Home

KeNYaTaaN RaSMI PAS TeNTaNG TuNTuTaN HiNDRaF

Assalamu'alaykum

Hak berhimpun diakui, tetapi sebahagian tuntutan Hindraf melampau

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

PAS sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa semua pihak seharusnya diberikan hak dan kebebasan untuk berhimpun dan bersuara sebagaimana yang dijamin dan diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya kejadian diskriminasi kaum bukan hanya berlaku terhadap masyarakat India malah turut berlaku dikalangan masyarakat Cina dan Melayu khasnya yang menyokong parti-parti pembangkang. Malahan terbukti pimpinan dan ahli-ahli MIC tertentu memperolehi habuan yang lebih baik dari bangsa Melayu sendiri yang menyokong parti-parti pembangkang.

PAS mempertahankan perlunya perpaduan kaum terus dikekalkan dalam negara ini dan sebarang isu yang dicetuskan untuk menghasut sentimen mana-mana kaum samada India, Melayu ataupun Cina hendaklah ditolak. PAS menganggap sebahagian tuntutan dan tuduhan pihak HINDRAF adalah melampau dan dengan ini menuntut agar pihak kerajaan segera menubuhkan badan bebas untuk menyiasatnya.

PAS dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan mainan pihak media yang didalangi oleh Umno dan Barisan Nasional yang cuba mencetuskan ketegangan kaum bagi tujuan meraih undi rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat dan pimpinan parti-parti pembangkang sebagaimana semasa "Operasi Lalang" tahun 1987 dahulu.

3 Disember, 2007

DATO™ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
PRESIDEN PAS

Sumber asal: HarakahDaiLy



Sanggupkah kerajaan buka kembali siasatan kes rusuhan Kampung Medan.Apa benar Pemuda Umno dalangnya bagai didakwa?Kita tidak memerlukan penafian Pak Lah atau Abang Najib,kita memerlukan satu penyiasatan jujur terhadap setiap tuduhan.Andai salah dan fitnah tuduhan Hindraf,ayuh humbankan saja Uthaya di dalam jeriji besi.Tapi soalnya beranikah kerajaan membuka kembali siasatan?Sedangkan cubaan menganalisa kembali Tragedi 13 Mei oleh Dr Kua Kia Soong mendapat halangan..


iBNuZaCK: Tunggu statement rasmi PKR pula..

Assalamu'alaykum

0 Komentar: