Home

aNWaR-BoLeHKaH MeNuRuNKaN HaRGa MiNYaK?

Assalamu'alaykum..



Dalam banyak perkara,rakyat sebenarnya sering terkeliru dengan penjelasan kerajaan berkenaan bagaimana harga minyak tidak mungkin akan dapat diturunkan.Katanya,subsidi naik terlalu tinggi,wang Petronas boleh tidak boleh sekadar 'hangus' menjadi subsidi dan perlu dijadikan untuk pembangunan.Kita tidak pernah punya masalah jika benar-benar wang penjimatan subsidi pergi kepada pembangunan.Soalnya,rakyat boleh membandingkan sendiri pembangunan yang dicapai Pak Lah dalam 4 tahun pemerintahannya berbanding pembangunan yang dicipta TUn Dr Mahathir pada 4 tahun terakhir beliau ditampuk kuasa sedangkan ketika itu kesan kemelesetan ekonomi masih tinggi.

Tetapi yang menimbulkan kemarahan adalah bagaimana tadbir urus negara dilakukan secara membazir.Contohnya,komisen kapal selam,sukhoi yang menelan kos RM1bilion,perlumbaan Monsoon Cup yang belum menunjukkan kesan positif sebaliknya memberikan kesan buruk pada sosial Terengganu (menelan belanja RM300j),pembelian jet peribadi berharga RM200juta Pak Lah dan isu pembailoutan dan skandal seperti Scomi dan PKFZ yang jelas membazirkan lebih RM6b khazanah perbendaharaan negara.

Itu belum dikira penghantaran angkasawan RM100juta.Tanyakan pada diri anda,apa sebenarnya kesan yang sudah dicapai selepas 3 bulan Dr Syeikh dihantar ke ISS.Meningkatkah kualiti pendidikan jurusan aeroangkasa di universiti?Bagaimanakah hasil eksperimen yang dilakukan oleh beliau,apa kesannya,hasilnya dan sumbangannya pada sektor perubatan.Rakyat masih tertanya-tanya atau adakah eksperimen itu gagal?Yang kerap saya lihat,Dr Syeikh lebih banyak muncul menjadi motivator di kursus-kursus belia;sesuatu yang sudah dijangka beberapa teman saya.

Dalam hal Petroleum ini,saya kerap menekankan betapa yang perlu diperhalusi adalah kemampuan sebenar negara.Mari kita rujuk kes-kes yang untuk tahun sebelumnya:

Kes 1 :Jika Petronas yang menampung subsidi:

Tahun 2005 untung Petronas adalah RM58.037b
Subsidi tahun 2005 adalah RM16b
Untung-subsidi= RM42.037b

Tahun 2006 untung Petronas adalah RM76.3b
Subsidi tahun 2006 =RM23b
Untung-subsidi=RM53.3b

Ini bermakna kenaikan pendapatan RM11.263b

Kes 2-Jika subsidi ditanggung kerajaan melalui sumbangan Petronas:

Tahun 2005 kutipan Kerajaan pada Petronas = RM31.1b
Subsidi tahun 2005 =RM16b
Baki= RM15.1b

Tahun 2006 kutipan kerajaan pada Petronas = RM41.7b (anggaran asal adalah RM39.924b)
Subsidi pada 2006 = RM23b
Baki=RM 18.7b

Kenaikan pendapatan sebanyak RM3.6bilion.

[1.Subsidi RM35bilion tidak boleh dikira kerana ianya bagi seluruh tahun 2007 dan pendapatan Petronas bagi Mac 2007-Mac 2008 belum diperolehi.

2. Subsidi pada 2006 iaitu RM23bilion adalah sekiranya harga minyak tidak dinaikkan kepada 30 sen.Subsidi sebenar minyak pada tahun tersebut adalah RM19bilion berdasarkan ucapan Belanjawan 2007 Abdullah Ahmad Badawi]

Kita tidak meminta agar petroleum dinikmati rakyat secara percuma.Kita cuma pohon agar harga petroleum adalah munasabah dengan keadaan hidup rakyat.Adalah amat tidak munasabah membandingkan harga minyak Malaysia dengan Singapura yang hampir 2.5 kali lebih mahal dari kita sedangkan umum mengetahui pendapatan purata rakyat Singapura adalah 5 kali lebih tinggi dari rakyat di sini.

Nikmat khazanah Malaysia ini sepatutnya dinikmati semua rakyat.Bukan sekadar dinikmati oleh bekas pemilik MISC atau pemilik Scomi!

iBNuZaCK: Maaf,kegagalan mengupdate blog adalah kerana saya menjalani peperiksaan pada 2 minggu sebelum ini. :)

Assalamu'alaykum..

5 Komentar:

Maliki xp said...

Masha Allah, well done bro! Malaysia kita ni mewoh benar, tp oleh sebab diperintah oleh kaki² rasuah/perempuan/maksiat dll menyebabkan kemewohan tu dok dirasai sepenuhnya oleh rakyat... hok rakyat dapat celeh pun duk bangga sgt... Pemikiran masyarakat kita x merdeka lagi, masih dijajah lagi oleh anak didik penjajah yang memerintah sekarang... insha Allaah kekgi kalu Islam menang, perkara² seperti mengagihkan zakat buat anak² muda berkahwin seperti zaman Khalifah Umar ibn Abdul Aziz tidaklah mustahil... kalu Islam menang bkn setakat minyak jah boleh wat turun, hok peting maksiat tu mapus terus dr bumi Mlaysia... Takbir!

Anonymous said...

