbezaan jemaah-jemaah Islam; atau dalam aspek gerakan seperti menggunakan kekerasan dalam tindakan, mengeluarkan kecaman-kecaman, dan fitnah dengan sewenang-wenangnya, yang mana boleh membuatkan orang Islam lari ataupun benci kepada Islam. Segala tindakan yang diambil hendaklah berteraskan kasih sayang (mahabbah), waqii (persekitaran) semasa,tawazun (keseimbangan), hazar (waspada) dan tasawwur (prospek) amal yang jelas. Dari segi aqidah dan ibadah, jemaah ini tidak bertolak-ansur sedikitpun..

15-Sentiasa memeriksa tanggungjawab serta mengikuti isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia dan sama-sama member sumbangan sekadar mampu. Sentiasa menyeru orang-orang Islam agar sama-sama memberi sumbangan bagi tujuan menghidupkan semangat perpaduan serta sama-sama merasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada umat Islam keseluruhannya.

16-Jemaah ini sentiasa berwaspada dengan tipu-helah musuh Islam,sentiasa bersabar, tetap bekerja, berkorban dan banyak bermunajat kepada Allah apabila menanggung penderitaan dan kecaman semasa berdakwah.

17- Jemaah ini sentiasa menekankan kepentingan dakwah dan penegakan Negara Islam Alamiyyah kepada anggotanya. Kegiatan dakwah yang dilakukan adalah sebagai saham yang berharga kepada generasi akan datang. Ganjaran daripada Allah akan datang kepada mereka yang beriman dan bersabar, didunia ini dan juga diakhirat sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Hadid: 28:

"Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya, nescaya Allah akan memberi rahmatNya kepada kamu dua bahagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan, dan Allah akan mengampunimu".

18-Jemaah ini sentiasa memikirkan langkah-langkah masa depan serta bergerak (muharriq) untuk menyediakan kemahiran dalam berbagai bidang seperti pendidikan,ekonomi,perundangan, dakwah, kesihatan,ketenteraan, sosial dan lain-lain lagi.

19- Jemaah ini hendaklah mengambil kesempatan dalam setiap penerokaan baru samada dalam bidang pemikiran, pengalaman-pengalaman dakwah,ataupun kajian sains selagi ia tidak menyalahi prinsip Islam.

20)-Jemaah ini terus beribadat kepada Allah dengan tidak mempersekutukanNya dengan apa sekalipun. Dan ingatlah,sesiapa yang kufur atau engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka".

Seperti kata-kata Saidina Ali (r.a):

"Janganlah kamu kenali sesuatu kebenaran itu kerana orangnya, sebaliknya kenalilah kebenaran tersebut dahulu, nanti kamu akan kenali orangnya".

Samalah dengan jemaah,kenalilah dan fahami terlebih dahulu cirri-ciri jemaah sebelum menyertai jemaah tersebut.

Dr. Yusuf Al-Qardawi pernah meyebut dalam kitabnya, Wajibu syabab' islami, terdapat 4 kewajiban remaja islam iaitu:

1-Berilmu
2-Beramal
3-Berjemaah
4-Melaksanakan.

Antara kepentingan menyertai jemaah adalah penambahan ilmu dan sentiasa dapat melakukan perbincangan dengan mereka yang lebih arif.Dengan itu,kekeliruan terhadap sesuatu perkara dapat dihindarkan dan seseorang itu akan dapat membetulkan kembali jalannya,fikrahnya andai ia tersasar.

Bagi mereka yang enggan menyertai jemaah,Rasulullah menyebutkan melalui 2 hadis baginda:

"Tangan (atau pertolongan) Allah itu bersama jemaah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya)".

Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a katanya:

"Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan. Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu. Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu ? . Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu ? . Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu ? . Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka . Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin ? . Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian"

Wallahua’lam.Semoga tulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu umat Islam dalam menilai dan memilih jemaah yang ingin disertai.Maka dengan itu Islam akan kembali gemilang insyaAllah.

Sebarang komentar bermanfaat amat dialu-alukan.

iBNuZaCK: Sudah berjumpa dengan Jemaah Islam.Alhamdulillah.. :)

Assalamu’alaykum..

