Home

JaNGaN BoiKoT iSRaeL!

Assalamu'alaykum..

Pernah sekali saya terbaca satu tulisan seorang 'ulama' tanah arab (bukan tulisan tapi transkrip kaset).

Katanya, kita boleh membeli barangan Israel selagi mana barangan itu halal. Alasannya,jangan kita haramkan apa yang Allah telah halalkan dan sebaliknya. Hujahnya adalah Nabi saw juga pernah berjual beli dengan Yahudi Madinah.

Saya tak tahulah Bagaimana 'ulama' ini mengaji sirah. Yahudi yang Nabi berjual beli itu adalah Yahudi Madinah yang ada perjanjian sekutu dengan orang Islam. Yahudi ini hidup di Madinah dan berhak kepada perlindungan daripada pemerintahan Islam. Sedangkan Yahudi Zionis yang disebut sebagai 'wajib boikot' ini adalah Yahudi yang menaklukkan tanah-tanah Islam, yang membunuh warga Islam. Dan berdagang dengan mereka hanya akan menguatkan kekuasaan mereka ke atas Baitul Maqdis dan menjerut leher warga Palestin.

Bukankah situasinya terlalu berbeza?

Jikalah dikatakan boikot itu mengharamkan apa yang halal, maka adakah ahlul Madinah sendiri pernah mengharamkan apa yang halal apabila mereka memboikot Telaga Ruumah yang dimiliki Yahudi dan kedai-kedai Yahudi di Pasar Madinah kerana penjual Yahudi menipu dalam jual beli?

Kalaulah memboikot sang penipu dibolehkan, apakah memboikot si pembunuh diharamkan?

Kita tidak boikot Yahudi kerana agama mereka Yahudi. Kita tidak boikot Zionis kerana nama dia Zionis. Tapi kita boikot dia kerana dia serang dan dera saudara kita.

Begitu juga ada yang cuba merendahkan boikot. Mengatakan bahawa boikot ini tidak ada kesannya. Kalau ada pun sedikit. Lebih kurang begitulah.

Saya rasa cukup ganjil dan aneh. Apakah Allah Taala itu lebih memandang hasil daripada usaha? Jika benar, maka apakah darjat syahid syuhada yang gugur di medan Badar dan Uhud juga berbeza sebab hasil peperangannya (Badar menang dan Uhud kalah) berbeza?

Allah Taala memandang usaha kita. Dipandangnya kesungguhan dan taqwa kita. Soal hasil itu adalah ketentuan Dia. Dia boleh mengekalkan Israel di bumi ini sampai tempoh yang Dia mahu walaupun satu dunia tembak nuklear atas tanah Palestin yang terjajah itu, walaupun satu dunia memboikot dan menghalang perdagangan dengan tanah Palestin yang terjajah itu. Seperti mana dia mengekalkan kerajaan Islam Mameluk Mesir di bawah pimpinan Al Malik Muzaffar Saifuddin Qutuz (Ashairah) walaupun satu dunia (Empayar Monggol dan Kristian) menentang mereka.

Begitu juga Dia boleh menghancurkan Israel itu dengan sekecil-kecil sebab. Walaupun dengan hanya satu dua orang boikot tak makan McD. Sepertimana Dia boleh menghancurkan kerajaan besar Namrud yang dimulai dengan sekecil-kecil sebab; seekor nyamuk memasuki rongga hidung sang raja.

Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairul Makiriin

Sesungguhnya manusia merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang

Had kita untuk membantu Palestin dengan kadar ini ada 5. Doa, boikot, sebaran maklumat, demonstrasi dan derma. Boikot adalah 'serangan' kita kepada Zionis. Derma adalah 'pertahanan' kita kepada rakyat Palestin. Demo sebagai tanda suara kebencian kita untuk didengar. Sebaran maklumat untuk jalinan dakwah itu tidak akan putus.

Ada juga golongan yang menolak demonstrasi. Alasannya tiada dalil hadis dan Al Quran maka ia menjadi haram.

Sebelum jawab saya nak tanya, apa dalil kita jual naskhah Quran? Apa dalil kita jual naskhah sahih hadis? Apa dalil kita jual khat ayat Quran kemudian buat kain gantung dekat Kaabah? Apa dalil kita makan dulu lepas sendawa baru bayar sedangkan kita diajar utk bayar dulu baru pakai barang/makan kita beli? Apa dalil kita bayar zakat fitrah pakai duit (thaman bi al-nuqud al-Mithli) sedangkan jelas disebut segantang makanan ruji bukan duit? Apa dalil kita azan 2 kali sembahyang jumaat sedangkan Nabi buat sekali saja?

