Home

FaLaK - PeNeNTuaN WaKtu SoLaT

Assalamu'alaykum..


Pada 13-14 Julai baru-baru ini, saya telah menghadiri (sebenarnya lebih kepada dipaksa hadir :P) Seminar Ilmu Falak sempena 20 tahun Persatuan Falak Syari'e Malaysia (PFSM) anjuran bersama PFSM dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).Terdapat kira-kira 23 kertas kerja telah dibentangkan oleh pembentang-pembentang dari Malaysia,Indonesia dan Brunei dan dibahagikan kepada 2 sesi selari (bermakna 2 pembentangan serentak dalam satu masa).Kertas-kertas kerja yang dibentangkan adalah berkenaan asal-usul dan sejarah ilmu falak, kepentingannya, kemajuan (teknologi) ilmu falak kini serta perancangan masa hadapan.


Namun 2 kertas kerja telah menarik perhatian saya untuk sama-sama saya kongsikan bersama para sahabat sekalian.Yakni berkenaan isu dalam perhitungan waktu solat.Menurut para pembentang,waktu solat yang terdapat di dalam takwim yang disediakan oleh JAKIM tidak mempunyai ketepatan yang jitu serta mempunyai ralat.Ralat pada waktu siang berlaku kerana kedudukan altitud matahari dan kecepatan pergerakan matahari iaitu pada kadar 900"/minit (sumber web JPL,NASA,2007).Jesteru matahari memerlukan kira-kira 1 minit bagi melepasi kawasan keraguan.Oleh itu,secara teori waktu Zohor juga mempunyai ralat sebanyak 1 minit.Ralat pada waktu malam pula berlaku kerana sifat langit yang mempunyai kecerahan yang berbeza pada setiap malam.Ianya berlaku dek kerana kewujudan bulan,planet,awan dan objek angkasa lainnya.Oleh itu,menurut kajian USM,ralat antara 4-7 minit telah diperolehi bagi waktu Isya' dan bagi waktu fajar adalah antara 8 hingga 32 minit.

Waktu IKHtiati

Waktu ikhtiati adalah sejumlah masa tertentu yang ditambah atau dikurangkan daripada waktu yang diperolehi (daripada kajian) atau kiraan untuk menambahkan keyakinan.(Saupi,Zakuwa:2007)
Konsep waktu ikhtiati ini diterima oleh semua pihak berkuasa agama negeri.Namun terdapat perbezaan dari segi penggunaannya.Menurut Mufti Pahang dan Johor,penambahan pada waktu kiraan tidak diperlukan kerana ketepatan kiraan astronomi adalah diyakini.Menurut Mufti Terengganu pula, waktu kiraan perlu digenapkan kepada minit besar yang tehampir.Contoh,jika waktu Asar mengikut kiraan adalah 4:32:12,maka waktu yang perlu dijadualkan adalah 4:33 petang.Namun pada waktu syuruk,sebagai langkah keselamatan,waktu ikhtiati dipercepatkan.Contoh: jika waktu syuruk mengikut kiraan adalah 7:02:33,maka waktu yang perlu dijadualkan adalah 7:02 pagi.Secara majoritinya (minit mesyuarat JAKIM,2004),waktu Zohor ditambah 2 minit dan waktu syuruk ditolak 1 minit.Bagi Sabah dan Sarawak,setiap waktu ditambah pada julat 1 dan 2 minit dan waktu syuruk ditolak sebanyak 1 minit.

Kesimpulan

Kesimpulan dari entri pendek ini,para pengunjung dan diri sendiri diingatkan agar tidak melewat-lewatkan waktu solat kerana dibimbangi waktu solat sudahpun luput pada saat solat dikerjakan dan tidak tergopoh-gopoh menunaikan solat sebaik sahaja masuk waktu didalam takwim (kerana mengejar masuk waktu bekerja,kelas dsb).Seelok-eloknya solat dikerjakan selepas selesai azan dikumandangkan.


Wallahua'lam..


Assalamua'laykum..


Rujukan :
1. Beberapa Isu Dalam Perhitungan Waktu solat ,Prof Madya Dr.Abdul Halim Abdul Aziz (USM),2007
2. Waktu Solat Berasaskan Zon Di Malaysia,Mohamad Saupi (UTM) Dan Muhamad Zakuwa (Jakim),2007

2 Komentar:

Astromas said...

Assalamualaikum....

Saya ingin minta kebenaran saudara untuk copy dan paste artikel saya di http://astromas2020.blogspot.com

TQ,

ASTROMAS
Astronomi Untuk Semua

Astromas said...

Typo
*copy dan paste artikel saudara ke blog saya :)