MeNGeNaNG 21 oGoS 1969.

Assalamua'laykum..


Al-Aqsa 21 Ogos 1969

Hari ini adalah 20 Ogos dan esok adalah 21 Ogos.Bagi pencinta-pencinta Islam,tarikh 21 Ogos adalah satu tarikh penting dalam sejarah ummah.Satu tarikh yang memilukan,meremukkan hati setiap mereka yang beriman.Tarikh di mana musnahnya 1/3 qiblat pertama umat Islam,Masjidil Aqsa.Tarikh di mana umat Islam bukan sahaja kehilangan khazanah Islam seperti mimbar Salahuddin,tetapi juga kehilangan maruah dan harga diri saat membiarkan saudara seagama bersendirian melawan tentera kuffar.Hari ini kita menyambut ulang tahun itu buat kali ke 38.Tiada kek untuk dipotong,tiada belon untuk dilambung dan tiada lilin untuk ditiup.Tiada.Yang ada adalah hadiah untuk dibuka.Hadiah dari seluruh umat Islam yang dibuka pintu hati mereka oleh Allah untuk mencintaNya,agamaNya,rumahNya dan hamba-hambaNya yang lain.Hadiah yang dipanggil komitmen,iltizam,semangat,doa,kewangan dan segala macam lagi yang boleh dikategorikan sebagai usaha dalam membebaskan Al-Aqsa.

MeNGinGaTi SaaT aL-aQSa DiBaKaR

Pada 21 Ogos 1969,seorang Yahudi dari Australia dan doktor perubatan,Denis Michell bertindak ganas dengan memulakan kebakaran di dalam Masjidil Aqsa.Perbuatan si pengganas ini sebenarnya mendapat dorongan dan bantuan daripada Kumpulan Zionis dan kebenaran dari pihak berkuasa penjajah Israel.Sehari suntuk umat Islam di Palestin berusaha menghalang kemusnahan masjid ke 3 terpenting dalam Islam itu.Berjaya,tetapi tetap menyebabkan kemusnahan dan kehilangan pelbagai artifak dan bahan sejarah Islam.Antaranya Mimbar Salahuddin (yang dibina pada zaman Nuruddin Zanki) dan tempat solat Zakaria.Selain itu,3 koridor menghala ke Masjidil Aqsa dari selatan ke utara,dinding selatan,karpet dan 48 tingkap masjid turut sama musnah musnah dalam kebakaran tersebut.




Denis Michell kemudiannya 'ditahan',sebagai satu daripada babak lakonan tajaan Israel demi menunjukkan bahawa Israel mementingkan keadilan.Ketika dalam tahanan,Denis mengaku bahawa apa yang dia lakukan demi memenuhi kewajipan agamanya.Penjenayah ini merujuk kepada Zakariya's Book (Buku Zakariya) untuk mengukuhkan dakwaannya.Malah,si kuffar ini juga mengakui bahawa dia telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pesuruh Tuhan!hah,hebat benar dia ni rupanya.

Mengejutkan,walaupun Denis mengakui sendiri kesalahannya,beliau akhirnya dibebaskan atas alasan 'gangguan jiwa'.Situasi ini mengejutkan seluruh dunia.Mana mungkin seorang doktor perubatan yang taat pada perintah agama gila?Atau mungkin agama yang dianutinya itu menyebabkan dia menjadi gila?Ya itu mungkin..Situasi ini persis kes Baruch Goldstein,seorang doktor yang berasal dari Brooklyn,New York dan menganggotai kumpulan pengganas Kahenah:


BaruCH Si PeNJeNaYaH

Pada 25 Februari 1994,Baruch telah menembak para jemaah yang sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Ibrahimi.60 jemaah terkorban sementara lebih 300 cedera.Pengikut fanatik Rabbi Meir Kahane ini kemudiannya dipukul sehingga mati oleh jemaah yang terselamat.Baruch ini kemudiannya mendapat pujian daripada masyarakat Yahudi Zionis.Mereka menganggap Baruch sebagai 'si syahid' yang dipilih Tuhan Yahweh dan wali Tuhan.Makamnya dianggap tempat tinggalan sejarah dan kemudiannya diperbesarkan.Secara umumnya Yahudi Israel memanggil Baruch sebagai ' Baruch HaGever' atau Baruch lelaki sejati.Begitu sanjungan dan pujian yang diberikan oleh Yahudi kuffar kepada pengganas yang telah membunuh puluhan jiwa umat Islam.

Kembali kepada topik,setelah kejadian ganas pada 21 Ogos 1969 tersebut,negara-negara Islam mula bangun mengkritik negara Israel,mengecam perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang tidak boleh di maafkan.Pelbagai persidangan dan seminar telah diadakan hinggalah membawa kepada penubuhan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).Matlamat utamanya adalah membebas dan memerdekakan Palestin.Ya,sesuatu yang tidak pernah berjaya dicapai oleh organisasi itu semenjak 38 tahun yang lalu.


Tersungkurnya Khilafah,perebutan kuasa (yang diamalkan regim Fatah) dan tiadanya dokongan dari seluruh umat Islam adalah punca kegagalan ini berterusan.Jesteru dengan sedikit usaha yang kita ada,maka lakukan.Hulurkan derma, laksanakan boikot dan laksanakan kempen2 dan anjurkan Hari Al-Quds bagi mereka yang punya sedikit kuasa di kawasan tempat tinggal,universiti atau tempat kerja.Boikot kerana Hukum memboikot barangan israel adalah wajib berdasarkan fatwa Syeikhul Azhar,Mufti Mesir,Arab Saudi dan Pakistan,Persatuan Ulama' Pakistan,Dr Yusuf Qardhawi dan majoriti ulama' Islam lainnya.Hulurkan derma melalui:

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12113010005797

Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad
Nombor akaun: 562263010787
Pertanyaan : 03-89267019

Wallahua'lam..

iBNuZaCK: Untuk maklumat terkini mengenai Palestin,saudara-saudari dipersilakan ke:

Web:Palestin Kini (http://palestinkini.info/)
Blog: JihBlz[Jiwa Palestin] (http://warsmanus.blogspot.com/)

Assalamua'laykum..

BeTaPa KiTa TeRLaLu MeMeRLuKaN KHiLaFaH iSLaMiYYaH

Assalamua'laykum..

Hasil usaha dari seorang teman penulis,penulis telah 'dihadiahkan' dengan satu video yang sangat menarik untuk tatapan dan perkongsian bersama teman2 sekalian.Penulis letakkan di bawah untuk dihayati:



Bagaimana?Ada terasa apa2?Buat hati yang kukuh dan mendalam imannya seperti para tetamu sekalian,penulis jangkakan semangat berkobar-kobar pasti timbul untuk menegakkan dan mengembalikan khilafah Islamiyyah yang telah hilang semenjak 1924 yang lalu.Malah sahabt penulis sendiri yang penulis kira kuat jiwanya hampir menitiskan air mata menonton video ini.Jesteru itu penulis yakin,hatta yang tipis imannya pun paling tidak akan meremang juga bulu romanya..Bagi yang tidak terasa apa2,sama-sama kita doakan sahaja moga sinar iman dan roh persaudaraan dan ukhuwah Islam meresap didalam jiwa mereka.

