Home

SiRi 1 uNDaNG-uNDaNG iSLaM - PeNGeNaLan DaN KeiSTiMeWaaNNYa..

Assalamua'laykum..

Pohon maaf terlebih dahulu saya sampaikan kepada pembaca sekalian kerana kegagalan saya untuk mengupdate blog ini dalam 2 minggu yang lalu.Ini berlaku kerana keterbatasan waktu untuk saya kembali menulis kerana menguruskan proses berpindah rumah ke Seri Kembangan dan permulaan semester baru minggu lepas.Sementelah saya sendiri bukan major dalam bidang agama,politik mahupun ekonomi.Bidang pengkhususan saya adalah dalam bidang kejuruteraan elektrik (kuasa).Jesteru,terlalu sedikit masa yang saya ada untuk memenuhi tuntutan dan komitmen selaku blogger muda.

Penulisan saya selepas ini akan lebih menjurus kepada fiqh daulah islamiyyah,perundangan Islam dan kelebihannya kepada ummah.Entri kali ini akan membincangkan tentang pengenalan tentang Undang-undang Islam dan kesannya kepada ummah dan negara.Buat pengetahuan sahabat sekalian,ada di antara fakta yang akan dikemukakan sudah didedahkan dalam beberapa forum yang saya sertai.Saya akan menyentuh mengenai pengenalan dan keistimewaan Hukum Islam terlebih dahulu sebelum menyentuh dasar dan isi kandungan perundangan Islam itu sendiri bagi mewujudkan minat kepada mereka yang baru berminat mengenali Hukum agama.Jesteru,istilah-istilah yang sukar difahami akan dikurangkan dan penulis akan gantikan dengan penjelasan yang lebih mudah agar pembaca tidak mudah bosan.



Pengenalan

Menyebut undang-undang Islam,kita tidak akan dapat lari daripada menyebut al-fiqh al-islam (Hukum Fiqh Islam) dan al-syariah al-islamiyyah (Syariah Islam).Al-Syariah membawa maksud setiap sesuatu yang yang diundang-undangkan oleh Allah di dalam urusan keagamaan melalui wahyunya sama ada berbentuk Al-Qur'an atau Sunnah.Dengan bahasa yang lebih mudah,al-syariah adalah hukum atau undang2 Allah yang diturunkan kepada manusia meliputi segenap aspek kehidupan mencakupi persoalan akidah,syariat,muamalat dan sebagainya (Prof. Harun Din,2007).

Manakala Fiqah pula menurut Imam Ghazali adalah mengetahui dan memahami hukum2 syara' yang berhubung dengan perbuatan2 manusia yang mukallaf,sama ada berhubung dengan amal ibadat,kehakiman,ekonomi dsb.(Prof Harun Din,2007).Al-Qur'an dan Hadis adalah dasar dalam perundangan Islam,namun disebabkan oleh kebiasaannya ayat-ayat Al-Qur'an itu bersifat umum,maka penafsiran telah dibuat oleh ahli-ahli dalam bidang agama.Hukum yang terhasil daripada tafsiran itu (kebiasaannya berbeza antara mazhab) dipanggil Fiqah.

Malah dalam hukum Hudud sendiri terdapat perbezaan pendapat dari segi pelaksanaan.Contoh:

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al-Maidah:38)

Disebabkan 'potonglah tangan keduanya' bersifat umum,maka berlaku perbezaan pendapat pada tahap mana tangan perlu dipotong iaitu sama ada pada pergelangan tangan,lengan,siku dsb.Walaubagaimanapun,tafsiran yang berbeza itu tidak menjejaskan keaslian hudud.Hukumnya tetap sama iaitu 'potong tangan'.Tafsiran yang berbeza dibenarkan oleh syara' selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Keistimewaan Undang-Undang Islam

Undang-undang Islam dicipta dan digubal oleh Allah s.wt.Atas sifatNya Yang Maha Mengetahui,maka adalah terlalu tidak munasabah,tidak mungkin dapat diterima oleh akal yang waras bahawa Undang-undang yang diciptaNya adalah lebih rendah atau tidak lebih baik daripada undang-undang buatan manusia yang dicipta serba kekurangan ini.Bagaimana mungkin sebuah Undang-undang ciptaan Pencipta Yang Maha Agung boleh diletakkan lebih rendah daripada undang-undang yang digubal makhluk yang diciptaNya? (sepertimana kata Pak Lah : 'Islam is not above constitution').Tidak munasabah.Sangat tidak munasabah!.

Pelaksanaan undang-undang sekular di negara ini membuktikan kegagalan yang berterusan dimana kadar jenayah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda untuk surut.Malah adalah biasa berlaku keadaan di mana si penjenayah melakukan kesalahan secara berulang.Ini berbeza dengan undang-undang Islam yang berjaya mendidik jiwa manusia.Buktinya ada kes-kes jenayah yang dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w,dijatuhkan hukuman berdasarkan pengakuan si pelaku itu sendiri dan setelah lengkap syarat-syarat pengakuannya.Contoh,kes Mu"az al-Aslami dan kemudiannya Ghamidiah yang mengakui perbuatan zina dengan pasangan masing-masing.

Begitu juga dengan kes 2 orang sahabat berselisih faham/berebut berkenaan hak mereka terhadap harta pusaka.Apabila pengaduan mereka disampaikan kepada Rasulullah dan sebelum keputusan penghakiman dibuat,Nabi telah mengingatkan mereka bahawa jika ada dakwaan yang tidak betul,dan harta itu diserahkan kepada yang membuat dakwaan tidak betul itu,maka penerima harta itu sebenarnya menerima api neraka.Sebaik sahaja mendengar kata Rasulullah,maka kedua-duanya menggugurkan tuntutan mereka ke atas harta tersebut.Malah kedua-duanya cuba menyerahkan harta itu kepada satu sama lain.Akhirnya kedua-duanya enggan menerima harta tersebut kerana bimbang dakwaan mereka tidak benar,walaupun mereka merasakan dakwaan mereka benar.Begitu indahnya ajaran Islam.

Pelaksanaan Undang-undang Islam juga akan membawa keamanan dan kesan yang mendalam kepada kesejahteraan negara.Adalah satu fenomena biasa di Arab Saudi terutamanya di Makkah atau Madinah,para peniaga meninggalkan jualan mereka (termasuk peniaga matawang) dengan hanya menutup dengan sehelai kain ketika meninggalkan premis untuk menunaikan solat.Langsung tiada kebimbangan.Ianya amat kontra dengan situasi yang berlaku di negara Malaysia dan negara-negara lain yang mengamalkan hukum ciptaan Barat.Pada tahun 2003 dan tahun 2004, Di Malaysia,jumlah kes bunuh bagi kedua-dua tahun ini adalah sama iaitu sebanyak 565 kes setiap tahun (Rujukan lanjut: http://www.kehakiman.gov.my/buku_laporan/LaporanBM/JD115585%20Tek%2004.pdf ) .Ini jauh berbeza dengan Arab Saudi yang hanya 35 orang dihukum bunuh/pancung pada 2004.Dan harus diingat,hukuman pancung ini turut dikenakan kepada pesalah kes rogol,mengedar dadah dan rompakan bersenjata.Kes-kes jenayah lain juga turun dengan mendadak semenjak pelaksanaan semula Hukum Hudud di Arab Saudi yang dilaksanakan berdasarkan mazhab Hambali bermula sekitar 1920-an.

Lebih menarik,seorang professor di Amerika iaitu Prof. Ducasse C.J. di dalam bukunya 'Philosophy and Wisdom in Punishment' berkata bahawa jika penyeluk saku dibakar tangannya atau dipotong tangannya, maka mereka akan berhenti daripada melakukan perbuatan menyeluk saku.Juga satu kejadian yang menarik yang berlaku di satu daerah di wilayah Ardoyne, Belfast iaitu salah satu wilayah di Ireland Utara, hukuman potong tangan ke atas pencuri dijalankan oleh I.R.A dan ianya dilaporkan di dalam majalah TIME (8/4/1971) yang mengatakan bahawa kadar jenayah di wilayah tersebut telah menurun dengan perlaksanaan hukuman tersebut. Majalah TIME menyifatkan hukuman tersebut sebagai "Rough Justice".

