Home

MeNGHiTuNG DeTiK 10 NoVeMBeR

Assalamu'alaykum


BERSIH adalah satu gabungan antara pelbagai parti dan pertubuhan bukan kerajaan yang menuntut sebuah pilihanraya yang bersih dan adil buat semua di dalam sebuah negara yang dicanang sebagai negara demokrasi tulen ini. Perhimpunan ini penting bagi menunjukkan kesungguhan rakyat meminta hak yang dinafikan selama berpuluh-puluh tahun oleh regim pemerintah.Hak untuk menentukan nasib sendiri dibawah satu sistem yang adil,tidak bias dan bebas dari telunjuk mana-mana pihak berkepentingan.

Jesteru itu,10 November ini akan menjadi satu titik tolak kepada kemuncak ketidakpuasan hati rakyat Malaysia terhadap sistem yang telah selama ini menjamin kesinambungan kuasa parti pemerintah.Hari yang ditunggu selama berbulan lamanya bagi menunjukkan betapa rakyat sudah muak diperbodohkan oleh pihak-pihak ini.Sungguh,sampai bila lagi rakyat harus bersabar?

Dan bukan calang-calang juga manusia yang akan ke sana.Di tengah himpitan ancaman pelbagai pihak serta jadual padat peperiksaan di sesetengah universiti,angka 100 000 masih belum terjamin.Ini bukan satu perhimpunan politik UMNO yang pesertanya biasanya akan dijanjikan 3T (T-shirt,Topi dan Tambang) sekiranya hadir.Ini bukan satu perhimpunan yang akan bersih dari kewujudan SB yang bisa melakukan provokasi.Ini satu perhimpunan yang memerlukan semangat dan keazaman tinggi para pesertanya untuk menjadi sebahagian daripada sejarah negara.Tiada elaun akan diberikan,tiada t-shirt akan dihadiahkan(t-shirt pun kena beli hah! :D),tiada pengangkutan akan disediakan.Yang ada hanyalah ukhuwah untuk dijalinkan.Yang ada hanyalah iltizam untuk dikongsi.Yang ada hanyalah jalan yang panjang untuk dilangkah bersama demi hak dan kebenaran.



Yang nyata,penulis benar-benar menunggu seorang 'lelaki tua' di Pulau Melaka untuk mengatakan "Ya,saya akan hadir".Penulis tunggu ayat keramat itu.Penulis tidak mahu memaksa,bukan senang 'lelaki tua' yang sudah berusia 76 tahun itu untuk menyaingi tenaga muda berjalan jauh dari Dataran Merdeka ke Istana Negara;merafak sembah ke bawah Duli Paduka Baginda.Tenaganya hari ini tidak mungkin sama dengan tenaganya waktu dia seusia penulis 55 tahun dahulu.Tetapi hati penulis tegas berpegang,andai lelaki tua ini hadir,ratusan ribu tenaga pelbagai usia akan bergerak dari utara dan selatan bagi menjadi sebahagian daripada perubahan.Kredibiliti unggulnya yang dihormati kawan dan lawan membuktikan betapa kehadirannya bisa membawa perubahan pada angka yang hadir petang itu.Dan pastinya,FRU juga tidak akan menjadi bacul untuk menggunakan water cannon ke atas lelaki tua ini.

Dan kemudiannya penulis pejamkan mata.Dan penulis terbayang satu saat dimana penulis sudah seusia 'lelaki tua' ini.Penulis rehat-rehat di atas kerusi rotan.Ada meja kecil di sebelah penulis.Ada secawan teh tanpa gula dan senaskhah buku lama.Tiba-tiba seorang cucu penulis melompat ke riba.Ditangannya masih ada biskut yang belum dihabiskan.Masih ada bersisa biskut di sekeliling bibirnya.Penulis lap sisa itu dengan tangan.Lantas mulutnya petah bertanya."Tokki..masa ramai orang baju kuning berhimpun di dataran,tokki buat apa".saat itu,penulis mahu tersenyum dan bangga mengatakan,"Tokki adalah sebahagian daripada sejarah itu...".

Sekarang pengunjung pula bayangkan perkara sama,bayangkan dan saat keturunan pengunjung bertanya soalan yang sama,apa jawapan tuan-tuan sekalian?.Harapnya tiada akan menjawab. "Atuk tengah main X Box masa tuuuuu"

Ahhhh...Malu!

iBNuZaCK: Kita Jumpa 10 November! :)

Assalamu'alaykum

2 Komentar:

Ibnu_Ismail said...

Salam.

Jika Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Haji Hadi Awang tidak turun sekali pun, kita akan turun juga. Kan begitu?

Gerakan Islam tidak akan bergerak atas dasar pimpinan, tetapi atas dasar kejelasan fikrah, amanah dan kefahaman.

Jika orang tua tersebut turun, hanya sebagai 'penambah perisa' sahaja. Kita tetap akan turun kan Rahim?

iBNuZaCK said...

Salam..

ya insyaAllah,kita turun juga.Cuma harapan kita mereka turut bersama.Baru semangat lebih tu ada.. :D

Sori man,xsempat ambik baju tadi.Petang td ada kenduri arwah kat Melaka.Kena turun.Ok.Nanti,esok atau lusa pi umah amik baju.:)