Home

PAS WaJiB BeLaJaR DaRiPaDa KeSiLaPaN LaMa

Assalamu'alaykum..

Berkali-kali juga penulis berfikir adakah satu tindakan yang bijak untuk penulis menegur saf kepimpinan melalui cara sebegini.Berkali-kali juga penulis memejamkan mata memikirkan adakah pandangan yang akan penulis hulurkan ini sesuai dengan masanya.Bisakah tulisan ini menerima respon positif daripada rakan-rakan atau tidak lebih daripada sekadar bola tanggung yang akan dismash sekuat tenaga oleh para pembaca?Risiko untuk dihambur memang ada namun nasihat seorang teman membuatkan penulis membulatkan tekad.Ya,jika tidak hari ini maka bila lagi?

PAS bukan satu parti politik yang akan maksum dan terpelihara daripada segala kesilapan.Pemimpinnya juga sama.Namun apa yang akan penulis coretkan bukanlah kesalahan sebesar membail-out syarikat anakanda menggunakan periuk nasi rakyat.Kesalahannya bukan sebesar melemparkan rakyat yang tidak sealiran ke dalam bilik gelap penjara tanpa peluang membela diri.Ianya sekadar kesalahan kecil tetapi punya kesan besar di hati rakyat yang mengharapkan pembelaan daripada sebuah kerajaan yang menjunjung Qur'an dan Sunnah sebagai asas pentadbiran negeri.Cuma sebelum memulakan langkah,penulis mohon maaf andai langkah ini sumbang di mata semua.Yakinlah,penulis tiada niat lain melainkan mahu agar kerajaan Terengganu selepas pilihanraya akan datang yang inshaAllah akan diperintah semula oleh ulama' menjadi lebih sempurna dan lebih baik daripada era 1999-2004.Andai ada kesilapan fakta,penulis mohon maaf.

Isu penggunaan kereta kerajaan negeri untuk kepentingan peribadi sudahpun dijelaskan oleh pihak SUK satu masa dahulu.Memang penulis akui ianya tidak salah mengikut undang-undang.Mana-mana EXCO berhak menggunakan kenderaan rasmi untuk sebarang hal walaupun bukan atas urusan kerajaan.Ya,tidak salah dalam soal ini.Namun penulis bertanya,siapa yang membuat undang-undang sebegitu rupa?Bukankah kerajaan lama milik UMNO?Jika ya,atas alasan apa masih ada EXCO menggunakan peraturan seperti ini sedangkan ianya jelas tidak memberi sebarang manfaat pada rakyat.Penulis tidak pernah mengharapkan exco seperti Abu Bakar Chik,Dato Mutalib akan menjadi sehebat Umar Al-Khatab yang sanggup tutup hidung kerana bimbang terhidu minyak wangi yang menjadi milik negara,tapi penulis harapkan semua pimpinan akan cuba mencontohi gaya hidup yang diamalkan Tuan Guru Nik Aziz yang sanggup potong gaji dan ambil sekadar cukup makan sahaja.Ini baru kita panggil pemimpin Islam sebenar.

Begitu juga dalam aspek pembangunan,penulis mengerti bahawa terlalu susah untuk kerajaan negeri dahulu melaksanakan sebarang projek atas sebab diskriminasi kerajaan Pusat.Rampasan Royalti dan pemberian Geran persekutuan yang lewat daripada jadual memang satu sebab yang mengganggu pertumbuhan ekonomi negeri.Itu belum lagi dicampur halangan pelaburan asing untuk masuk ke negeri-negeri yang tidak sebulu dengan Pusat.Ya,jika Terengganu maju dibawah Islam,apa lagi modal yang boleh dijaja oleh Abang Idris Jusoh dan rakan-rakan?Tapi sekali lagi penulis melihat ketempangan dalam usaha kerajaan PAS.Benar,kita tiada duit,elaun tahfiz ditamatkan,elaun Guru Qur'an ditarik,tetapi atas sebab apa ada EXCO masih mewah menerima pelbagai gaji dan elaun termasuk elaun menguruskan sesetengah Syarikat milik kerajaan negeri yang nazak?Bukan penulis mahu menafikan hak EXCO menerima gaji mereka.Itu Halal buat mereka.Ia bukannya rasuah atau penggelapan dana dan amanah rakyat.Tapi soalnya mengapa tidak berani melepaskan hak mereka demi hak rakyat?Bukankah itu yang selayaknya buat jiwa pimpinan Islam?Mengapa tidak mengambil pengajaran daripada kisah Sultan Saifuddin Qutuz (Pembebas dunia daripada penjajah Mongol)?Saat Sultan saifuddin bertanya pada ulama'nya adakah wajar baginda meminta rakyat menghulur sumbangan harta demi mempertahankan negara yang diancam Mongol tika itu,maka jawab ulama',"Korbankanlah hartamu dahulu.Apabila tidak cukup maka barulah meminta pada rakyat".Nah,jelas pemimpinlah yang sewajarnya mengorbankan gaji dan elaun mereka terlebih dahulu sebelum elaun tahfiz dan guru Qur'an dikorbankan.BUkan penulis mahukan semua gaji EXCO dikorbankan,ambillah sekadar cukup dan bakinya bukankah lebih baik diserahkan untuk perbelanjaan kebajikan dan pembangunan negeri?.

