SeLaMaT PeNGaNTiN BaRu PaK LaH :)
Assalamu'alaykum..
Mendengar Berta 12 dari TV1 tadi menyebabkan ramai antara kita tersedak,terpinga-pinga,tertanya-tanya..Benarkah?Ya,Benar Pak Lah,Perdana Menteri kita akan menikahi bekas pengelola Kediman rasmi TPM,Jeanne Abdullah pada Sabtu ini.
Tapi mungkin ramai yang tidak tahu,desas-desus hubungan antara ke dua mereka sebenarnya sudah diperkatakan sejak Mac lagi.Khabar ini tersebar luas di blog-blog sehingga ada yang mendakwa Pak Lah dan Jeanna sudahpun bernikah di Perth,Australia pada 22 Januari 2007.Jeanna(nama asalnya Jeanna Danker) dikatakan berketurunan Perancis dan merupakan adik ipar kepada Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood.Sejauh mana kebenaran berita itu,wallahua'lam..Tapi ia sekurang-kurangnya membuktikan satu perkara,bahawa blog kita sudah lebih 'advance' atau ke hadapan dari media nasional.:)
Walaubagaimanapun,Tahniah Pak Lah..Selamat Pengantin Baru..Semoga Jeanna akan menjadi Muslimah Solehah dengan bimbingan Pak Lah selaras dengan kedudukannya selaku Wanita Pertama Negara. Tahniah Jeanne..eh..Datin Seri Jenne..:)
Gambar:Jeanne Abdullah
Petikan Berita Dari NTV7: