KHaLiD PeRLu PiNTaR BeRPoLiTiK..
Assalamu'alaykum..
"Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan"
Sumber: Utusan Malaysia
Membaca kenyataan Khalid di atas menyebabkan saya gagal untuk tidak tersentak dan kecewa.Mulanya,saya enggan percaya,memikirkan ini mungkin permainan politik akhbar pemerintah,namun melihatkan tiadanya penafian segera sepertimana isu "Pemuda PAS minta Anwar bersumpah" ,saya percaya juga.
Apabila Khalid mengatakan tidak perlu dia turun padang kerana beliau selalu berhubung dengan para Exco yang mengendalikan bantuan untuk sahabat kita di Kapar,saya serta merta teringat lafaz kalimat Pak Lah sewaktu banjir besar yang melanda Johor:
"Saya sentiasa memantau walaupun dari jauh (Australia la tu)" (Sumber)
Maka apa bezanya Khalid dengan Pak Lah?
Kalau Khalid turun sekejap,Pak Lah juga turun sekejap.Tak ada bezanya.
Saya tidak tahu sama ada Khalid tahu atau tidak.Apabila pimpinan turun,maka akan rakyat akan melihat betapa caknanya pemimpin terhadap masalah mereka.Emosi mereka yang hancur melihat segala harta benda musnah di bulan puasa akan terubat menyaksikan pemimpin datang dan menyelami kesusahan mereka.
Tak perlu terhingguk-hingguk pikul guni beras atau edar gula daripada atas lori macam Abang Idris Jusoh buat dulu,cukup turun ke kawasan bertanya khabar dan memberi jaminan bantuan segera.
Inilah psikologi.Saya tak tahu Khalid belajar atau tidak psikologi semasa di Guthrie atau PNB.Tapi kalau tak belajar lagi,tolonglah tanya-tanya sikit Dr Hassan Ali.
Jesteru,saya bersetuju benar dengan kenyataan Dato Ong Ka Chuan,Menteri MCA dalam Malay Mail Jumaat lepas:
"People expect their leaders to comfort them.Going to the affected area will tell you immediately what needs to be done,even if your reps are already there"
(Rakyat berharap pemimpin untuk menenangkan mereka.Anda akan tahu dengan segera apa yang perlu dilakukan jika anda ke kawasan bencana,walaupun wakil anda sudah ada di sana)
Jika sekiranya Khalid hanya mahu duduk dalam aircond dan berfikir untuk menyelesaikan masalah,dia patut berhenti menjadi ahli politik.Kerana duduk dan berfikir itu kerja Penasihat.Kerja MB jauh lebih berat daripada itu.
Saya juga tidak dapat mengelak daripada berasa 'menyampah' apabila Khalid mengatakan melawat kawasan bencana akan membazirkan kewangan.Apa yang membazirnya?Minyak?Apa kerajaan Selangor ni pakai Mercedes Compressor Mat Said ke?Kenapa saat kempen pilihanraya tak merungutpun membazir bawa rombongan kempen?
Apakah kempen pilihanraya itu lebih aula' daripada melawat rakyat yang ditimpa musibah?
PKR baru sahaja setengah tahun menerajui kerajaan Selangor.Belajarlah menjadi kerajaan yang penyayang.
Khalid sebagai ketua kerajaan bukan sekadar perlu pintar ekonomi,tapi juga perlu pintar berpolitik.Belumpun reda isu UiTM,kini timbul pula isu ini.Kita diserang daripada kiri kanan atas bawah oleh media,maka berfikirlah sedalamnya sebelum mengeluarkan kenyataan.Jangan dedahkan belakang untuk ditikam!
Belajarlah daripada Kelantan.18 tahun membentuk kerajaan,media pening mencari kelemahan..
iBNuZaCK: Salam takziah dari Balakong untuk sahabat-sahabat di Kapar..
Assalamu'alaykum..