21 TaHuN MeRaSai DuNia,BeRGeLaR MaNuSia
Assalamu'alaykum..
Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin..Pada hari ini genaplah usia Abdul Rahim Hilmi Zakariya 21 tahun mengikut kalendar Masehi.Tetapi jika diukur melalui kalendar hijrah mulai 11 Muharram 1407,maka usia remaja ini sudahpun menjangkau 21 tahun 7 bulan dan 23 hari.Dalam pada bermuhasabah diri,penulis mula terkenang sejarah silam.Saat Sultan Muhammad Al-Fateh menguasai Konstantinopel,usianya sama dengan penulis;21 tahun.Dan apa yang penulis telah capai dalam jarak waktu yang sama dengan panglima Islam ini?Ahh..kerdil sekali rasanya.
"Ya Allah Rabbul 'Izzati,Engkau menjadikan aku dari asal air yang hina,dan Engkau angkat aku menjadi manusia yang mulia.Muliakanlah aku Ya Allah dalam iman dan janganlah Engkau hinakan aku dengan mematikan aku dalam keadaan kufur padaMu.Muliakanlah aku Ya Allah dalam perjuangan agama Mu dan janganlah Engkau hinakan aku dengan meletakkan aku dalam perkumpulan manusia yang mendurhakaiMu.Tetapkanlah hatiku Ya Allah agar hamba Mu yang kerdil ini bisa terus menyambut perjuangan ulama' silam menegakkan Islam di atas muka bumi ini.Agar hamba Mu ini tabah dengan setiap jua ujian yang Engkau hantar.Agar hamba Mu ini cekal dengan rintangan yang Engkau sediakan.Agar hamba Mu ini teguh dan istiqamah di atas jalan Mu jua.Ya Allah,ku memohon agar dakwahku,akhlaqku,ilmuku,ibadatku,amalanku tetap seiring sejalan dengan usiaku.Ampunkanlah Ya Allah dosa-dosa silamku,dosa kedua ibu bapaku,dosa keluarga ku dan dosa umat Muhammad.Ya Allah selamatkanlah aku,selamatkanlah keluargaku,Selamatkanlah Malaysia dan selamatkanlah dunia dengan Islam.Moga matiku ya Allah dalam husnul khatimah dan di akhirat kutemuiMu di Jannatul Firdaus.Ameen"
Terima kasih atas segala mesej ucapan rakan-rakan yang diberikan sama ada melalui email,friendster(walaupun ada yang mengucapkan terlebih awal :P) dan telefon.Terima kasih.Semoga Allah mengembalikan kebaikan jua kepada kalian.Terima kasih atas hadiah-hadiah,tetapi rasanya hadiah yang paling bernilai buat penulis saat menginjakkan kaki ke usia 21 tahun ini adalah perkenalan dengan rakan-rakan yang sentiasa istiqamah dalam perjuangan menentang kebatilan dan kezaliman.Rakan-rakan yang banyak mengajar erti sebuah perjuangan,rakan-rakan yang sentiasa bersama saat susah dan senang.Semoga Allah merahmati dan memuliakan kalian dengan perjuangan agamaNya.
Oh ya,dan tidak lupa juga terima kasih kepada Celcom atas kredit percuma selama 7 hari! :D
iMeJ
Semalam sewaktu menumpang kereta Aiman bersama 3 lagi rakan ke Pejabat Perhubungan PAS Kawasan bagi menonton ceramah Penjelasan Tragedi Batu Buruk,penulis menerima mesej dari rakan lama yang sudah rasanya hampir 3 tahun tak bersua muka.Mengetahui saja penulis sedang berada di dalam Pejabat parti Islam ini,pantas mesej kedua sahabat ini tiba "Laa..mung orang kuat PAS jgk.aku ingatkan orang Ummmno"Hehe,entah apalah kayu ukur yang digunakan oleh sahabat penulis untuk menilai sebegitu rupa.Tetapi penulis mula teringat kepada kata-kata sahabat penulis yang seorang lagi.Katanya "Aku kalau hang tulis dalam blog aku percaya,tapi bila hang cakap depan aku dan aku kena tengok hang,aku susah nak percaya"Haha..gelak penulis dengan sahabat ke dua ini panjang malam tersebut.Benar barangkali,dengan imej penulis yang gemar berseluar jeans,bert-shirt atau berjersi, jarang berkopiah walaupun untuk ke masjid dan sedikit selekeh menjadikan imej penulis sedikit kurang sesuai atau 'ngam' dengan apa yang penulis bawa.Bak kata seorang lagi rakan 'Jangan menilai buku dari kulitnya,tapi kalau kulitnya tak berapa cantik,orang pun tak berapa nak buka.Itu semua strategi pemasaran tuh!"Dan rasanya mungkin masa untuk strategi pemasaran penulis harus bermula sekarang! :D
iBNuZaCK: Teringat soalan Tan Sri Khalid Ibrahim semasa Program ODC Ahad lalu,"Hah,siapa tak register mengundi lagi?Angkat tangan!"Tersengih seorang penulis.Haha~
Assalamu'alaykum..