BERKENAAN HASIL KAJIAN ANGKASAWAN DI ISS

KOTA BHARU: Hasil kajian perubatan angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang dilakukan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menunjukkan perkembangan menggalakkan, terutama kajian mengenai barah.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata, hasil kajian itu dijangka diketahui dalam dua bulan lagi.

Katanya, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan saintis tempatan di beberapa universiti termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengenai kajian itu.



"Hasil kajian yang saya jalankan di ISS itu kini menunjukkan hasil memuaskan dengan beberapa perkembangan yang boleh dibanggakan, terutama membabitkan kajian barah," katanya kepada pemberita mengenai hasil kajiannya di ISS pada majlis amanat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Kelantan dan pertemuan dengan angkasawan negara, di sini, semalam.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata, beliau melakukan banyak kajian ketika di ISS itu dan pihak tertentu seharusnya tidak memandang rendah terhadap kajian yang dilakukannya seperti kajian yoyo, gasing dan air.

"Sebenarnya, banyak kajian yang saya lakukan ketika berada di ISS antaranya, membabitkan dua jenis sel barah itu iaitu leukemia dan barah hati, selain kajian lain.

"Apa yang membanggakan ialah sel barah tadi menunjukkan percambahan yang cepat. Selain itu, saya turut menjalankan kajian untuk agensi angkasa lepas lain seperti Eropah dan Jepun," katanya.

Beliau berkata, apa yang penting ialah kejayaan kajian dalam barah dan bakteria, selain mewujudkan jalinan kerjasama dengan agensi angkasa lepas lain.

"Hasil kajian itu bukan saja untuk Malaysia, malah akan dikongsi bersama di seluruh dunia dan mungkin akan dibukukan untuk kebaikan sejagat nanti," katanya.

- berita penuh boleh di dapati di Berita Harian, Ahad, 27 Januari 2008, 18 Muharam 1429

Wallahualam

iBNuZaCK said...

Buat anonymous,

Berita tersebut hanya keluar selepas artikel ini dan satu artikel wartawan Harakah dipublish.Berita ini sebenarnya dikeluarkan bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan Harakah.Jelas,kerana selama lebih 4 bulan langsung tiada khabar berita,tiba2 saja selepas artikel Harakah keluar,terus respon diberi.Ucapan tahniah patut diberikan pada wartawan Harakah kerana tanpa artikel mereka,mungkin sampai sekarang hasil kajian tidak diketahui perkembangannya.

Bagaimanapun,berita ini dan jawapan Dr Syeikh adalah bersifat terlalu umum."Masih dalam kajian","perkembangan menggalakkan" sedangkan projek bernilai RM100juta ini sewajarnya diberikan laporan teliti tentang perkembangannya.

Kita akan menunggu selama 2 bulan lagi sepertimana dimaklumkan.InshaAllah,sama2 doakan kejayaan eksperimen yang dilakukan beliau. :)

Anonymous said...

Saya tak berminat nk komen pasal harga minyak yg naik...itu adalah ketara...rakyat Malaysia sekarang semakin bijak.

Berkenaan kajian di ISS oleh Dr. Sheikh Muszaphar, bagi saya kalau hasil kajian itu di aplikasikan untuk manusia sejagat, ia adalah sumbangan yg bermakna dari Malaysia.

Tetapi jika hasil kajian tersebut terkubur ataupon akhirnya menjadi milik orang, ia bukanlah suatu perkara yang mengejutkan bagi saya.

Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap kebanyakan hasil R&D yang dijalankan olah IPTA tempatan. 90% daripada R&D tersebut tidak di komersialkan atau di aplikasikan dalam negara. Untuk menjalankan 1 R&D sahaja sudah menelan kos ribuan ringgit. R&D yang sudah memenangi pelbagai anugerah pun mengalami nasib yang sama.

Ada sahaja syarikat asing yang berminat untuk memiliki R&D yang IPT kita jalankan kerana mereka ingin mengkomersialkan kajian tersebut. Namun, faktor sayangkan kajian itu daripada menjadi milik orang...akhirnya ia terbiar sahaja.

Masalah ini sudah berlarutan dan seolah2 dipandang ringan...sebab itu bagi saya jangan terlalu berharap sangat tentang hasil kajian tersebut...apatah lagi perlu di war warkan kepada orang ramai. Mungkin ia menerima nasib yang sama seperti hasil R&D yang lain...siapa tahu?

Bukannya saya tidak bersifat patriotik..cuma it seems like a common things....dan ia perlu di atasi oleh pihak2 yang bertanggungjawab. Sama2 kita tunggu hasil kajian tersebut.

Berkenaan dengak kos ke ISS yang menelan kos rm100j...i hope u can give comment on this answer from http://www.angkasawan.com.my/mainatsb/atsb/about_faq.html

If you dont mind....

Anonymous said...

Simple article,yet the impressive one.Lagi senang wa nak paham berbanding artikel panjang yang bro tulis lawan blog Anwarisme tu..

Utk bro anonymous,mmg la dia bagitau free.Tapi sebelum nak jadi free tu,kena bayar brp bilion dulu masa beli Sukhoi?Macam lu beli Wira la beb.Dapat free Astro.So,boleh ke lu kate Astro tu benar2 free?Ini cost dalam cost bro..

Harga 100j tu stended la.Tapi kalau campur dengan belanja menteri2,anak bini yg ikut merempat kat Moscow masa tu,mau berape puluh juta agi telan beb.Ye r,masing2 datang bukan naik MAS kelas ekonomi,tidur dalam masjid..Haha

Pasal angkasawan ni wa nak komen sikit la.Kerajaan kena serius,jangan bila kena tegur baru nak bagitau apa keadaan hasil2 eksperimen tu semua.2 minggu sekali ka,announce la apa perkembangannya..