Home

SeRiuSKaH BA HaDaPi PiLiHaNRaYa?

Assalamu'alaykum

Artikel ini adalah sambungan kepada artikel PaS WaJIB BeLaJaR DaRiPaDa KeSiLaPaN LaMa yang mendapat respon baik daripada rakan-rakan pembaca.Meskipun pada awalnya,artikel ini hendak ditangguhkan bagi mengelakkan ianya menjadi 'peluru' buat sang musuh,tetapi atas kesedaran sendiri,penulis memutuskan untuk tetap menyiarkannya dengan mengurangkan kritikan dan memperbanyakkan cadangan.Apatah lagi,jika ditangguhkan maka cadangan ini akan terus malap dan sukar diterima.Maka masa inilah yang dirasakan paling sesuai sementelah lagi BA dilaporkan sudah siap membahagikan 90% kerusi yang akan ditandingi pada PRU 13 kelak.Jesteru,moga artikel ini akan menerima perhatian daripada pihak pimpinan.

5 hari lagi maka tamatlah bulan November 2007;bulan yang dicanang oleh hampir semua pemerhati politik sebagai bulan pilihanraya.Lantas seawal bulan ini sudah ramai yang memulakan jangkaan baru,kali ini Februari atau Mac 2008.Apa pun,penulis yakin selagi sebelum berakhir April 2008,analisis jangkaan pilihanraya akan tetap berlegar sebelum tarikh itu,tarikh di mana Dato seri Anwar akan bebas daripada larangan bertanding.Anwar juga pastinya sedang berdoa agar pilihanraya tidak diadakan lebih awal daripada tarikh itu.Sekurang-kurangnya andai BA gagal menumbangkan kerajaan berkuasa,dia akan tetap berpeluang berpencak di dalam sidang Parlimen;sesuatu yang pasti tidak sanggup dihadapi Kakak Rafidah dan Abang Nazri Aziz.Masakan tidak,menguruskan Dr Azizah sendiri sudah bermasalah inikan pula bertentang mata dengan bekas ketua kepada seluruh jentera BN yang wujud pada hari ini.

Sukarnya membetulkan fikrah rakyat.

Sepanjang Mac 2004 hingga sekarang,terlalu banyak isu yang mampu menjadi modal pembangkang.Rasuah,skandal kehakiman,Altantuya,keselamatan,kebebasan media dan pembangunan ekonomi dan pendidikan.Semuanya mampu menjadi modal ceramah.Tapi adakah ianya mampu mengubah selera rakyat terhadap kepimpinan baru atau sekadar menjadi topik perbualan tanpa hasil?.Di Perancis apabila ada laporan menyebut pendapatan rakyatnya 15% lebih rendah daripada rakyat negara jiran,British,maka ianya menjadi isu utama dalam kempen Presiden yang menggugah kedudukan penyandangnya.Di Malaysia apabila kajian menyebut rakyatnya 500% lebih miskin daripada rakyat Singapura,ramai rakyat yang membuntangkan mata,tetapi lebih ramai yang mengatakan,"Tak apalah.Nasib baik kita tak macam Afganistan".Dalam kes rasuah dan skandal kehakiman begitu juga.Ia menumbangkan kerajaan di negara maju dan mewujudkan krisis politik di negara Pakistan,tetapi ia belum cukup menyebabkan rakyat meletakkan keyakinan ke atas barisan pembangkang.Isu seperti ini hanya sekadar menarik perhatian tetapi belum mampu menyebabkan rakyat benci kepada kerajaan.

Begitu juga dalam isu membaham harta negara.Tidak sedikit rakyat dan ahli UMNO tahu perihal penggunaan wang negara bagi menyelamatkan Scomi dan MISC milik anak Perdana Menteri yang bertugas kala itu.Tidak sedikit juga yang tahu perihal kes penyalahgunaan dana rakyat dan pembahagian projek kerajaan pada mereka yang rapat dengan pemimpin,tetapi berapa kerat rakyat yang telah teralih pandangan dan keyakinan mereka darihal isu ini?Kes Dato' Zakaria dan istananya pernah menghiasi ruang media perdana satu ketika dahulu.Tetapi dalam majlis Aidilfitri anjurannya,ribuan juga rakyat yang datang.Ada yang mengkin kata,yang datang tu sebab nak makan.Jika anda membenci seseorang,sanggup anda berkunjung,makan dan bersalam dengannya?Ini membuktikan isu penyalahgunaan kuasa gagal mengubah persepsi rakyat kepada pemimpin UMNO/BN.Kebanyakan rakyat masih bermentaliti,"Asal aku boleh makan,boleh bawak kereta,ada rumah,anak bini aku sihat..cukup!"

Tidak sedikit juga rakyat yang membenci kerajaan pada hari ini tetapi gagal melihat BA sebagai alternatif kepada yang sedia ada.Soalnya kenapa dan bagaimana mengatasinya?Maka ini akan menjadi tumpuan perbincangan artikel pada kali ini.

Kabinet Bayangan

Dalam setiap pilihanraya di negara-negara maju,kesungguhan gabungan parti-parti pembangkang untuk menumbangkan kerajaan ditonjolkan menerusi pembentukan kabinet bayangan.Soalnya di mana kabinet bayangan BA?Buat masa ini hanya Anwar yang dilihat pasti mengetuai kerajaan,tetapi portfolio lain belum diisi termasuklah khabarnya bakal Timbalannya sendiri!Sungguh,tiada yang mampu menafikan ramai undecided voters hilang keyakinan pada gabungan pembangkang kerana kebimbangan mereka akan berlaku huru hara andai BN tumbang.Hujah mereka,perebutan kuasa akan berlaku sesama parti terutamanya PAS-DAP yang kurang sebulu.Malah,ramai mengandaikan keadaan politik negara akan menjadi tidak stabil jika salah satu parti ini keluar daripada kerajaan dek kerana tidak puas hati dengan pembahagian portfolio.Jesteru itu,pembentukan kabinet bayangan adalah langkah terbaik untuk menunjukkankan kesungguhan dan menambahkan keyakinan rakyat untuk memilih BA inshaAllah.Mungkin pimpinan bimbang ianya akan digunakan media untuk menunjukkan BA gila kuasa atau berangan semata-mata atau mungkin kerana masih belum pasti calon mana yang akan menang,jadi kabinet bayangan ini cukup sekadar pembahagian portfolio mengikut parti sahaja.Contohnya,Kewangan untuk PKR,Kesihatan DAP dan Pendidikan PAS.

Belanjawan sendiri

Ramai pasti masih ingat pada 1999 di mana BA membuat Belanjawannya sendiri yang mana sebahagian daripada isinya dilaporkan ditiru oleh Belanjawan 2000 kerajaan BN.Soalnya kenapa pada 2004 tiada tindakan yang sama?Dan apakah PRU 13 akan menyaksikan skrip serupa?Belanjawan yang direka sendiri oleh pembangkang pastinya akan menarik minat golongan yang mementingkan ekonomi (terutamanya Cina).Malah dalam isu belanjawan dan dasar ekonomi ini,rakyat mahu mengetahui apakah ECER,NCER dan WPI akan diteruskan andai BA memerintah atau adakah BA punya perancangan lain?Apakah BA akan meneruskan dasar pembangunan Pertanian cetusan Abang Lah atau mengembalikan kegemilangan perindustian zaman Abang Mahathir atau punya agenda ekonomi tersendiri?.Penulis melihat langkah Dato Seri Anwar mengeluarkan AGENDA EKONOMI MALAYSIA sebagai sesuatu yang positif.Malangnya tiada rangka khusus untuk melaksanakannya dan terlebih banyak persoalan yang belum mampu dijawab oleh dasar tersebut.Jesteru itu,pentingnya agar ia diperjelaskan kepada rakyat keseluruhan agar keyakinan pengundi atas pagar mampu ditarik.

