Home

MaJoRiTi RaKYaT MaHu ISA?

Assalamu'alaykum

Saya membaca penuh minat wawancara antara Dato Syed Hamid Albar dan laman Mstar berkenaan isu ISA. Dalam wawancara tersebut, Syed Hamid mengatakan:

"Jika demikian (keadaan), anda lakukannya ketika itu. Tetapi pada masa ini, kami merasakan bahawa majoriti rakyat merasakan masih wujud keperluan mempunyai satu undang-undang preventif," kata beliau dalam temu bual dengan mStar Online dan Star Online di sini.

Sungguh saya ingin bertanya kepada Syed Hamid, mana fakta, kajian atau survey yang membuktikan rakyat Malaysia menyokong akta tiada perikemanusiaan ini? Bagaimana Syed Hamid boleh tahu perasaan dan pemikiran rakyat seluruhnya hanya berdasarkan andaian dhaif yang didasari usaha menutup kelemahan sendiri?

Cukup sekian banyak petisyen, himpunan, ceramah yang disertai puluhan ribu rakyat membantah penggunaan ISA, di mana pula suara rakyat yang 'mendesak' agar kerajaan mengekalkan kegunaan ISA? Di mana petisyen rakyat yang 'menyokong' ISA hingga Syed Hamid boleh membuat justifikasi sedemikian?

Dan jika sekiranya benar sekalipun, apakah pandangan majoriti rakyat boleh mengatasi hukum Tuhan dalam soal ini? Walhal langkah penggunaan ISA itu sendiri telah banyak menceroboh ketetapan Tuhan dalam prinsip asas perundangan Islam:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(An-Nisa': 58)

Begitu juga dengan pandangan cendikiawan Islam lainnya:

The Muslims Professionals Forum said the authorities should counter any anti-islam arguments, and only "in the extreme, the authorities may take someone to the Syariah court". The use of the ISA is excessive, inhumane and runs counter to islam's principle of justice" it said.

Perlis Mufti Asri Zainul Abidin criticized the arrest of Raja Petra, Teresa Kok and Tan Hoon Cheng. "Disallowing a person the opportunity to defend himself is wrong" (The Star)

Keadilan dalam Islam tidak mengenal ideologi, fikrah politik, status, agama, bangsa atau kekayaan seseorang. Tidak ada yang lebih atas dari orang lain dalam undang-undang Islam. Keadilan dalam ISA pula melayan seseorang berdasarkan status kedudukannya. Seseorang yang menggunakan isu perkauman tidak akan dihukum ISA jika dia rapat dengan pemerintah. Seseorang lain yang melaporkan isu perkauman akan di hukum ISA jika laporannya itu menyusahkan pemerintah.

Begitu keadilan yang dijunjung ISA.

Saya sama sekali tidak menolak undang-undang pencegahan (preventif). Soalnya, ISA bukan lagi undang-undang pencegahan apabila ia diguna untuk kepentingan politik parti pemerintah. Suara rakyat ditutup, disekat dengan ugutan bernama ISA. Rakyat menjadi takut, cuak untuk menegur kesilapan pemerintah. Takut membetulkan pemerintah malah lebih jauh, jika ketakutan kepada pemerintah mengatasi ketakutan kepada Allah s.w.t.

Dari Abu Sa’id Al Khudri ra dari Nabi SAW, baginda bersabda:

Afdhalul Jihaad, Kalimatu Haqqin 'Inda Sultanin Jairin.

Sebaik-baik jihad adalah berkata benar di hadapan pemerintah zalim.

Masalah besar ISA adalah tempoh tahanannya yang tiada had. Menteri boleh melanjutkan tahanan hanya dengan satu tandatangan ringkas. Sudah tentu ia satu penganiayaan sebab kesalahan tak dapat dibuktikan.

Jesteru itu, ISA wajar dihapus dan diganti dengan undang-undang pencegahan lain yang memperuntukkan tahanan reman yang lebih panjang (30 hari contohnya). Saya percaya, dengan kecekapan PDRM yang sering disebut 'golongan sana' sebagai 'antara yang terbaik di dunia', 30 hari adalah masa yang terlalu panjang untuk mereka mencari bukti khusus buat membawa si penjenayah ke muka pengadilan.

iBNuZaCK: Nak tau suka ke tidak, masuklah ISA dulu 2-3 tahun Syed Hamid..

Assalamu'alaykum

3 Komentar:

mohahz said...

syed hamid albar boleh menang anugerah skrin bintang paling popular 2008.

Butterbur from the North said...

Mind boggling statement..

Anonymous said...

Salam 'alaika Ya Akhi IbnuZack

Ana nasihatkan agar tidak lagi memberi komen dalam blog An Nawawi. Satu komen ana yang menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkannya telah didelete.

Komen permintaan ana agar dijelaskan dengan pembuktian bahawa adakah komen ana sekadar mengikut akal (bercanggah dgn dalil tentunya) juga didelete.

Ana nasihatkan jangan dikomen lagi. Tunggulah sehingga Nawawi memahami dulu apa itu ayat mutasyabihat dengan betul barulah enta pergi dan komen kembali.(sebab dia kelihatan tidak begitu memahami apa itu ayat mutasyabihat yang disebut Allah dalam Ali Imran ayat 7)

Semoga Allah merahmati kita semua.

Allah Wujud Tanpa Tempat!

Salam 'alaika..