Home

KeReTa NasioNaL KiTa...

Assalamua'laykum..

Oleh Shahrul Nizam Mohamad

KUANTAN: “Saya lihat Perodua Myvi itu seperti melayang-layang dan hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik di tepi jalan.“Keadaan itu menyebabkan beberapa pemandu lain terpaksa membrek secara mengejut dan berhenti di tepi jalan kerana bimbang merempuh kereta berkenaan.“Tidak lama kemudian, tiang elektrik itu tumbang dan menghempap dua kereta yang diletakkan di tempat letak kereta,” kata seorang saksi yang enggan namanya disiarkan.Dalam kejadian jam 5 petang di Jalan Teluk Sisek, di sini, pemandu kereta yang dalam perjalanan dari Teluk Chempedak menuju pusat bandar dikatakan gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh sebatang tiang elektrik.Saksi itu berkata, dia yang berada di tepi jalan untuk melintas terpaksa membatalkan hasratnya kerana bimbang dirempuh kenderaan berkenaan.“Akibat rempuhan itu, tiang elektrik berkenaan tumbang lalu menghempap dua lagi kereta lain yang ditinggalkan di tempat letak kereta.“Orang ramai terpaksa memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan dan memberikan bantuan kepada pemandu terbabit hanya cedera,” katanya.Berikutan kejadian itu, sepanjang Jalan Teluk Sisek mengalami kesesakan lalu-lintas sepanjang kira-kira dua kilometer sebelum dikawal anggota polis trafik.Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian terbabit

Bukan hendak menidakkan keupayaan teknikal tempatan,tetapi cebisan cerita yang terpapar di atas adalah sebahagian kecil daripada bukti betapa kualiti kereta tempatan lebih indah khabar dari rupa.Namun lebih mengecewakan,apabila kemalangan seperti di atas berlaku,jari lebih mudah tertunding kepada pihak pemandu tanpa sedikitpun memikirkan betapa daya tahan kereta juga memainkan peranan yang amat besar dalam keselamatan penumpang.Pimpinan kerajaan perlu sedar,kerugian berterusan Proton pada tahun lepas sebenarnya telah membuktikan betapa rakyat hilang keyakinan pada kualiti kereta buatan tempatan.Menurut laporan dari Pihak Proton sendiri,antara faktor kerugian utama Proton adalah kerana jualan yang menyusut dari kira2 180000 unit kepada 100000 unit.Bermakna pengurangan jumlah jualan lebih 40%.Apa maknanya ini?

Cuma ada 2 kemungkinan:


1. Ketidakyakinan kepada kualiti Proton atau
2. Penyusutan kuasa beli rakyat.


Apa juga pilihan di atas,ia akan membawa kepada satu kesimpulan:


Kegagalan kerajaan dalam pengurusan ekonomi negara..











MoDeL TeRBaRu PRoToN..HaRaPaN BaRu Kita?


Jujur saya mengakui,Proton yang dimulakan hasil idea Tun Dr Mahathir Mohamad,Perdana Menteri ke 4 pada 1982 adalah langkah berwawasan bagi mengeluarkan Malaysia dari kepompong lama dan menuju ke arah teknologi berat.Saya mengagumi idea Proton.Tetapi,
semenjak model pertamanya,Proton Saga sehingga kepada pengeluaran satria Neo pada 16 Jun 2006,apa sebenarnya yang berjaya kita capai?Berapa buah model yang kita bina dengan pemikiran dan idea kita?Hasil dari pembelian Lotus,apa kemajuan yang berjaya di capai oleh Proton?

Sedih dan kecewa,25 tahun Proton hidup berbelaskan ihsan wang rakyat,tiada sebijik pun model Proton yang berjaya di buat sendiri,dengan kepakaran dan idea sendiri sepenuhnya.Lebih mengecewakan,body pun tiru model luar..

Saya menulis artikel ini bukan untuk memijak maruah Proton.Tidak.Tapi,yang saya cuba utarakan adalah mengenai masalah yang melanda GLC kita ini.Mungkin ada yang akan menuding jari menuduh saya tdak patriotik,tapi bagi saya menegur dan mengkritik untuk melihat kebaikan adalah patriotik yang sebenar kerana yang dicari,yang dimahukan adalah agar bilion ringgit wang rakyat yang selama ini menjadi nafas proton tidak disia-siakan.
Perodua pula jika saya tidak silap,70% sahamnya dimiliki oleh UMW Toyota.Apakah ia masih boleh dianggap kereta nasional?
eNRaHeM: Tiba-tiba teringat kereta NAZA.Totally ciplak kereta luar.Kemudian tukar nama.Lepas tu diisytihar kereta nasional.Ampunnnnn....


Wallahu'alam..


Assalamua'laykum..




5 Komentar:

Anonymous said...

