Home

TuaN GuRu,BloGGeR DaN aNGKaSaWaN..

Assalamu'alaykum..

Sepanjang lebih 4 bulan penulis berada di alam blogger,rasanya tidak pernah walau sekalipun unique ip yang mengunjungi blog penulis dalam sehari mencecah 50.Tetapi dalam 2-3 hari kebelakangan ini,angka itu melonjak hingga hampir 90 sehari.Ini mungkin gara-gara penangan artikel RuPaNYa aFGHaNiSTaN SuDaH Ke aNGKaSa 19 TahuN LaLu yang disiarkan di laman Tranungkite dan diquote dalam satu artikel di HarakahDaily.Mungkin itu sebabnya.

Ya,penulis memang gembira.Terutamanya selepas komen positif daripada teman-teman dan kenaikan kadar pengunjung ke laman ini.Bukan untuk rasa bongkak dan glamour,tapi rasa bagai dihargai atas segala usaha yang dilakukan.Tapi,rasa gembira itu bertukar bimbang, maklum andaikata sedikit kesilapan yang penulis buat,maka akan tercemarlah imej gerakan Islam itu sendiri walaupun jelas segala yang ditulis di sini adalah pendapat peribadi.Faham sahaja,setiap blogger yang condong kepada mana-mana gerakan akan terus dilabel sebagai pembawa imej pertubuhan yang didokongnya.Jesteru itu bukan ringan tanggungjawab ini.Andai tersilap sedikit,maka gunungan dosa yang bakal dipikul.


Dan akhirnya Berita Harian kelmarin menyiarkan komen pedas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap artikel HarakahDaily berkenaan hal angkasawan tersebut.Benar,dalam banyak hal terlalu sukar mempercayai akhbar pro kerajaan kerana mereka mempunyai track record yang 'mengagumkan' dalam hal putar belit.Lihat sahaja isu Amanat Haji Hadi yang belum selesai hingga sekarang wal hal sudah dibuktikan tidak melanggar batasan syara'.Tetapi penulis tetap cuba bersangka baik dengan mengambil positif perkara yang dilaporkan.Sekurang-kurangnya,ia membuktikan tidak semua yang ditulis dalam lidah rasmi Parti Islam ini dipersetujui oleh pimpinan atasan sepertimana artikel-artikel yang didakwa berunsur Syiah yang pernah dipaparkan di laman tersebut sehingga menjadi modal menuduh gerakan Islam ini sebagai pro Syiah.Mungkin itu hikmahnya.

Ada yang secara sinis dan secara diam menyindir penulis.Maklum sahaja ada juga cebisan tulisan penulis yang dimuatkan dalam artikel tersebut.Penulis hanya tersenyum.Untuk apa penulis tersinggung?Tiada sepatah pun dalam ayat Tuan Guru yang ditujukan khas buat penulis.Atau kepada tulisan penulis.Penulis tidak mengatakan program angkasa satu pembaziran apatah lagi sia-sia.Pembaziran hanya berlaku sekiranya ada pakej ke angkasa lain yang lebih murah dan kita sengaja memilih yang mahal.Dan sia-sia pula jika kita mendapat zero hasil daripada program ini.Yang nyata bukan zero,paling tidak kesedaran remaja untuk meneroka bidang ini sudah bercambah.Ia bukan program persis terjunan ke kutub utara Putera UMNO,pelayaran Azhar mengelilingi dunia dan berenangnya Malik Maidin di selat Inggeris yang hasilnya ciput tetapi belanjanya bagai raksasa.Ia program murni tetapi dicemari dengan propaganda melampau sehingga penulis sendiri keliru adakah kerajaan benar-benar ikhlas untuk memajukan industri aeroangkasa atau sekadar cubaan untuk menutup dan melupakan rakyat pada pelbagai skandal yang berlaku?

Andai kerajaan ikhlas,maka penulis pohon agar kursus aeroangkasa di universiti-universiti di Malaysia dimajukan.Peralatannya diperbaharui dan up to date.Tidak sekadar cukup makan.Jesteru,belia yang berminat kepada teknologi angkasa tidak akan rundum semangatnya apabila melihat peralatan 'usang' milik universiti kita.Ini langkah awal yang sepatutnya diberi keutamaan berbanding menghantar astronout atau bolehnout ke angkasa.Laburkan ia agar kita tidak akan menjadi penumpang selama-lamanya.Jangan jadi seperti Proton.Yang 25 tahun hidup tetapi majoriti modelnya mengambil reka bentuk kereta asing.Bahagian dalam usah ceritalah.Apa maknanya ini?Ini bukti kegagalan jurusan automotif universiti-universiti kita melahirkan jurutera yang benar-benar jurutera.Jesteru,penulis tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Sepertimana besar belanja yang dikeluarkan,maka besar jugalah hasil yang diharapkan.Maka 3 eksperimen yang dilakukan oleh Dr Muszaphar akan menjadi penunjuk aras kejayaan atau kegagalan projek mega ini.RM100juta bukan kecil.Ia memang kecil berbanding RM76bilion keuntungan Petronas,tetapi ia jumlah yang terlalu besar buat rakyat marhaen seperti penulis yang selalunya nak tengok RM1000 cash pun payah.Dan 3 eksperimen ini pastinya tidak termasuk eksperimen yoyo yang sudah dibuat orang.Melakukannya tidak salah sementelah ia akan dijadikan sumber pembelajaran anak-anak di bangku sekolah.Memang nature kita,jika yang melakukannya orang yang sebangsa dan sebahasa dengan kita maka kita akan lebih berminat berbanding jika si pengeksperimen itu bahasa ibundanya pronk prank pronk prank satu patah kita tak faham.Tetapi jangan ia terlalu dibesarkan hingga meneggelamkan eksperimen utama yang kita sudah lakukan.

Andai tiada hasil mengagumkan dan tiada langkah seterusnya terhadap hasil ini yang boleh dibanggakan,maka sila kaji semula penghantaran angkasawan ke 2 pada 2011 nanti.Jika mahu dihantar sekalipun,maka hantar Dr Faiz itu dengan kapal angkasa buatan sendiri,bukan menumpang orang lain lagi.Matlamat meningkatkan minat rakyat sudah tercapai,jesteru menghantar seorang lagi angkasawan dengan pattern atau cara yang sama yakni menumpang akan benar-benar dianggap sebagai sesuatu yang membazir.Andai jika masih ada eksperimen yang mahu dikaji di kawasan mikro graviti,maka bukan sesuatu yang sukar meminta angkasawan negara lain melakukannya sementelah mereka juga mahukan hasil 3 eksperimen kita nanti seperti yang dikatakan Perdana Menteri.Jadi,perlu ada timbal balas jasa dalam soal ini.

Harus difahami,perbelanjaannya besar dan kita tiada duit yang banyak.Andai kita ada duit yang banyak maka pasti Pak Lah yang disayangi tidak akan menaikkan harga minyak,menaikkan kadar tol dan menaikkan tarif elektrik dan kemudahan asas lain.Jadi belajarlah berjimat.Rakyat sudah selalu disuruh berjimat,kini masanya buat kerajaan menunjukkan teladan.Salurlah pada rakyat yang terdesak memerlukan bantuan kewangan sepertimana yang didedahkan dalam rancangan Bersamamu TV3.

Tak gitu Pak Lah?:)

iBNuZaCK: Kesian pada teman-teman jurusan aeroangkasa yang susah dapat kerja kerana pasaran yang terhad.. :(

Assalamu'alaykum..

2 Komentar:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.