MeMeRDeKaKaN MaHaSiSWa KiTa!!
Penulis tertarik dengan video di bawah,yang saya petik daripada laman blog sahabat sekampus,Najwan Halimi.Dipersilakan tonton:
Bagaimana?Seronok,bangga atau malu?Penulis sebagai salah seorang warga kampus di Malaysia malu.Kita 'diperayam-ayamkan'(meminjam kata-kata Ajim) oleh sebuah negara yang rakyatnya akan melompat-lompat gembira bilamana mendapat kerja di Malaysia;walaupun atas status PATI.Nyata kampus kita masih belum merdeka.Sistem keadilan kampus hanya memberi keadilan kepada golongan pendekar lembut yang galak menghunus keris dan memberi ketaatan total kepada sang penguasa.Lupakah kita kepada penganiayaan terhadap gerakan WUFI(We Unite For Islam) yang memenangi pilihanraya kampus di IIUM?Hanya kerana dicop sebagai condong ke arah parti pembangkang,maka hak WUFi untuk membentuk barisan kepimpinan dalam SRC(Student Representative Council) dinafikan.Bilik SRC dikunci dan kurangnya sokongan dari pihak pengurusan universiti terhadap WUFI apabila sesuatu aktiviti hendak dijalankan;memaksa pimpinan muda ini mencari alternatif sendiri.Berbulan lamanya kes ini berlarutan.
Itu baru satu kes,belum lagi kita selongkar perkosaan golongan primitif pro-aspirasi terhadap sistem pilihanraya kampus yang lain.Betapa wujudnya sikap 'double standard' terhadap pihak yang tegas menyatakan hak.Penulis belum lupa pada kes 30 mahasiswa yang membantu jentera pembangkang (Keadilan) dalam pilihanraya kecil Ijok sehingga KPT tegas mahu mengambil tindakan terhadap mahasiswa-mahasiswi ini.Aiikk..bagaimana pula dengan mereka yang giat berkempen untuk parti pemerintah?.Jika KPT lupa,sila selak Harian Metro pada masa kempen Ijok.Terpampang wajah seorang srikandi Puteri UMno,mahasiswa IIUM berposing sakan dengan kakaknya;bangga menyatakan mereka adalah warga muda yang menjalankan aktiviti Puteri UMNo di Ijok kala itu.Bagaimana pula dengan mereka ini?Mana tindakannya?
Selain sikap double standard,yang paling menghairankan penulis adalah sikap kerajaan yang membebaskan pula mahasiswa atas sesuatu yang tidak sewajarnya 'bebas'.Pelik,disaat kebebasan bersuara ke arah kebaikan oleh mahasiswa disekat dengan segala macam akta,tiba-tiba konsert-konsert dan aktiviti yang menghancur dan meruntuhkan akhlak dan potensi mahasiswa dibuka seluas-luasnya.Contohnya di UIA sendiri,konsert dibenarkan semasa saat konvokesyen (menurut rakan penulis,antara artis yang datang adalah JinbaRA,Waheeda dan Lan Pet Pet).Bagaimana sebuah universiti Islam boleh membenarkan perkara sedemikian terjadi?Hari yang sepatutnya gemilang buat mahasiswa dicemarkan pula dengan aktiviti bodoh seperti ini.Ahh... beginikah wajarnya intelektualisme generasi baru Islam dilayan? Pemikiran disekat tetapi nafsu dijamu sepuas-puasnya?
Jesteru itu penulis menyokong demonstrasi yang diadakan bagi menuntut kebebasan kampus di Malaysia baru-baru ini.Bukan kita hendak perjuangkan kebebasan total tanpa sempadan.Kita perjuangkan kebebasan selaras dengan syariat.Agar idea-idea baru dan kritikan-kritikan mahasiswa mendapat tempat dihati pemerintah dan masyarakat.Agar mahasiswa tidak sekadar menjadi 'pak angguk' yang buta tuli menyokong segala dakyah sang pemerintah yang terdesak mempertahankan kuasa.Agar mahasiswa menjadi cerdik dan prihatin terhadap masalah negara dan ummah.Agar mahasiswa mampu menjadi agen perubahan ke arah kebaikan.Agar mahasiswa apabila menjadi pemimpin kelak,tidak sekadar menjulang keris dan menjerit bodoh "Jangan cabar ketuanan Melayu!!' tetapi kukuh dan tegap mempertahan dan memurnikan perhubungan antara kaum yang tegang akhir-akhir ini.Benar-benar,penulis bangga dengan rakan-rakan seangkatan penulis ini yang tidak takut untuk memperjuangkan hak mahasiswa walaupun mungkin akan dikenakan tindakan kelak (sama-sama doakan agar tidak).Sekurang-kurangnya masih ada cahaya yang bersinar dalam kelompok mahasiswa di tengah-tengah kegelapan kuku besi sang penguasa.
Wallahua'lam..
Assalamua'laykum..
iBNUZaCK: Rindu kepimpinan mahasiswa zaman 1970'an. .