Home

SiRi 2 uNDaNG-uNDaNG iSLaM-HuDuD(MuRTaD DaN SaRiQaH) DaN MeNJaWaB TuDuHaN GoLoNGaN aNTi-HuDuD..

Assalamua'laykum..

Penulisan kali ini akan menjurus kepada kategori-kategori Hukuman Jenayah di dalam Islam.Dimulakan dengan Hudud (yang akan dibahagikan kepada beberapa bahagian dan siri),Qisas dan akhir sekali Takzir.

Kewajipan Pelaksanaan HukuM Islam

Antara dalil yang menunjukkan kewajipan melaksanakan Hukum Islam di dalam negara yang diperintah adalah:

"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling dari hukum Allah, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan dosa-dosa mereka" (al-Maidah:49)

"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui." (al-Jaatsiyah:18)

"Menetapkan hukuman itu hanyalah haq Allah swt." (al-An'am:57)

Allah juga memberikan amaran kepada pihak yang enggan melaksanakan hukumNya.FirmanNya:

". Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata." (al-Ahzab:36)

Masih banyak lagi dalil-dalil berkenaan kewajipan dan amaran kepada mereka yang enggan melaksanakan Hukum Islam.Namun,cukuplah beberapa dalil yang saya sertakan kerana sesungguhnya buat mereka yang beriman,satu ayat sahaja lebih dari cukup bagi mengingatkan.

Selesai kita membicarakan mengenai kewajipan melaksanakan Hukum Islam,kita teruskan kepada Hukuman Jenayah yang pertama iaitu:

Kesalahan-Kesalahan Yang dikenakan Hukuman Hudud.

1. Murtad

Murtad atau Riddah dalam bahasa mudahnya adalah keluar dari Islam atau menjadi kafir setelah memeluk Islam.Kes murtad boleh terjadi melalui pengakuan dan perbuatan oleh si tertuduh yang boleh disabitkan sebagai murtad.Namun,hukuman Hudud ke atas si murtad tidak boleh dijatuhkan sewenang-wenangnya.Jika didapati (di dalam perbicaraan/soal-jawab) bahawa si murtad terpedaya atau salah faham dan terpengaruh terhadap dakyah busuk yang dilemparkan ke atas Islam,maka dia dilepaskan dari dijatuhkan Hukuman Had setelah bertaubat dan Hakim berpuas hati dengan penjelasan mereka.Bagi mereka yang telah sabit kesalahan murtad,maka dia akan dihukum bunuh setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari atau 3 kali.

Menjawab Hujah Hukum Bunuh Kepada Si Murtad Menolak Hak asasi/Kebebasan Beragama.

Sebelum menjawab,ada baiknya kita meneliti dahulu apa yang dimaksudkan dengan kebebasan yang dicanag-canangkan oleh golongan sekularisme dan anti-Hudud ini.Adakah kebebasan yang dimaksudkan adalah bebas mengeluarkan pandangan tanpa ada sekatan/garis panduan?Bebas melakukan segala-galanya atas asas hak asasi?Inilah sebenarnya intipati ajaran sekular-demokrasi yang mula-mula dipopularkan oleh ahli falsafah Perancis,Voltaire dan kini mula menjadi anutan sebahagian umat Islam di Malaysia.Hakikatnya langsung tiada kebebasan mutlak di seluruh dunia.Contohnya di England,bolehkah kita berbogel dan kemudian berjalan-jalan di dalam bandar.Sudah tentu tidak.Pasti kita akan diheret ke balai polis atau dikenakan denda dan dipaksa berpakaian sopan segera.Soalnya,mengapa?Bukankah itu hak asasi?Hak untuk manusia mempamerkan tubuh badan mereka?Mengapa badan hak asasi tidak bising?Pergilah ke mana-mana negara demokrasi sekular di mana-mana ceruk dunia sekalipun,jawapannya tetap sama (melainkan sesetengah kawasan di US,itupun kalau masih berkuatkuasa). Ini menunjukkan tiada hak kebebasan total di dalam dunia hatta di negara total sekular sekalipun.

Bagi kes murtad pula,bolehlah diibaratkankan begini.Seorang lelaki ingin menyertai perkhidmatan tentera.Soalnya,adakah dia bebas menyertai perkhidmatan tentera?Sudah tentu.Sebelum masuk perkhidmatan dia bebas untuk memilih sama ada untuk memasuki perkhidmatan tersebut.Sama dengan konsep bukan Islam mahu masuk Islam.Sebelum masuk Islam dia berhak memilih sama ada untuk masuk Islam atau tidak.Kita teruskan,sekarang dia telah menjadi tentera,maka dia akan terikat dengan peraturan tentera yang tidak dikenakan semasa dia menjadi rakyat biasa.Peraturan ini wajib dipatuhinya.Sekarang,katalah dia tidak berpuas hati dengan kehidupannya sebagai tentera di Malaysia,katanya baik jadi tentera Singapura gaji lagi mahal,peraturan pun tak banyak (katalah..),bolehkah dia senang-senang keluar dari perkhidmatan tentera?Mengingkari arahan ketuanya?Menolak peraturan tentera?Bolehkah?Sudah tentu tidak!!Dia akan tetap dikenakan hukuman tentera atas kesalahn disiplinnya itu.Hatta jika dia lari dari perkhidmatan tentera sekalipun,dia tetap akan dikenakan hukuman penjara selama beberapa tahun.Mengapa tiada badan Hak asasi manusia yang kononnya galak memperjuangkan kebebasan manusia menentang hukuman ini?Bukankah ia bertentangan dengan Hak asasi manusia yang membebaskan manusia untuk melakukan apa yang dihajatinya?

Begitu juga dengan konsep Hukuman ke atas si murtad.Kamu bebas untuk memilih sama ada mahu masuk Islam atau tidak di saat kamu masih kafir.Tetapi sebaik sahaja kamu Islam maka kamu wajib patuh atas setiap undang-undangnya.Islam bukan seperti baju,yang kamu boleh pakai bila kamu suka,dan buang bila kamu tidak suka.Jesteru itu,setiap mereka yang berniat mahu memeluk Islam mesti mendalami tentang Islam terlebih dahulu agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku di kemudian hari.

Seterusnya penulis suka mengingatkan diri dan tetamu budiman sekalian untuk menginsafi bahawa seseorang yang murtad adalah mereka yang memilih untuk berada di atas kesesatan setelah berada di atas landasan kebenaran.Bagi seorang pemerintah yang taat pada Tuhannya dan yakin Islam sebagai jalan yang benar tidak akan membiarkan begitu sahaja rakyat jelata di bawah tanggungjawabnya mencabut akidah tanpa sebarang tindakan yang wajar.Jesteru penulis kesal dengan tindakan Perdana Menteri kita yang dikasihi,Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang seolah berlepas tangan dalam menangani gejala murtad ini seperti katanya,"Malaysia does not forbid Muslims from converting" ketika Seminar Islam Antarabangsa yang dilangsungkan di Putrajaya pada awal bulan ini.

2. Mencuri (Sariqah)

Firman Allah di dalam Al-Qur'an:

" Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
(al-Maidah:38)

Maksud ‘Curi’ yang difahami dalam ayat di atas secara perundangan Islam adalah mengambil harta secara sembunyi dari pemiliknya atau wakilnya, dengan syarat mencukupi nisab potong tangan, dan mengeluarkan dari tempat penjagaan atau seumpamanya, dan tidak ada unsur syubahat terhadap harta tersebut [Nizham Al-‘Uqubat, Abd Rahman Maaliki, hal. 60].Hukuman had iaitu potong tangan ke atas pencuri ini hanya boleh dijalankan jika menepati syarat-syarat yang ditetapkan.Antaranya ialah:

i. Si pencuri mestilah aqil baligh, waras,dan melakukannya pencurian atas kehendak sendiri (tidak dipaksa-paksa oleh pihak lain).Ini bersandarkan Hadis Rasulullah s.a.w :

“Diangkat pena (dosa) dari 3 pihak, orang yang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia baligh, dan orang yang gila sehingga dia berakal” (Hadis Riwayat Muslim)

ii. Barang yang dicuri mencukupi nisab: Cukup nisab di sini membawa maksud cukup nilai minima barang yang dicuri.Berapakah nilai minima tersebut?.Jumhur ulama' (Maliki,Syafie dan Hambali) bersetuju bahawa nilai minima banrang yang dicuri bagi membolehkan hukuman hudud berjalan adalah 1/4 dinar atau 3 dirham.Dari Aisyah r.a,sabda Rasulullah s.a.w:

"Tangan pencuri dipotong untuk seperempat dinar atau lebih.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

1/4 dinar adalah bersamaan 1.0625g emas (24 karat).Berdasarkan harga emas semasa,1.0625g emas mutu 835 adalah RM63.81 sementara emas mutu 999 pada berat yang sama Rm73.80 (Ruj: Keris Emas). Jesteru nilai minimum sewajarnya bergerak antara nilai-nilai tersebut.Harus di ingat,harga emas dunia sentiasa berubah.Jesteru nilai nisab juga akan terus berubah-ubah.Nilai dalam RM yang penulis letakkan di atas hanyalah sebagai gambaran semata-mata.

iii. Harta yang dicuri adalah harta yang layak dimiliki Jika seseorang Muslim menyimpan arak atau minuman yang memabukkan atau khinzir di rumahnya kemudian dicuri, hal ini tidak akan menyebabkan pencuri dihukum potong tangan kerana harta tersebut bukanlah satu pemilikan yang layak untuk orang Islam. Sebaliknya jika dia mencuri harta tersebut dari orang kafir, maka pencuri akan dikenakan hukuman had.

iv.Kecurian yang dilakukan bukanlah kerana terlalu lapar atau terlalu miskin.

v. Bukan harta syubhat yakni tiada bahagian atau hak pencuri di dalam harta yang di curi.Contoh,semasa zaman pemerintahan Umar dan Ali r.a,berlaku kecurian di baitul Mal,namun hukum potong tangan tidak dijalankan kerana kaum muslimin berkongsi hak ke atas harta tersebut.

vi. Harta tersebut dijaga.Tidak akan jatuh hukum Hudud sekiranya si pencuri mengambil harta yang tidak dijaga.Penjagaan ini terbahagi kepada 2 iaitu;

a) Di dalam tempat penyimpanan yang khas seperti peti besi,kandang dsb.
Ulama' fiqah berpandangan bahawa jika berlaku kerosakan pada kandang atau stor (seperti lubang dsb),maka ini akan menghilangkan sifat 'penjagaan'.Jesteru si pencuri tidak akan dikenakan hukuman Had,sebaliknya akan dikenakan hukuman Takzir.Ini bersandarkan Hadis Nabi s.a.w:

Dari Amru bin Syuaib dari bapanya dan dari datuknya berkata “Aku mendengar seorang lelaki dari Bani Muzainah bertanya kepada Rasulullah tentang sangkar yang ada lubang: Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Pencuri itu kena bayar 2 kali ganda harganya dan dipukul sebagai teladan balasan seksa, namun jika dia mencuri unta atau kambing dalam pengawasan untuk minum air maka tangannya akan dipotong jika harganya menyamai 8 mijan”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

b) Tiada tempat penyimpanan khusus tetapi secara penjagaan umum iaitu ketika pemilik berada dengan barang tersebut dan orang lain tidak boleh menguasainya melainkan dengan izinnya. Contohnya seorang lelaki yang berada di dalam masjid dan meletakkan beg tersebut di sisinya.Ia juga dikira sebagai penjagaan.

vii.Sabit kes mencuri jika disertai dengan pengakuan si tertuduh atau dengan kesaksian dari 2 orang saksi:

Abu Umayyah Makhzumi menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah memerintahkan potong tangan seorang yang datang mengaku mencuri walaupun benda yang dicurinya tidak ada ditangannya.(Hadis riwayat Ahmad)

Jika sekiranya tidak memenuhi syarat di atas,maka si tertuduh akan dibicarakan pula mengikut hukuman takzir berdasarkan qarinah (bukti) yang diperolehi.Ini menunjukkan Islam tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman Hudud kepada si tertuduh.Pemeliharaan keadilan berlaku,dan tiada siapa yang teraniaya.Maha suci Engkau ya Allah..

SiRi 3 akan membincangkan berkenaan Hukuman Hudud [zina,qazaf(menuduh zina),Meminum benda-benda yang memabukkan dan rompak) insyaAllah.Sebarang pendapat amat dialu-alukan.Sebarang pembetulan atau tambahan terhadap apa-apa yang dilupakan penulis amat dihargai.Semoga Allah membalas jasa kalian.

Assalamua'laykum..

iBNuZaCK: TeriNgiN LiHat HuKuM IsLaM tErtEgaK di MalaySia

7 Komentar:

Islam UntuK Semua said...

Salam..

Benar,hanya hukum Allah yang terbaik untuk kita.Sayang,masih ada umat yang menidakkan dan enggan melaksanakannya...Teruskan usahamu akhi.. :)

Salam..

curious_mind said...

Walaupun artikel ini sudah lama ditulis. Saya ingin bertanya sedikit perihal hukum hudud tentang murtad. Saya ada juga membuat sedikit pembacaan melalui bacaaan2 di internet. Saya sememangnya bukan berniat untuk murtad(nauzubillahi min zalik), tetapi ingin mempelajarinya kerana ia telah dijadikan isu oleh bukan islam tentang paksaan agama dalam islam. Artikel saudara menjelaskan mengapa hukuman mati ini patut bagi orang yang bukan islam yg telah memasuki islam tetapi ingt kembali murtad tetapi bagaimana bagi yang dilahirkan islam?

Satu pandangan lagi yang saya baca mengatakan sememangnya tiada paksaan dalam beragama dalam islam dengan memberikan pelbagai ayat dari al-Quran yang menunjukkan hukuman bunuh bagi orang murtad adalah kurang tepat. Belia juga mengatakan tentang satu hadis yang digunakan utk hukuman ini tidaklah boleh dijadikan sebagai asas undang2 shariah ("Jika sesiapa menukar agamanya, bunuhlah dia"-translation dr artikel berbahasa inggeris). Hujah2nya ada di website beliau. Penjelasan dari saudara amat dihargai.

iBNuZaCK said...

MasyaAllah curious mind,saya baru perasan komen anda.Harap jika ada yang komen,minta nyatakan peringatan di shoutbox.Senang saya rujuk.

Hukumnya sama bagi orang yang dilahirkan islam tapi mahu murtad.Bilamana murtad dan setelah melalui beberapa prosedur seperti proses masa bertaubat,maka hukuman mati akan dijatuhkan.

Saya minta saudara/i curious_mind hati2 denga pandangan sebegini.Saya pernah berdebat dengan seorang anti-hadis.Hujahnya sama dengan apa yang saudara/i statekan.Dan lagi,hati2 dengan pengaruh Islam Liberal.Golongan ini juga mahukan kebebasan beragama total.Perlu diingat saudara/i,hadis adalah satu sumber rujukan Islam.Menolak hadis boleh menggugurkan akidah.

Hadis adalah sumber undang2 islam.Satu hujah yang dangkal apabila mengatakan hadis tidak boleh jadiasas undang2 syariah.Saya pohon saudara/i linkkan website itu.Senang saya rujuki.

Terima Kasih.

Salam..

curious_mind said...

akhirnya. terima kasih atas jawapan tersebut.:).Ini adalah link ke artikel yang telah saya baca. http://www.irfi.org/articles/articles_251_300/is_killing_an_apostate_in_the_is.htm
di dalamnya, ia bukan menolak hadis tetapi memberi hujah mengapa hadis yang diberikan kurang boleh dijadikan asas undang2 atas beberapa sebab dan bukannya menolak hadis. memang saya juga sedari bahawa menolak hadis yang sahih sememangnya sesuatu yang merosakkan akidah.

tentang hukuman mati tersebut. Saya bukan ingin berdebat tetapi dengan ikhlas saya ingin belajar. maka saya timbulkan persoalan yang mungkin dikatakan sebagai liberal kerana dengan ini, kita dapat menerangkan perkara ini pada orang yang berfikiran liberal. maka, saudara katakan hukuman mati ini tidak patut dipersoalkan kerana ia menjaga imej agama dan undang2 agama maka apabila seseorang memasuki islam, beliau sepatutnya bersedia menanggung tanggunjawab ini. ia sememangnya make sense dengan jelas sekali. tetapi itu adalah untuk orang yang memasuki islam selepas berfikir dan belajar. bagaimana pula dengan orang yang dilahirkan islam? bagi mereka yang diberi didikan sempurna, insya-Allah iman mereka akan utuh berdiri. Bagi mereka yang tidak dididik, dan terfikir untuk meninggalkan nikmat terbesar Allah ini, mereka akan menjadi seperti dipaksa memeluk islam dan menerima undang2 islam dari lahir yang mungkin dilihat kurang adil bagi sesetengah pihak.

