Home

HuTanG NeGaRa..PeTaNDa BuRuK eKoNoMi KiTa?

Assalamualaykum...

Beberapa hari yang lalu,seorang sahabat saya ada menghantar jadual-jadual mengenai jumlah hutang negara yang ditanggung kini.Saya terkesima apabila melihat jumlah hutang yang dibuat oleh Kerajaan sekarang,Rm244b untuk tahun 2006.Adakah ia dibuat sekarang atau memang ia dibuat semenjak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad?Tetapi Tun mengatakan pada zamannya dahulu,hutang negara adalah kira-kira RM100bilion sahaja.Jika benar,maka semenjak peninggalan beliau jumlah hutang negara sudah meningkat 2.5 kali ganda dari asal.



Klik imej untuk melihat dengan lebih jelas:























Petanda kelembapan ekonomi negara boleh ditunjukkan melalui beberapa penarikan pelaburan besar dari Bursa Malaysia,kerugian berterusan GLC-GLC(yang terbaru adalah Proton),perbezaan ketara pembangunan kini dan dahulu walaupun kini kerajaan dapat menjimatkan RM4b hasil kenaikan minyak(Kini harga minyak semakin rendah,sudah tentu penjimatan itu berlipat kali ganda lagi!),kenaikan harga barang,kos hidup dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi(Dari 1.4% pada 2004 kepada 3% pada 2005 dan 4.8% pada Mac 2006 )
Kenaikan gaji semaksimum 35% yang diumumkan adalah berita baik dari kerajaan,tetapi sedar atau tidak yang mengalami kesan positif hanyalah kakitangan awam(Itu pun belum tentu kerana kenaikan harga barang runcit),bagaimana dengan penjawat swasta?Adalah lebih elok mengurangkan kos hidup dengan penurunan harga minyak,pengurangan tol,pengurangan tarif air dan elektrik kerana kesannya akan lebih dinikmati dengan menyeluruh..
Wallahua'lam..

Apa pandangan anda?...:)


Assalamu'alaykum..

3 Komentar:

Anonymous said...

pada pandangan saya, kerajaan Malaysia sendiri terlalu berahsia dalam hal ni, menyebabkan bila isu ni tersebar boleh menyebabkan huru hara. Malaysia lebih cenderung memaparkan "kejayaan" dari "kegagalan", lantas menyebabkan tiada usaha ke arah memperbaiki permasalahan ini. Saya rase ni juga berkaitan dalam hal ekonomi, Malaysia asyik mengatakan negara untung berbillion2 tapi realitinya, hutang berbillion2.Anjakan paradigma dari pihak kerajaan perlu dalam menangani masalah ni..Waallahualam.

iBNuZaCK said...

Assalamu'alaykum..

Good point Izzat,keterbukaan media.
Tapi hal yang lebih serius adalah persoalan,mengapa hutang begitu banyak di saat negara digembar-gemburkan mengalami iklim ekonomi yang baik?Soalnya kemana duit penjimatan subsidi minyak,tol,elektrik dan air?

Kebiasaannya ada 3 sebab apabila kewangan kita merosot:

1.Kelembapan ekonomi serntau dan global.
2.Kelemahan pengurusan
3.Penyalahgunaan kuasa a.k.a rasuah

Pendapat 1 tertolak kerana walaupun kelembapan ekonomi US berlaku sekarang,ia memberi kesan positif kepada negara2 rantau ini.Nilai ringgit meningkat berbanding dollar dan keuntungan perdagangan antara Malaysia-AS dapat dioptimumkan (Di akui oleh MK ke 2,Tan Sri Nor Mohd Yaakob).Jadi hanya pilihan 2 dan 3 tinggal.Mana pendapat kita.2 atau 3 atau 2 dan 3? :D

Assalamu'alaykum...

Anonymous said...

Sila lihat link ni.
Klik sini
Menyatakan bahawa eknomi malaysia berada dalam keadaan kukuh walhal hutang sekarang berbillion2..apa rasionalnya dikeluarkan kenyataan sebegini?Adakah untuk menyembunyikan keadaan sebenar?