Salam..
huhu..proton2..no comment,lame x pakai keta proton,last pakai(i mean my dad) about 7 years ago..em,banyak citer dalam proton ni sebenarnye..
penah baca pasal Proton dalam aibob?Aku ada post satu citer pasal sorang engineer proton kat situ.Citer tu kalo pk2 balik ada betulnye gak..
em,nanti aku copy paste balik post aku tu kat sini.
Tp kalo tgk skrang,org lebey prefer perodua dari proton,cam keyakinan rakyat pada proton dah kurang,cousin aku nyer kawan banyak gak merungut pasal keta Gen2.Katanya keta baru beli tp dah masuk bengkel 4 kali dalam 1 bulan,itu keta baru.Dia kata banyak mende rosak,enjin,power window dll..ntahla.
Adakah ini menunjukkan kejatuhan proton tu sendiri?Dengan pengunduran Lotus dengan Proton,adakah ini alasan?
p/s:model baru proton tu nampak cam Alfa Romeo punyer model..hehehe

Anonymous said...

hmmm... bg aku laa.. bende nih sume tjadi sbb bile politik asik mengganggu je... xkire bidang pe pon, education n etc, sume porak peranda sbb politikus² bodoh yg kuat politik je tp bodoh academic campur tgn.. sory r off topic sket, korg try tgk academic qualification kabinet kite ngn singapore:

Singapore Cabinet vs Malaysia Cabinet

PM Lee Hsien Loong
Cambridge University - First Class Honours (1974)
Harvard University - Masters (1980)

PM Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
University of Malaya - Bachelor of Arts Honours (1964)

SM Goh Chok Tong
University of Singapore - First Class Honours (1964)
Williams College , USA - Masters (1967)

Deputy PM Dato' Sri Najib Razak
University of Nottingham - Bachelor of Arts Honours (1974)

MM Lee Kuan Yew
Cambridge University - First Class Honours (1949)

Minister of Foregn Affairs Syed Hamid Albar
Bachelor of Arts [ UITM ]

Minister for Law Prof. S Jayakumar
University of Singapore - Bachelor of Law Honours (1963)
Yale Univerity - Masters (1966)

Ministry of Works- Dato' Seri Samy Vellu
(Education Unknown) [ Form 6, Anderson School ]

Minister for Home Affairs Wong Kan Seng
University of Singapore - Bachelor of Arts & Business Admin (1977)
London Business School - Masters (1979)

Ministry of International Trade & Industry Rafidah binti Aziz
Universiti Malaya - Bachelor of Arts Honours

Minister for Foreign Affairs BG George Yeo
Cambridge University - Double First Class Honours (1976)
Harvard Business School - MBA w/ Distinction (1985)

Minister of Agriculture Muhyiddin Yassin
(Education Unknown) [ Polytechnic Ungku Omar ]

Minister for Trade and Industry Lim Hng Kiang
Cambridge University - First Class Honours w/ Distinction (1976)
Harvard University - Masters (1986)

Ministry of Domestic Trade Shafie Apdal
(Education Unknown) [ Form 5, Failed English ]

Minister for Defence Teo Chee Hean
University of Manchester - First Class Honours (1976)
Imperial College, London - Masters w/ Distinction (1977)

Minister of Education Hishammuddin Hussein
(Education Unknown) [ Bachelor of Arts, Social Science ]

Minister for Education Tharman Shanmugaratnam
London School of Economics - Bachelor of Arts
Cambridge University - Masters
Harvard University - Masters

Minister of Home Affairs Radzi bin Sheikh Ahmad
(Education Unknown) [ Kolej Islam Malaysia , Diploma

huhu.. Mlaysia dipimpin oleh politikus² yg hanye kuat politik, tp akademik? cube bnding pemerintahan tok det dlu ngn skng..jauh bezanye cam langit n bumi... bbalik kpd proton nih,kalu la goment xsupport aku rase dh lame bungkos dah cam indon nye..skng nih sebok lak nk collaborate ngn volkswagon...baper kali rundungan dah,vw pon cam xbrani nk join skli..spt kite sdia maklum,keta2 msia mmg dicipta agar mudah remuk.. dari saga smpai gen2,cam2 gk le..cume savvy je kot dikatekn tough skert.. xde r tough sgt cam lam iklan dia pon.. haha..
savvy je la aku rase 1 1nye identiti keta msia yg korang patot bangge, yg len hampeh... sume kete salin kulit dr mitsu,volvo dan alfa sesikit... savvy je de identiti sdiri, even nmpk cam hape tah.. haha... perodua pon same je, tuka brand daihatsu je... tp material casis thap hampeh... harap rega je mhal, tp safety?korang tgk la baper byk keta msia yg malu ngaku keta msia sdiri,wat cosmetic surgery,dr saga convert jd galant vr4, wira jd evo gsr, waja pon same le, putra jd skyline pon ade ntah per2, kancil jadik mira jepon, mvi jadik passo, wald.. xde maknyenye... tuka engin, xcessory pon, body dia ttp mudah remuk... better pkai je keta luar yg rega dia 2 3x mhal dr rega asl dia.. duit bleh carik... nyawa? huhu

iBNuZaCK said...

Salam..