Pendidikan Percuma

Dalam satu forum anjuran ODC berkaitan krisis ekonomi Malaysia yang disertai penulis hasil jemputan dan jasa baik seorang rakan,persoalan mengenai pendidikan percuma ini telah ditimbulkan dan dijawab oleh Tan Sri Khalid,Bendahari Agung PKR sebagai ahli panel ketika itu.Namun,jawapannya gagal memuaskan hati ramai kerana belum ada jaminan khusus apakah biasiswa akan diberikan bagi menggantikan pinjaman membebankan seperti sekarang.Penulis menyedari adalah sukar menjadikan semua pinjaman PTPTN dan MARA sebagai biasiswa.Kita mempunyai kira-kira 17 IPTA,500 IPTS dan puluhan Politeknik dan institut Kemahiran.Memberikan biasiswa bagaikan menyembelih tengkuk kerajaan.Namun,adakah kadar faedah yang khabarnya menjangkau RM 7.5b setahun (PTPTN sahaja) akan dihapuskan?Jika dihapuskan,bagaimana kerajaan baru akan menampung kos tanpa menjejaskan ekonomi dan pembangunan?Bagaimana pula dengan mereka yang sudah meminjam dan sudah membayar sepenuhnya pinjaman?Bolehkah mereka menuntut kembali wang mereka (yang sudah tentunya melibatkan perbelanjaan bilion ringgit)?Penulis berani mengatakan andai isu pinjaman Pendidikan ini berjaya diselesaikan dengan baik,maka impian untuk sekurang-kurangnya menafikan majoriti 2/3 BN akan terlaksana inshaAllah.

Pergerakan Pemimpin dan Ceramah Umum

Ini adalah soal yang sangat mengecewakan penulis.Ramai mengetahui bahawa kebanyakan pimpinan utama berasal daripada utara atau timur tanah air.Tetapi ini tidak memberikan alasan untuk pemimpin berkubu di negeri sendiri atau paling jauh pun Taman Melewar.Soalannya,bila ceramah mahu diadakan lebih kerap di kawasan Selatan Tanah air?Sikit-sikit Taman Melewar.Apakah kita mahu mengharap seluruh penyokong dari Selatan berkumpul di Taman Melewar?Benar,kini ada kemudahan teknologi internet dan pembangkang boleh penulis katakan hebat dalam soal ini.Tetapi bukankah dengan bertemu mata dengan penyokong itu lebih baik,lebih menunjukkan keprihatinan dan lebih mendekati rakyat.Tanyalah berapa kali penduduk Johor,Melaka,Negeri Sembilan ada peluang bertemu TG Haji Hadi,Us Nasha dan pimpinan tertinggi lain di laman sendiri.Sabah Sarawak jangan cakaplah.Walhal 5 negeri ini sudah mewakili kira-kira 130 kerusi Parlimen.Sampai bila mahu takut pada pengaruh BN?Jika sekadar berkubu di Kedah Kelantan Terengganu,maka wajarlah ada rakyat yang gagal melihat kesungguhan PAS,PKR dan DAP untuk memerintah Malaysia,terutamanya di Malaysia Timur.Rakyat melihat pembangkang sebagai pembangkang yang hanya mahu membebel di Parlimen tanpa ada usaha bersungguh-sungguh untuk membentuk kerajaan.

Malaysia mempunyai kira-kira 2 juta pengundi baru yang mendaftar.Kebanyakan mereka adalah undecided voters.Maka ayuh BA,dekatilah mereka.Bukalah hati mereka untuk yakin pada barisan pembangkang.Jangan terlalu menumpukan kepada orang-orang tua yang sudah liat pemikiran mereka untuk diubah.Tonjolkanlah keseriusan tuan-tuan untuk memerintah!

iBNuZaCK: Kali pertama mengundi.. :D

Assalamu'alaykum

2 Komentar:

Ibnu_Ismail said...

