Home

BeTaPa BanGSaTNYa FaTaH!!


Masjidil Aqsa : LamBanG PeRJuaNGaN PaLeSTiN

Assalamu'alaykum..

Pasti ramai yang sudah tahu mengenai pertelagahan bersenjata antara Hamas dan Fatah di Palestin.Bagaimana akhirnya Palestin terbahagi dua,kepada Tebing Barat dan Gaza,dan sokongan meluas Barat terhadap Presiden Mahmoud Abbas.Ramai yang sedih dengan perpecahan ini,merayu agar kedua-dua pihak menumpukan kepada matlamat menentang rejim Yahudi,namun disebalik kesedihan itu,tedapat juga bibir-bibir yang menguntum senyuman.Dan yang tersenyum ini pastilah Olmert,Bush dan konco-konconya yang riang melihat jarum yang terpasang mengena.Dia tidak perlu susah-susah menghantar kereta kebal,meriam dan unit tentera untuk mengucar-kacirkan Palestin,cukup hanya dengan menanam janji keduniaan kepada pimpinan Fatah.Dengan cara itu dia dan gerakan Zionis antarabangsa mendapat 3 manfaat penting.


Mahmoud Abbas(Presiden Palestin)

Satu,dengan memberikan bantuan kepada 'puppet'nya Fatah,dunia seluruhnya akan melihat betapa indahnya dan mulianya rejim bangsat ini.Masyarakat antarabangsa akan mengatakan bahawa betapa Israel inginkan kedamaian dan sanggup membantu sesiapa sahaja hatta musuh sendiri.Berlainan pula pada gerakan Islam Hamas.Dunia akan melihat mereka selaku pemberontak,sukakan keganasan dan gilakan kuasa.Padahal yang gila kuasa itu Fatah

Dua,Israel akan dapat meratah rakyat Palestin terutama di Gaza(di bawah penguasaan Hamas) selepas ini tanpa ada sebarang tentangan dari pihak antarabangsa.Tidak mustahil sokongan pula yang akan diterima atas alasan pihak Israel mahu memerangi keganasan.Dan tidak juga mustahil bahawa serangan itu akan mendapat bantuan dari pihak Fatah yang berdendam dengan gerakan Hamas.Harus diingat,semasa perjuangan Intifadha ke 2 meletus di Palestin pada 28 September 2000,pihak Israel telah menggunakan pelbagai senjata yang diharamkan oleh pihak antarabangsa untuk memusnahkan kebangkitan itu.Dan pastinya tidak mustahil senjata ini akan digunakan dengan lebih meluas untuk membuli penduduk Palestin selepas ini.

Tiga,Zionis akan dapat memperlahankan dan memberhentikan perjuangan rakyat Palestin untuk mendapat kemerdekaan.Negara Haram Israel akan terpelihara,ekonominya akan terjaga dan maruah rakyat Palestin akan lebih mudah diinjak-injak selepas ini.Hebatnya Yahudi!

Bebalnya kamu Fatah!

Fatah atau Palestinian National Liberation Movement yang ditubuhkan pada 1957 dan kemudiannya menjadi tulang belakang Pihak berkuasa tempatan Palestin (PA),hakikatnya adalah kunci kepada kejayaan berterusan rejim Yahudi Zionis selama ini dalam menguasai tanah Palestin.Pentingnya Fatah ini kepada pihak Israel dapat dibuktikan melalui tindakan pihak Israel yang tidak membunuh Presidennya,Yasser Arafat walaupun sentiasa memperoleh peluang untuk melakukannya.Selama berpuluh tahun rakyat Palestin dimomokkan betapa karamah dan berkatnya Yasser Arafat,sehingga Yahudi Zionis tidak mampu menjumpainya.Dongeng purbakala ini hancur akhirnya dengan pendedahan seorang agen Israel bahawa beliau berjaya menyusup masuk ke dalam pergerakan Fatah dan berjaya menjadi orang penting di sisi Yasser Arafat.Malah menurutnya lagi,tiada satu saatpun Yasser Arafat ini tidak berada di bawah pemerhatian Zionis.Lalu,kenapa dia tidak dibunuh?Jawapannya ada dalam perbincangan kita selepas ini.

