Home

aPaBiLa FiLeM MeNGHiNa aGaMa...

Assalamua'alaykum

Sebenarnya saya tidak begitu berminat untuk membicarakan soal hiburan,sementelah saya bukan ahli dalam bidang tersebut.Namun,akhirnya pada hari ini,saya mula tertarik membicarakan hal ini apabila mendapat maklumat dari sahabat saya berkenaan satu lagi filem baru yang diwar-warkan masuk panggung bermula 22 Jun yang lalu (Bermakna sudah hampir 2 minggu).Filem yang saya maksudkan adalah Evan AlMighty hasil garapan Tom Shadyac,pencipta asal filem Bruce Almighty (Filem bodoh yang menggambarkan Jim Carrey memperoleh kuasa Tuhan dan menggunakannya untuk membesarkan XxX teman wanitanya sendiri)


PoSTeR EVan AlMiGHtY

Dalam filem ini,Evan Baxter(Steve Carell) digambarkan sebagai seorang ahli Kongress yang mendapat 'wahyu' dari Tuhan (Morgan Freeman) untuk membina sebuah bahtera memandangkan banjir besar akan melanda dunia.Dia ditertawakan kemudiannya dan dipecat/dibuang dari Kongres kesan dia menyebarkan 'wahyu' tersebut.Lantas,'Tuhan' turun ke dunia sebagai seorang pelayan dan mula menasihati si Evan ni dalam soal pembinaan 'bahtera' tersebut.

Evan (kiri) Bersama Morgan



Hakikat jelas,cerita ini terang-terang menghina Nabi Nuh a.s kerana jalan cerita ini dibuat sebagai komedi.Jesteru,banyak tindakan bodoh yang dibuat oleh 'Nuh Palsu' ini dan kemudiannya menjadi bahan tertawaan penonton.Contohnya,kemunculan janggut pada wajah Evan secara tiba2 dan janggut ini tidak akan hilang walaupun dicukur,seolah-olah itu adalah tanda menerima wahyu.



Sacha (BoRaT)


Selain itu filem lain yang menghina Islam adalah Borat (Borat dalam filem ini asalnya adalah Muslim),buah tangan seorang Yahudi Zionis bernama Sacha Baron Cohen.Secara terang juga,Sacha cuba menggambarkan warga Kazakhtan (tempat lahir Borat dengan majoriti Islam) sebagai:


1. Anti Yahudi
Digambarkan melalui satu majlis perayaan apabila warga Kazakhtan mengejar dan membelasah sejenis maskot Raksasa yang dipanggil sebagai 'Jew' atau Yahudi.Juga ditonjolkan melalu tindakan Borat dan penerbit rancangannya yang melarikan diri dari rumah milik pasangan Yahudi tua yang ditumpanginya kerana merasakan pasangan Yahudi itu akan membunuh mereka.Natijah kepada propaganda bodoh filem ini adalah masyarakat Yahudi dan dunia melihat rakyat dan penganut Islam sebagai sempit mentalitinya dan mempunyai fahaman salah terhadap dunia.Sedangkan pada hakikatnya,Umat Islam tidak menentang Yahudi.Yang ditentang adalah Zionis.Sebab itu wujud satu golongan Yahudi iaitu Yahudi Anti-Zionis yang menentang kewujudan Israel dan bertindak memberikan bai'ah (taat setia) kepada Kerajaan Hamas.


2. Mundur


Digambarkan melalu pernyataan Borat bahawa ibunya,Asimbala Sagdiyev yang berumur 43 tahun sebagai wanita tertua di Kazakhtan.Secara tersirat,Borat cuba memberitahu dunia bahawa negara Islam ini miskin dan mundur dari segi kesihatan.Juga dari segi perkampungan yang didiami Borat(walhal perkampungan itu sebenarnya berada di Romania!!) Ia ditonjolkan sebagai mundur,kurang kemudahan asas dan kotor.Borat juga apabila melakukan lawatan ke Amerika Syarikat membuang najis dimerata-rata tempat,dan dengan kata lain menunjukkan bukti betapa mundurnya sebuah negara yang diperintah umat Islam.