Pernah sekali ada cadangan agar PAS lebih fokus pada kawasan-kawasan maju untuk dimenangkan, berbanding Kedah, Terengganu etc. Dengan menang di Kuala Lumpur, Selangor sebagai contoh, mungkin boleh membuka mata seluruh rakyat. Mungkin rakyat akan berkata, "wah...orang bandar (yang biasanya lebih educated) pun undi PAS. mesti ada sesuatu dengan PAS".

Apa pendapat Rahim?

p/s: Kalau di bangi sebagai contoh, tempat-tempat terpencil sepert Reko lah yang akan memenangkan BN. Kalau record PRU lepas, sekitar Bangi itself, PAS lebih mendahului.

iBNuZaCK said...

Benar. :D

Tapi,kalau ikutkan Man,andai PAS mampu menang di kawasan bukan Melayu maka itu lebih baik.Lebih mengujakan apabila bukan Islam berlapang dada menerima perjuangan Islam itu sendiri.Maka orang Islam akan jadi malu pada diri sendiri.

Dari sudut penumpuan,memang PAS wajar berubah dan cuba mendekati negeri2 selatan dan tengah.Ini tidak,kalau di negeri Sembilan,Johor tu berapa kali dapat rakyat melihat wajah pimpinan utama,TG,Us Nasha dsb?Dalam soal ini,PAS kena contohi Anwar,setiap ceruk tempat dia pergi.

Namun dr sudut kerusi dalam keadaan sekarang,PAS lebih wajar mempertahankan kerusi majoriti Melayu yang menjadi kubu.Serahkan dahulu kerusi bandar (yang seimbang Melayu-Bukan Melayu) kepada PKR.Bantu PKR dikerusi2 ini.Harus diingat,ada wujud sesetengah pengundi hardcore PAS yang liat untuk mengundi selain parti dokongan kerana tak berapa gemar dengan corak PKR sendiri dalam sesetengah perkara.Contoh,isu Lina Joy.Ini perlu diberi perhatian dahulu.

Tapi jika kawasan yang ada harapan seperti Bangi dan Gombak di mana PAS kuat,maka itu lebih baik ditandingi daripada menyerahkan kerusi pada rakan segabungan.

Masanya akan sampai juga apabila PAS akan mampu menduduki bukan sahaja kerusi Shah Alam atau Kelang,malah Kota Melaka,Seputeh,Ipoh Timur..InshaAllah.Tiada sebab orang yang memahami asas perjuangan PAS akan menolak PAS,melainkan hatinya terlalu kotor untuk menerima yang haq.

Cuma PAS-PKR perlu lebih pantas.Contoh,dalam isu Hindraf,PAS-PKR amat lembap.Kenyataan rasmi TG Haji Hadi hanya dikeluarkan lebih seminggu selepas perhimpunan.Kenyataan Anwar belum lagi.Setakat menyetujui hak berhimpun itu saja yang dikeluarkan,sedangkan kenyataan rasmi mengenai setiap tuntutan Hindraf itu masih tiada.

Bimbang jika terlalu lambat,otak orang-orang kampung yang tiada internet dan bergantung pada TV3 dan RTM akan menyonsang daripada menyokong BA.Saat itu dah lambat.

Tapi,mungkin juga itu strategi pimpinan.Ya lah,orang tua lagi pintar dan pengalaman lebih luas dari kita.Masak dengan sepak terajang politik.Bila isu dah reda,mungkin baru diserang kembali.Macam selepas Anwar bebas juga.Serata ceruk dunia dia berjalan ditengah2 Khairy Hensem menjerit meminta Anwar tidak dipulangkan kepada UMNO.Lamanya Anwar berjalan sehingga gelisah kita kerana ingatkan dia sudah putus asa dengan politik malaysia.tup..tup..Bila dah senyap Umno pasal dia,dia muncul balik dalam negara dengan segala senjata.Menggelupur Uncle Pak Lah comel dan Abang Khairy Hensem.

Maybe this time is the same.Just waiting 4 the right moment..