Home

BeRSaTuKaH MeLaYu?

Assalamu'alaykum..

Semalam Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) telah menganjurkan satu seminar perpaduan Melayu.Khabarnya perhimpunan ini dihadiri 3000 cendikiawan Melayu bagi membincangkan soal perpaduan Melayu yang dikatakan longgar dan telah memberikan ancaman pada kuasa politik dan ekonomi kaum itu.Saya kurang berminat untuk mengulas hasil persidangan tetapi lebih terarah untuk membincangkan soal perpaduan itu sendiri.

Soal perpaduan ini sebenarnya isu lama yang diulang-ulang,terutamanya apabila parti pemerintah gagal mengekalkan kesinambungan kuasa.Pada 1999,isu ini dilaung oleh bekas PM,Tun Mahathir pabila menyaksikan 63% kaum Melayu memberikan undi kepada parti lawan.Tawaran penyatuan dihulur buat PAS dan disambut Allahyarham Presiden,Ustaz Fadzil Noor dengan beberapa syarat seperti keadilan perbicaraan buat Anwar serta pengembalian royalti minyak Terengganu yang dirampas.Tuntutan mudah ini ditolak,dan kedua-dua parti terus kekal atas landasan politik masing-masing.Saya masih ingat ketika itu,sebuah stesyen telivisyen begitu berani berimaginasi dengan menggabungkan bendera UMNO dan PAS menjadi satu bendera.

Hakikatnya isu ini akan terus timbul dan ditimbulkan.Jika ditanya pada mana-mana pendukung fanatik UMNO (fanatisme sebenarnya wujud dalam semua parti),jawapan mereka,Melayu berpecah dua sebaik PAS ditubuhkan.Kesalahan perpecahan akan dibebankan ke bahu PAS selama-lamanya;selagi mana UMNO masih bernyawa.Itu pemikiran mereka.Biarlah sekorup manapun parti sanjungan,biarlah setidur mana pun pemimpin yang memimpin,parti tetap satu dan tunggal.Keluar daripada parti kerana Islam dianggap derhaka dan menyertai parti lain untuk membetulkan negara adalah pemecah belah.

Tuan-tuan,

Membicarakan soal perpaduan tanpa diisikan dengan soal keadilan dan kesaksamaan adalah umpama rumah tanpa tiang;perpaduan itu akan bersifat sementara dan akan runtuh bila-bila masa.

Adalah ganjil,selepas kamu membunuh rakan-rakan kami di Memali,kamu hulur tangan dan berkata,"Bersatulah dengan kami"
Adalah ganjil,selepas kamu rampas hak royalti negeri kami,kamu hulur tangan dan berkata,"Bersatulah dengan kami"
Adalah ganjil,selepas kamu sumbat pimpinan kami ke penjara tanpa bicara,kamu hulur tangan dan berkata,"Bersatulah dengan kami"
Adalah ganjil,selepas kamu fitnah gerakan kami di media boneka,kamu hulur tangan dan berkata,"Bersatulah dengan kami"
Adalah ganjil,selepas kamu nafikan hak pembangunan kami,kamu hulur tangan dan berkata,"Bersatulah dengan kami"

Tangan kamu dilumurkan dengan segala dosa dan darah dan minta kami ciumi?

Gila..

Umpama Firaun menzalimi Bani Israel dan meminta taat setia.

Adalah tidak sukar meminta perpaduan jika keadilan sanggup diberikan.Kembalikan hak rakyat yang kamu telah nafikan.Asingkan kembali kuasa eksekutif yang terlalu besar selepas kisah pengurangan kuasa raja hampir 20 tahun lalu.Jika perlu hukum pimpinan lama yang bersalah,maka lakukan.

Tetapi jika memohon maaf pada Tun salleh Abbas atas Tragedi Kehakiman 1988 pun sudah liat,apa yang rakyat boleh harapkan?

Dan bukan selama-lamanya kita enggan bersatu.Dalam hal yang benar,kita tetap bersama pemerintah.contoh,dalam isu Bosnia,Tuan Guru Haji Hadi sendiri menyokong usul yang dibawa Tun Mahathir di parlimen pada 1997 yang kemudiannya mendapat ucapan terima kasih TDM.JUga apabila usul Akta Rasuah 1997 dibawa ke Parlimen oleh Anwar,yang membolehkan BPR mudah menyiasat rasuah menteri,berapa banyak mulut MP Pembangkang yang membantah?.

Dalam hal yang benar,pasti tidak sukar meminta perpaduan.Dalam hal yang salah,jangan harap.Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a katanya:

"Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan. Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu. Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu ? . Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu ? . Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu ? . Rasulullah menjawab dengan bersabda:Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka . Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin ? . Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian"

Menyalahkan PAS sebagai sebab pecah belah adalah sesuatu yang tidak munasabah.Jika anda mengatakan memperjuangkan Islam itu pecah belah,maka sikap anda sama seperti musyrikin Mekah yang mengatakan tindakan Rasul membawa Islam sebagai pemecah belah kaum Quraisy.
Benarkah?

UMNOlah yang sepatutnya keluar daripada kepompong rasisme dan cuba melihat kaum lain daripada kaca mata Islam itu.

Bolehkah?

Dan kadang-kadang saya berfikir,Adakah perpaduan itu hanya akan wujud selepas UMNO hancur?.

Yakah?

iBNuZaCK: Bersatu kita bersatu...lol

Assalamu'alaykum..

3 Komentar:

Anonymous said...

adakah dengan menyertai UMNO, Melayu akan bersatu semula?
adakah kalau Pak Lah terus jadi PM, Melayu akan bersatu semula?
adakah Mahathir masuk bertanding balik, Melayu akan bersatu semula?
adakah KJ jika diangkat menjadi PM, Melayu akan bersatu semula?

adakah? adakah? adakahhh???!!!!!11~

(emo.. emo..)

Anonymous said...

Sebarang bentuk muzakarah sebagaimana yang berlaku di zaman Allahyarham Ust Fadzil Noor adalah di alu-alukan. Sehingga kini saya menanti apa sebarang follow up, tapi hampa dengan keangkuhan UMNO walaupun sudah dihinakan sebegitu rupa di PRU yang lepas.

Kita hanya mampu berdoa supaya yang di sebelah "sana" dibukakan pintu mata hati agar melihat kesia-siaan perjuangan bersifat perkauman (yang sudah "outdated"), sebaliknya mula merobah kearah perjuangan Islam yang boleh mengembalikan martabat orang Melayu sebagaimana ia telah menjadikan Melaka sebagai sebuah empayar tersohor di rantau ini suatu masa dahulu.

A Voice said...

Ini pandangan saya pula ... Perpaduan Melayu atau Kekalkan Perdana Menteri?