Home

aNTara 2 DaRJaT,anTaRa BaBi DaN MaNuSia

Assalamua'laykum..

Pulang dari menghadiri majlis dialog anjuran ODC (Open Dialogue Centre) di Hotel Residen Uniten 2 hari yang lalu,pantas saja tangan saya menekan suis komputer di rumah.Mesej dari kawan saya dalam perjalanan pulang benar2 mengganggu fikiran.Hati kecil saya benar2 ingin tahu apa benar kejadian rusuhan berlaku di negeri kelahiran saya,Terengganu?.Laman pertama yang saya bukak,TKO (Terengganukite Online).Itu sumber paling cepat walaupun biasanya laporannya biasanya bias kepada pembangkang.

Nah,benar mesej tersebut.2 rakan penyokong ditembak.Seorang di dada dan seorang di tengkuk (Dilaporkan juga bahawa yang kena di tengkuk itu hanya serpihan peluru).Ahh..serpihan tak serpihan.Masakan penyelesaiannya mesti menggunakan peluru hidup?Di mana profesionalism polis kita?Apakah tiada jalan penyelesaian yang lebih baik?Maaf,saya pernah menonton satu video reformasi tahun 1998.SB yang menyamar ini di kepung oleh beberapa orang penyokong (dan mungkin sahaja antara penyokong itu adalah SB sendiri yang menyamar!Itu perkara biasa).Walaupun dipukul,tindakan yang dibuatnya hanyalah menembak ke udara dan bukan ke arah penyerangnya.Berbeza dengan situasi di Batu Buruk.

Media juga seolah-olah cuba menyembunyikan fakta.Dari mereka yang berada di tempat kejadian,rusuhan sebenarnya hanya berlaku apabila khabar mengenai 2 penyokong ditembak polis tersebar;bukan rusuhan berlaku dahulu sebelum tembakan dilepaskan.ahhh..Masakan darah muda tidak mendidih?Sudahlah ditembak dengan gas pemedih mata dan 'water cannon',pentas ceramah diruntuhkan,kini digunakan peluru hidup pula!.Apakah Tragedi Memali mahu diulang?Provokasi polis akhirnya menjadi,darah muda yang gagal dikawal mula melepaskan kemarahan secara tidak sewajarnya.Dan akhirnya bermulalah apa yang dicanang media sebagai 'keganasan pembangkang'.Ya mereka berjaya!

Pelik,tapi siapakah sebenarnya yang memukul polis tersebut hingga memaksa dia melepaskan tembakan?Maaf,setahu saya identitinya belum diketahui.Saya benar-benar bimbang jika si pemukul yang pertama itu sebenarnya penyamar yang sengaja mencipta sebab untuk menghalalkan tindakan polis tersebut.Dengan kata lain,wujudkah konspirasi dalam kes ini?sudah banyak ceramah pembangkang dihalang,sudah banyak juga permit ditarik balik di saat-saat akhir,dan sudah banyak kali juga ceramah dipaksa untuk ditamatkan lebih awal,tetapi belum terdengar lagi rusuhan sehebat ini.

Jesteru,saya menyeru agar satu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian yang tidak sepatutnya berlaku di atas bumi yang belum merdeka sepenuhnya ini.Agar keadilan dapat diberikan kepada mereka yang haq.Jika kerajaan dan PDRM yakin bahawa mereka tidak bersalah,cabaran ini harus disahut.Menteri yang bertanggungjawab (Pak Lah) juga wajar meletak jawatan atas kejadian ini.Contohi sikap kelelakian Tan Sri Musa Hitam dalam Tragedi Memali.

Ahh..kesian benar pembangkang.Bagai dilayan persis warga kelas ketiga di Malaysia.Ya kelas ketiga.Sudahlah ruang menyampaikan maklumat tersekat,ceramah dihalang,permit tidak diberi,disembur gas,ditembak lagi.ahh..siapakah yang lebih malang dari mereka ini agaknya?Babi sebagai warga kelas ke 2 pun lebih beruntung.Bak kata Najib Tun Razak apabila mengulas isu babi yang mencemarkan alam sekitar di Melaka:

"At this stage, we have agreed to stop the culling so that the farmers can find more suitable land, especially those operating without licenses."-AFP

Jesteru siapa warga kelas pertama?Ya,mereka yang menerajui kerajaan.Sudahlah media dikawal sepenuhnya,permit automatik lulus dan di jaga pula oleh polis-polis yang taat (sami'na wa ato'na).Babi sebagai kelas ke 2,merusuh dahulu baru dapat permit.Dan penyokong pembangkang sebagai warga kelas ketiga.Merusuh ke,jadi baik ke,kalau dah tak lulus tak lulus jugak.Jangan harap!

Maka bersyukurlah babi-babi di Malaysia kerana nasib mereka sangat-sangat terjamin di bawah pemerintahan sekarang!

iBNuZaCK: Gambar2 tragedi tersebut.Terima kasih kepada Abu Urwah (http://www.aisaralex.blogspot.com/).:)

Takkan Penyokong tangkap Penyokong kan?





Assalamua'laykum..

1 Komentar:

Anonymous said...

BN memang Jahat!Polis bagaikan alat dan perkakas untuk memuaskan hawa nafsu pemerintah!

Hanya orang bodoh dan bebal yang bisa bersabar atas kekejaman ini!