MaHaTHiR aKui ZaLiMi aNWaR
Assalamu'alaykum
Sila tonton video di bawah:
Untuk download video ini sila klik SINI.
Buat makluman pengunjung sekalian,video ini terpaksa diedit agar lebih pendek dan hanya menunjukkan pengakuan Tun Dr Mahathir terhadap kesilapannya menzalimi DSAI.Sengaja saya pendekkan agar teman-teman sekampus senang menontonnya (Jangan paksa saya kritik kelajuan internet kampus :D ).Untuk video penuh ucapan beliau sila ke laman ini.
Untuk download video penuh,sila klik SINI.
Sekiranya gagal mendownload,saya cadangkan penggunaan laman http://www.keepvid.com/
Beberapa teman saya meragui keikhlasan Tun dalam mengakui kesalahan lamanya.Ada yang mengatakan tiada permohonan maaf,pengakuan sahaja tidak cukup.Ada yang mengatakan tak ikhlas,mengaku siap senyum-senyum sampai ke telinga.Ada juga yang kata "Sekali bohong selamanya bohong"
Saya tidak begitu berminat untuk mengulas pandangan setiap teman.Masing-masing berada pada setiap peringkat umur yang berbeza dan melalui pengalaman berbeza pada zaman Tun memerintah dahulu.Maka pandangannya pasti juga berbeza.
Cuma saya lebih gemar mentafsirkan setiap ungkapan Tun ini sebagai satu detik mula kepada pengakuan kesilapan lamanya yang dilakukan ketika menjawat jawatan no 1 negara.Soal sengih atau tak sengih,ikhlas atau tak ikhlas saya tolak tepi.Paling penting adalah pengakuan yang dibuat dalam keadaan sedar dan tidak dipaksa-paksa.Dan pengakuan di dalam sedar ini adalah hujah penting bagi membersihkan kembali maruah DSAI yang terpalit atas fitnah busuk dahulu.
Saya sebenarnya tidak begitu bergantung pada pengakuan Tun bagi meyakini DSAI tidak bersalah.Prosedur kehakiman yang lemah sejak awal kes sehingga alibi tidak dicabar dan fakta kes pula berubah 2 kali (3 tarikh berbeza) cukup meyakinkan saya bahawa ini satu konspirasi terancang membunuh karier politik pemimpin ini.
Cuma,satu nasihat.Jika si penuduh sudah mengakui kesalahannya,maka warga pengangguk yang gemar berzikir kalimat Al-Ju**ri patut sedar diri!
iBNuZaCK: Minta semua ambil tindakan sebarkan video ini.
Assalamu'alaykum