Assalamualaykum...
Beberapa hari yang lalu,seorang sahabat saya ada menghantar jadual-jadual mengenai jumlah hutang negara yang ditanggung kini.Saya terkesima apabila melihat jumlah hutang yang dibuat oleh Kerajaan sekarang,Rm244b untuk tahun 2006.Adakah ia dibuat sekarang atau memang ia dibuat semenjak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad?Tetapi Tun mengatakan pada zamannya dahulu,hutang negara adalah kira-kira RM100bilion sahaja.Jika benar,maka semenjak peninggalan beliau jumlah hutang negara sudah meningkat 2.5 kali ganda dari asal.
Klik imej untuk melihat dengan lebih jelas:
Petanda kelembapan ekonomi negara boleh ditunjukkan melalui beberapa penarikan pelaburan besar dari Bursa Malaysia,kerugian berterusan GLC-GLC(yang terbaru adalah Proton),perbezaan ketara pembangunan kini dan dahulu walaupun kini kerajaan dapat menjimatkan RM4b hasil kenaikan minyak(Kini harga minyak semakin rendah,sudah tentu penjimatan itu berlipat kali ganda lagi!),kenaikan harga barang,kos hidup dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi(Dari 1.4% pada 2004 kepada 3% pada 2005 dan 4.8% pada Mac 2006 )
Kenaikan gaji semaksimum 35% yang diumumkan adalah berita baik dari kerajaan,tetapi sedar atau tidak yang mengalami kesan positif hanyalah kakitangan awam(Itu pun belum tentu kerana kenaikan harga barang runcit),bagaimana dengan penjawat swasta?Adalah lebih elok mengurangkan kos hidup dengan penurunan harga minyak,pengurangan tol,pengurangan tarif air dan elektrik kerana kesannya akan lebih dinikmati dengan menyeluruh..
Wallahua'lam..
Apa pandangan anda?...:)
Assalamu'alaykum..