Home

VK LiNGaM DaN TuN aHMaD FaiRuZ

Assalamu'alaykum..

Video dibawah adalah pendedahan dan dakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim berkenaan perbincangan Datuk VK Lingam melalui telefon,dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim-hakim.Kenyataan penuh Anwar boleh dibaca di sini

Persilakan tonton dan nilaikan.Apa benar sistem kehakiman kita semakin korup?



Bak kata Tun Suffian Hashim,bekas Ketua Hakim Negara,(lebih kurang begini):

"Saya tidak bersedia untuk dibicarakan (diadili) oleh mahkamah disini,apatah lagi jika saya tidak bersalah"

YB Datin Seri Wan Azizah telah membuat permohonan bagi mengemukakan usul tergempar berkenaan salah laku Ketua Hakim Negara ini.Permohonan dibuat pada pukul 4:35 petang semalam di Pejabat yang Di Pertua Dewan Rakyat.

iBNuZaCK: Jangan salahkan rakyat jika kami tidak yakin pada mahkamah..

Assalamu'alaykum..

2 Komentar:

Anonymous said...

A'kum.

Menelusuri blog saudara ni, saya sedikit keliru. Apa sebenarnya dasar perjuangan saudara? Menyelamatkan Malaysia dgn perjuangan demokrasi semata? Membebaskan mahasiswa utk bersuara? Islam? Atau ape?

Bagaimana pula saudara memperjuangkan perjuangan saudara tu?

saje je tanya2.

iBNuZaCK said...

Salam kawan..

Dasar saya adalah Islam.Itu perjuangan saya.Menegakkan syariah,amal ma'ruf nahi munkar dan mendirikan semula daulah islamiyyah.

Demokrasi bukan satu-satunya jalan bagi meyelamatkan Malaysia.Tapi,memandangkan ianya adalah jalan termudah dan terpantas untuk membebaskan Malaysia dari gerhana,maka kita pilih jalan itu sementelah Islam tidak melarangnya.

Mahasiswa perlu bebas menyuarakan pendapat dan memilih pegangan politik masing-masing.Tetapi penyuaraan pendapat mesti berlandaskan syariat,maknanya bukan kebebasan ala Amerika yang kita tuntut,tapi kebebasan dalam skop Islam juga yang kita pinta.Dgn kata lain,saya mahu suara mahasiswa didengar,bukan dipandang sebelah mata seperti sekarang semata-mata mahasiswa itu dicop sebagai pro-pembangkang.

Bagaimana?Dengan perkongsian ilmu dan proses meyedarkan ummah.Rata2 yang memasuki blog saya adalah mahasiswa sendiri.Saya percaya bahawa mahasiswa adalah agen perubahan masyarakat.

Penulisan adalah langkah pertama.Ada lagi langkah yang akan menyusul,tapi bukan sekarang.Sekatan terlalu banyak.

Terima kasih atas soalan.Itu baik untuk saya memuhasabahkan diri kembali.:)

Salam..