Am i making any sense?

saya memang banyak menimbulkan persoalan2 dalam hati sebegini dan saya ada jawapannya untuk diri saya sendiri walaupun kurang mampu mempelajari banyak iaitu setiap undang2 Allah pastinya untuk kebaikan kita sendiri dan pastinya tiada was2 padanya. saya yakin pada jawapn yang saya beri kepada diri sendiri. kini, saya perlukan jawapan yang mampu membuka minda2 yang masih tertutup kepada agama Allah ini di samping membuktikan kebenaran jawapan yang saya beri pada diri sendiri.

segala yang datang dari Allah adalah sentiasa benar dan memberi kebaikan. namun, manusia yang membawa banyak keburukan yang mungkin memberi kesan negatif dan error mungkin wujud di mana2 yang masih perlukan kaji selidik.

curious_mind said...

http://www.irfi.org/
articles/articles_251_300/
is_killing_an_apostate_in_the_is.htm

maaf, sedikit error dalam link sebelum ini

iBNuZaCK said...

Wa'alaykummussalam..

Terima kasih.Maaf,jika dilihat saya sedikit kasar.Tiada niat buruk dr saya.InshaAllah saya jawab.

Sebenarnya terdapat beberapa dalil yang disilapfahamkan oleh Dr Ibrahim syed berkenaan Islam membenarkan convert agama.

Ibrahim memberikan 2 ayat dan highlightkannya sebagai mengukuhkan hujah iaitu:

The Glorious Qur'an says, "Let there be no compulsion in the religion: Surely the Right Path is clearly distinct from the crooked path." Al Baqarah, 2:256.

"Those who believe, then disbelieve, then believe again, then disbelieve, and then increase in their disbelief - Allah will never forgive them nor guide them to the path." Surah An-Nisa', 4:137

Pada hakikatnya,kita sebenarnya tak boleh ambil ayat Al-Qur'an tanpa kaji betul2.Contoh,Surah al-Baqarah ayat 256 yg diguna oleh Dr Ibrahim sebenarnya turun apabila seorang sahabat 'memaksa' ahli keluarganya memeluk Islam.Tiada paksaan di sini hanya bermaksud tiada pemaksaan untuk masuk Islam bukannya tiada paksaan untuk kekal dalam Islam.Asbabun Nuzul (sebab2 turun) ayat kena tahu.

Pada ayat 137 surah al-Maidah pula,ayatnya tidak memberikan kebebasan malah Allah mengancam dengan tidak memberi pengampunan.Sesetengahnya berpandangan bahawa golongan yang sekejap islam sekejap kafir ini bukan golongan yang menukar agama,tetapi golongan munafiq yang pura2.Wallahua'lam.

Mari kita lihat pula dalil2 Al-Quran berkenaan murtad:

Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu : " Jika mereka berhenti dari kekafirannya, nescaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang lampau, dan jika mereka kembali lagi kafir (murtad) sesungguhnya akan berlaku sunnah Allah terhadap sebagaimana orang-orang terdahulu; Perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu untuk Allah semata-mata " ( Al-Anfaal : 38-39 )

Lihat secara jelas 'perangilah mereka'.Ini bermakna halal untuk dibunuh.

Sebahagian ulama' seperti Imam An-Naisaburi dan Imam Ibn Juraij mengatakan bahawa inilah dalilnya hukuman bunuh ke atas si murtad.

