Home

HaRTaL 1947-SeJaRaH YaNG DiDiaMKaN

Assalamu'alaykum..

Hartal secara mudahnya adalah satu mogok besar-besaran rakyat Tanah Melayu pada 20 Oktober 1947 bagi mendesak Kerajaan Kolonial British bagi menerima Perlembagaan Rakyat usahasama AMCJA-PUTERA dan menolak Perlembagaan Persekutuan yang dianjur British dan diterima UMNO ketika itu.Dokumentari di bawah akan menceritakan peristiwa-peristiwa yang kebanyakannya didiamkan daripada teks sejarah sekolah yang kerap mengabui mata kita bahawa hanya UMNO lah pencetus kemerdekaan negara.Persoalan mengapakah AMCJA-PUTERA menolak Perlembagaan persekutuan dan apakah sebenarnya Perlembagaan Rakyat yang diperjuangkan oleh mereka turut diterangkan dalam dokumentari ringkas ini.Ia juga akan mengupas mengenai peranan golongan 'kiri' dalam mencapai kemerdekaan serta isu sebenar mengapa darurat diisytiharkan pada 1948.Persilakan tonton.


Bab 1



Bab 2



Bab 3



Bab 4




Kredit buat Bro. Fahmi Reza

Untuk mengatur sesi tayangan & diskusi 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' bersama Pasukan Penerbitan di sekolah, kolej, universiti, kampung, pejabat, dewan orang ramai, "open house" raya, pekan, bandar atau negeri pengunjung, sila hantarkan emel kepada fahmireza@gmail.com.

iBNuZaCK: TuNGGu TaRiKH 10 NoVeMBeR 2007 :D

Assalamu'alaykum

2 Komentar:

Fahmi Reza said...

ibnuzack, terima kasih kerana berkongsi filem aku buat pembaca blog kamu. aku masih perlukan bantuan untuk tayangan di terengganu 9hb dah 10hb november nanti.

di sini aku mahu bertanya kalau kamu boleh membantu?

iBNuZaCK said...

Sama2 Bro.Video yang bro buat tu mmg sangat menarik.Rasanya tak pernah ada lagi dokumentari yang cerita pasal hartal ni.Dan perjuangan golongan kiri dalam kemerdekaan.Asyik2 UMNo je lah memanjang.Tengok sahaja masa Merdeka baru2 ni.

Maaf sangat2 bro.9 dan 10 saya mungkin masih di sini.Di Selangor.Lagipun 10hb tu niat nak ikut demo Bersih kalau tak ada aral.InsyaAllah saya cuba informkan teman2 pasal ni.:)