Sempat pula penulis teringat kisah seorang kenalan ayah penulis yang rumahnya mengalami kebakaran zaman pemerintahan PAS dahulu.Tiada langsung bantuan daripada kerajaan atau pimpinan setempat.Katanya," Haji Alias (YB Alias razak,ADUN Bukit Tunggal) mari tengok saje.Dok hulur langsung apa-apa".Mungkin ada yang akan kata yang ini adalah kesan Budaya 'Hulur' yang diasaskan UMNO dahulu.Bagi penulis,andai benar ianya budaya 'hulur' sekalipun,maka adakah ianya satu kesalahan?Satu dosa?Adakah menghulur bantuan saat rakyat kesusahan satu kesalahan dalam agama?Tidak rasanya.Rakyat bukan mahukan pampasan 10 ribu atau 20 ribu.Cukup sekadar 50-100 ringgit sebagai tanda prihatin pemimpin terhadap rakyat dibawahnya.Jika dana tiada (Miskin sangat kerajaan ni),apa salahnya mengerah keringat Pemuda-Pemuda atau turun padang membantu seadanya?Barulah jiwa rakyat itu sentiasa berada dengan pemimpin.Rakyat tidak terasa jauh.Dekat dihati bak kata TV9.. :D

Pemilihan calon juga wajib menjalani satu tapisan agar ADUN/MP yang mewakili rakyat kelak tidak sekadar duduk-duduk dalam dewan tanpa sumbangan.Tidak sedikit ADUN/Ahli Parlimen PAS dahulu yang cukup mengecewakan.Benar ada yang hebat seperti YB Abd Wahid,YB Mahyuddin,YB Shukrimun dsb,tetapi tidak kurang yang kerjanya di dalam dewan menyebut "Kafir..kafir..kafir".Memanglah kafir itu ada banyak jenisnya (kafir akidah,kafir nikmat),tapi dalam soal ini jangan sesekali mengambil risiko dengan bercakap lepas di saat media kiri kanan depan belakang atas bawah mencari ruang membelasah kita.Jangan beri mereka peluang!Calonlah aspek yang memberikan impak sebenar pada keputusan pilihanraya.Sudah ramai yang mula mengundi kerana calon dan bukan kerana parti seperti dahulukala.AKP juga menang di Turki kerana calon mereka,bukan disebabkan dasar mereka semata-mata.Jadi rombaklah,buanglah ADUN/MP yang menjadi tidak lebih dari pasir dipinggiran;tiada sumbangan.

Media adalah masalah utama.Kebanjiran blogger-blogger dan pertumbuhan laman web sebagai alat pembelaan masih kurang sengat berbanding pengaruh TV3 atau RTM (Radio Televisyen Maidin).Masih banyak isu yang gagal dijelaskan dengan baik dan menyeluruh seperti Isu Amanat Haji Hadi,Isu Tuhan samseng/Mencarut,Isu Perbezaan Enakmen Hudud Terengganu dan Kelantan dan lain-lain yang mampu menggugah keyakinan mereka yang berada di atas pagar untuk menyokong PAS.Memang,tidak sedikit rakan-rakan pejuang maya yang mampu menjawab setiap soalan dan isu,namun ketiadaan kenyataan rasmi (atau mungkin ada tapi tak tahu di mana) menyebabkan rakyat sukar untuk terima.Apa mereka peduli dengan tulisan blogger,yang mereka mahukan adalah kenyataan rasmi PAS Pusat,kenyataan rasmi TG Haji Hadi,TG Nik aziz,TG Harun Din,Ustaz Nasharuddin dan Ustaz Harun Taib.Penulis yakin ianya ada.Jadi,apakah salahnya jawapan ini semua dikumpulkan dalam satu laman web khas untuk dibangunkan dan dijadikan rujukan untuk rakyat seluruhnya?Laman ini khas untuk isu-isu penting sahaja.isu-isu kecil macam cukai bakul atau tol Jambatan sultan Mahmud tak payah letak.Orang berakal takkan persoal isu yang senang difahami seperti itu.

Harapan untuk melihat Idris Jusoh sebagai Ketua Pembangkang itu memang ada dan terang,tetapi untuk memerintah Malaysia masih samar-samar dengan keadaan sistem pilihanraya yang masih diamalkan sekarang.Dalam sistem seperti ini,andai kita memiliki majoriti sokongan rakyat sekalipun belum tentu kita mampu memiliki kerusi majoriti.PRU 1969 membuktikan walaupun Perikatan tewas daripada segi undi majoriti,mereka masih memiliki jurang luas daripada jumlah kerusi Parlimen berbanding pembangkang walaupun kehilangan majoriti 2/3.Jesteru itu,kemungkinan Terengganu diperintah PAS dan Malaysia oleh BN masih tinggi.Jadi,adakah PAS Terengganu sudah sedia untuk situasi seperti ini sekali lagi?

Andai benar tulisan ini maka terimalah dan perbetulkanlah.Andai silap tulisan ini maka tegurlah.Andai bodoh dan bebal tulisan ini maka tongsampahkanlah ia!

iBNuZaCK: Tulisan ini adalah yang pertama dan mungkin bukan yang terakhir.Sambungan tulisan ini akan bergantung pada pandangan dan penerimaan ramai.InshaAllah.

Assalamu'alaykum.

1 Komentar:

Anonymous said...

what a good comment....
itu satu comment yg membangun so aku tak nampak sbab utk ko dsembur...
anyway truskan perjuangan ko...
aku sentiasa dibelakang ko...
insyaallah....

-Ridwan Ideris-