Kenapa bila sampai tahap sebegini baru tiba-tiba kita nak cakap, "oh itu sebab masoleh mursalah, sebab uruf, sebab istihsan, sebab istishab, sebab pendapat sahabat, sebab ijtihad etc etc"?

Kenapa?

Kalaulah boikot tak boleh, demonstrasi tak boleh. Apa jalan yang lebih berkesan menentang Zionis dengan tahap kita?

Bila ditanya begini, diam pula. Mengkritik tahu, memberi penyelesaian tidak sama sekali.

Maka benarlah kata bijak pandai:

Setiap pengkritik itu bodoh melainkan dia memberikan penyelesaian atas apa yang dikritiknya

iBNuZaCK: Suka orang cerdik..

Assalamu'alaykum..

13 Komentar:

Anonymous said...

come on bro..dah bnde xde dalil..so pe nk ckp kan..mmg betul kn xde dalil..lagipon fatwa ibn baaz,albani ngn uthaymin xsokong demo2 ngn boikot2 ni..diowg bagi penyelesaian r bro..diowg suh derma sbanyak2 nyer..mcm abu bakar bagi seluruh harta, umar bg 1/2..dll..boikot bukan care nyer..boikot bkn sunnah..sbb dh ade yg sunnah..wtpe nk wt yg bih'ah..tul x? boikot2 ni kn kerje kafir quraish..demo2 ni keje khawarij..wa..:)

iBNuZaCK said...

Salam..

Terima kasih komen. Sengaja saya tunggu komen sebelum bagi dalil.

Demo ada dalilnya bilamana Rasulullah memerintahkan Umar dan Hamzah ra mengetuai perarakan umat Islam memasuki masjid di kota Mekah selepas Islamnya Umar. Gelaran Al Faruq diberikan kepada Umar oleh rasul selepas peristiwa itu.

Boleh rujuk Fathul Bari Juzuk 7 mukasurat 59.

Boikot ada dalilny dari Nabi apabila umat Islam pada zaman baginda memboikot peniaga Yahudi kerana menipu. Bagaimana boleh kita kata boikot ini kerja kafir Quraisy?

Demo bukan Khawarij. Kalau begitu tindakan Umar dan Hamzah itu juga khawarijkah? Tak adil Rasul dahri tulis begitu. Kaedah usul feqh menetapkan bahawa "Hukum ke atas sesuatu perkara furu' (cabang) adalah dari gambarannya"

Ini bermakna Ustaz itu berhukum tanpa melihat situasi dan keadaan. Maka 'fatwantya' itu akan bersifat zalim.

Demo itu ada dalilnya dalam Islam. Yang penting adalah menggariskan kaedah demo itu, bukan mengharamkannya terus.

Siapa ni?

wallahua'lam

Gempakz!!! said...

Assalamualaikum....
Saye suke bace artikel ni...
Teruskan usaha memboikot..Amerika sekarang semakin sakit coz ekonomi meraka semakin teruk...
manakala United Kingdom pon jatuh mendadak..mata wang uk dh turun...rse nyer lbh rendah dr euro kot..kalau x silap sye..

Khair Al Faizi (Sebaik-baik Kejayaanku) said...

En Anony, harap faham dgn penjelasan Tuan Ibnuzack.

En Anon kena faham, Utsaimin, Bin Baz ddan Arwah Albajni tu aliran wahabi. Dah la tu duduk pula dalam negara sistem monarki.

Maka tentulah, fatwa mereka tak sesuai dengan situasi negara kita dan mazhab kita. Ia mungkin betul tp utk situasi mereka.

Qardhawi ada sebut dalam Kitab dia Fiqh Auliyyat bhw hukum boleh berubah mengikut tempat dan keadaan juga masa.

