Home

MaHaTHiR aKui ZaLiMi aNWaR

Assalamu'alaykum

Sila tonton video di bawah:



Untuk download video ini sila klik SINI.

Buat makluman pengunjung sekalian,video ini terpaksa diedit agar lebih pendek dan hanya menunjukkan pengakuan Tun Dr Mahathir terhadap kesilapannya menzalimi DSAI.Sengaja saya pendekkan agar teman-teman sekampus senang menontonnya (Jangan paksa saya kritik kelajuan internet kampus :D ).Untuk video penuh ucapan beliau sila ke laman ini.

Untuk download video penuh,sila klik SINI.

Sekiranya gagal mendownload,saya cadangkan penggunaan laman http://www.keepvid.com/

Beberapa teman saya meragui keikhlasan Tun dalam mengakui kesalahan lamanya.Ada yang mengatakan tiada permohonan maaf,pengakuan sahaja tidak cukup.Ada yang mengatakan tak ikhlas,mengaku siap senyum-senyum sampai ke telinga.Ada juga yang kata "Sekali bohong selamanya bohong"

Saya tidak begitu berminat untuk mengulas pandangan setiap teman.Masing-masing berada pada setiap peringkat umur yang berbeza dan melalui pengalaman berbeza pada zaman Tun memerintah dahulu.Maka pandangannya pasti juga berbeza.

Cuma saya lebih gemar mentafsirkan setiap ungkapan Tun ini sebagai satu detik mula kepada pengakuan kesilapan lamanya yang dilakukan ketika menjawat jawatan no 1 negara.Soal sengih atau tak sengih,ikhlas atau tak ikhlas saya tolak tepi.Paling penting adalah pengakuan yang dibuat dalam keadaan sedar dan tidak dipaksa-paksa.Dan pengakuan di dalam sedar ini adalah hujah penting bagi membersihkan kembali maruah DSAI yang terpalit atas fitnah busuk dahulu.

Saya sebenarnya tidak begitu bergantung pada pengakuan Tun bagi meyakini DSAI tidak bersalah.Prosedur kehakiman yang lemah sejak awal kes sehingga alibi tidak dicabar dan fakta kes pula berubah 2 kali (3 tarikh berbeza) cukup meyakinkan saya bahawa ini satu konspirasi terancang membunuh karier politik pemimpin ini.

Cuma,satu nasihat.Jika si penuduh sudah mengakui kesalahannya,maka warga pengangguk yang gemar berzikir kalimat Al-Ju**ri patut sedar diri!

iBNuZaCK: Minta semua ambil tindakan sebarkan video ini.

Assalamu'alaykum

6 Komentar:

Anonymous said...

Salam bro..

Seingat aku menda ni pada tahun lepas.Tapi xramai orang tengok so xdak hal utk ko up balik.

Ada yg kata ni sarcastic (sindiran).Aku macam ko jugak.Kita mmg tak berubah pegangan sebab kita tau macammana mahkamah jatuhkan hukuman pada DSAI dulu.Very obvious dia kena aniaya.

Cuma bagi aku,bila dia sanggup sebut macam tu (katalah cuma sindiran),maknanya ada yang tak berapa kena.Aku tau dia kuat menyindir,tapi kali ni dia 'menyindir' dalam keadaan yang sangat terang dan pelik.

Macam pemimpin yang baik.Sanggupkah pemimpin itu menyindir kata dia makan rasuah depan2 orang ramai?Tak berapa kena sindiran dia (kalau betullah sindiran) kali ni.

Apa yang ada dalam hati dia kita tak tahu.Kadang2 nak lepas rasa bersalah boleh ja buat macam tu.Hanya Allah yang tahu segalanya.

Tp,yg penting aku dan ko tahu DSAI tak salah.Dan kita tak bergantung pada sindiran atau apa saja buah mulut Tun utk berpegang bahawa DSAI tak salah.

The end.

Anonymous said...

Nak kata dia sindir saja-saja pun tak boleh.Sebab dulu dia ada juga seakan-akan menyindir ttg kediktatoran dia.Tapi menda yang dia sindir tu mmg betul.Dia akui kesalahan dia dalam nada sindiran.

Contoh dia mengaku gunakan media,gunakan FRU semua utk kekalkan kuasa.Sampai semua menteri takut dan xberani pertikai apa juga yang dia buat.

So,aku xrasa ini semata-mata sindiran.Dia mungkin buat sebab dia rasa bersalah (Aku rasa ja) dan itu cara dia nak lepaskan rasa bersalah dia.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Sebenarnya TDM cuba mengaku tetapi dgn nada sindiran begitu supaya tak terlalu nampak kesalahan beliau. Dgn itu orang UMNO xterlalu marah dan pembangkang pun sejuk sekali.Inilah kepakaran TDM.
Mmg TDM byk jasa, tp sekarang dah berthaun2 TDM cuba nak bersihkan kesilapan dia perlahan2 tp ramai yg terlalu bendul & ingat TDM hanya berlawak & menyindir.

Soalnya kenapa TDM boleh berubah dan nak sokong BN jugak padahal dia tau kalau BN naik lagi,orang2 yang dia tak suka akan terus memerintah.

Aku dapat rasa TDM tertekan atas ugutan tidak langsung Pak Lah melalui kes VK Lingam.Kalau salah,masuk jail la TDM.Kesian.

Jadi paling kurang,dia sokong tapi dia tetap mintak penyokong dia tolak BN dengan frasa "Tolak pemimpin xbersih"(Kita semua pun tahu hampir semua pemimpin BN kotor"

iBNuZaCK said...

Salam teman-teman.

Terima kasih atas respon.Sama ada sindiran atau tidak terpulang pada corak dan gaya pemikiran masing-masing.

Buat pengetahuan semua,video ini adalah sebahagian ucapan beliau di Kelab Darul Ehsan.Majlis dianjurkan oleh UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Bahagian Pandan, Selangor pada 21 April 2007.

Anonymous said...

belajar cara org zaman dulu menyindir. baru kita boleh tahu apa yg dimaksudkan mahathir.

sindiran tak bermaksud apa yg dituturkan sahaja, baca sekali nadanya, alis kening, pergerakkan mulut dan pipi...

Anonymous said...

Jika TDM benar-benar mengakui zalim terhadap DSAI. Dan kenapalah kita orang diam saje. Minta DSAI bangkitkan kes ini semula di Parlimen. Berani kerana benar.