Hakikatnya kita yakni umat Islam sebenarnya terlalu,ya terlalu memerlukan sebuah khilafah untuk memayungi segenap pelosok umat Islam yang berselerak di merata dunia.Sebuah tunjang dan tiang yang menjadi tempat berpaut dan ikatan dalam setiap jiwa dan roh umat Islam.Dan hati ini lebih merasakan perlunya melihat khilafah ditegakkan bersandarkan kepada situasi umat Islam yang tertindas di bumi Tuhan ini selepas Khilafah Turki Uthmaniyyah tumbang ditangan si sekular Mustafa Kamal Attaturk 83 tahun yang lampau.Saat itu memang derita umat Islam berpanjangan tanpa ada penghujung.Panjang untuk penulis senaraikan,bermula dari arahan serangan ke atas wilayah Islam Asia Tengah oleh Lenin pada April 1918 hinggalah kepada krisis Lubnan 2006,jutaan nyawa umat Islam melayang hasil tindakan kejam US,Soviet,Israel dan sekutu2 kuffar mereka.Yang selamat hanyalah umat Islam yang tunduk kepada nafsu serakah penjajah dengan menjadikan ideologi kaum kuffar itu sebagai asas perlembagaan dan undang-undang negara.Jika ada yang mengangkat tangan untuk memperjuangkan Islam yang syumul,maka akan dimomokkan kepada masyarakat antarabangsa betapa 'radikal' dan 'fanatik'nya pejuang-pejuang Islam ini.Contoh paling mudah ialah Taliban yang sering difitnah oleh pimpinan antarabangsa.Penulis belum lupa bagaimana masyarakat antarabangsa lebih mementingkan patung Buddha daripada nyawa anak2 Afghanistan yang hampir mati kebuluran.Kononnya demi warisan sejarah.Berbelanja besar untuk memindahkan patung boleh,memberikan bantuan kemanusiaan,bekalan makanan sikit punya payah.Waduhh.. murah benar nyawa anak2 Islam kita rupanya.

Penulis pernah terbaca berkenaan sebuah buku.Maaf,penulis sudah terlupa tajuknya.Maklumlah,dah bertahun penulis membacanya.Zaman-zaman awal remaja dahulu :).Ia membincangkan berkenaan Kerajaan Turki Uthmaniah yang menurut sang penulis,jika khilafah Islam itu masih wujud,maka kekuatan ekonominya akan menyamai gabungan kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan China.Wah,hebatnya!!Penulis bersetuju dengan pandangan ini memandangkan simpanan minyak yang menjadi komoditi utama dunia banyak tersimpan di dalam perut bumi bekas tanah penguasaan Turki Uthmaniyyah dahulukala.Bayangkan jika khilafah masih wujud,sudah tentu yang menguasai dunia adalah kita dan bukan tangan2 kejam golongan kafir harbi seperti sekarang.

Penulis melihat OIC sebagi satu medan untuk penyatuan umat Islam.Malah satu permulaan kepada terbentuknya kembali khilafah Islamiyyah.Ya,boleh,meski kita terbahagi kepada pelbagai negara.Zaman dahulu juga wujud pelbagai dinasti dan empayar seperti Empayar Saljuk,Fatimiyyah dan Khwarizam Syah.Tetapi semuanya berpaksikan dan bernaung di bawah khilafah Islam Abbasiyyah atau Umayyah (mengikut zaman mereka).Dan akhirnya umat Islam tetap kekal kuat.Namun,OIC gagal kerana didalamnya wujud negara-negara sekular.Yang Islam hanya pada nama.Jesteru itu tiada kekuatan kerana pegangan mereka sekular.Sebab itu apabila OIC berbunyi sedikit berkenaan isu Chechnya (jika penulis tidak silap) maka Russia pantas mengatakan, "Jangan banyak songeh.Duduk diam-diam!".Terpaku OIC.Bayangkan 56 buah negara tak boleh buat apa2 terhadap satu negara.Lucu,ya lucu dan bodoh sekali.

Begitulah akibatnya penggabungan tanpa berasaskan Islam yang sebenar.Penggabungan yang kebanyakannya demi memenuhi tuntutan rakyat dan kelansungan pemerintahan mereka.
Jesteru apa yang harus kita lakukan bagi menegakkan kembali Khilafah yang telah tumbang itu?Bersatulah.Bagaimana?Bersatulah semuanya dibawah Islam,dibawah kepimpinan yang mahu menegakkan Islam,bukan di bawah pimpinan fasik yang korup lagi rasuah seperti yang berlaku di beberapa buah negara umat Islam.Gerakkan kerja dan menangkan gerakan Islam di tempat dan negara masing-masing.InsyaAllah penyatuan tersebut akan akan menjadi kenyataan berkat pertolongan dariNya.
Sama-sama kita tegakkan Islam.Allahuakbar!!

iBNuZaCK: Tolong sebarkan video ini.Moga mendapat pahala dariNya..Penulis akhiri dengan satu lagi video nasyeed..'Adakah kau Lupa?'..



Wallahua'lam..

Assalamu'alaykum..

BeTaPa BanGSaTNYa FaTaH!!


Masjidil Aqsa : LamBanG PeRJuaNGaN PaLeSTiN

Assalamu'alaykum..

Pasti ramai yang sudah tahu mengenai pertelagahan bersenjata antara Hamas dan Fatah di Palestin.Bagaimana akhirnya Palestin terbahagi dua,kepada Tebing Barat dan Gaza,dan sokongan meluas Barat terhadap Presiden Mahmoud Abbas.Ramai yang sedih dengan perpecahan ini,merayu agar kedua-dua pihak menumpukan kepada matlamat menentang rejim Yahudi,namun disebalik kesedihan itu,tedapat juga bibir-bibir yang menguntum senyuman.Dan yang tersenyum ini pastilah Olmert,Bush dan konco-konconya yang riang melihat jarum yang terpasang mengena.Dia tidak perlu susah-susah menghantar kereta kebal,meriam dan unit tentera untuk mengucar-kacirkan Palestin,cukup hanya dengan menanam janji keduniaan kepada pimpinan Fatah.Dengan cara itu dia dan gerakan Zionis antarabangsa mendapat 3 manfaat penting.


Mahmoud Abbas(Presiden Palestin)

Satu,dengan memberikan bantuan kepada 'puppet'nya Fatah,dunia seluruhnya akan melihat betapa indahnya dan mulianya rejim bangsat ini.Masyarakat antarabangsa akan mengatakan bahawa betapa Israel inginkan kedamaian dan sanggup membantu sesiapa sahaja hatta musuh sendiri.Berlainan pula pada gerakan Islam Hamas.Dunia akan melihat mereka selaku pemberontak,sukakan keganasan dan gilakan kuasa.Padahal yang gila kuasa itu Fatah

Dua,Israel akan dapat meratah rakyat Palestin terutama di Gaza(di bawah penguasaan Hamas) selepas ini tanpa ada sebarang tentangan dari pihak antarabangsa.Tidak mustahil sokongan pula yang akan diterima atas alasan pihak Israel mahu memerangi keganasan.Dan tidak juga mustahil bahawa serangan itu akan mendapat bantuan dari pihak Fatah yang berdendam dengan gerakan Hamas.Harus diingat,semasa perjuangan Intifadha ke 2 meletus di Palestin pada 28 September 2000,pihak Israel telah menggunakan pelbagai senjata yang diharamkan oleh pihak antarabangsa untuk memusnahkan kebangkitan itu.Dan pastinya tidak mustahil senjata ini akan digunakan dengan lebih meluas untuk membuli penduduk Palestin selepas ini.

Tiga,Zionis akan dapat memperlahankan dan memberhentikan perjuangan rakyat Palestin untuk mendapat kemerdekaan.Negara Haram Israel akan terpelihara,ekonominya akan terjaga dan maruah rakyat Palestin akan lebih mudah diinjak-injak selepas ini.Hebatnya Yahudi!

Bebalnya kamu Fatah!

Fatah atau Palestinian National Liberation Movement yang ditubuhkan pada 1957 dan kemudiannya menjadi tulang belakang Pihak berkuasa tempatan Palestin (PA),hakikatnya adalah kunci kepada kejayaan berterusan rejim Yahudi Zionis selama ini dalam menguasai tanah Palestin.Pentingnya Fatah ini kepada pihak Israel dapat dibuktikan melalui tindakan pihak Israel yang tidak membunuh Presidennya,Yasser Arafat walaupun sentiasa memperoleh peluang untuk melakukannya.Selama berpuluh tahun rakyat Palestin dimomokkan betapa karamah dan berkatnya Yasser Arafat,sehingga Yahudi Zionis tidak mampu menjumpainya.Dongeng purbakala ini hancur akhirnya dengan pendedahan seorang agen Israel bahawa beliau berjaya menyusup masuk ke dalam pergerakan Fatah dan berjaya menjadi orang penting di sisi Yasser Arafat.Malah menurutnya lagi,tiada satu saatpun Yasser Arafat ini tidak berada di bawah pemerhatian Zionis.Lalu,kenapa dia tidak dibunuh?Jawapannya ada dalam perbincangan kita selepas ini.

Fatah secara asasnya adalah satu pertubuhan atau organisasi yang korup.Korup dalam ertikata lain,menipu dan makan harta rakyat.Buktinya?.Selepas kematian klinikal Yasser Arafat,berlaku pertelagahan antara balunya,Suha Arafat dan pimpinan PA mengenai isu mengisytiharkan kematiannya secara rasmi.Kemuncak kepada ketegangan ini adalah dakwaan Suha dalam satu temubual melalui Al-Jazeera bahawa PA mahu menanam suaminya hidup-hidup.Namun yang ganjil,pertelagahan ini surut dengan tiba-tiba dan drastik.Apa yang berlaku sebenarnya?


SuHa aRaFaT

Laman Filistin Press akhirnya mendedahkan bahawa terdapat persepakatan yang terjalin untuk membahagikan warisan harta tinggalan Arafat antara Suha dan pimpinan PA.Suha mendapat bahagiannya sebanyak USD 20 juta,tidak termasuk 11 juta lagi yang berjaya dilarikannya sebelum pembahagian berlangsung.Dan tidak termasuk elaun sara hidup USD15000 sebulan yang dibekalkan oleh PA kepadanya.Dan bagaimana pula dengan PA yang ditunjangi Fatah?Berapa pula bahagian mereka?Namun yang lebih menjadi persoalan,bagaimana Yasser Arafat boleh mengumpul harta sebanyak jutaan dollar itu(ada sumber mengatakan bilion dollar)Bagaimana?Bagaimana kalau bukan dengan menyedut hasil bantuan antarabangsa kepada rakyat Palestin?Sebelum itupun,seorang lagi pimpinan Fatah, Mohammed Dahlan,bekas Menteri Keselamatan dalam Negeri terbukti telah memasukkan hasil cukai Gaza ke dalam akaun peribadinya;satu lagi bukti korupsi Fatah.Namun beliau tidak dibuang dari Fatah sebaliknya terus mendapat tempat selaku antara pimpinan tertinggi.

Cintanya Zionis kepada Fatah

Kasih Zionis pada Fatah memang bersebab.Asasnya mudah,Fatah adalah organisasi dalam Palestin yang mengiktiraf kewujudan Israel dan mengakui kependudukan Israel terhadap 77% bumi Palestin adalah sah.Fatah juga sanggup menandatangani Perjanjian Oslo yang berat sebelah yang akhirnya mendapat kritikan dunia Islam dan Arab.Malah Ulama'-ulama' terkenal seluruh dunia juga telah mengeluarkan fatwa menolak perjanjian itu dan menyeru jihad.Alasannya,kedudukan Al-Quds tidak jelas dan Israel tidak mungkin akan menyerahkan kota itu pada Palestin secara aman.Sedangkan perjuangan utama Palestin adalah untuk membebaskan Aqsa dari cengkaman Yahudi.Apakah Palestin mahu dimerdekakan tanpa Al-Aqsa?Fatah juga adalah organisasi yang sanggup bersekongkol dengan pihak Yahudi menangkap dan memenjarakan pejuang Islam yang anti Israel.Selain itu ada pimpinan fatah juga tidak merestui gerakan Intifadha Palestin. Contohnya, Mahmoud Abbas (Presiden Palestin kini) yang dikenali sebagai musuh utama gerakan Intifadha.


iSMaiL HaNiYeH (PM SaH PaLeSTiN)



Fatah juga adalah perisai utama pihak Yahudi dalam menghadapi kebangkitan Hamas.Yahudi hakikatnya terlalu gentar dengan kekuatan Hamas terutama selepas kejayaan Intifadha yang dipelopori Hamas merobek kekuatan tentera dan merudumkan ekonomi Israel.Nyata luka Zionis terhadap kekalahannya di Lubnan kepada gerakan Hizbullah masih berparut.Kematian 123 anggota tenteranya dalam misi singkat itu menjatuhkan maruah mereka dan menambahkan kegusaran mereka terhadap kebangkitan perjuangan Islam.Hamas dan Hizbullah serupa.Perjuangan mereka,matlamat mereka dan semangat mereka sama.Iaitu Islam.Teringat saya kepada kata-kata salah seorang pimpinan tertinggi tentera Israel ketika Perang 1948.Saat itu mereka melawan gabungan tentera Arab dan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin dari Mesir.Katanya "Jika ada berkali ganda lagi tentera Arab seperti ini,kami tetap akan menang.Tetapi jika ada satu lagi Ikhwanul Muslimin,pasti kami kalah".Begitulah takut dan gentarnya Israel pada perjuangan Islam.Ia berlainan dengan Fatah yang lebih nasionalis dan asabiyyah.Jesteru,Fatah dilihat sebagai penampan kepada kekuatan Hamas.Dan sedihnya Fatah pula bersedia dipuppetkan oleh Zionis ini.

Kemenangan Hamas pada pilihanraya yang lalu membuktikan betapa rakyat Palestin bosan kepada perjuangan bodoh,lembap dan penakut Fatah.Namun negara-negara Barat enggan menerima kemenangan Hamas dalam satu pilihanraya yang disifatkan pemerhati sebagai yang terbersih di dunia.Bantuan segera disekat,Palestin cuba dipencilkan dari hubungan luar walhal Hamas menang hasil dari sistem Barat juga.Fatah juga tidak duduk diam.Mereka menolak kejayaan Hamas dan enggan menerima suara rakyat Palestin.Malah dalam persidangan OIC yang diadakan di Kuala Lumpur,Fatah turut menghantar wakil mereka atas nama delegasi Palestin walhal Hamas telahpun menghantar wakil mereka.Memalukan apabila Malaysia pula menerima kedua-dua delegasi itu atas taraf yang sama,padahal sewajarnya Malaysia perlu menerima delegasi Hamas sahaja dan meletakkan wakil Fatah sebagai pemerhati luar.Di mana kredibiliti Malaysia selaku Pengerusi OIC?

Kehancuran kerajaan Perpaduan Palestin beberapa hari yang lalu membuka terlalu banyak pekung Fatah.Sikap gila kuasa fatah terbukti apabila Presiden Mahmoud Abbas menyingkirkan Perdana Menteri Ismail Haniyeh secara salah dan menobatkan Salam Fayad sebagai PM baru Palestin.Condoleeza Rice pula cepat-cepat mengumumkan sokongan AS terhadap kerajaan tidak sah Palestin itu dan berikrar memberikan bantuan dan menarik sekatan yang selama ini dikenakan kepada Palestin.DI Gaza pula,tekanan terhadap Hamas meningkat apabila sebuah syarikat Israel memutuskan bekalan gas yang disalurkan ke tempat kelahiran Imam Syafie itu.Semuanya adalah usaha untuk memaksa rakyat Palestin menolak Hamas dan menerima puppet mereka iaitu Fatah.Dan seperti yang dinyatakan sebelum ini,tidak mustahil gerakan bersenjata besar-besaran Israel-Fatah akan menyerang kedudukan Hamas di Gaza.Namun Israel dan Fatah barangkali lupa,yang mereka lawan bukanlah mereka yang berjuang demi harta,yang mereka lawan adalah mujahid yang meletakkan nyawa mereka ditempat yang terendah dan meletakkan agama ditempat tertinggi.Berbeza dengan Fatah yang meletakkan harta dan kuasa di atas agama.Semoga Allah terus memberi kemenangan kepada perjuangan Islam.Allahu Akbar!!

iBNUZacK: Tiba-tiba teringat kata-kata kerajaan puppet Afghanistan yang tak kisah jika rakyatnya mati ditangan askar bersekutu demi memerangi keganasan.Dasar Puppet!!


Wallahua'lam..


Assalamu'alaykum..