PeRSoaLaN BaJeT 2008 DaN KRiSiS eKoNoMi MaLaYSia
Assalamua'laykum..
Alhamdulillah..Bajet 2008 dilancarkan 5 hari yang lalu.Pelbagai insentif diberikan.Bagusnya kerajaan.Melambung-lambung pujian ditaburkan.Inilah bajet terbaik dalam sejarah,bajet mesra rakyat dan sebagainya.Yuran sekolah dibatalkan dan biasiswa JPA dinaikkan.Benar,syukur kerana akhirnya kerajaan Malaysia yang budiman mendengar juga rintihan rakyat bawahan yang tertekan menyabung hidup dengan pendapatan tidak seberapa sekarang.Berhasil juga perjuangan pihak pembangkang meminta pendidikan percuma selama ini (Walaupun setahu saya Cuba telah mengadakan pendidikan percuma sejak 1959 lagi,Ya Cuba negara komunis pimpinan diktator Fidel Castro).Tapi bagaimana dengan penerima PTPTN yang merupakan majoriti mahasiswa?Tidak terlintaskah untuk menghapuskan riba?Bisakah kerajaan tegar melihat rakyat bergelumang dengan najis ciptaan Yahudi ini?
Saya ingin bertanya bagaimana dengan 'kecerdikan' kerajaan berbelanja sehingga bajet tahun ini mengalami defisit RM30 bilion yakni tertinggi dalam sejarah (Belanja pengurusan adalah RM176.9 bilion dan pendapatan adalah lebih RM140 Bilion)?
Bagaimana dengan perbelanjaan maintenance yg menjangkau RM9.7b?Sedangkan ia tidak memberikan nilai tambah kepada sesuatu projek itu.Dan lagi,bukankah telah sekian banyak projek diswastakan.Kenapa perbelanjaannya masih amat tinggi?
Seterusnya kita melihat trend projek mega mula kembali dalam sistem ekonomi Malaysia dengan pelancaran dan perbelanjaan tinggi koridor2 yang hendak dibuat.Berlaku pengulangan sebelum krisis kewangan 1997 dimana pelbagai projek mega dilancar pada zaman Tun Dr Mahathir.Saya bukan nak menyalahkan pembangunan,tapi apa manfaatnya pada rakyat terbanyak?
Dikatakan 500 ribu hingga 1 juta pekerjaan akan tercipta dengan membangunnya koridor itu,tapi untuk siapa?Kita atau pekerja asing?Orang Malaysia atau Mat-mat Bangla(maaf,saya bukan racist disini).Jawapannya utk pekerja asing.Sebab itu mengikut jangkaan, kita akan memperoleh sekurang-kurangnya 5 juta pekerja asing menjelang 2010 berbanding 3.5 juta sekarang.Kenapa pekerja asing?Kerana syarikat-syarikat yang melabur lebih gemar mengambil pekerja asing kerana kos yang lebih murah.Sebab itu kita desak supaya ada gaji minimum.Agar nasib golongan pekerja Malaysia terjaga.Tapi apa jawapan kerajaan?
Jangan salahkan rakyat yg memilih kerja.Siapa yang mahu bekerja di tengah panas dan terima 400-500 sebulan sedangkan ijazah dalam genggaman?.RM500 itu pun dibawah paras kemiskinan (RM510 adalah tanda aras kemiskinan).Bolehkah anda hidup dengan RM500 sebulan terutama jika anda sudah berkeluarga?Ramai yang tidak tahu bahawa 200 000 rakyat kita tiada pekerjaan sekarang.Apa akan jadi pada 2010 kelak?
Sebab itu apa jaminan kerajaan bahawa rakyat terbanyak akan mendapat masa depan yang lebih baik melalui bajet ini?Tiada.
Dari sudut projek pula,siapa yang menerima laba terbesar?Kalau saya kata yang dekat dengan pemerintah,pasti saya dituduh pembangkang.Namun fakta mengatakan perkara sama,adakah fakta juga pembangkang?Contoh,Projek Lebuhraya Utara Selatan(PLUS) ini dimiliki oleh UEM (United engineering Malaysia) Berhad.UEM dimiliki oleh Renong dan Renong pula dimiliki oleh Flat Holdings.Anda tahu siapa pemilik Flat Holding?UMNO!Ya UMNO atau Persatuan kebangsaan Melayu Bersatu!Sekarang anda tahu kenapa tol selalu naik? dan kenapa perjanjian berat sebelah tol yang menguntungkan UEM diletakkan dibawah Akta rahsia rasmi (OSA) dan rakyat diharamkan untuk tahu isi perjanjian?Tahukah anda bawa Jambatan Pulau Pinang Ke 2 juga dibawah kendalian UEM Berhad?Tahukah anda juga bahawa UEM adalah penerima bail-out TERBESAR Kerajaan Malaysia semasa krisis ekonomi 1997 (Tempat ke 2 adalah MISC milik anak Tun dr Mahathir)?
Tahukah anda juga bahawa semenjak 1996 hingga sekarang,kos hidup di negara ini telah meningkat hampir 50% sedangkan gaji fresh degree hanya meningkat dari RM1600 kepada RM1800 (12.5%)?
Tahukah anda bahawa pada 1970'an rakyat malaysia mempunyai pendapatan perkapita yang lebih tinggi dari Korea Selatan dan Taiwan dan sama tinggi dengan Singapura?Sekarang Pendapatan perkapita malaysia adalah RM21500.300% lebih miskin dari Taiwan(RM52700),Korea Selatan (RM66000) dan 500% lebih miskin dari Singapura (RM106000).Anda tidak tahu?Ya sudah tentu kerana media songsang Malaysia lebih gemar membandingkan Malaysia dengan Burundi,Swaziland,Bangladesh dan Zimbabwe.Ahh..kenapa tidak dibanding saja dengan Timor Leste?Pasti akan berbangga seluruh rakyat Malaysia kerana BETAPA KAYANYA KITA!.Aneh dan jelek,kita mengatakan kita adalah sebuah negara yang hampir maju,tetapi membandingkan kemajuan negara dengan negara-negara Afrika yang tiada sumber asli dan negara-negara yang dilanda perang.Walhal di Perancis,apabila didapati bahawa rakyatnya miskin 15% dr negara jiran,British,ia menjadi isu besar dalam kempen pilihanraya Presiden.
Ramai juga yang tidak tahu bahawa jurang pendapatan antara kaya dan miskin (individu) di Malaysia adalah yang ke 2 paling teruk di Asia bagi negara2 yang ada data.Satu2nya negara yang lebih teruk adalah Papua New Guinea.Didunia kita di ranking 101 dari 127 negara.Ini kajian dari Bank Dunia bukan dari saya.Anda bangga?
Tahukah anda pada 1997 (zaman Dato' seri Anwar Ibrahim jadi menteri Kewangan),Bursa Malaysia adalah Bursa tertinggi di Asia tenggara dan no 15 dunia?Dan Tahukah anda pada 2003,kedudukan Bursa Malaysia dipintas Bursa saham di Thailand dan Singapura?Ini data dari Persatuan Bursa Saham sedunia.
Tahukah anda beberapa tahun dahulu kita berada di tangga ke 2 di Asia Tenggara dari segi kejayaan menarik pelaburan asing?Dan sekarang kita berada di tangga ke 6?Tahukah anda,pelaburan asing di Malaysia merosot dari RM17.09b pada 2004 kepada RM14.69b pada tahun lepas?Ini laporan dari Laporan Pelaburan Dunia 2006,Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB.
Dan tahukah anda kadar jenayah di Malaysia pada 2006 adalah kira2 420 000 kes meningkat berbanding 325 000 kes pada 2005?Rujuk statistik PDRM di laman web mereka.Kenapa?ahh.. sudah tentu kerana Polis lebih gemar menggunakan anggota mereka untuk menghalang ceramah pembangkang dan menembak penyokong mereka dari mengejar pencopet dan pencuri kecil apatah lagi menangkap perasuah yang rapat dengan pemerintah.Kira-kira RM 6.22 bilion diperuntukkan untuk pada 2006 untuk Kementerian dalam Negeri sahaja.Kini untuk bajet 2008,bajet untuk PDRM sahaja adalah RM 6 bilion.Selain peruntukan untuk menambah 60 000 lagi anggota.Kita lihat bagaimana pula kadar jenayah selepas ini.Akan berbaloikah RM 6 bilion tersebut?
Dan akhir sekali tahukah anda bahawa apa yang saya dedahkan di sini hampir tiada langsung pernah didedahkan oleh media perdana?
Dan sekarang anda percaya pada media perdana?
iBNuZaCK: Tulisan ini tersiar dalam laman web Taman Ilmu Islam ( http://tamanilmuislam.freephpnuke.org/ ) tetapi sedikit berbeza dengan tulisan di dalam blog ini.Kebanyakan fakta dan input diperoleh semasa Dialog ODC pada hari Ahad yang lalu selain dari kajian penulis sendiri.Terima kasih kepada teman-teman yang hadir dan banyak memberi input berguna.Tulisan ini terbuka pada sebarang kritikan dan pembetulan.
Assalamua'laykum..