Fatah secara asasnya adalah satu pertubuhan atau organisasi yang korup.Korup dalam ertikata lain,menipu dan makan harta rakyat.Buktinya?.Selepas kematian klinikal Yasser Arafat,berlaku pertelagahan antara balunya,Suha Arafat dan pimpinan PA mengenai isu mengisytiharkan kematiannya secara rasmi.Kemuncak kepada ketegangan ini adalah dakwaan Suha dalam satu temubual melalui Al-Jazeera bahawa PA mahu menanam suaminya hidup-hidup.Namun yang ganjil,pertelagahan ini surut dengan tiba-tiba dan drastik.Apa yang berlaku sebenarnya?


SuHa aRaFaT

Laman Filistin Press akhirnya mendedahkan bahawa terdapat persepakatan yang terjalin untuk membahagikan warisan harta tinggalan Arafat antara Suha dan pimpinan PA.Suha mendapat bahagiannya sebanyak USD 20 juta,tidak termasuk 11 juta lagi yang berjaya dilarikannya sebelum pembahagian berlangsung.Dan tidak termasuk elaun sara hidup USD15000 sebulan yang dibekalkan oleh PA kepadanya.Dan bagaimana pula dengan PA yang ditunjangi Fatah?Berapa pula bahagian mereka?Namun yang lebih menjadi persoalan,bagaimana Yasser Arafat boleh mengumpul harta sebanyak jutaan dollar itu(ada sumber mengatakan bilion dollar)Bagaimana?Bagaimana kalau bukan dengan menyedut hasil bantuan antarabangsa kepada rakyat Palestin?Sebelum itupun,seorang lagi pimpinan Fatah, Mohammed Dahlan,bekas Menteri Keselamatan dalam Negeri terbukti telah memasukkan hasil cukai Gaza ke dalam akaun peribadinya;satu lagi bukti korupsi Fatah.Namun beliau tidak dibuang dari Fatah sebaliknya terus mendapat tempat selaku antara pimpinan tertinggi.

Cintanya Zionis kepada Fatah

Kasih Zionis pada Fatah memang bersebab.Asasnya mudah,Fatah adalah organisasi dalam Palestin yang mengiktiraf kewujudan Israel dan mengakui kependudukan Israel terhadap 77% bumi Palestin adalah sah.Fatah juga sanggup menandatangani Perjanjian Oslo yang berat sebelah yang akhirnya mendapat kritikan dunia Islam dan Arab.Malah Ulama'-ulama' terkenal seluruh dunia juga telah mengeluarkan fatwa menolak perjanjian itu dan menyeru jihad.Alasannya,kedudukan Al-Quds tidak jelas dan Israel tidak mungkin akan menyerahkan kota itu pada Palestin secara aman.Sedangkan perjuangan utama Palestin adalah untuk membebaskan Aqsa dari cengkaman Yahudi.Apakah Palestin mahu dimerdekakan tanpa Al-Aqsa?Fatah juga adalah organisasi yang sanggup bersekongkol dengan pihak Yahudi menangkap dan memenjarakan pejuang Islam yang anti Israel.Selain itu ada pimpinan fatah juga tidak merestui gerakan Intifadha Palestin. Contohnya, Mahmoud Abbas (Presiden Palestin kini) yang dikenali sebagai musuh utama gerakan Intifadha.


iSMaiL HaNiYeH (PM SaH PaLeSTiN)



Fatah juga adalah perisai utama pihak Yahudi dalam menghadapi kebangkitan Hamas.Yahudi hakikatnya terlalu gentar dengan kekuatan Hamas terutama selepas kejayaan Intifadha yang dipelopori Hamas merobek kekuatan tentera dan merudumkan ekonomi Israel.Nyata luka Zionis terhadap kekalahannya di Lubnan kepada gerakan Hizbullah masih berparut.Kematian 123 anggota tenteranya dalam misi singkat itu menjatuhkan maruah mereka dan menambahkan kegusaran mereka terhadap kebangkitan perjuangan Islam.Hamas dan Hizbullah serupa.Perjuangan mereka,matlamat mereka dan semangat mereka sama.Iaitu Islam.Teringat saya kepada kata-kata salah seorang pimpinan tertinggi tentera Israel ketika Perang 1948.Saat itu mereka melawan gabungan tentera Arab dan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin dari Mesir.Katanya "Jika ada berkali ganda lagi tentera Arab seperti ini,kami tetap akan menang.Tetapi jika ada satu lagi Ikhwanul Muslimin,pasti kami kalah".Begitulah takut dan gentarnya Israel pada perjuangan Islam.Ia berlainan dengan Fatah yang lebih nasionalis dan asabiyyah.Jesteru,Fatah dilihat sebagai penampan kepada kekuatan Hamas.Dan sedihnya Fatah pula bersedia dipuppetkan oleh Zionis ini.

Kemenangan Hamas pada pilihanraya yang lalu membuktikan betapa rakyat Palestin bosan kepada perjuangan bodoh,lembap dan penakut Fatah.Namun negara-negara Barat enggan menerima kemenangan Hamas dalam satu pilihanraya yang disifatkan pemerhati sebagai yang terbersih di dunia.Bantuan segera disekat,Palestin cuba dipencilkan dari hubungan luar walhal Hamas menang hasil dari sistem Barat juga.Fatah juga tidak duduk diam.Mereka menolak kejayaan Hamas dan enggan menerima suara rakyat Palestin.Malah dalam persidangan OIC yang diadakan di Kuala Lumpur,Fatah turut menghantar wakil mereka atas nama delegasi Palestin walhal Hamas telahpun menghantar wakil mereka.Memalukan apabila Malaysia pula menerima kedua-dua delegasi itu atas taraf yang sama,padahal sewajarnya Malaysia perlu menerima delegasi Hamas sahaja dan meletakkan wakil Fatah sebagai pemerhati luar.Di mana kredibiliti Malaysia selaku Pengerusi OIC?

Kehancuran kerajaan Perpaduan Palestin beberapa hari yang lalu membuka terlalu banyak pekung Fatah.Sikap gila kuasa fatah terbukti apabila Presiden Mahmoud Abbas menyingkirkan Perdana Menteri Ismail Haniyeh secara salah dan menobatkan Salam Fayad sebagai PM baru Palestin.Condoleeza Rice pula cepat-cepat mengumumkan sokongan AS terhadap kerajaan tidak sah Palestin itu dan berikrar memberikan bantuan dan menarik sekatan yang selama ini dikenakan kepada Palestin.DI Gaza pula,tekanan terhadap Hamas meningkat apabila sebuah syarikat Israel memutuskan bekalan gas yang disalurkan ke tempat kelahiran Imam Syafie itu.Semuanya adalah usaha untuk memaksa rakyat Palestin menolak Hamas dan menerima puppet mereka iaitu Fatah.Dan seperti yang dinyatakan sebelum ini,tidak mustahil gerakan bersenjata besar-besaran Israel-Fatah akan menyerang kedudukan Hamas di Gaza.Namun Israel dan Fatah barangkali lupa,yang mereka lawan bukanlah mereka yang berjuang demi harta,yang mereka lawan adalah mujahid yang meletakkan nyawa mereka ditempat yang terendah dan meletakkan agama ditempat tertinggi.Berbeza dengan Fatah yang meletakkan harta dan kuasa di atas agama.Semoga Allah terus memberi kemenangan kepada perjuangan Islam.Allahu Akbar!!

iBNUZacK: Tiba-tiba teringat kata-kata kerajaan puppet Afghanistan yang tak kisah jika rakyatnya mati ditangan askar bersekutu demi memerangi keganasan.Dasar Puppet!!


Wallahua'lam..


Assalamu'alaykum..

7 Komentar:

Anonymous said...

Fatah ni mcm Umno kat Malaysia laa..!

Anonymous said...

Olmert,Sharon,Netanyahu tu semua sama je.Macammana lah Fatah boleh follow kepala lutut diorang?Tamak sangat nih...

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Israel dah start kepung Gaza..2-3 hari lagi habislah Gaza kena lanyak.Para Muslim banyakkan berdoa..

Dr Dre said...

akum ya akhi..good job..well done bro....dlm bln 7 bila bukak sem boleh kita jumpa?..diskus sambil pekena secawan teh?.

iBNuZaCK said...

Assalamu'alaykum..

Boleh tapi teh tu sila belanja yee..Hehe~
Start bukak sem 9hb.Tapi masa tu sibuk pindah rumah lagi gamaknya.InsyaAllah kita jumpa.. :)

Anonymous said...

I'm sorry rodrigo.I'm perfectly can't understand your language.Make it in English.:)

Anonymous said...

@ibnuzack..
si rodrigo tu men"SPAM" jer..promote die nyer blog...huhuhu...