3. Kehidupan sosial yang buruk


Borat pada awal cerita berbangga mengatakan bahawa kakaknya,Natalya adalah pelacur ke 4 terbaik di Kazaktan selain mengakui memiliki perempuan simpanan,kekasih dan 2 orang isteri dalam masa yang sama.Borat juga memiliki 17 cucu walhal anak sulungnya baru berusia 13 tahun.Selain itu,Borat gemar melakukan onani dan masih melakukannya ditepi jalan raya di Amerika Syarikat .Dengan kata lain filem Borat menggambarkan tiadanya hak kanak-kanak,kebebasan seks dan kemusnahan hubungan sosial dalam sebuah negara Islam,atau sekurang-kurangnya sebuah negara majoriti penduduk islam.


Dan akhir sekali mengenai tindakan Borat yang bertukar agama kepada Kristian,mengahwini pelacur dan kemudiannya pulang ke Kazakhtan dan menukarkan agama penduduk kampungnya dari Islam kepada Kristian.Ianya dilakukan selepas Borat kecewa dengan kekasih impiannya,Pamela Anderson.Ironinya,selepas bertukar agama,Borat dan penduduk kampungnya mula menjalani 'kehidupan sosial yang baik dan bertambah maju'.Anda faham maksud tersirat Yahudi laknat ini bukan?


Jesteru tidak hairanlah apabila Presiden Kazakhtan sendiri mengecam filem ini;menggambarkan filem ini tersasar jauh dari kehidupan Kazakhtan.Ia kemudiannya diharamkan di Russia kerana prejudis keterlaluan kepada penganut Islam dan dilihat cuba menyebarkan dakyah 'bersimpatilah pada Zionis' kepada penduduk dunia.



Poster FiLem 300



Filem terakhir adalah 300.Filem yang paling saya gemar bincangkan daripada ketiga-tiga filem atas faktor ia pernah ditayangkan sendiri di negara ini selain filem ini sebenarnya menghina Islam secara amat halus dek kerana sekali tonton,paling tinggi sekalipun,kita hanya akan memandang ia sebagai satu penghinaan kepada Parsi semata-mata.Filem ini dibintangi Gerard Butler (King Leonidas) dan Rodrigo Santoro (King Xerxes) ini telah mendapat kecaman keras dari Mahmoud Ahmadinejad,Presiden Iran kerana memberi maklumat buruk dan salah tentang sejarah dan bangsa Iran sehingga menyebabkan ia diharamkan di negara tersebut(tetapi tidak di negara ini).Motif filem ini juga jelas iaitu untuk meningkatkan perasaan anti-Iran si dalam hati masyarakat antarabangsa apatah lagi filem ini dilancarkan ditengah-tengah konflik AS-Iran.Tidak perlu saya huraikan sedalamnya,ramai yang sudah tahu betapa filem ini menggambarkan bangsa Parsi sebagai bangsa khianat,gila kuasa,tamak,rasuah dan gila seks.


Namun lebih menjadi tumpuan saya dalam menganalisis filem tersebut adalah apakah agama Xerxes dan bangsa Parsi saat itu?Kebijaksanaan pengarah filem Zack Snyder dan pencipta 300, Frank Miller menutup ruang terhadap bentuk penghinaan agama dalam filem ini berjaya menyebabkan filem ini diterima di sebahagian negara islam,termasuk Malaysia.malah ada sahabat saya sendiri (teman forum dalam myKMU.net) mempertahankan 300 atas alasan bangsa parsi tidak Islam saat itu.Soalnya benarkah?


Jika diikutkan sejarah.Xerxes adalah anak kepada Darius 1;Pemerintah yang membina ibu negara Parsi,Persepolis.Agama Darius tidak diketahui atau dibuktikan secara jelas sama ada Islam atau tidak(walaupun ada ilmuan menyatakan dia adalah Muslim) tetapi ramai pada dasarnya bersetuju bahawa Darius adalah seorang raja yang baik,bijak memakmurkan ekonomi negara,bertoleransi dalam soal agama (seperti membenarkan pembinaan Kuil Yahudi iaitu Temple Of Jerusalem) dan mempunyai hubungan luar yang baik dengan negara luar seperti Carthage.Darius juga menolak perhambaan,semua pekerjanya dibayar gaji (berlainan dengan gambaran 300);langkah yang diwarisi dari pemerintah terdahulu dan diteruskan oleh beberapa pemerintah selepasnya termasuk Xerxes.


Darius 1 ini pula mewarisi pemerintahan Parsi, 7 tahun selepas kematian seorang lagi pemerintah yang dinamakan Kursy Al-Farisi (Darius memerintah dari 522 BC–486 BC sementara Kursy memerintah dari 559 BC-529 BC.Dalam tempoh 7 tahun itu terdapat 1 atau 2 pemerintah,tetapi sejarahnya tidak jelas kerana pemerintahan terlalu singkat).Siapa pula Kursy al-Farisi?Menurut Maulana Abdul Kalam Azad (Menteri Pelajaran India pertama,pemikir Islam dan pengkaji Al-Qur'an) dan seorang lagi ilmuan Islam,Dr.Abdul Halim Abdurrahman Khidhir,Kursy Al-Farisi ini adalah Iskandar Zulkarnain yang sebenar!. Buktinya,pengembaraan Raja Kursy menentang Rom,mengembara ke wilayah Timur dan Utara bersesuaian dengan yang diceritakan dalam Al-Qur'an.Kursy juga dijuluki 'Zulkarnain' atas sebab berjaya menyatukan 2 kerajaan iaitu Ldya dan Midya dan membentuk Empayar Parsi.Selain itu Kursy juga menganut agama Zoroaster,sebuah agama samawi,agama yang mentauhidkan Allah swt sebelum ia dicampuradukkan dengan agama Majusi.Penemuan terbaru ini juga bersandarkan bukti fizikal yang ditemui Maulana Abdul Kalam semasa ekspedisi kajiannya di Iran.Ia sekaligus menafikan 3 lagi teori lain iaitu,Iskandar adalah Alexander (tertolak kerana Alexander ini kafir),Iskandar hidup di zaman Nabi Ibrahim( tiada nas) dan Iskandar adalah raja Himyar( tertolak kerana andaian dan tiada bukti kukuh).SElain itu pendapat Maulana Abdul Kalam ini dikukuhkan lagi melalui kajian lain yang mengatakan kaum Yakjuj dan Makjuj dikurung sekitar tahun 500 BC.Daripada 4 pemerintah itu,hanya Kursy Al Farisi sahaja yang hidup waktu itu.


Secara logiknya,pemerintahan Darius dan Kursy hanya berbeza 7 tahun.Apakah dalam tempoh masa sesingkat itu maka Parsi berubah dari sebuah kerajaan yang mendaulatkan Islam total kepada sebuah kerajaan yang mendaulatkan kekufuran total?Paling menarik,Xerxes pula lahir hanya 10 tahun selepas kewafatan Kursy.Harus diingat tidak banyak perubahan dari sudut pentadbiran berlaku antara zaman pemerintahan mereka.Perubahan besar hanya berlaku sekitar 300BC,iaitu selepas serangan Alexander The Great ke atas kerajaan Parsi.



Leonidas dan XerXes



Secara mudah,saya cuba membawakan saudara mengenali filem 300,betapa filem 300 cuba memutar belit fakta dan menghina kedudukan bangsa Parsi yang beragama Islam;atau sekurang-kurangnya sebahagiannya masih Islam.Dengan tujuan lain,300 cuba menggambarkan Islam itu agama yang ganas;atau sekurang-kurangnya penganut Islam itu umat yang ganas dan tidak bertamadun.


Saya tidak berniat untuk mempromosikan filem-filem di atas,kerana kadang-kadang filem ini laku pun atas dasar kontroversi.Saya mahu memberitahu sahabat yang budiman sekalian betapa kita sedang berada dalam kancah perang media yang sangat hebat.Fitnah terhadap akidah dan agama kita bukan sekadar tersebar di BBC atau CNN lagi.Ia sudahpun memasuki era baru.3 filem yang saya bincangkan di atas hanyalah sebahagian kecil sahaja filem yang menghina Islam.Banyak lagi.Jesteru tidak hairanlah apabila ulama' terkemuka (seingat saya Dr Yusuf Qardhawi) pernah menekankan betapa peri pentingnya pembikinan filem yang menonjolkan Islam ,ajaran dan sejarahnya yang sebenar oleh ilmuan dan jutawan Islam.