Namun begitu,pelaksanaan tersebut tidak menepati atau mengikuti kaedah Islam yang sebenar yang menetapkan pelbagai syarat yang perlu dipatuhi/dipenuhi.Kita akan bincangkan syarat-syaratnya dalam entri yang seterusnya insyaAllah.Apa yang penulis cuba bawakan adalah bukti pengiktirafan orang bukan Islam sendiri terhadap kehebatan Undang-undang Islam sekaligus membatalkan hujah golongan sekularisme yang menyifatkan undang-undang Islam sebagai tidak berkesan dalam menangani jenayah.Di Arab Saudi,sepanjang pemerintahan Al-Malik Abdul Aziz Al-Saud selama 24 tahun,hanya 16 kes dikenakan hukuman Hudud.Ini membuktikan ketelitian para hakim dalam menjatuhkan Hukum Hudud kepada tertuduh.Juga menafikan hujah songsang yang dipakai oleh sesetengah golongan yang mengatakan jika Hudud terlaksana,pasti ramai yang kudung tangannya dan rugilah negara kerana kehilangan tenaga kerja persis kata saudara kita di bawah ini:




Semoga Allah mengampuni dan memberikan petunjuk kepadanya..

iBNuZaCK: Teringat kata-kata sahabat saya SyeiKHRyZ ( http://syeikhryz.blogspot.com/) semalam. Katanya,tokoh Islam Indonesia,Hamka pernah berkata,jika singa berada di Hutan,maka jagoanlah dia,hebatlah dia merajai rimba raya.Bila diletakkan di dalam sarkas,maka hilanglah 'taring'nya,punahlah kesemulajadian dan nalurinya selaku pemangsa agresif dan raja rimba.Begitu jugalah keadaannya kepada kebanyakan 'ilmuan' Islam sekarang..

Wallahua'lam..

Tulisan ini terbuka kepada semua komentar dan pandangan.Segala pembetulan amatlah dialu-alukan.Cuma dipohon adab dijaga agar keberkatan jua yang diterima. :) Terima Kasih.

Assalamu'alaykum...

2 Komentar:

Dr Dre said...

asalamualikum ya akhi.
congratz for your essay this time..very good writing.persoalan hudud ni mash ramai yg xfaham.bukan sebab apa,sebab mereka2 ni xnak belajaq dan faham perkara ini...sebab tu tmbul persoalan islamliberal yg menentang hukum illahi...sebab mereka xfhm dan xberusaha memahami pengertian islam...

berkenaan entri anta,ana rasa ia suatu permulaan yg bagus utk anta tulis di hari mendatang.tapi,perlu ingat,hujahan perlulah bersandarkan perkara sahih dan jgn ambil hujahan orientalis...bahan2 tentang islam perlu di ceduk dari seorang ulama islam yg muktabar..baru autoriti tu ada...

Malaysia,setakat ini belum lagi ada kecenderungan utk maju di dalam memartabatkan Islam..kita masih terbelenggu dgn pemikiran neo-kolonialisme dan terperangkap dlm pemikiran orientalisme....ni la masalah kita...harap,islam dapat bergemerlapan d Mlaysia suatu masa nanti...INSYAALLAH...

ingat:HAMKA pernah berkata"ulama kalau di tempat yg sepatutnya(IKLIM YG MEMARTABATKAN ILMU DAN MENENTANG KEPALSUAN),ia akan jadi ulama sejati.tetapi kalau berada di tempat yg salah,ia akan menjadi masalah...singa kalau di hutan,ia akan menjadi raja yg hebat.tapi kalau di dalam sarkas,ia akan jadi bodoh.hahahahhah

keep up a good job bro!.salam...

iBNuZaCK said...

Wa'alaykummussalam..

Aah..Hamka,ana lupa la plak nama dia.
InsyaAllah ana akan ingat pesan tu.Doakan ana tidak menyeleweng atau tersasar dari landasan ASWJ.Jika ada silap,minta syeikh tegur-tegurkan.
Remaja sekaranglah generasi yang bakal menjadi penggerak kepada kesinambungan perjuangan ulama' dan golongan mu'min bagi mendaulatkan Islam di atas bumi Allah ini.Dan tanggungjawab mereka yang mengetahui termasuk kita untuk cuba menggerakkan mereka dari dihanyuti arus hedonisme yang kuat melanda ummah.InsyaAllah, Islam akan gemilang jua akhirnya.Ameen.

Assalamu'alaykum.. :)