Selain hadis 'man baddala Dinahu faqtuluhu' ada lagi hadis lain seperti:

Tidak halal darah Muslim yang bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah dan Aku sebagai Rasulullah kecuali ia melakukan mana-mana salah satu dari tiga perkara iaitu membunuh nyawa, janda yang berzina yang (penzina muhson) dan orang memisahkan dirinya dari agamanya lalu meninggalkan jemaah" ( Al-Bukhari, 6/2521 ;Muslim 3/1032 ; Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Ibn Hibban, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan lain-lain )

Note 'Tidak halal' dan 'kecuali'.Bermakna jika murtad maka halal darahnya(boleh dibunuh).Ada lagi hadis lain tapi cukup setakat itu dulu.

Makanya ramai yang mengatakan hadis ini tidak kukuh.Antara sebabnya adalah statusnya adalah Hadis Ahad.Dr Yusuf Qardhawi menempelak golongan ini dan mengatakan bahawa hadis Ahad juga diterima sebagai dalil hatta dalam bab akidah.Pandangannya bertepatan dengan Syeikh al bani.Malah,andai kita menolak Hadis Ahad,makanya hampir tiada hadis yang boleh dijadikan dalil memandangkan lebih 90% hadis berstatus Ahad.

Bagi saya,agak terang penjelasan bahawa memang dalam Islam ada hukum bunuh pada si murtad.Malah ijma' ulama' mengakuinya.Dr. Yusof Qaradhawi sendiri mengatakan bahawa adalah ijmak fuqaha' bahawa hukuman bagi murtad adalah bunuh selepas Istitab (tetapi masih enggan bertaubat).

Sekarang kita pergi kepada logik.

Hujah yang saya pakai berkenaan tentera hanya laku pada mereka yang memilih Islam kemudian murtad sahaja.Soalnya bagaimana mereka yg dilahirkan Islam?Adakah golongan (seperti kita) ini tidak dibenarkan memilih?

Agak sukar menjawab mengikut logik.Bimbang juga takut tuan/cik/puan salah faham.Baik,tak apa,kita cuba:

Saya adalah seorang anak kelahiran kaum asli Balwi (katalah wujud kaum ni..Hahaha).Saya memang dilahirkan sebagai kaum Balwi.Kaum ini mempunyai satu larangan.Ahli kaum tidak boleh makan durian.Jika tidak,akan dihukum berat.Setelah lama saya hidup dan membesar,saya mula rasa larangan makan buah durian itu tidak adil.Dan saya nak makan jugak.Makanya kalau saya makan,saya akan dihukum berat.Jadi hanya terdapat satu cara,keluar daripada kaum Balwi dan keluar dari kampung.Jika tidak saya akan dihukum kalau makan durian jugak.

Konklusinya begini,jika mahu langgar hukum Tuhan,bebas dr hukum Tuhan,maka keluarlah dari bumi Tuhan.Soalnya bolehkah?.Jika tidak mahu keluar,maka hukumannya tetap ada.

Soalnya bukan tidak diberikan keperluan untuk memilih,soalnya adalah memilih yang buruk setelah menerima yang baik.Seperti seorang gadis yang dipakaikan dengan gaun sutera yang cantik utk perkahwinannya ,tiba2 datang lelaki dan mengatakan "kamu boleh memilih untuk memakai gaun nenek saya yang dah rabak ni.Warnanya pun dah kuning.Nak?".

Siapa lelaki ini?Jawapannya orang gila.Kerana tiada orang normal akan memberikan pilihan buat yang lain memilih yang buruk sedangkan yang baik sudah ditangan.

Namun,perlu saya ingatkan,ilmu saya masih sedikit,andai jika belum jelas maka saya pohon maaf.Memang benar saudara/i,pandangan yang saya baca dr link itu memang bersifat liberal.Kebebasan total.Pandangan ni sebenarnya sudah lama masuk Malaysia.Dan dah masuk parti politik pun.

Untuk lebih jelas,boleh terus bertanya pada Ustaz zahiruddin di: http://www.zaharuddin.net/.Jujur saya menggemari pandangannya walaupun kadang2 saya tidak setuju.

wallahua'lam.

Maaf atas kekurangan

curious_mind said...

Terima kasih atas jawapan tersebut. Sangat membantu bagi saya. Walau apa pun labelnya, liberal, konservatif dan sebagainya. Sememangnya, peredaran idea dr pelbagai view ini bagi saya adalah baik untuk kepentingan ummah kerana meilhat perkara dari satu sudut tidak akan membantu kita mengembangkan minda.

terima kasih