Lajulah korang mengomen..Hehe~
@Izzat,aku ada baca kat forum aibob pasal engineer tu.Ada bbrp bende yang tak kena.Contoh,dia kata dulu orang Jepun buat kereta,kereta tu tak boleh naik bukit pun diorang tetap gembira.Masalahnya,kereta tu total buatan diorang.Lagi satu,dulu selain Jepun,sapa lagi yang buat?Padanlah diorng gembira.Kita sekarang?Begitu jugak kata jurutera tu dashboard kita ditiru.Tapi tak diberitahu diapply kat kereta apa.Tapi lagiknya,takkan dah 25 tahun,dashboard je yang kita boleh buat?.Begitu juga engine,betul ada enjin kita import dan ada enjin kita buat.Soalannya,kita 'buat' atau kita pasang?Jawapannya,kita pasang bukan kita buat.Total manual kita ambil dari negara luar.Malah kalo ikut model sekalipun,setahu akulah hanya Waja dan Gen2 yang direka sepenuhnya oleh jurutera kita.Yang lain tiru keta luar.Savvy tu pun amik model China.
Seterusnya pasal R&D.Konon Proton terhad kemampuan sebab perjanjian dengn Mitsubishi tentang R&D.Soalnya,dah yang pegi beli Lotus tu takkan tak ada apa2 yang dapat kot?Takkan Savvy?Hehe~
Kalo susah2 sangat,kita jadi hub pemasangan kereta luar macam Thailand.Kereta pun murah.

Anonymous ni sape ek?Harap pasni ada tulis nama sikit. :) Time kasih bagi pandangan.U have a point there.

Btw,terpaksa edit sikit post.Camana boleh tertukar Perodua ngan Proton.Alahai...Haha~

ADUN dan ahli Parlimen kita pun sama..Cakap berdegar-degar suruh beli kereta tempatan.Kat rumah berbaris kereta Mercedes,BMW..

Salam..

p/s: KOmen yang didelete kat atas tu komen aku sendiri.Aku tak delete komen orang,insyaAllah.Anda bebas bersuara di sini. :)

Anonymous said...

@Mr/Mrs.Anonymous,thanks for the info,baru tahu skrang..hehe..kalo dari apa yang ko tulis,rata2 pemimpin kita ni hanyalah lepasan ijazah jer,lagi satu dalam Arts plak tu..hehe..nak buat camne..politik Malaysia camtu,nak salahkan sape?rakyat dah diberi kuasa untuk mengundi pilihan mereka,dan itu mereka pilih,salah siapa?demokrasi dah diberi,kita x gunakan sebaiknyer,salah siapa?kekadang benda2 camni berpunca dari diri kita sendiri gak, mentaliti rakyat Malaysia yang x berbanggan ngan barang tempatan,nak buat camne?Seharusnya mentaliti tu harus diubah,baru negara maju,smp bila kita nak berbangga dengan barang negara luar?betul,kebanyakkan barang negara luar berkualiti,tp apa kurang barang tempatan?
Kat jepun,nak tgk rakyat jepun pakai keta luar pun susah,diorang punye semangat sokong barang tempatan memang bagus. sebab tu la kualiti keta2 dorang tip top,habis tu Malaysia?orang Malaysia ade ke nak sokong keta Malaysia?yang gi modified Waja n Gen2 smp jadi keta perisai tu pehal?

@ibnuzack,
rasenye...aku bukan merujuk kepada post tu,ni post yang aku citer pasal ex-engineer proton yg skrang bukak kafeteria..ni aku pastekan apa yang aku tulis...
Lagi satu,adik aku penah berbual dengan ex-engineer proton,sekarang dah berenti bukak perniagaan kafetaria..pelik bukan? tapi citer disebalik tu lagi best...
ok, dia ni engineer proton untuk test ketahanan n keselamatan keter proton tu..so bila die test, dia dapat kesan yang, skru kat enjin keter proton tu tercabut bila sampai kelajuan berapa ntah, n sepatutnya pada kelajuan tu, skru tu x sepatutnya tercabut... then bila dilaporkan kat pihak atasan, diorng cakap suruh approve kan jer... kira kasi lulus jer..
alasanya? x diketahui...so disebabkan hal tu la..engineer ni letak jawatan dari jadi engineer coz die cakap x nak wat keje camtu.. n benda ni x disebarkan pun..n kesahihannye pun x pasti,juz dengar dar mulut ex-engineer tu..kalo die tipu maksudnya aku tipu korang jugak la..juz to share ngan korang..kalo betul benda ni,aku xtau nak cakap aper la...korang pk sendiri la..

smua ni pendapat aku jer,maybe sum part tu mungkin agak bercanggah ngan pendapat korang.

Nak cakap aku nak down kan keta tempatan xder la,tp kalo dah sikap orang atasan camtu,apa kita nak kata?fikir2 sendiri la..

Wallahuallam..

Anonymous said...

Bagi aku fakta anonymous tu mmg menarik.Tapi kehebatan sorang pemimpin tu bukan ditentukan sepenuhnya oleh brp banyak degree yang dia pegang.Tapi,aku tak nafikan ada effectnya lah.Contoh Anwar.Dia bukan major dalam ekonomi.Tapi bila dia jadi Menteri Kewangan KDNK paling rendah adalah 8%.Bawah Md yakcob ni plak 5.3%,padahal dia kalo tak silap major ekonomi.Yelah,bekas penasihat ekonomi mahathir dulu kann..