Namun yang menjadi kekecewaan adalah apabila kerajaan kita turut sama membenarkan penanyangan filem 300 beberapa bulan yang lalu.Jika dahulu,kerajaan kita terlalu bengang dengan penanyangan sebuah filem perang yang memadamkan fakta sumbangan tentera Malaysia dan sebuah lagi filem aksi dibintangi Catherine Zeta Jones (saya lupa tajuknya) yang menonjolkan Kuala Lumpur sebagai bandaraya kotor,lantas kenapa kerajaan kita masih membenarkan tayangan filem yang memutarbelitkan sejarah dan menghina negara Islam lainnya?Dimana letaknya peranan Malaysia selaku peneraju OIC?.


Kesimpulannya,segala bentuk sumbangan terutama dalam pembelian tiket wayang filem2 tersebut harus kita cegah semampu yang boleh.Secara peribadi,saya sendiri menonton 300 dan Borat dek kerana bentuk grafiknya yang menarik dan pujukan rakan2(Saya memperolehinya melalaui kemudahan internet),tetapi memberikan sumbangan tidak sama sekali.Cuma yang saya bimbangkan apabila adik2 kita atau sahabat2 kita yang kurang sedikit ilmunya menonton filem2 ini,mereka akan mudah terjebak pada propaganda jahat ini secara perlahan-lahan.Yang pandai berfikir boleh mengenepi propaganda itu dengan mudah dan mengambilnya atas maksud hiburan,namun yang yang kurang pandai bagaimana?Disini pulalah letaknya peranan saudara-saudaraku sekelian....:)


iBNuZaCK: TuNGGu FiLeM OraNG IsLaM Buat Yang uMPPH PunYa..


Wallahua'lam..


Assalamu'alaykum..

6 Komentar:

Anonymous said...

aku nk komen psal warna tulisan je..
tuko la bg kaler putih,sng laa sket nk bacer...tQ

Dr Dre said...

akum ya akhi...memang banyak penyebaran dakyah&doktrin penyelewengan pemikiran melalui instrumen seni...mcm yg ana tulis kat blog ana pun sama..kita kena berhati2 dgn perkara sebegini...ia bisa mengoyah iman kerana prinsip kepalsuan ini menggunakan instrumen seni yg sudah semestinya di minati banyak muslim.....

gerakan sesat memnag selalu guna seni sebagai jln menyesatkan pemikiran ummah..so,kena berhati2 dgn benda mcm ni....tahniah akhi...teruskan usaha2 anta dlm menyedarkan ummah betapa penyebaran kesesatan sedang di lakukan dlm pelbagai jenis dan jalan samada bahan bacaan, diskusi dan seni....

Anonymous said...

Okey pasal 300..Tapi dosa kerajaan membenarkan tayangan filem itu tidak sebesar dosa kerajaan menghalalkan Gubra...Menghalalkan Sepet.Gubra tu macam menagtakan semua agama sama.Tok imam/bilal boleh pegang2 anjing.Tak kisah walau duk berjiran ngan pelacur.Ape nih?
Bende2 macam ni bleh buat budak2muda sekarang biol..
Ape2 pon tahniah pasal lu nyer analisis.

Brij@Yazz said...

Memang terperinci dan mendalam anda menghuraikan topik ini. (walaupun terperinci dan mendalam itu sama maksud)

Anonymous said...

http://www.youtube.com/user/AnjingBintiAllahSWT

Salam...Weh korang sesapa yang tau camna nak settle masalah ni tolong aku...ada sorg mamt kat you tube nih hina ALLAH...cam cibai jekk...kalo korang tolong settle kan pun lagi bagos..aku tak tau nak repot kat saper...

Anonymous said...

camni la bro..gua rasa definisi hiburan dizaman sekarang dah laen dari definisi hiburan zaman Rasullulah SAW...aku tak rasa ramai kat luar sana jutawan jutawan ..pembikin filem yang betol2 memegang ISLAM..ko tgk kat malaysia ni je sudah..YUSOP HASLAM ngan anak dier..tunjuk awek cun pakai seksi seksi...tunjuk mat rempit cam macho..angkat willie, tnjk adegan atas katil..mende nih??dia kate utk pengajaran pejadahnyer?...Ada ke baik dia wat filem berunsur pengajaran dari segi ISLAM...ish ish ish..itu baru yusof Haslam..belom masuk yasmin ahmad g...mende nih?..Diaorg ni ISLAM mende?nak kaut untung then nak sebarkan doktrin diaorg..ish ish ish..parah..kementerian penerangan? tido ke hape?