Home

TiaDa KeRJaSaMa DeNGaN BN BeNTuK KeRaJaaN

Assalamu'alaykum..

Dibawah diperturunkan kenyataan Tuan Guru Presiden.Ini adalah yang terbaik.Bergabung dengan pihak sana hanya melambatkan harapan mendirikan daulah yang diimpikan.Sepanjang di bawah Barisan Nasional (1973-1977),pencapaian PAS yang TERBAIK TERAGUNG dan TERHEBAT dalam gabungan ini adalah berjaya mendesak kerajaan menukar logo Kementerian Kesihatan dari lambang Red Cross kepada lambang Bulan Sabit.Itu pencapaian terbaik dalam hampir 5 tahun.

Dan berapa tahun pula diperlukan untuk memujuki BN menerimapakai syariat dalam pemerintahan?

PAS tolak kerjasama dengan BN bentuk kerajaan - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - PAS menolak mengadakan sebarang rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi mewujudkan kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sebarang tawaran untuk mewujudkan kerjasama politik tidak lagi berbangkit.

"PAS akan terus terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan parti-parti politik, badan bukan kerajaan, institusi ataupun mana-mana individu demi kepentingan agama dan rakyat," ujarnya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

PAS mengulangi pendiriannya untuk terus kekal bersama pakatan Rakyat dan akan memainkan peranan aktif dan positif termasuk perjuangan bersama untuk membuat perubahan.
"Kita mengajak ahli-ahli parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk sama-sama sokong dan dokong perubahan yang hendak dilaksanakan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh parti tersebut terhadap mana-mana pimpinan yang mengadakan pertemuan sulit dengan BN, katanya, "tiada yang sulit lagi, kita mengatakan boleh mengadakan pertemuan dengan syarat ia dimaklumkan kepada parti."

Sumber: Harakahdaily

iBNuZaCK: Warm up..

2 Komentar:

Anonymous said...

Lama ilang? :)

Eloklah tu,duk elok2 dalam PR buat apa pegi bukak balik luka lama?

Tahniah Tuan Guru..

mohahz said...

yg dok bising-bising pasal bergabung ni Umno je..org nak muzakarah,depa dok cita bab gabung,org nak muqabalah,depa dok cita bab gabung,bentuk kerajaan negeri sama-sama la,exco bagi-bagi la,MB x kisah kasik kt PAS la.Nampak sgt depa yg terhimpit dan terdesak,bukannya PAS.Aku yakin PAS punyai semangat setiakawan yg kuat.