Teruskan boikot. Tulisan ini bagus utk menyedarkan mereka yang taksub keterlaluan pada Wahabi sampai lupa aliran ASWJ. Serta menyerlahkan kelemahan intelektual sesetengah kita semasa berlagak mujtahid.

cik santun.. said...

nk copy boleh??

boikot dh kire jihad.. tu la usaha kite untuk mlmhkn dorg.. bygkn r, kite nye duit mkn mcD tu, dorg buat beli bom fosforus, serang gaza, dn ramai syahid.. tidak ke kite pun de saham membunuh??

ingt crite nabi ibrahim ngn burung kecil.. mase nabi ibrahim kene bakar, ade sekor burung kecil ni, ulang alik g tmpt amik air, untuk padamkn api tu.. burung2 lain gelak je tgk yg sekor ni.. kwn2 die kate "nape ko buat cmtu, bkn leh pdmkn pun".. burubg yg sekor ni ckp "tk dpt pdmkn pun, sekurgnye ade usaha, dan aku tknk ditanye oleh Allah mase hr akhirat nnti"..

kn Allah tgk usaha.. ape yg kite dh lakukn untuk islam?? ape yg kite lakukn untuk prthnkn umat islam?? bumi islam??

iBNuZaCK said...

Silakan cik santun. Halal dicopy dan disebarkan untuk kebaikan. :)

Anonymous said...

org2 yg tolak usaha boikot produk yahudi dan israel ni sama ada tak abis ngaji @ bodoh @ diupah yahudi! Pada Asalnya memanglah bermu'amalah dgn kafir itu HARUS. Tapi kalau dah tahu kawan tu MUSUH HARBI, guna hasil jualan membantu zionis bunuh umat Islam Palestin, itu sudah HARAM. Kita bukan mengHARAMkan yg HALAL. Bukankah HARAM itu ada li zatihi dan li ghairihi? li zatihi(kerana zat/batang tubuh produk itu) tidak HARAM sekalipun, tetapi li ghairihi tetap HARAM!! Contohnya, Org makan ayam yg disembelih dgn cara ikut syarak tetapi ayam CURI. Haram kerana zaatihi atau lighairi? jawabnya li ghairihi sbb ayam itu disembelih cara betul tapi oleh sebab barang curi, sudah tentu HARAM!

Kalau kita tgk depan mata kita, duit hasil jualan coca cola digunakan utk beli peluru, adakah kita tergamak beli juga?
Lu fikirlah sendiri.......

Esok kalau Tuhan tanya, lu nak jawab apa?

lailafillah said...

salam ziarah..hm..mantap sungguh perbincangan..fikir2kanlah..ini demi islam tercinta..boikot..taknampak sbg sesuatu yg wajib..tp menjadi wajib kerana sesuatu perkara yg wajib..waAllahua'lam..

Anonymous said...

Betol tu..boikot..tapi aku geram gak kadang kadang...ko tgk la kat MacD..KFC..sape paling ramai pegi kat situ..MELAYU..beragama ISLAM..diaorg ni buta hati ke pe? Aku sedih giler tgk keadaan camni..Barang barang yahudi..esp minyak wangi mahal2..sape pakai? Melayu gak...AKu pelik arrr...diaorg ni tak sedar ke pe...yang tiap sen diaorg belanja tu digunakan Yahudi utk bunuh org ISLAM...BODOH!!!!! TAK SEDAR DIRI!!!evan kakak angkat aku pun ske macD...pejadahnyerr....tak faham bahase ke diaorg nih....GERAM aku..

Mohd Shahnom Ismail said...

Salam wbt

Ana setuju dengan pendapat penulis dan pengomentar yang menyokong penulis. Di tempat ana belajar sekarang, UK, yang kelihatan meramaikan pasaraya Zionis pun orang Islam juga, yang beli Coke dan jual Coke pun orang Islam juga, seperti endah x endah dengan saranan ulamak.

Di tanah arab sama situasinya dengan di Malaysia dan negara Islam lain, ramai yang belajar agama tinggi menjual dirinya bagi mendapat kepentingan dunia.


Teruskan menulis sahabat...


Jzk

future phenomenon said...

salam...tumpang lalu..siapa minat konspirasi, sejarah nusantara yg hilang atau perbincangan sufi, boleh la ke www.nusanaga.blogspot.com

selain tu boleh eratkan tali persaudaraan...nilah zamannya untuk bangkitkan sesuatu...

wassalam

Anonymous said...

salam. leh x tlg publish brg2 yg ade kaitan ngn israel yg ptt d boikot

Anonymous said...

assalamualaikum..
Nak tanya.. adakah semua produk US kita perlu boikot?
Ataupun yang terang2ngan yang membntu zionis je?